mohd idris bin mohd yusop - bic.utm.my
Post on 16-Oct-2021
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJAAN BAGI KERJA KONKRIT
OLEH PIHAK KONTRAKTOR DI TAPAK BINA
MOHD IDRIS BIN MOHD YUSOP
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
(Pembinaan).
Tandatangan :
Nama Penyelia I SR. DR. MUZANI BIN MUSTAPA
Tarikh :
Tandatangan :
Nama Penyelia II PROF. MADYA SR. DR. WAN YUSOFF WAN
MAHMOOD
Tarikh :
3
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : MOHD IDRIS BIN MOHD YUSOP
Tarikh lahir : 22 FEBRUARI 1983
Judul :
PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJAAN BAGI KERJA
KONKRIT OLEH PIHAK KONTRAKTOR DI TAPAK BINA
Sesi Akademik : 2017/2018
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh,
________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
(830222-06-5399) (Sr. Dr. Muzani Bin Mustapa)
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
4
PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJAAN BAGI KERJA KONKRIT
OLEH PIHAK KONTRAKTOR DI TAPAK BINA
MOHD IDRIS BIN MOHD YUSOP
Laporan akhir penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2018
5
PENGESAHAN
Saya mengaku bahawa tesis bertajuk “Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Bagi
Kerja Konkrit Oleh Pihak Kontraktor di Tapak Bina” ini
adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali seperti nukilan dan ringkasan
yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tesis ini belum pernah diterima
untuk Ijazah dan tidak dikemukakan dalam mana-mana pencalonan Ijazah lain.
Tandatangan : ....................................................
Nama : MOHD IDRIS BIN MOHD YUSOP
Tarikh : …………………………………2
6
DEDIKASI
Syukur ke hadrat Ilahi,
Kerna Limpah Kurniaan Mu
.
Buat Ibu Tersayang
Sharifah Binti Shariff
Isteri Yang Tersayang : Nurul Aina Binti Bistamam
Anak Yang Tersayang : Nur Damia Binti Mohd Idris
Jasamu dan pengorbananmu sentiasa dikenang
Berkat Kesabaran Dan Pengorbananmu Amat Diharga
Kalianlah Segalanya Dan Jadikan Ini Sebagai Pendorong Kamu
Setinggi-Tinggi Penghargaan Untuk Penyelia Projek,
Sr. Dr. Muzani Bin Mustapa
Terima Kasih Di Atas Segala Dorongan
Para Pensyarah Pendidik Bangsa
Yang Sentiasa Memberi Galakan Pencetus Semangat
7
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang” Alhamdulillah, syukur
kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, penyelidikan ini telah dapat
saya siapkan dengan jayanya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelia tesis, Sr. Dr. Muzani Bin Mustapa di
atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau, tidak mungkin tesis ini berjaya dilaksanakan.
Kepada isteri dan anak yang tercinta, Nurul Aina Binti Bistamam dan Nur Damia Binti
Mohd Idris ucapan jutaan terima kasih di atas pengorbanan masa, tenaga serta wang
ringgit serta sokongan padu yang tidak putus-putus yang telah diberikan. Tidak lupa juga
buat bonda Sharifah Binti Shariff yang turut mendoakan kejayaan anakanda, disamping
sokongan dan bantuan daripada ibu dan bapa mertua serta adik beradik yang lain.
Seterusnya, ucapan terima kasih kepada semua responden, syarikat kontraktor serta
wakil kontraktor yang ditemuramah dalam mendapatkan maklumat bagi penyelidikan
ini iaitu Encik Mustafa Bin Mohd Saad (SHO, CCCC) dan Encik Zaidy Akhtar Bin
Mohd Nor (SHO PI Brilliant) . Tidak lupa juga, ucapan terima kasih tidak terhingga
saya ucapkan kepada kesemua kumpulan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang turut sama membantu melalui media sosial iaitu Facebook.
Selain itu ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah Fakulti Alam Bina
serta rakan-rakan seperjuangan atas sokongan dan juga kata-kata semangat yang
diberikan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa sepanjang
pengajian di UTM ini. Juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.
Diharap semua akan berjaya dan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
8
ABSTRAK
Industri pembinaan di Malaysia berkembang pesat sejajar dengan Wawasan 2020
untuk menjadi sebagai sebuah negara perindustrian dan maju. Seiring dengan
perkembangan tersebut, timbul pelbagai masalah serta isu berkaitan kemalangan dan
kecederaan di tempat kerja berkaitan kerja-kerja konkrit di tapak bina yang mana projek-
projek pembinaan banyak melibatkan struktur konkrit bertetulang. Pelbagai kempen
keselamatan telah dilakukan oleh pihak JKKP dan NIOSH, malangnya kes melibatkan
kemalangan dan kecederaan tetap terjadi. Objektif penyelidikan ini adalah untuk
mengenalpasti punca bahaya (hazad) dari segi keselamatan dan kesihatan pekerjaan
sewaktu menjalankan kerja konkrit seterusnya mengenalpasti kaedah pengurusan
keselamatan kerja konkrit yang dipraktikkan oleh pekerja di tapak bina. Kepentingan
penyelidikan ini adalah supaya para pekerja sedar bahawa kerja-kerja konkrit merupakan
aktiviti kerja berisiko tinggi dan mempunyai banyak hazad serta dapat mempraktikkan
kaedah kerja selamat di tapak bina. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kaedah
penyelidikan campuran iaitu borang kaji selidik dan juga temubual separa struktur
semasa lawatan tapak dilakukan. Data bagi kaji selidik akan dianalisis menggunakan
kaedah deskriptif (peratusan) manakala data bagi temubual akan dianalisis melalui
kaedah analisis kandungan. Penemuan dapatan bagi punca bahaya (hazad keselamatan)
adalah pengendalian kren oleh operator tidak kompeten dan mahir iaitu sebanyak 82.9%
manakala punca bahaya (hazad kesihatan) pula adalah pendedahan asap kenderaan atau
jerebu secara langsung kepada pekerja dengan 56.1%. Pekerja mesti mematuhi semua
aspek pemeriksaan keselamatan sebelum, semasa dan selepas kerja konkrit siap
dilakukan disamping melindungi diri dengan memakai alat perlindungan diri (PPE).
Sebagai rumusan, pekerja mesti kompeten, terlatih dan faham mengenai kaedah kerja
selamat yang perlu diamalkan dan dipraktikkan di tempat kerja atau tapak bina.
9
ABSTRACT
The construction industry in Malaysia is growing rapidly in line with Vision
2020 to become an industrial and developed nation. In line with these developments,
various problems and issues are arise like accidents and injuries at the workplace that
related to reinforced concrete structures work on a construction site. Various safety
campaigns have been conducted by DOSH and NIOSH, unfortunately the cases of
accidents and injuries are still occurring. The objective of this research is to identify
hazards regarding concreting works in terms of safety and health then to identify the
safety methods practiced by workers at the site. The importance of this research is to
enable employees to realize that concrete work is a high-risk activity and has many
dangers and they can practice safe working methods at the site. This research uses a
mixed research method approach which is a survey form and also a semi structured
interview implement at construction site. The data for the survey will be analyzed using
the descriptive (percentage) method while the data for the interview will be analyzed
through method analysis. The important findings was safety hazardous sources are crane
handling by incompetent and skilled operators which is 82.9% while the health
hazardous source is exposure to vehicles smoke or haze to employees with 56.1%.
Employees must comply with all aspects of safety before, during and after the work is
completed and always use self-protection (PPE) during works. As a conclusion, workers
must be competent, trained and understood about the safe operating procedure and must
practice at construction site.
10
KANDUNGAN
Bab Perkara Muka Surat
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii-xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Persoalan kajian 11
1.4 Objektif kajian 11
1.5 Skop Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 12
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 14
11
2.2 Kerja-kerja Konkrit 15
2.2.1 Definisi Konkrit 15
2.2.2 Lokasi Berbahaya untuk kerja-kerja konkrit 16
2.2.3 Tempat tinggi 16
2.3 Persediaan Sebelum Memulakan Kerja Penuangan Konkrit 19
2.3.1 Kotak Acuan Konkrit (Concrete Formwork) 19
2.3.2 Struktur Sokongan Sementara , Perancah (Scalffolding) 21
2.4 Jentera Yang Digunakan Bagi Kerja – Kerja Konkrit 23
2.4.1 Kren 23
2.4.2 Lori Pam Mudah Alih (Mobile Concrete Pumping) 26
2.5 Pengurusan keselamatan dan kesihatan 28
2.5.1 Keselamatan Dalam Projek Pembinaan 28
2.6 Perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja di
tapak pembinaan 29
2.6.1 Akta dan Peraturan 29
2.6.2 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) 29
2.7 Seksyen akkp terlibat 29
2.8 Peraturan akkp terlibat 31
2.8.1 Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 31
2.9 Peraturan – Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 31
3.0 Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) 32
3.1 Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan 32
3.2 Peraturan-peraturan kilang dan jentera (kendalian bangunan
dan kerja-kerja binaan kejuruteraan) (keselamatan) 1986 BOWEC 33
3.3 Peraturan-peraturan kilang dan jentera (pendedahan bising) 1989 40
3.4 Hazad keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan 41
3.4.1 Terma Dan Takrif 41
3.4.2 Pengenalpastian Hazad 42
12
3.4.3 Kaaedah Mengenalpasti Hazad 42
3.4.4 Proses Dokumentasi Hazad 43
3.4.5 Kumpulan Utama Hazad 44
3.4.6 Hazad Keselamatan 44
3.4.7 Hazad Kesihatan 45
3.4.8 Hazad Alam Sekitar 46
3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN (METODOLOGI KAJIAN)
3.1 Pendahuluan 48
3.2 Kaedah penyelidikan 49
3.2.1 kaedah penyelidikan kuantitatif 49
3.2.2 Kaedah Penyelidikan Kualitatif 50
3.2.3 Kaedah Penyelidikan Campuran 51
3.3 Pendekatan kajian 51
3.4 Rekabentuk kajian 52
3.5 Pengumpulan data 54
3.5.1 Data Primer 55
3.5.2 Data Sekunder 56
3.5.3 Kajian Literatur 57
3.5.4 Kaedah Soal Selidik 59
3.5.5 Kaedah Temubual 60
4.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI
4.1 Pendahuluan 62
4.2 Analisis Data 62
4.3 Data Kajian 63
4.4 Data Kajian objektif 1 63
4.5 Analisa data objektif 1 64
4.6 Analisis Punca Bahaya Keselamatan (hazad keselamatan) Setiap
Peringkat`Kerja Konkrit Di Tapak Bina 69
4.7 Analisis Punca Bahaya Dari Segi Keselamatan
13
(Hazad Keselamatan) 74
4.7.1 Rumusan objektif 1 75
4.8 Analisis Punca Bahaya Kesihatan (hazad kesihatan)
Setiap Peringkat Kerja Konkrit Di Tapak Bina 76
4.9 Analisis Punca Bahaya Dari Segi Kesihatan (Hazad Kesihatan) 79
4.9.1 Rumusan 80
4.10 Analisis Data Objektif 2 81
4.11 Analisis Data Objektif 2 83
4.12 Pelan Kualiti Projek (PKP) 85
4.13 Pelan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan 90
4.14 Pengenalpastian hazad dan risiko (HIRARC) 91
4.15 Rumusan 97
5.0 PENUTUP
5.1 Pengenalan 98
5.2 Rumusan 99
5.3 Limitasi dan Permasalahan Kajian 102
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 103
RUJUKAN 104
LAMPIRAN
Borang kaji Selidik & Responden
Borang Temubual & Transkrip Temubual
Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit
Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Di Tempat Tinggi
Lampiran Akhbar Melibatkan Kemalangan Kerja Konkrit
14
Senarai Jadual
Jadual no. Muka surat
Jadual 1.1 Senarai Kes Kemalangan Melibatkan Kerja-Kerja Konkrit 8
Jadual 4.1 Rumusan Punca Bahaya (Hazad Keselamatan) 74
Jadual 3.1 Kaedah Kajian Data Primer 56
Jadual 4.1 Rumusan Punca Bahaya (Hazad Keselamatan) 75
Jadual 4.2 Rumusan Punca Bahaya (Hazad Kesihatan) 80
Jadual 4.3 Jenis Responden Untuk Ditemubual 81
Jadual 4.4 Dokumen Personel Untuk Dianalisis 82
Jadual 4.5 Sebahagian Transkrip Temu Bual Yang Telah Dilaksanakan 83
Jadual 4.6 Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Tapak Bina 84
15
Senarai Rajah
Rajah no. muka surat
Rajah 1.1 Garis Panduan (HIRARC) yang dikeluarkan oleh
JKKP pada tahun 2008 3
Rajah 1.2 Statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor
sehingga Oktober 2017 6
Rajah 1.3 Bilangan kemalangan perusahaan dilapor 2011-2015 6
Rajah 2.1 Pekerja sedang melakukan kerja konkrit untuk tiang
tingkat 1 tanpa sebarang persediaan keselamatan dibuat 17
Rajah 2.2 Statistik Kes Kemalangan Maut Mengikut Sektor Di Britain 18
2016-2017
Rajah 2.3 Statistik Jenis Kes Kemalangan Maut Di Britain 2016-2017 18
Rajah 2.4 Borang Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit Oleh JKKP 21
Rajah 2.5 Struktur Sokongan Lantai Runtuh 22
Rajah 2.6 Rekod Kemalangan Melibatkan Kren Tahun 2007 dan
2008 Di Singapura 24
Rajah 2.7 Menunjukkan kren Menara Yang Tumbang Serta Kren
Bergerak Terbalik 25
Rajah 2.8 Analisis Pokok Faktor Yang Membolehkan Kren
Terbalik/Runtuh 25
16
Rajah 2.9 Kerja Konkrit Menggunakan Lori Pam Mudah alih
(Mobile Concrete Pumping) 26
Rajah 2.10 Kedudukan Meletakkan Trak Konkrit Pam Yang Betul
Dan Keadaan Trak Konkrit Pam Yang Terangkat Akibat
Kesilapan Perancangan Kedudukan Lori Pam 27
Rajah 3.1 Carta Alir Rekabentuk Metodologi Kajian 53
Rajah 3.2 Data Sekunder 57
Rajah 4.1 Graf Taburan Responden Mengikut Jantina 64
Rajah 4.2 Taburan bilangan responden mengikut umur 65
Rajah 4.3 Graf Taburan Tahap Pendidikan Responden 66
Rajah 4.4 Taburan mengikut pengkhususan pekerjaan 67
Rajah 4.5 Taburan jenis majikan responden 67
Rajah 4.6 Taburan jenis pembinaan yang terlibat 68
Rajah 4.7 tempoh pengalaman responden 69
Rajah 4.8 Punca bahaya (hazad) kepada pekerja akibat kemalangan
Disebabkan pemandu lori yang kurang mahir dan cuai 70
Rajah 4.9 Punca bahaya (hazad) kepada pekerja akibat memandu
lori yang tidak diselenggara secara berkala seperti brek 71
Rajah 4.10 Punca bahaya (hazad) kepada pekerja akibat akses atau
jalan licin yang menyebabkan kemalangan lori dengan pekerja 71
Rajah 4.11 Punca bahaya (hazad) kepada pekerja akibat pengendalian
kren oleh operator kren tidak mahir dan kompeten 72
Rajah 4.12 Punca bahaya (hazad) kepada pekerja akibat struktur sokongan
sementara tidak kukuh dan stabil 73
Rajah 4.13 Punca bahaya (hazad) kepada pekerja semasa membuka
acuan konkrit 74
Rajah 4.14 Kesihatan pemandu terjejas akibat terdedah kepada
jerebu dan asap kenderaan 76
17
Rajah 4.15 Pendedahan bunyi bising daripada jentera,mesin dan
enjin kenderaa 77
Rajah 4.16 Debu simen yang dihidu oleh pekerja yang menyebabkan kesan
jangka masa panjang 78
Rajah 4.17 Bahan kimia yang digunakan bagi tujuan pengawetan struktur
konkrit yang memberi kesan kepada pekerja 79
Rajah 4.18 Pelan Kualiti Projek (PKP) Oleh Pihak Kontraktor
PI BRILLIANT 86
Rajah 4.19 Prosedur Penyeliaan Tapak 87
Rajah 4.20 Prosedur Penyeliaan Tapak Bagi Kerja_kerja “Roof Beam” 88
Rajah 4.21 Carta Alir Perlaksanaan Projek 88
Rajah 4.22 Senarai Semak Bagi Penyeliaan Tapak 89
Rajah 4.23 Pelan Keselamatan, Kesihatan Dan Persekitaran (SHE Plan) 91
Rajah 4.24 Contoh HIRARC Kerja Konkrit (semasa menempatkan konkrit) 92
Rajah 4.25 Borang Pemeriksaan Tempat Kerja 93
Rajah 4.26 Permit Untuk Bekerja 1 (PTW) 94
Rajah 4.27 Permit Untuk Bekerja 2 (PTW) 95
Rajah 4.28 Perancangan Keselamatan dan Kesihatan Projek 96
Rajah 4.29 Sistem Pengurusan Keselamatan Kerja Konkrit 97
18
Senarai Singkatan
JKKP Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan
AKKP Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja
DOSH Department of Occupational Safety and Health
AKJ Akta Kilang dan Jentera
CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial
HSE Health And Safety Executive
HIRARC Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control
JSA Job Safety Analysis
JHA Job Hazard Analysis
NIOSH National Institute Of Occupational Safety and Health
WAHR Working At Height Regulation
SHO Safety, Health Officer
SSS Site Safety Supervisor
PKP Pelan Kualiti Projek
SHE PLAN Safety, Health and Environment Plan
BOWEC Building Operation and Works Engineering Construction
19
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejajar dengan perkembangan pesat industri pembinaan di negara kita seperti
projek-projek mega seperti Mass Rapid Transit (MRT), Lebuhraya Pan Borneo, Menara
Warisan Merdeka KL118, landasan kereta api Pantai Timur (ECRL) dan kereta api laju
Kl- Singapura sememangnya industri pembinaan di Malaysia amat memerlukan jumlah
tenaga kerja yang banyak samada tenaga kerja tempatan atau asing. Menurut sumber
daripada laporan tahunan Pertubuhan Keselamatan Sosial tahun 2015 mencatatkan
sebanyak 414,617 buah majikan aktif telah direkodkan dengan bilangan pekerja aktif
seramai 6.35 juta dan jika hendak dibandingkan dengan rekod pada tahun 2011 ialah
sebanyak 368,472 buah majikan aktif dengan 5.76 juta pekerja atau secara mudahnya
peningkatan sebanyak 10% bilangan pekerja (Laporan Tahunan PERKESO, 2015).
Melihat kepada data yang direkodkan oleh pihak Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sepanjang tahun 2015 sahaja sebanyak 70,707
buah kontraktor telah didaftarkan dan 5377 buah kontraktor adalah kontraktor Gred 7
yang telah melibatkan jumlah nilai projek melebihi RM 124 Billion dan 82.3%
daripadanya dibiayai oleh pihak swasta. Statistik yang dikeluarkan oleh CIDB bagi
20
bilangan projek swasta dan awam pula adalah berjumlah 6,885 buah projek pada tahun
2015 yang mencatatkan sebanyak 2,546 buah projek dimonopoli oleh kategori bukan
kediaman diikuti oleh kategori jenis kediaman sebanyak 1,966 buah (Laporan Tahunan
CIDB, 2015).
Selaras dengan jumlah kontraktor dan bilangan projek semestinya ia akan
melibatkan guna tenaga kerja yang amat tinggi bagi menampung keperluan tersebut.
Rekod CIDB bagi butir pendaftaran personel binaan 2015 menunjukkan jumlah tenaga
kerja keseluruhan yang telah direkodkan adalah berjumlah 812, 593 orang pekerja dan
ianya terbahagi kepada 2 iaitu personel asing merekodkan 141,190 orang pekerja
manakala personel tempatan seramai 671,403 orang pekerja (Laporan Tahunan CIDB,
2015).
Produktiviti kerja bagi sesebuah syarikat sememangnya bergantung kepada
kecekapan dan kesihatan para pekerjanya. Ini menjelaskan bawaha pekerja adalah aset
penting kepada sesebuah syarikat atau perusahaan. Tanpa pekerja operasi syarikat akan
terganggu dan produktiviti akan menurun. Oleh itu jelaslah, setiap majikan wajib dalam
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang bekerja dibawahnya selaras dengan
Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
Rentetan daripada kemalangan di tapak bina yang semakin meningkat maka
jelaslah suatu tindakan awalan perlu diambil iaitu penaksiran risiko kerja perlu
dilakukan sebelum kerja tersebut dilaksanakan. Pihak Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan satu garispanduan dalam membantu
memudahkan pihak kontraktor mengenalpasti risiko iaitu dengan menggunakan Garis
Panduan Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
21
Rajah 1.1- Garis Panduan Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan
Risiko (HIRARC), 2008.
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Kajian ini mengupas tajuk pengurusan keselamatan pekerjaan bagi kerja konkrit
oleh pihak kontraktor di tapak bina. Perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah
mengenai tinjauan kajian-kajian yang lepas yang menjadi sumber pengetahuan dan
panduan penting dalam penyelidikan ini.
22
1.2 Pernyataan Masalah
Mutakhir ini, seringkali kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan pekerjaan
yang melibatkan kerja konkrit di tapak pembinaan. Hal ini dapat dilihat di dada-dada
akhbar atau kaca televisyen dan juga internet yang menceritakan tentang kejadian tragis
tersebut samada melibatkan kecederaan ringan, kekal atau kematian.
Utusan Online (2016) melaporkan seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut
manakala dua lagi parah dihempap konkrit di Universiti Teknologi Malaysia Melaka
(UTEM) yang pada mulanya melibatkan 9 orang pekerja semasa mereka sedang
melakukan kerja konkrit bagi pembinaan pelantar sebuah tangki air roboh dan 6 orang
daripadanya tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar dari runtuhan. Berita
Harian Online (2018) pula melaporkan struktur bangunan PMU yang dalam pembinaan
di tingkat 3 runtuh dan menyebabkan seorang pekerja maut akibat dihempap konkrit dan
perancah sewaktu kerja-kerja meratakan konkrit sedang dijalankan.
Selain daripada itu, satu kemalangan telah berlaku semasa kerja-kerja penuangan
konkrit ke atas acuan lantai tingkat atas bagi sebuah projek pembinaan rumah banglo di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah melibatkan 9 orang pekerja tetapi hanya
3 orang sahaja yang mengalami kecederaan (Arkib Info KKP Laman Web JKKP).
Terakhir, 5 pekerja mengalami kemalangan akibat kejadian runtuhan lantai tingkat 3 di
sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang mana seorang pekerja
telah terbunuh 4 daripadanya mengalami kecederaan serius dan kecil sahaja ( Mstar
Online, 2010).
23
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak
(JKKP) Mohd Hatta Zakaria, dalam ucapannya di akhbar theborneopost (2016), banyak
aktiviti berisiko tinggi dijalankan di tapak pembinaan seperti kerja-kerja mengangkat,
kerja konkrit, bekerja di tempat tinggi, kerja pengorekan dan sebagainya. Oleh itu,
jelaslah kerja konkrit merupakan antara salah satu kerja berisiko tinggi dan mempunyai
banyak hazad samada dari segi hazad keselamatan dan kesihatan bergantung kepada
lokasi, ketinggian dan kaedah yang digunakan semasa kerja tersebut dijalankan.
Melihat kepada jumlah projek pembinaan serta nilai projek yang meningkat
saban tahun, pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah
mengambil inisiatif dengan memperkenalkan 4 teras strategik di dalam Program
Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 (CITP). Antara salah satu teras strategik
tersebut adalah berkenaan kualiti, keselamatan dan tahap professional yang ditekankan
ke dalam budaya industri pembinaan di Malaysia. Di dalam teras tersebut Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyasarkan lebih 50 peratus
penurunan kadar kematian dan kecederaan di tapak bina (Laman Web Rasmi CIDB ,
Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020).
Mengikut statistik kemalangan yang direkodkan di dalam laman web Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sehingga Oktober 2017 bagi kes yang
disiasat sahaja menunjukkan kadar kemalangan bagi kategori pembinaan adalah berada
pada tahap keempat tertinggi antara kategori lain dengan jumlah kes kemalangan
sebanyak 177 kes dan kes kemalangan tersebut terbahagi kepada 3 jenis iaitu tanpa
hilang upaya kekal (THUK) 110 kes, hilang upaya kekal (HUK) 4 kes manakala maut
adalah 63 kes (Laman Web Rasmi JKKP).
24
Rajah 1.2 - Statistik Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Sehingga Oktober 2017
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Menurut rekod kemalangan perusahaan yang dilaporkan oleh Pertubuhan
Keselamatan dan Sosial (PERKESO) pula menunjukkan sebanyak 34, 258 kes telah
direkodkan sepanjang tahun 2011 sehingga 2015.
Rajah 1.3 - Bilangan Kemalangan Perusahaan Dilapor 2011-2015
Sumber: Laman Web Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
25
Dari perspektif kemalangan tempatan iaitu di Malaysia, pihak Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah merekodkan beberapa kes
kemalangan samada yang melibatkan kecederaan ataupun kes yang meragut nyawa.
Kes-kes ini berkait rapat dengan punca bahaya (hazad) yang berada di sekeliling tempat
kerja iaitu di kawasan tapak bina lebih-lebih lagi ianya melibatkan kerja-kerja konkrit
yang sedang dijalankan di tapak pembinaan. Jadual di bawah menunjukkan dengan jelas
betapa berisiko dan bahayanya aktiviti kerja konkrit.
26
Jadual 1.1 - Senarai Kes Kemalangan Melibatkan Kerja-Kerja Konkrit
Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
TARIKH
KEMALANGAN
JENIS
KEMALANGAN
LOKASI
KEMALANGAN
KETERANGAN KEMALANGAN IMPAK
KEMALANGAN
PUNCA IMPAK
KEMALANGA
N
03/07/2015 Maut dihempap
formwork
Tapak Bina, WPKL Kemalangan berlaku semasa kerja-kerja
konkrit sedang dijalankan, dengan tiba-tiba
formwork telah runtuh menghempap
mangsa
Maut Kecederaan parah
anggota badan
26/06/2015 Terjatuh dari tempat
tinggi
Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh kebawah setelah bekas
konkrit yang diangkat oleh kren menara
jatuh menimpa struktur perancah tempat
mangsa bekerja
Maut Kecederaan parah
anggota badan
22/06/2015 Maut dihempap
lantai konkrit
Tapak bina, Melaka Mangsa yang maut seramai 3 orang
semasa kerja-kerja merombak perancah,
lantai (slab) berkenaan telah runtuh dan
menghempap semua mangsa
Maut Kecederaan parah
anggota badan
24/12/2014 Maut akibat
tertimbus
Tapak bina, Selangor Kemalangan berlaku semasa kerja-kerja
konkrit lantai dimana falsework digunakan
sebagai penyokong. Tiba-tiba lantai
bahagian yang sedang dikonkrit runtuh dan
mengakibatkan 2 orang pekerja tertimbus
Maut Lemas
05/05/2014
Maut akibat dipanah
petir
Tapak bina, KL Mangsa dipanah petir semasa kerja-kerja
penuangan konkrit
Maut Mangsa bekerja di
tempat terbuka
27
TARIKH
KEMALANGAN
JENIS
KEMALANGAN
LOKASI
KEMALANGAN
KETERANGAN KEMALANGAN IMPAK
KEMALANGAN
PUNCA IMPAK
KEMALANGAN
09/04/2011 Maut terjatuh dari
tempat tinggi
Sebarang Prai
Utara, P.Pinang
Mohd Mohassin, 35 tahun, warganegara
Bangladesh, maut apabila terjatuh dari
bumbung rumah pada ketinggian lebih
kurang 8 meter. Ketika kejadian mangsa
sedang menjalankan kerja-kerja konkritT-
Beam untuk bumbung salah satu rumah
yang dalam proses pembinaan. Semasa
melakukan kerja-kerja tersebut mangsa
telah terjatuh ke lantai dan meninggal
dunia ditempat kejadian.
Maut Terjatuhke bawah
semasa kerja-
kerja konkrit
sedang dijalankan
04/05/2014 Maut akibat tertimbus
runtuhan konkrit
Tapak bina, Johor Mangsa ditimpa penyangga kotak acuan
semasa melakukan kerja – kerja konkrit
lantai.
Maut Kecederaan serius
pada anggota
badan
28
TARIKH
KEMALANGAN
JENIS
KEMALANGAN
LOKASI
KEMALANGAN
KETERANGAN KEMALANGAN IMPAK
KEMALANGAN
PUNCA IMPAK
KEMALANGAN
24/02/2011 Maut terjatuh dari
tempat tinggi
Tapak bina, Johor Seorang pekerja asing berumur 30 tahun,
maut apabila terjatuh dari tempat tinggi.
Ketika kejadian mangsa sedang berada di
tingkat 8 dan sedang menurunkan tong
konkriit ke tempat tuangan konkrit.
Kejadian berlaku ketika angin kencang dan
mangsa sedang menurunkan tong konkrit
dan tong konkrit tersebut bergoyang lalu
terlanggar kayu sokongan pada tingkat 9.
kayu sokongan yang dilanggar patah dan
jatuh, mangsa cuba mengelak
menyebabkan hilang keseimbangan badan
dan terjatuh ke aras bawah.
Maut Kejadian berlaku
apabila angin
kencang dan mangsa
cuba mengelak
daripada terkena
kayu yang jatuh.
03/01/2011
Maut akibat lantai
runtuh secara tiba-
tiba
Tapak bina, KL Seorang pekerja asing berumur 30 tahun,
maut apabila struktur lantai runtuh secara
tiba-tiba. Ketika kejadian mangsa sedang
menjalankan kerja-kerja meratakan simen
konkrit yang dipam keatas struktur
formwork tersebut. Semasa kerja-kerja
penuangan konkrit dijalankan, secara tiba-
tiba struktur tersebut runtuh
Terjatuh dan lemas Secara tiba-tiba
struktur lantai runtuh
dan mangsa
tertimbus oleh simen
konkrit.
29
Melihat kepada statistik dan rekod-rekod kemalangan yang telah ditunjukkan,
maka jelaslah aktiviti kerja-kerja konkrit sememangnya berisiko dan mempunyai banyak
punca bahaya (hazad) bergantung kepada keadaan di tapak bina tersebut.
Walaubagaimanapun, kemalangan yang direkodkan hanyalah merupakan sebahagian kes
yang dilaporkan sahaja. Kemungkinan terdapat banyak lagi kes yang terjadi yang mana
tidak dilaporkan dan seterusnya direkodkan.
1.3 Persoalan Kajian
Merujuk kepada pernyataan masalah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
persoalan bagi kajian ini dalam menentukan objektif kajian adalah seperti berikut:-
i. Apakah punca bahaya (hazad) dari segi keselamatan dan kesihatan kepada
pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina?
ii. Apakah kaedah pengurusan keselamatan kerja-kerja konkrit yang dipraktikkan
oleh pihak kontraktor di tapak bina?
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang telah ditetapkan bagi penyelidikan ini adalah:
30
1) Mengenalpasti punca bahaya (hazad) yang boleh mendatangkan bahaya dari segi
keselamatan dan kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina.
2) Mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan oleh pihak
kontraktor sewaktu menjalankan kerja konkrit di tapak bina.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian yang dijalankan ditumpukan kepada syarikat kontraktor pembinaan
gred G7 yang hanya menjalankan kerja pembinaan di dalam kawasan negeri Selangor
sahaja. Bagi jenis pembinaan pula dipecahkan kepada 4 kategori iaitu rumah kediaman
atau pejabat kurang dari 3 tingkat, bangunan kediaman atau pejabat kurang dari 5
tingkat, bangunan kediaman atau pejabat lebih dari 5 tingkat dan yang terakhir adalah
projek pembinaan kejuruteraan awam seperti LRT, MRT, lebuhraya, jalanraya dan
sebagainya. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan faktor masa serta faktor mudah
mendapatkan maklumat bagi penyelidikan ini samada melalui borang kaji selidik
ataupun proses temubual di tapak bina yang difokuskan kepada pekerja yang terlibat
secara langsung bagi kerja konkrit.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian yang dilaksanakan ini diharap dapat memberi manfaat dari segi:
31
i. Dapat membantu pihak pengurusan sesebuah syarikat kontraktor untuk
menguruskan keperluan pekerja daripada sudut keselamatan dan kesihatan
pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina.
ii. Membantu Pengurus Projek dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
dalam merangka dan mengenalpasti punca bahaya (hazad) yang wujud sebelum,
semasa dan selepas kerja konkrit dijalankan selaras dengan Garis Panduan
HIRARC yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP)
Sebagai panduan atau rujukan oleh pelajar, pensyarah, pengkaji atau penulis buku
samada untuk dijadikan rujukan bagi kajian seterusnya, digunakan sebagai alat bantu
mengajar dan pengeluaran buku-buku berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
32
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Industri pembinaan merupakan salah satu industri yang banyak menyumbang
dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya Malaysia. Industri
pembinaan juga dikatakan sebagai suatu industri yang kompleks dan merbahaya.
Kejayaan sesebuah negara dilihat dari aspek keunikan pembinaan infrastrukturnya. Oleh
itu, industri pembinaan sangat berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara. Menurut
Mazliah Abdul Rahman (2012), industri pembinaan merupakan industri yang biasanya
menjalankan kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan atau struktur seperti perumahan,
jambatan dan jalan raya.
Tidak dapat dinafikan bahawa industri pembinaan banyak menyumbang dalam
perkembangan ekonomi negara. Pada masa yang sama, industri pembinaan ialah
berorientasikan buruh dan melibatkan pekerja yang ramai. Jumlah pekerja yang ramai
ini banyak terdedah kepada risiko. Risiko tersebut seperti bangunan tinggi, haba elektrik,
objek tajam yang bergerak, lif, bahan kimia, habuk, bunyi bising dan ruang yang terhad
(Fatin Nazriah Abd Salim, 2012).
Kajian literatur sangat penting untuk menyokong dalam perbincangan hasil
dapatan kajian ini. Ia akan menghuraikan secara lebih lanjut berdasarkan buku rujukan,
artikel, laman web, keratan akhbar, jurnal, prosiding dan kajian lepas yang
33
boleh dipercayai dan disahkan. Maklumat juga turut diperolehi dari sumber media cetak
dan media elektronik. Maklumat yang diperolehi dijadikan sumber rujukan dan diolah
untuk menghasilkan dapatan laporan kajian ini dengan baik.
Di dalam bab ini mengandungi kajian literarur berkenaan dengan kajian yang
dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang mendalam berkenaan
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi kerja konkrit oleh pihak
kontraktor di tapak bina. Ia meliputi definasi kerja konkrit, lokasi kerja konkrit,
komponen sokongan untuk kerja-kerja konkrit, jentera serta peralatan yang terlibat.
Selain itu, akan diterangkan juga secara umum mengenai pengurusan keselamatan, Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967, penyebab
berlakunya kemalangan serta faktor yang mempengaruhi keselamatan di tempat kerja.
2.2 Kerja- Kerja Konkrit
2.2.1 Definasi Konkrit
Konkrit dihasilkan daripada bancuhan beberapa kompenan utama iaitu simen,
agregat kasar dan halus, air dan bahan tambah. Bancuhan ini kemudian dituang kedalam
acuan untuk mendapatkan bentuk dan saiz tertentu ketika masih basah (Concrete Basic
A Guide To Concrete Practice,2010)
34
Konkrit adalah merupakan bahan binaan yang meluas digunakan di seluruh dunia
bagi binaan struktur bangunan. Sebagai contoh konkrit digunakan bagi tujuan binaan
substruktur dan superstruktur. Kerja-kerja penuangan konkrit secara lazimnya
melibatkan bahagian struktur seperti lantai, rasuk (beam), tiang, rasuk bumbung, tangga
dan lain-lain struktur dalam bangunan yang menggunakan konkrit.
2.2.2 Lokasi Berbahaya Untuk Kerja-Kerja Konkrit
Kerja-kerja penuangan atau melibatkan konkrit yang berisiko tinggi
kebiasaannya di lakukan di tempat tinggi yang mana melebihi dari ketinggian 2 meter
atau lebih dari aras tanah (DOSH Guidelines For The Prevention Of Falls At
Workplaces, 2007). Kerja-kerja sebegini kebiasaanya dilakukan untuk struktur bangunan
seperti tiang, lantai tingkat atas, tangga, rasuk bumbung, lantai tangka air dan lain-lain
lagi. Risiko amatlah tinggi jika tiada langkah keselamatan diambil semasa kerja konkrit
tersebut dilakukan.
2.2.3 Tempat tinggi
Working At Height Regulation (2005) mendefinasikan bekerja di tempat tinggi
adalah kerja yang dilakukan lebih dari aras tanah. Bekerja di tempat tinggi merupakan
aktiviti yang merbahaya dan kes kemalangan yang melibatkan jatuh dari tempat tinggi
dalam industri pembinaan masih berada antara kedudukan teratas senarai kes
kemalangan maut dan menjadikannya antara penyumbang kedua terbesar kecederaan
kepada pekerja selain dari kes tergelincir di United Kingdom (UK) dimana pada tahun
2003 hingga 2004 sahaja sebanyak 67 kes maut akibat jatuh dari tempat tinggi manakala
4000 kes melibatkan kecederaan (WAHR, 2005).
35
Rajah 2.1 - Pekerja Sedang Melakukan Kerja Konkrit Untuk Tiang Tingkat 1 Tanpa
Sebarang Persediaan Keselamatan Dibuat.
Sumber: Google Image
Mengikut data yang direkodkan oleh laporan tahunan Kementerian Sumber
Manusia Singapura (2017), sebanyak 42 kes kemalangan maut berlaku melibatkan
kematian dimana 12 kes telah terjadi di sektor pembinaan mewakili 29% yang paling
tertinggi sekali dibandingkan sektor lain. Sebanyak 19% kemalangan yang berlaku
disumbangkan oleh insiden seperti jatuh dari tempat tinggi, tergelincir atau tersadung
dan jatuh. Bagi melibatkan kemalangan yang tidak melibatkan kematian pula tetapi
memberikan samada kecederaan kekal atau sederhana pula melibatkan 574 kes
kemalangan dimana sebanyak 110 kes kemalangan disumbangkan oleh sektor
pembinaan mewakili 19%. Sebanyak 31% insiden disumbangkan oleh insiden seperti
jatuh dari tempat tinggi, tergelincir atau tersadung dan jatuh.
Fakta yang telah ditunjukkan mengesahkan kes kemalangan jatuh dari tempat
tinggi merupakan kes kemalangan yang mempunyai kadar kemalangan paling tinggi di
tapak bina. Jatuh dari tempat tinggi mempunyai kaitan dengan kerja-kerja konkrit yang
sememangnya biasa dijalankan di tempat tinggi.
36
Mengikut rekod kes kemalangan maut yang telah direkodkan Laman Web Rasmi
Health and Safety Executive, HSE (2017) dari tahun 2016-2017 mendapati sebanyak 30
kes kemalangan maut telah terjadi di sektor pembinaan di Britain dimana 25 kes insiden
meilbatkan kejadian jatuh dari tempat tinggi.
Rajah 2.2 - Statistik Kes Kemalangan Maut Mengikut Sektor Di Britain 2016-2017
Sumber: Laman Web Rasmi HSE
Rajah 2.3 - Statistik Jenis Kes Kemalangan Maut Di Britain 2016-2017
Sumber: Laman Web Rasmi HSE
37
2.3 Persediaan Sebelum Memulakan Kerja Penuangan Konkrit
Bagi sesebuah kontraktor, kerja-kerja penuangan konkrit merupakan salah satu
kerja yang amat penting diantara pelbagai aktiviti kerja di tapak bina. Ini kerana kerja-
kerja penuangan konkrit memainkan peranan besar dalam keberlangsungan lain-lain
kerja di tapak bina. Semestinya, sebelum kerja-kerja penuangan konkrit dijalankan
terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu bagi melancarkan kerja-
kerja penuangan konkrit tersebut. Antaranya adalah :-
2.3.1 Kotak Acuan Konkrit (Concrete Formwork)
Kotak acuan yang dibina oleh tukang kayu kebiasaannya digunakan untuk
membentuk struktur konkrit bertetulang. Struktur penahan sementara (shoring) akan
dipasang dibawahnya bagi menyokong kotak acuan yang mengandungi konkrit yang
basah daripada jatuh dan diperkuatkan dengan memasang sistem penahan (bracing).
Kotak acuan juga mesti kuat bagi menampung beban seperti besi tetulang, beban pekerja
dan peralatan diatasnya. Terdapat tiga peringkat dalam operasi kerja acuan konkrit:-
i. Pembinaan dan pemasangan kotak acuan
ii. Menempatkan konkrit ke dalam acuan konkrit
iii. Membuka acuan dan memindahkannya.
Dalam memastikan kotak acuan konkrit yang dibuat memenuhi spesifikasi dan selamat
digunakan satu garispanduan rekabentuk kotak acuan telah dikeluarkan oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di dalam Panduan
38
Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit. Antara spesifikasi rekabentuk yang telah
digariskan adalah:-
a) Kotak acuan mestilah diperakui selamat oleh Jurutera Profesional (PE) (Per
28(1), BOWEC)
b) Kotak acuan seperti berikut perlu direkabentuk oleh (PE) (per.30(4), BOWEC):
i. Ketinggian > 9.14m, atau
ii. ≥ 2 tetingkat, atau
iii. Jumlah beban > 732.2 kgf/m2 (7.18kN/m2)
c) Spesifikasi reka bentuk hendaklah menunjukkan kedudukan perembat (bracing),
pengikat, bahan yang digunakan dan skop kerja (Per. 28, BOWEC)
d) Pengiraan Mengambil kira daya sipian (eccentric loading) bagi menjamin
kestabilan struktur (Per.30(5), BOWEC)
e) Disediakan akses (titi samping) yang mencukupi untuk maksud pemeriksaan
(Per. 28(2), BOWEC)
39
Rajah 2.4 - Borang Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit Oleh JKKP
Sumber: Laman Web Rasmi JKKP
2.3.2 Struktur Sokongan Sementara , Perancah (Scalffolding)
Perancah adalah salah satu struktur sementara yang amat penting dan diperlukan
di tapak bina samada untuk kerja yang dijalankan terlalu tinggi atau untuk bekerja di
tempat tinggi. Perancah diperlukan dalam kerja-kerja membina tembok, melepa,
mengecat, memasang jubin, memasang siling dan lain-lain aktiviti di tapak.
Walaubagaimanapun, peratusan penggunaan perancah adalah amat tinggi sewaktu kerja-
kerja pembinaan rangka bangunan seperti lantai atas, dinding, tiang, rasuk bumbung dan
lain-lain lagi yang tidak boleh dicapai. Kegunaan utama perancah bagi
40
pembinaan semua struktur tersebut adalah untuk menyokong berat kotak acuan ditambah
pula dengan berat konkrit basah sewaktu kerja-kerja penuangan konkrit ke dalam kotak
acuan tersebut. Selain itu, perancah juga digunakan untuk menyokong pelantar tempat
orang berdiri dan juga tempat meletakkan peralatan serta bahan binaan (Jahiman
Badron, 2015).
Tiap-tiap perancah dan tiap-tiap bahagiannya hendaklah dibina dengan baik, dari
bahan yang sesuai dan baik dan mempunyai kekuatan yang mencukupi bagi maksud
yang hendak digunakannya (Peraturan 72(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera,
Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan, BOWEC, 1986).
Rajah 2.5 - Struktur Sokongan Lantai Runtuh
Sumber: Berita harian Online 13 Mei 2017
41
2.4 Jentera Yang Digunakan Bagi Kerja – Kerja Konkrit
Lazimnya kita lihat di tapak bina sewaktu kerja-kerja konkrit hendak dijalankan,
pihak kontraktor telah bersedia dengan jenis jentera untuk mengangkat konkrit. Antara
yang dapat kita lihat adalah seperti kren bergerak (mobile crane), Kren menara (tower
crane) ataupun jenis pam (pumping system). Jenis jentera atau mesin yang digunakan ini
bergantung kepada lokasi dan ketinggian tempat yang hendak dikonkrit.
2.4.1 Kren
Di tapak bina penggunaan kren sememangnya diperlukan dan merupakan item
penting yang tidak terkecuali di dalam proses pembinaan samada untuk proses
mengangkat, mengalihkan atau menurunkan objek atau peralatan yang sememangnya
berat dan besar. Justeru itu, penggunaan kren amatlah sinonim dengan kerja-kerja
konkrit di tapak bina. Secara amnya, kren terbahagi kepada 2 iaitu:
a) Kren statik (kren menara)
b) Kren bergerak ( mobile crane)
Tahap penggunaan 2 jenis kren ini bergantung kepada lokasi, ketinggian sesuatu
tempat atau ruang yang boleh dicapai. Setiap satu daripada kren mempunyai
keistimewaan serta kelebihan masing-masing. Walaubagaimanapun, selain kren
memudahkan dan mempercepatkan kerja di tapak bina ianya juga mempunyai hazad
42
dan potensi untuk memberikan ancaman serta kecederaan kepada pekerja semasa
mengendalikannya atau bekerja dengannya.
Kenyataan ini disokong oleh laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber
Manusia Singapura di dalam satu laporan Crane Safety Analysis and Recommendation
Report, September (2009) dimana di dalam laporan tersebut menyatakan sehingga tahun
2008 terdapat 162 kes telah direkodkan berkaitan kemalangan maut, kecederaan dan
kejadian berbahaya yang melibatkan kren. Peningkatan sebanyak 27% berlaku jika
dibandingkan rekod pada tahun 2007 iaitu hanya 128 kes sahaja direkodkan.
Rajah 2.6 - Rekod Kemalangan Melibatkan Kren Tahun 2007 dan 2008 Di Singapura
Sumber: Crane Safety Analysis and Recommendation Report, September (2009)
Oleh sebab itu, amatlah penting pihak majikan dan kerajaan mengambil
perhatian penuh bahawa kren yang beroperasi dalam keadaan tidak selamat berpotensi
mendatangkan kerosakan besar dan teruk kepada harta fizikal dan keselamatan pekerja.
Di dalam Crane Safety Analysis and Recommendation Report,
43
September (2009) juga telah membina satu analisis pokok yang menyenaraikan kesemua
faktor yang membolehkan sesebuah kren itu terbalik atau runtuh.
Rajah 2.7 - Menunjukkan kren Menara Yang Tumbang Serta Kren Bergerak Terbalik
Sumber: Google image
Rajah 2.8 - Analisis Pokok Faktor Yang Membolehkan Kren Terbalik/Runtuh
Sumber: Crane Safety Analysis and Recommendation Report, September (2009)
44
2.4.2 Lori Pam Mudah Alih (Mobile Concrete Pumping)
Selain daripada kaedah mengangkat naik yang digunakan oleh kren bergerak dan
kren menara, terdapat satu kaedah lain dalam menaikkan konkrit iaitu dengan
menggunakan pam. Terdapat banyak jenis pam yang ada di pasaran dalam
merealisasikan kerja tersebut. Tetapi yang menjadi kebiasaan digunakan adalah pam
jenis mudah alih (mobile pumping). Rajah di bawah menunjukkan lori pam mudah alih
yang digunakan untuk menaikkan konkrit bagi lantai tingkat atas.
Rajah 2.9 – Kerja Konkrit Menggunakan Lori Pam Mudahalih (Mobile Concrete
Pumping)
Sumber: Google Image
Selain daripada itu, terdapat banyak punca bahaya semasa proses kerja konkrit
dijalankan. Antaranya adalah semasa beroperasi berdekatan dengan talian elektrik
bervoltan tinggi 220KV. Kelulusan untuk beroperasi mestilah didapatkan terlebih dahulu
dan jarak maksimum yang dibenarkan bekerja adalah 4 meter. Ini bagi mengelakkan
pekerja dan operator terkena renjatan elektrik (concrete pumping health and safety
guidelines, 2013).
45
Rajah 2.10 - Kedudukan Meletakkan Trak Konkrit Pam Yang Betul Dan Keadaan
TrakKonkrit Pam Yang Terangkat Akibat Kesilapan Perancangan Kedudukan Lori Pam
Sumber: Concrete Pumping Health and Safety Guidelines, 2013
Hazad yang wujud semasa kerja-kerja konkrit dijalankan dengan menggunakan
pam konkrit mudah alih adalah seperti hazad keselamatan dan hazad kesihatan. Contoh
hazad keselamatan adalah seperti mata/kulit terkena konkrit yang boleh menyebabkan
masalah seperti radang mata, kulit terbakar atau dermatitis.
Selain itu, kegagalan paip sambungan atau kepala paip saluran konkrit boleh
menyebabkan pekerja terkena tembakan konkrit bertekanan tinggi atau boleh
menyebabkan pekerja terjatuh dari tempat tinggi jika kejadian tersebut berlaku di
bahagian tepi bangunan. Bagi hazad kesihatan pula, adalah pekerja terdedah kepada
cuaca yang sangat panas dan boleh menyebabkan dehidrasi dan kulit terbakar jika kerja
konkrit dilakukan pada waktu tengah hari yang terik.
46
2.5 PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
2.5.1 Keselamatan Dalam Projek Pembinaan
Pengurusan keselamatan dalam industri pembinaan direka bentuk bagi
melindungi keselamatan dan kesihatan setiap pekerja atau orang awam. Kebanyakan
kemalangan yang terjadi melibatkan kecederaan kepada seseorang individu sahaja. Ini
menujukkan corak pendedahan dalam industri pembinaan dimana pekerja bekerja secara
bersendirian atau dalam kumpulan kecil. Aspek pengurusan keselamatan banyak
bergantung kepada manusia itu sendiri.
Mohd Saidin Misnan, et al. (2013) menyatakan pengurusan keselamatan
terbahagi kepada 4 iaitu:
a) Polisi syarikat – Kurang polisi latihan
b) Pengurusan projek – Lemah perancangan dan penjadualan kerja
c) Pengurusan tapak – komunikasi yang lemah dan kurang pengawasan
d) Individu – Gagal mematuhi kaedah kerja selamat
47
2.6 PERUNDANGAN BERKAITAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN
2.6.1 Akta Dan Peraturan
Sebagai satu usaha daripada Kerajaan dalam menangani malah keselamatan
dalam industri, Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Akta 514) sejak tahun 1994. Kerajaan juga menguatkuasakan Akta Kilang
dan Jentera , 1967 (Akta 139) bagi digunapakai di tempat kerja terutama dalam
pengendalian jentera.
2.6.2 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
Akta ini telah diwartakan pada 24 Februari 1994. AKKP ini terpakai untuk
semua sektor termasuk pembinaan kecuali perkapalan dan ketenteraan. AKKP digubal
untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja adalah terjamin.
Di samping itu, AKKP juga adalah untuk melindungi keselamatan orang lain selain
daripada pekerja di tempat kerja tersebut. Terdapat 16 Bahagian dan 67 Seksyen di
dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514). Setiap satu seksyen
menerangkan dengan jelas.
48
2.7 SEKSYEN AKKP YANG TERLIBAT
Bahagian 4, Seksyen 15
Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri
Seksyen 15 (1) menyatakan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap
orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan,
kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
Seksyen 15(2) (a,b,c,d, dan e) juga terpakai dan termasuk dalam kewajipan majikan.
Bahagian 5, Seksyen 20
Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal
Seksyen 20 (1) (a,b,c, ) , (2) dan (3) menyatakan adalah menjadi kewajipan seseorang
yang merekabentuk, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji bagi
kegunaan semasa bekerja.
49
2.8 PERATURAN AKKP YANG TERLIBAT
2.8.1 Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan)
Pemeriksaan Tempat Kerja
Peraturan 12(a) – memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk
menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang
yang diambil kerja di dalamnya.
2.8.2 Peraturan – Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan)
Kewajipan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Peraturan 18 (b) – Adalah menjadi kewajipan pegawai untuk mmeriksa tempat kerja
untuk mennetukan sam ada apa-apa jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas atau proses
atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan
kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja.
50
2.8.3 Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139)
Akta Kilang dan Jentera yang digubal pada 1967 merupakan akta yang
diperkenalkandan diwajibkan kepada semua majikan untuk dipatuhi terutama sekali
yang melibatkan aktiviti pengilangan dan jentera. Akta ini memastikan pekerja yang
menggunakan jentera di tempat kerja mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Selain itu, pegawai keselamatan dan kesihatan juga bertanggungjawab untuk
menjalankan pemeriksaan terhadap peralatan pembinaan. Di dalam Akta Kilang dan
Jentera 1967, terdapat 6 Bahagian dan 59 Seksyen termasuk peraturan-peraturan.
2.8.4 BAHAGIAN 2
Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan
Seksyen 10, Peruntukan berhubungan dengan keselamatan, dan sebagainya:-
a) Asas dan lantai hendaklah cukup kuat untuk menahan beban-benan yang baginya
direkabentuk; dan tiada asas atau lantai boleh dibeban lebih.
c) Semua lantai, lantai kerja, platform, dek, tangga lorong, titi-sambung, tangga dan
anak tangga hendaklah dibina dengan selamat untuk mencegah risiko orang
daripada jatuh dan dengan struktur yang baik untuk mencegah risiko keruntuhan,
dan hendaklah disenggara dan disimpan dengan sewajarnya, setakat yang
51
semunasabahnya praktik, bebas dari apa-apa bahan yang longgar dan tidak dalam
keadaan licin.
e) Tiap-tiap bukaan, takungan bahan buangan, lubang atau vessel yang
dilekatkan ke lantai atau lantai kerja hendaklah ditutup dengan selamat atau
dipagar dengan selamat untuk mencegah risiko orang daripada jatuh
Seksyen 19 (1) – Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau
membenarkan dikendali apa-apa jentera berkenaan dengan yang perakuan kelayakan
telah menetapkan melainkan jika suatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan
di bawah Akta ini.
2.8.5 PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (KENDALIAN
BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BINAAN KEJURUTERAAN)
(KESELAMATAN) 1986 BOWEC
BAHAGIAN 1
Pemakaian
Peraturan – peraturan ini hendaklah dipakai bagi:
a) Kendalian bangunan
b) Kerja-kerja binaan kejuruteraan
52
BAHAGIAN 2
Peraturan 8
Bahaya Tergelincir
Seseorang majikan tidak boleh membiarkan atau membenarkan seseorang
pekerja menggunakan tempat laluan, atau perancah, platform atau lain-lain dataran kerja
tinggi yang berkeadaan licin.
Peraturan 9,
Bahaya Tersadung dan Luka
(i) Semua tempat laluan, platform dan tempat-tempat kerja yang lain hendaklah
dipastikan tiada penghalang yang boleh menyebabkan seseorang itu
tersadung.
(ii) Apa-apa juluran yang boleh melukakan pekerja hendaklah dipindahkan atau
dijadikan selamat.
Peraturan 10,
Akses Tingkat Kerja
Semua bangunan dalam peringkat pembinaan yang lebih dari 2 tingkat tingginya
hendaklah disediakan dengan akses jelas di tingkat bawah, lengkap dengan penutup
pelindung atas bagi orang keluar masuk bangunan itu.
53
Peraturan 15
Pakaian Perlindungan
(i) Tiap-tiap pekerja yang bekerja dalam kawasan yang berbahaya dan boleh
ditimpa oleh barang-barang atau bahan-bahan yang jatuh hendaklah
dibekalkan dengan topi keledar.
(ii) Tiap-tiap pekerja yang dikehendaki bekerja dalam air , konkrit basah atau aman-
mana tempat berpijak lain yang berkeadaan basah hendaklah dibekalkan
dengan but kalis air yang sesuai.
Peraturan 16
Bahaya Elektrik
(i) Majikan hendaklah memastikan bahagian litar kuasa elektrik yang terdedah atau
tersembunyi dan terletak di kawasan pekerja sedang menjalankan kerja yang
boleh menyebabkan pekerja, orang, alat atau jentera mendapat sentuhan
fizikal atau elektrikal dengannya berada dalam keadaan selamat.
Peraturan 20
Cahaya Di Tempat Laluan dan Lain-Lain
Cahaya yang mencukupi untuk menyenggara keadaan kerja selamat hendaklah
disediakan di mana sahaja seseorang dikehendaki bekerja atau lalu. Bagi tempat
laluan,tangga dan dataran, cahaya itu tidak boleh kurang dari 50 lux
54
Peraturan 24
Penggunaan Topi Keledar
Semua orang yang menjalankan apa-apa jenis kerja atau pekrhidmatan di dalam kawasan
kerja hendaklah memakai topi keledar.
Peraturan 25
Penyelia Keselamatan Tapak Bina
(i) Kontraktor utama di tapakbina hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan
tapakbina separuh masa bagi melakuakan pengawasan keselamatan dan
menggalakkan tatakerja yang selamat di tapak bina.
Peraturan 26
Penyelia Keselamatan Kontraktor
(i) Tiap-tiap kontraktor selain daripada kontraktor utama yang bertanggungjawab
atas tapak bina kerja yang menggaji lebih dari 20 orang pekerja untuk bekerja
di tapak bina hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan kontraktor
separuh masa untuk melakukan pengawasan keselamatan dan menggalakkan
tatakerja yang selamat.
55
BAHAGIAN 3
KERJA-KERJA KONKRIT
Peraturan 28
Kehendak-Kehendak Am
(i) Acuan dan penyangga semula hendaklah diperakui sebagai binaan yang selamat
oleh Jurutera Professional dan hendaklah dirembat atau diikat sekali dengan
sempurnanya supaya dapat mengekalkan kedudukan dan bentuknya.
(ii) Jika struktur acuan mempunyai 2 tetingkat atau lebih, ia hendaklah mempunyai
titi-samping yang mencukupi dan akses-akses lain yang selamat untuk
maksud pemeriksaan.
Peraturan 29
Pemeriksaan dan Penyeliaan
(i) Seseorang yang ditetapkan hendaklah menyelia pembinaan acuan termasuklah
penyangga, perembat dan tupang-tupang lain.
(ii) Acuan yang telah siap dipasang, orang yang telah ditetapkan membuat
pemeriksaan mestilah memeriksa keseluruhan untuk memastikan bahawa
acuan itu selamat.
(iii)Seseorang yang telah ditetapkan hendaklah kerap memeriksa acuan, penyangga,
perembat dan tupang-tupang lain semasa memasukkan konkrit. Penyangga-
penyangga semula hendaklah juga diperiksa sedemikian.
56
Peraturan 30
Rasuk, Lantai dan Atap
(i) Jika tinggi diantara lantai dan siling melebihi 9.14 meter, atau jika dek acuan
ditupang oleh penyangga yang dibina dengan 2 tetingkat atau lebih, atau jika
beban mati, beban hidup dan beban hentaman ke atas acuan itu melebihi
732.3 kgf satu meter persegi, struktur acuan tersebut hendaklah direkabentuk
oleh Jurutera Professional dan penentuan dan lukisan hendaklah disimpan di
tempat kerja untuk digunakan oleh Pemeriksa dan Salinan rekabentuk dan
lukisan tersebut hendaklah dikemuakakn kepada kepada Ketua Pengarah
sebelum kerja dimualakan.
(ii) Jika struktur acuan direka oleh Jurutera Professional, Jurutera Professional itu
adalah bertanggungjawab untuk menyelia pembinaan dan kestabilan struktur
tersebut.
Peraturan 31
Penanggalan
(i) Penanggalan tidak boleh dilakukan sehingga konkrit telah kering sepenuhnya
mengikut penentuan Jurutera Professional dan telah diluluskan olehnya
sebelum penanggalan dimulakan.
(ii) Acuan yang telah ditanggalkan hendaklah dipindahkan atau disusun dengan rapi
(iii)Paku yang terjulur, dawai pengikat dan alat-alat lain hendaklah dicabut,
dipotong atau dijadikan selamat.
57
Peraturan 32
Penyanggaan Semula
(i) Penyanggan semula hendaklah diperuntukkan apabila perlu untuk menupang slab
dan rasuk dengan selamtnya selepas penanggalan, atau jika bahagian-
bahagian tersebut mengalami beban tindih disebabkan oleh pembinaan di atas
slab dan rasuk itu.
BAHAGIAN 9
PERANCAH
Peraturan 72
Pembinaan
(i) Semua perancah dan tupang-tupangnya hendaklah berupaya menupang beban
yang mana ia direka bentuk untuk membawa dengan faktor keselamatan
sekurang-kurangnya 4
58
Peraturan 77
Tupang dan Kestabilan Perancah
(i) Tiap-tiap perancah hendaklah ditupang atau diampai dengan kukuh dan jika
perlu perancah itu hendaklah disangga atau dirembat secukupnya dengan
baik untuk menentukan kestabilannya.
Peraturan 86
Platform Kerja
Tiap-tiap platform kerja yang mana darinya seseorang mungkin boleh jatuh lebih dari 3
meter hendaklah: -
a) Samaada disusunkan rapat-rapat, dipapankan atau dipelitkan
59
2.8.6 PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (PENDEDAHAN
BISING) 1989
Peraturan 5
Had Pendedahan Dibenarkan
(i) Tiada pekerja boleh terdedah kepada paras bising melebihi paras bunyi
berterusan setara 90 dB (A) atau melebihi had-had yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama atau melebihi dos bising harian satu
(ii) Tiada pekerja boleh terdedah kepada paras bising melebihi 115 dB () pada bila-
bila masa.
Peraturan 6
Bising Impuls
Tiada pekerja boleh terdedah kepada paras bising melebihi 115 dB (A) pada bila-
bila masa.
2.9 HAZAD KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK PEMBINAAN
2.9.1 Terma dan Takrif
60
Hazad - Sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi dimana
boleh mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan yang buruk
kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan alam sekitar atau gabungan daripada mana-
mana mudarat tersebut.
Kawalan hazad - Proses melaksanakan langkah untuk mengurangkan risiko yang
berkaitan dengan hazad
Pengenalpastian hazad - Peneganlapastian kejadian yang tidak diingini yang membawa
kepada wujudnya hazad dan mekanisme yang membolehkan kejadian yan tidak diingini
berlaku (Garispanduan HIRARC, 2008)
2.9.2 Pengenalpastian Hazad
Tujuan pengenalpastian hazad adalah untuk menentukan operasi kritikal di dalam
tugasan atau pekerjaan iaitu pekerjaan yang mendatangkan risiko yang ketara kepada
keselamatan dan kesihatan pekerja serta menekankan hazad yang berkaitan dengan
kelengkapan tertentu disebabkan oleh sumber tenaga, keadaan kerja atau aktiviti yang
dilaksanakan. Mohd Saidin Misnan, et al. (2013) menyatakan pengenalpastian hazad
boleh dilakukan menerusi beberapa pendekatan pengenalpastian iaitu:
(a) Manusia - Sikap dan tingkah laku pekerja yang tidak selamat
(b) Mesin - Pepasangan, susun atur, dan rekabentuk peralatan
(c) Bahan - bahan kia dan larutan yang digunakan
61
(d) Kaedah - Cara pekerja melaksanakan kerja
(e) Media - Keadaan persekitaran kerja iaitu kualiti udara, tahap cahaya, bunyi
bising, dan sebagainya
2.9.3 Kaaedah Mengenalpasti Hazad
i) Pemeriksaan tempat kerja
ii) Analisis keselamatan tugasan atau hazad kerja
iii) Siasatan kemalangan dan kejadian yang berlaku
iv) Faktor kemalangan yang mungkin
2.9.4 Proses Dokumentasi Hazad
Terdapat berbagai kaedah dokumentasi untuk merekodkan hazad digunakan.
Antaranya adalah:-
a) HIRARC (Hazard Identification, Risk Assesment and Risk Control) - Pengenalpastian
Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Hazad - Dikeluarkan oleh JKKP
b) JSA (Job Safety Analysis) - Analisis Keselamatan Pekerjaan
c) JHA (Job Hazard Analysis) - Analisis Bahaya Pekerjaan
62
Di Malaysia pihak JKKP telah pun menyediakan dan mengeluarkan satu
Garispanduan bagi Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Hazad
(HIRARC) yang mana kebanyakannya telah digunapakai oleh setiap sektor atau industri
dalam menentukan dan mengenalpasti hazad di tempat kerja. Walaubagaimanapun,
proses dokumentasi tidak terbatas hanya dengan menggunakan HIRARC dan pihak
majikan serta pegawai yang ditugaskan berhak menggunakan mana-mana kaedah
dokumentasi yang dirasakan sesuai dan mudah asalkan tujuan serta matlamat akhir iaitu
untuk mengelakkan dan menurunkan kadar kemalangan pekerjaan tercapai.
2.9.5 Kumpulan Utama Hazad
Hazad boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu:
a) Hazad keselamatan
b) Hazad kesihatan
c) Hazad alam sekitar
2.9.6 Hazad Keselamatan
Hazad keselamatan boleh diertikan sebagai apa-apa daya yang cukup kuat yang
mengakibatkan kecederaaan, atau kerosakan kepada harta. Kecederaan yang disebabkan
63
oleh hazad keselamatan biasanya ketara dan sebagai contoh pekerja mungkin cedera
parah atau menyebabkan kematian.
Beberapa contoh hazad keselamatan adalah:
a) Tergelincir/tersadung (wayar elektrik, tali, dawai yang merentangi lantai/laluan)
b) Kebakaran (bahan mudah bakar)
c) Kerja di tempat tinggi ( di atas perancah)
Rajah 2.11 - Contoh Hazad Keselamatan- Jatuh Dari Tempat Tinggi
Sumber: Google Image
2.9.7 Hazad Kesihatan
Hazad kesihatan pekerjaan boleh dihuraikan sebagai apa-apa agen yang boleh
mendatangkan penyakit kepada individu atau pekerja. Hazad ini boleh menyebabkan
kesan yang serius dan serta merta atau boleh menyebabkan masalah jangka panjang
64
(kronik). Seluruh atau bahagian tertentu badan boleh terjejas. Seseorang yang mengaami
penyakit pekerjaan mungkin tidak menyedari akan kesannya dengan serta merta.
Sebagai contoh, hilang pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising yang
berterusan dan lama (Garispanduan HIRARC, 2008).
Rajah 2.12 - Menunjukkan kesan terbakar pada kulit dan penyakit silicosis akibat
pendedahan terus kepada konkrit serta debu simen secara berpanjangan
Sumber: Google Image
2.9.8 Hazad Alam Sekitar
Hazad alam sekitar adalah apa-apa pelepasan ke alam sekitar yang boleh
menyebabkan mudarat atau kesan yang merosakkan. Sebagai contoh melepaskan sisa
minyak ke dalam longkang atau pembentung akan menyebabkan pencemaran kepada air
mentah seperti sungai.
65
Rumusan
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kerja-kerja konkrit yang dilakukan oleh
pihak kontraktor di tapak bina sememangnya amat berisiko dan boleh mendatangkan
kemalangan jika aspek keselamatan dan kesihatan tidak diambil berat dan diutamakan.
Hazad-hazad yang ada sebelum dan sewaktu kerja konkrit dijalankan perlu dikenalpasti
terlebih awal supaya ia dapat dihapuskan atau dibuat kaedah kawalan dalam
mengurangkan impak serta kesan kepada pekerja secara amnya. Justeru itu, kajian-
kajian lepas, data serta statistik yang ada dan telah dibuat oleh pengkaji terdahulu sedikit
sebanyak telah membantu dan merealisasikan kajian saya ini .
66
BAB 3
3.1 PENGENALAN
Bab ini menekankan kaedah yang akan digunakan sepanjang kajian ini
dijalankan. Ini membolehkan suatu hasil daripada kajian yang dijalankan dapat
dibuktikan melalui data sediada iaitu data primer dan data sekunder dengan mengikut
segala perancangan dan prosedur yang ditetapkan dalam membantu kajian tersebut.
Penyelidikan merujuk kepada satu proses yang sistematik yang melibatkan proses
merancang kaedah penyelidikan, mengumpul data, menghurai data dan melaporkan
maklumat (Chua, 2011). Definasi lain penyelidikan pula adalah ianya satu kaedah yang
dilakukan untuk memastikan maklumat yang diperoleh munasabah dan disokong oleh
data-data kuantiti dan kualiti. Ianya dilakukan dengan mengumpul data daripada
individu, kumpulan individu, bahan-bahan dokumentasi dan pelbagai sumber maklumat
lain (Soy, 1997).
67
3.2 KAEDAH PENYELIDIKAN
3.2.1 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif
Kaedah kuantitatif bermaksud kaedah yang menggunakan kuantiti serta bilangan
yang boleh diukur atau dikira dengan menggunakan alatan seperti borang kaji selidik.
Secara umumnya, kajian kuantitatif bertujuan untuk menjawab persoalan kenapa dan
mengapa. Penyelidikan kuantitatif juga boleh dirujuk sebagai kajian yang menggunakan
statistik yang melibatkan bilangan responden yang banyak dengan sekurang-kurangnya
melebihi 10 sampel dalam mengukur pembolehubah bagi sesuatu penyelidikan tersebut
(Krejcie & Morgan, 1970; Cohen, 1992). Kajian penyelidikan yang menggunakan
kaedah kuantitatif dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang
dipungut dianalisis dengan ujian statistik (Chua, 2011).
Data-data ini wajib diukur bagi membuktikan kebolehpercayaan dan dapat
digunakan untuk menguji teori, membina fakta dan menyatakan kewujudan
perhubungan antara variabel-variabel. Antara kesesuaian kajian yang boleh digunakan
dalam penyelidikan kuantitatif adalah deskriptif dan inferensi (Chua, 2011). Kajian
penyelidikan deskriptif melibatkan data yang dikumpul daripada keseluruhan populasi
dan analisis umum yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan
taburan skor dalam membentangkan laporan. Manakala kajian penyelidikan inferensi
pula daripada keseluruhan populasi, hanya satu sampel tertentu sahaja dipilih dan
dikumpul untuk dijadikan sebagai data numerika dan digunakan dalam ujian statistik.
68
Melalui kajian pendekatan kuantitatif ini, kajian akan menggunakan kaedah
borang soal selidik untuk diberikan kepada responden. Ianya adalah cara pengumpulan
data secara fomal dan sistematik. Soal selidik yang disediakan memenuhi objektif dan
persoalan kajian yang dilakukan. Soalan yang disediakan adalah jelas dan mudah
difahami dan jenis soalan yang digunakan adalah tertutup dan terbuka.
3.2.2 Kaedah Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan kualitatif pula merujuk kepada kajian yang dijalankan memerlukan
pemerhatian yang teliti. Kajian kualitatif tidak memerlukan bilangan responden yang
banyak tetapi memperolehi maklumat yang berkualiti dengan memberikan tumpuan
terhadap sampel yang kecil dalam satu kumpulan (Hamzah, 2010). Sebagai contohnya,
motif seseorang penjenayah untuk melakukan kes-kes jenayah seperti merompak,
merogol atau membunuh adalah sukar untuk difahami jika menggunakan kaedah
kuantitatif (frekuensi, peratusan, sisihan piawai, dan sebagainya). Sebaliknya penelitan
serupa sangat sesuai dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan
data-data dipungut melalui kaedah temu bual atau pemerhatian mendalam (Chua, 2011).
Dalam penyelidikan kualitatif, kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah
temu bual tidak berstruktur, berstuktur separa, pemerhatian dan soal-selidik berbentuk
esei. Oleh kerana sampel kajian adalah saiz kecil, rakaman pemerhatian atau temu bual
serta maklumat dari bahan dokumentasi merupakan data yang digunakan untuk
meningkatkan kebolehpercayaan kajian.
69
3.2.3 Kaedah Penyelidikan Campuran
Pendekatan kaedah campuran mengunakan kekuatan dari kedua-dua pendekatan
kuantitatif dan kualitatif. Ia bertujuan untuk memilih kaedah yang terbaik, tanpa mengira
perbezaan kuantitatif dan kualitatif dalam mencari jawapan kepadah persoalan kajian.
Dalam terma yang amat mudah, pendekatan kaedah campuran untuk kajian sosial
mengabungkan dua atau lebih kaedah untuk mengumpul dan menganalisa data berkaitan
permasalahan kajian (Kumar, 2014).
3.3 PENDEKATAN KAJIAN
Pendekatan serta jenis kajian yang dilakukan adalah amat penting kepada sesuatu
kajian yang dijalankan. Di dalam kajian ini, ianya akan melibatkan penyelidikan
campuran iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kuantitatif. Chua (2011)
menyatakan penyelidikan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu penyelidikan
kuantitatif, penyelidikan kualitatif dan penyelidikan campuran. Ketiga-tiga kategori
penyelidikan ini sangat penting dalam menentukan kaedah metodologi yang akan
digunakan untuk membantu dalam proses analisis kajian.
70
Justeru itu, pendekatan kajian yang akan dijalankan bagi kajian ini adalah kaedah
penyelidikan campuran iaitu kaedah kauntitatif dan kualitatif. Ini kerana, terdapat dua
objektif kajian yang perlu dicapai dan memerlukan pendekatan yang berbeza bagi
mendapatkan keputusan serta data kajian yang tepat.
Bagi objektif pertama, kaedah soal selidik digunakan bagi kajian ini kerana
kaedah ini lebih mudah dan sesuai untuk mendapatkan data dari pelbagai jenis
responden yang telah ditetapkan dan ianya tidak terbatas serta terhad. Justeru itu,
dapatan kajian akan lebih meluas diperolehi. Bagi objektif kedua pula, kaedah temubual
dan dokumen analisis pula lebih bersesuaian kerana maklumat yang diperlukan dapat
diperolehi dengan lebih tepat disebabkan dapat berjumpa secara terus orang yang
berkelayakan dan mahir dalam menjawab soalan temuabual tersebut.
3.4 REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk kajian adalah keseluruhan proses menghubungkan data empirikal
kepada kesimpulan penyelidikan; bermula dari dikonsepkan masalah sehingga
pengumpulan data, analisis dan proses pelaporan (Yin, 1994).
71
Rajah 3.1 - Carta Alir Rekabentuk Metodologi Kajian
Sumber: (Rosnita, 2009)
Reka bentuk kajian merupakan suatu perancangan atau strategi untuk
menjalankan suatu kajian. Dalam kajian ini, ia merupakan gabungan pendekatan
kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Gabungan kedua-dua pendekatan dalam
menjalankan kajian amat digalakkan (Mason, 1996; Naoum, 2007) kerana kekuatan
72
setiap pendekatan dapat mengimbangi kelemahan yang terdapat dalam pendekatan yang
lain (Jick, 1983; Brewer, J Hunter. A 2006). Reka bentuk kajian yang menggabungkan
kedua-dua pendekatan ini dapat menghasilkan hasil kajian yang lebih tepat dengan
perspektif yang lebih luas, membolehkan kajian menggunakan pelbagai instrumen untuk
menilai kesahan setiap pendekatan (Creswell, 2005; Brewer, J Hunter. A 2006) dan
membolehkan penganalisisan kajian yang pelbagai, berlainan, meyakinkan dan lebih
bermakna (Jick, 1983; Mason, 1996).
3.5 PENGUMPULAN DATA
Kajian penyelidikan yang menggunakan kuantitatif dan kualitatif akan
melibatkan proses pengumpulan data. Secara umumnya, data ialah pengiraan ke atas
ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira
(Marican, 2005). Dalam penulisan buku yang bertajuk "Essential of knowledge
management" oleh Bergeron (2003), data membawa maksud bilangan yang berkait
dengan angka-angka atau atribut-atribut yang bersifat kuantiti, yang berasal dari hasil
observasi, eksperimen, atau kalkulasi. Oleh itu, satu set data yang terdiri daripada
pelbagai data yang telah dikumpul boleh merangkumi ribuan pemerhatian dan
penerangan (Bruning & Kintz, 1987). Oleh sebab itu, data-data ini boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu data primer dan data sekunder.
73
3.5.1 Data Primer
Menurut Yusof (2003) data primer adalah data yang berasal dari sumber asli
yang dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Data-data ini dikumpul oleh
penyelidik melalui proses eksperimental atau kajian lapangan seperti soal selidik,
pemerhatian, temu bual dan sebagainya. Data perimer merujuk kepada sumber data yang
tidak tersedia di dalam fail atau laporan. Dalam bidang penyelidikan sains sosial, data-
data ini boleh dikumpulkan daripada individu, kumpulan fokus atau melalui panel pakar.
Pengumpulan data primer boleh dilakukan secara pasif dan aktif.
Untuk kajian ini, kaedah pengumpulan data primer adalah melalui borang kaji
selidik dan temubual. Kaedah borang kaji selidik digunakan bagi mengetahui serta
menentukan punca bahaya / hazad keselamatan dan kesihatan yang terdapat sewaktu
kerja konkrit di jalankan di tapak bina oleh pihak kontraktor. Bagi kaedah temubual
pula, ianya dilakukan bagi mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan yang
dipraktikkan oleh pihak kontraktor sewaktu menjalankan kerja konkrit.
74
Jadual 3.1 - Kaedah Kajian Data Primer
OBJEKTIF KAEDAH PENGUMPULAN
DATA
RESPONDEN KEPENTINGAN
Mengenalpasti
hazad
keselamatan &
kesihatan
pekerja semasa
kerja konkrit
dijalankan di
tapak bina
Kaji Selidik
Hazad kerja konkrit
i)Pegawai
Keselamatan &
Kesihatan (SHO)
ii)Penyelia
Keselamatan
Tapak
iii)Penyelia Tapak
iv)Jurutera Tapak
Mengetahui hazad
keselamatan &
kesihatan
Mengenalpasti
kaedah
pengurusan
keselamatan
yang
dipraktikkan
oleh pihak
kontraktor
sewaktu
menjalankan
kerja konkrit
Temubual
Pelan keselamatan &
kesihatan tapak bina,
Garispanduan kerja
konkrit, Senarai semak
kerja konkrit, kaedah
pengenalpastian
hazad,penilaian risiko
dan kawalan risiko
(HIRARC), JSA atau
JHA,”Method
Statement”.
i)Pegawai
Keselamatan &
Kesihatan (SHO)
ii)Penyelia
Keselamatan
Tapak
iii)Penyelia Tapak
iv)Jurutera Tapak
Dapat mengetahui
kaedah yang terbaik
yang digunakan
antara kontraktor bagi
pengurusan
keselamatan konkrit
di tapak bina
75
3.5.2 Data Sekunder
Menurut Marican (2005), data sekunder boleh didefinasikan sebagai data yang
telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Sebagai contohnya, data-data yang lepas atau
terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian. Data-data tersebut masih lagi sesuai dan relevan
untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada informasi
mahupun formulasi yang baru untuk kajian pada masa kini. Maklumat atau bahan
terbitan yang dikumpul oleh penyelidik lain boleh digunakan sebagai rujukan untuk
mencipta formula atau informasi baru bagi menyelesaikan masalah yang timbul pada
masa kini mahupun masa depan. Contoh data sekunder yang boleh didapati adalah
dokumen awam seperti demografi penduduk, arkib, dokumen pentadbiran, laporan
formal, majalah, surat khabar, dan sebagainya.
Rajah 3.2 - Data Sekunder
Sumber: Marican (2005)
76
3.5.3 Kajian Literatur
Secara amnya peringkat pelaksanaan pertama dalam metodologi kajian adalah
dikenali sebagai peringkat kajian literatur. Terdapat pelbagai pendapat tentang maksud
kajian literatur. Menurut Naoum (2007), kajian literatur ialah perbincangan yang
dikembangkan terhadap kerja-kerja akademik yang diterbitkan terdahulu berkaitan
dengan kajian yang sedang dijalankan. Rohana (2004) menyatakan kajian literatur
sebagai suatu bentuk dokumentasi yang telah dibuat ringkasan secara komprehensif
daripada susunan data yang telah diterbitkan atau tidak diterbitkan dalam bentuk
deskriptif bagi suatu penyelidikan.
Kajian ini amat penting bagi mendapatkan maklumat-maklumat dari bahan
bacaan sebelum kajian dilaksanakan. Pada peringkat ini, pelbagai bahan ilmiah dirujuk
termasuk kertas-kertas kajian, artikel atau jurnal yang pernah dihasilkan oleh pengkaji
yang terdahulu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina yang
menyentuh isu kemalangan, kecederaan, penyakit, risiko pekerjaan serta pengurusan
keselamatan di tapak bina sebagai asas untuk mendalami dan memahami kajian yang
dilakukan ini.
Kajian ini banyak merujuk kepada Garispanduan Pengenalpastian Hazad,
Penaksiran Risiko dan Pengawalan Hazad (HIRARC) yang dikeluarkan oleh JKKP.
Selain itu, buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta 514 serta Akta Kilang
dan Jentera, Akta 139 juga banyak dijadikan rujukan dan panduan. Tujuan kedua kajian
literatur dijalankan adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat terdahulu
yang berkaitan dengan kajian yang ingin dilaksanakan (Naoum, 2007).
77
3.5.4 Kaedah Soal Selidik
Kaedah ini telah dipilih bagi mendapatkan maklumat serta data kajian bagi
menjawab objektif 1. Borang kaji selidik telah direkabentuk selaras dengan kerja-kerja
konkrit yang dijalankan di tapak bina. Borang ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian
iaitu bahagian pertama untuk mendapatkan maklumat mengenai responden manakala
bahagian kedua adalah soalan kaji selidik yang direkabentuk secara tertutup.
Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu yang disediakan.
Responden memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan. Maka
dalam kajian ini skala likert digunakan dengan mempunyai pernyataan yang mempunyai
tahap persetujuan. Dalam bentuk asal skala ini mempunyai 5 poin iaitu : 1. Sangat Tidak
Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju. Kajian ini akan
menggunakan skala di atas bagi memudahkan responden menjawab soalan daripada
borang kaji selidik yang disediakan.
Selain itu juga faktor demografik responden juga akan turut ditanya bagi
mengenalpasti latar belakang mereka. Adanya bahagian demografi membolehkan
analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan dimensi yang lebih
terperinci seperti umur, tempoh pengalaman, jenis majikan, pengkhususan pekerjaan,
jenis pembinaan terlibat serta tahap pendidikan.
78
Di bahagian 2 dalam borang kaji selidik, soalan kaji selidik dibahagikan kepada 5
peringkat kerja-kerja konkrit yang biasa dilakukan di tapak bina iaitu:-
i. Pengangkutan konkrit ke tapak bina
ii. Pengendalian dan mengangkat konkrit
iii. Kerja menuang, menempatkan dan memadatkan konkrit
iv. Pengawetan dan pembukaan acuan
Borang kaji selidik ini kemudian diedarkan secara rawak kepada responden yang
terlibat melalui beberapa medium iaitu melalui email, WhatsApp serta Facebook. Hasil
daripada edaran borang kaji selidik maka dapatlah dikumpulkan sebanyak 41 borang
yang telah dijawab oleh responden. Syarat minima sampel yang ditetapkan dalam
Panduan PSM 2015 (Edisi ke-6) ialah sebanyak 30 responden. Soalan selidik ini akan
menumpukan berkenaan objektif 1 iaitu mengenalpasti punca bahaya atau hazad semasa
kerja-kerja konkrit dijalankan di tapak bina.
3.5.5 Kaedah Temubual
Bagi menjawab objektif kedua pula, kaedah yang bersesuaian adalah kaedah
temubual semi struktur. Kaedah ini amat bertepatan kerana data yang diperlukan adalah
mengenai kaedah pengurusan keselamatan kerja konkrit di tapak bina dimana ianya
banyak melibatkan garispanduan, senarai semak dan lain-lain yang berkaitan.
Responden yang dipilih juga adalah mengikut yang telah ditetapkan pada awalnya agar
79
semua temubual dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan yang paling penting adalah
segala maklumat serta info yang diperlukan dapat dikongsikan dan direkodkan dengan
tepat bagi tujuan kajian ini.
Secara amnya, beberapa jenis kontraktor telah dikenalpasti untuk tujuan
temubual ini iaitu kontraktor bagi pembinaan jenis kediaman bertanah atau berstarata
serta kontraktor kejuruteraan awam yang melibatkan pembinaan lebuhraya atau LRT.
Dijangka seramai 15 orang responden akan terlibat bagi sesi ini tetapi minima
responden untuk temubual yang ditetapkan dalam Panduan PSM 2015 (Edisi ke-6) ialah
sebanyak 10 responden sahaja. Responden akan ditemubual berdasarkan 4 soalan
temubual yang telah disediakan . Butiran lengkap soalan temubual dilamprikan di
bahagian lampiran.
Responden yang terlibat bagi temubual ini adalah responden yang terlibat secara
langsung di tapak bina bagi kerja-kerja konkrit. Antara responden yang terlibat adalah
seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO), Penyelia Keselamatan
Tapak (SSS), Penyelia tapak dan Jurutera Tapak.
80
BAB 4
ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan hasil kajian yang telah dijalankan melalui dua kaedah iaitu
dengan menggunakan soal kaji selidik dan temubual yang dilakukan kepada beberapa
responden di tapak bina selain kaedah pemerhatian dokumen.
4.2 Analisis Data
Terdapat 2 objektif penyelidikan yang akan dianalisis. Perkara- perkara yang akan
dianalisis terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut:-
81
a) Analisis pencapaian objektif 1
Mengenalpasti punca yang boleh mendatangkan bahaya (hazad) dari segi
keselamatan dan kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina.
b) Analisis pencapaian objektif 2
Mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan oleh pihak
kontraktor sewaktu menjalankan kerja konkrit di tapak bina.
4.3 Data Kajian
Dalam bab ini, dokumen personal seperti borang kaji selidik dan boring temu
bual beserta rakaman temu bual merupakan dapatan data yang telah dikumpulkan
semasa proses bersama responden. Data-data yang telah diperolehi diasingkan mengikut
objektif masing-masing. Butirannya adalah seperti berikut:-
4.4 Data Kajian Objektif 1
Bab ini membentangkan dapatan dan analisis kajian yang dilakukan. Analisis
data diambil daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan terlebih dahulu. Data
mentah yang diperolehi akan di analisis menggunakan Microsoft Excel. Oleh itu
pengkaji akan menganalisis dan membincangkan dapatan kajian ini melalui 5 aspek iaitu
profil responden, punca bahaya (hazad) semasa pengangkutan konkrit di tapak bina,
punca bahaya (hazad) semasa pengendalian dan kerja mengangkat konkrit, punca bahaya
82
(hazad) semasa kerja menuang, menempatkan dan memadatkan konkrit dan punca
bahaya (hazad) semasa pengawetan konkrit dan pembukaan acuan. Dengan analisis yang
dilakukan diharapkan dapat menjawab objektif kajian ini.
4.5 Analisis Data Objektif 1
Profil Responden
Hasil soalan kaji selidik yang telah diedarkan melalui beberapa medium seperti
Email, Facebook dan juga Whatssapp, sebanyak 41 responden telah menjawab. Daripada
dapatan ini dapat kita lihat di dalam rajah seperti di bawah.
Rajah 4.1 – Graf Taburan Responden Mengikut Jantina
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
83
Berdasarkan rajah di atas menunjukkan daripada 41 orang responden, didapati
bahawa 35 orang iaitu 85% terdiri daripada lelaki. Manakala 6 orang responden iaitu
15% adalah terdiri daripada perempuan. Maka dapat disimpulkan bahawa keseluruhan
sampel yang di ambil, responden lelaki lebih ramai berbanding responden perempuan
yang terlibat di tapak bina melibatkan kerja-kerja konkrit.
Rajah 4.2 - Graf Taburan Bilangan Responden Mengikut Umur
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Rajah 4.2 di atas menunjukkan daripada 41 orang responden seramai 18 orang
berusia kurang daripada 30 tahun. Ini merupakan bilangan tertinggi berdasarkan
peringkat umur. Diikuti 16 orang dalam lingkungan usia 30 hingga 39 tahun. Manakala
6 orang responden adalah berusia 40 hingga 49 tahun. 1 orang responden berusia 50
tahun dan ke atas. Dapat disimpulkan bahawa keseluruhan sampel yang di ambil, di
dapati responden yang berusia kurang 30 tahun mencatatkan bilangan tertinggi
menjawab soalan kaji selidik.
84
Rajah 4.3 - Graf Taburan Tahap Pendidikan Responden
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Rajah 4.3 di atas menunjukkan tahap pendidikan responden yang menjawab kaji
selidik. Seramai 6 orang berkelulusan SPM. 27 orang berkelulusan Diploma, 11 orang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda. 4 orang responden berpendidikan tertinggi di
peringkat Ijazah Sarjana dan 2 orang di peringkat lain-lain. Daripada dapatan ini jelas
menunjukkan responden yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi Diploma adalah
yang paling ramai menjawab soalan kajian dan bekerja di tapak bina.
85
Rajah 4.4 - Graf Taburan Mengikut Pengkhususan Pekerjaan
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Rajah 4.4 di atas menunjukkan daripada 41 orang responden seramai 8 orang
bekerja sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Diikuti 8 orang jurutera
tapak. Manakala 4 orang responden adalah penyelia keselamatan tapak. 14 orang
responden adalah penyelia tapak dan yang tertingi di dalam pengkhususan pekerjaan. 7
orang responden adalah wakil konsultan yang terlibat.
Rajah 4.5 - Graf Taburan Jenis Majikan
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
86
Rajah 4.5 diatas menunjukkan jenis majikan yang terlibat. 18 orang responden
adalah dari pihak pemaju. 5 orang terdiri daripada pihak konsultan. Diikuti 17 orang
adalah dari pihak kontraktor dan 3 orang dari pihak subkontraktor.
Rajah 4.6 – Graf Taburan Jenis Pembinaan Yang Terlibat
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Rajah 4.6 menunjukkan jenis pembinaan yang terlibat bagi responden yang
menjawab soalan kaji selidik. 19 orang responden terlibat dalam kategori pembinaan
jenis rumah kediaman/pejabat < 3 tingkat. Diikuti sebanyak 6 responden terlibat dengan
pembinaan bangunan kediaman/pejabat < 5 tingkat. Seterusnya, sebanyak 15 orang
responden sedang terlibat dengan pembinaan bangunan kediaman /pejabat > 5 tingkat.
Akhir sekali, sebanyak 13 orang responden terlibat bagi kategori pembinaan yang
melibatkan kejuruteraan awam seperti lebuh raya,LRT,MRT dan lain-lain.
87
Rajah 4.7 - Graf Taburan Tempoh Pengalaman Responden
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Rajah 4.7 menunjukkan tempoh pengalaman responden. Seramai 5 orang
menyatakan 5 tahun pengalaman. 7 tahun dan 10 tahun seramai 3 responden. Diikuti 2
tahun,3tahun,6 tahun,8 tahun dan 11 tahun seramai 2 responden setiap tahun. 20
responden lagi adalah daripada 13 hingga 38 tahun pengalaman.
4.6 Analisis Punca Bahaya Keselamatan (Hazad Keselamatan) Setiap
Peringkat Kerja Konkrit Di Tapak Bina
a) Analisis Berkaitan Pengangkutan Konkrit Ke Tapak Bina
Di dalam bahagian ini, kita akan menganalisis punca bahaya (hazad) bagi proses
pengangkutan konkrit ke tapak bina. Pada bahagian ini, soalan yang diberi adalah
mengikut skala likert daripada 1 hingga 5. Maka responden hanya
88
menandakan jawapan yang disediakan berdasarkan pengalaman dan pemahaman
mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 27 responden bersamaan 65.9%
sangat bersetuju dengan faktor berpunca daripada masalah pemandu lori yang kurang
mahir, memandu lori yang tidak diselenggara dan faktor jalan yang licin yang
menyebabkan dan menyumbang kepada berlakunya kemalangan di tapak bina.
Berdasarkan rajah dibawah jelas menunjukkan faktor-faktor tersebut menjadi punca
kemalangan di tapak bina.
Rajah 4.8 - Punca Bahaya (Hazad) Kepada Pekerja Akibat Kemalangan Disebabkan
Pemandu Lori Yang Kurang Mahir Dan Cuai
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
89
Rajah 4.9 - Punca Bahaya (Hazad) Kepada Pekerja Akibat Memandu Lori Yang Tidak
Diselenggara Secara Berkala Seperti Brek
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Rajah 4.10 - Punca Bahaya (Hazad) Kepada Pekerja Akibat Akses Atau Jalan Licin
Yang Menyebabkan Kemalangan Lori Dengan Pekerja
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
90
b) Analisis Berkaitan Pengendalian Dan Proses Mengangkat Konkrit
Dalam bab ini kita akan melihat analisis berkaitan dengan punca bahaya (hazad)
untuk pengendalian dan mengangkat konkrit dan apakah faktor-faktor penyumbangnya.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyebab bagi punca yang mendatangkan bahaya
(hazad) di tapak bina semasa proses pengendalian dan mengangkat konkrit adalah
berkaitan pengendalian kren oleh operator yang tidak kompeten dan tidak mahir.
Sebanyak 34 responden bersamaan 82.9% sangat bersetuju dengan pernyataan ini.
Rajah 4.11 - Punca Bahaya (Hazad) Kepada Pekerja Akibat Pengendalian Kren Oleh
Operator Kren Tidak Mahir Dan Kompeten.
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
91
c) Analisis Berkaitan Kerja Menuang, Menempatkan dan Memadatkan
Konkrit
Dalam bahagian ini pula, analisis yang dapat dihasilkan adalah bagi proses kerja
menuang, menempatkan dan memadatkan konkrit adalah bahawa faktor struktur
sokongan sementara seperti perancah yang tidak stabil, kukuh serta dipasang tidak
mengikut spesifikasi boleh mendatangkan bahaya (hazad) kepada pekerja sewaktu kerja
konkrit dijalankan. 24 responden bersamaan 58.5% sangat bersetuju dengan penyataan
ini.
Rajah 4.12 - Punca Bahaya (Hazad) Kepada Pekerja Akibat Struktur Sokongan
Sementara Tidak Kukuh Dan Stabil
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
92
d) Analisis Berkaitan Pengawetan Dan Pembukaan Acuan
Bahagian ini pula menunjukkan bahawa seramai 20 responden sangat bersetuju
dengan faktor acuan konkrit dan aksesorinya boleh menghempap pekerja semasa proses
kerja menanggalkan acuan di tapak bina. Berdasarkan graf dibawah jelas menunjukkan
faktor-faktor tersebut menjadi punca kemalangan di tapak bina.
Rajah 4.13 - Punca Bahaya (Hazad) Kepada Pekerja Semasa Membuka Acuan Konkrit
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
4.7 Analisis Punca Bahaya Dari Segi Keselamatan (Hazad Keselamatan)
Berdasarkan dapatan analisis yang dilakukan, dapatlah dinyatakan bahawa punca bahaya
yang paling tinggi peratusan dipersetujui oleh responden dari segi
93
keselamatan (hazad keselamatan) pekerjaan sewaktu kerja konkrit dijalankan di
tapak bina adalah banyak disumbangkan oleh faktor pengendalian kren oleh operator
yang tidak kompeten dan tidak mahir yang mana sebanyak 34 responden mewakili 82.9
% telah sangat bersetuju dengan faktor ini.
4.7.1 Rumusan
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan, 4 punca paling bahaya (hazad
keselamatan) mengikut kategori perlaksanaan sewaktu kerja konkrit dijalankan di tapak
bina bagi penyelidikan ini adalah:
Jadual 4.1 - Rumusan Punca Bahaya (Hazad Keselamatan)
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Bil Punca Bahaya (Hazad Keselamatan) Peratusan %
1. Pengendalian kren oleh operator tidak
kompeten dan mahir
82.9
2. Pemandu lori kurang mahir, cuai dan kurang
cergas
65.9
3. Struktur sokongan sementara seperti perancah
tidak stabil, kukuh dan dipasang tidak mengikut
spesifikasi
58.5
4. Dihempap acuan konkrit semasa proses
pembukaan acuan
50.0
94
4.8 Analisis Punca Bahaya Kesihatan (Hazad Kesihatan) Setiap Peringkat
Kerja Konkrit Di Tapak Bina
a) Analisis Berkaitan Pengangkutan Konkrit Ke Tapak Bina
Di dalam bahagian ini, kita akan menganalisis punca bahaya (hazad kesihatan)
bagi proses pengangkutan konkrit ke tapak bina. Pada bahagian ini, soalan yang diberi
adalah mengikut skala likert daripada 1 hingga 5. Maka responden hanya menandakan
jawapan yang disediakan berdasarkan pengalaman dan pemahaman mereka. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa seramai 23 responden bersamaan 56.1% sangat bersetuju
dengan faktor berpunca daripada pendedahan asap kenderaan atau jerebu secara
langsung kepada pekerja. Berdasarkan graf dibawah jelas menunjukkan faktor-faktor
tersebut menjadi punca kemalangan di tapak bina.
Rajah 4.14 - Kesihatan Pemandu Terjejas Akibat Terdedah Kepada Jerebu Dan Asap
Kenderaan
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
95
b) Analisis Berkaitan Pengendalian Dan Proses Mengangkat Konkrit
Dalam bab ini kita akan melihat analisis berkaitan dengan punca bahaya (hazad
kesihatan) untuk pengendalian dan mengangkat konkrit dan apakah faktor-faktor
penyumbangnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyebab bagi punca yang
mendatangkan bahaya (hazad kesihatan) di tapak bina semasa proses pengendalian dan
mengangkat konkrit adalah pendedahan bunyi bising dari jentera, mesin serta peralatan
dalam jangkamasa lama yang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran. Sebanyak
17 responden bersamaan 41.5% bersetuju dengan pernyataan ini
Rajah 4.15 - Pendedahan Bunyi Bising Daripada Jentera, Mesin dan Enjin Kenderaan
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
96
c) Analisis Berkaitan Kerja Menuang, Menempatkan dan Memadatkan
Konkrit
Dalam bahagian ini pula, analisis berkaitan punca bahaya dari segi kesihatan
(hazad kesihatan) yang menjadi faktor penyumbang adalah debu simen yang dihidu
dalam jangkamasa panjang boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada pekerja. 21
responden bersamaan 51.2% sangat bersetuju dengan penyataan ini.
Rajah 4.16 - Debu Simen Yang Dihidu Oleh Pekerja Yang Menyebabkan Kesan Jangka
Masa Panjang
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
d) Analisis Berkaitan Pengawetan Dan Pembukaan Acuan
Dalam bahagian ini, analisis berkaitan punca bahaya kesihatan (hazad kesihatan)
yang menjadi penyumbang kepada kesihatan pekerja adalah bahan kimia bagi proses
pengawetan struktur konkrit yang boleh terkena mata, kulit dan terhidu. Seramai 18
responden bersamaan 45% sangat bersetuju dengan pernyataan ini.
97
Rajah 4.17 - Bahan Kimia Yang Digunakan Bagi Tujuan Pengawetan Struktur Konkrit
Yang Memberi Kesan Kepada Pekerja
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
4.9 Analisis Punca Bahaya Dari Segi Kesihatan (Hazad Kesihatan)
Berdasarkan dapatan analisis yang dilakukan, dapatlah dinyatakan bahawa punca
bahaya yang paling tinggi peratusan dipersetujui oleh responden dari segi kesihatan
(hazad kesihatan) pekerjaan sewaktu kerja konkrit dijalankan di tapak bina adalah
banyak disumbangkan oleh faktor berpunca daripada pendedahan asap kenderaan atau
jerebu secara langsung kepada pekerja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 23
responden bersamaan 56.1% sangat bersetuju dengan faktor ini. Justeru itu, sebagai
majikan haruslah menyediakan peralatan perlindungan diri kepada pekerja sebagai
contoh alat penutup hidung (mask) sebagai salah satu langkah sementara bagi
memastikan pekerja terhindar daripada hazad tersebut dan menjamin kesihatan pekerja
berada pada tahap tertinggi.
98
4.9.1 Rumusan
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan, 4 punca paling bahaya (hazad
kesihatan) mengikut kategori perlaksanaan sewaktu kerja konkrit dijalankan di tapak
bina bagi penyelidikan ini adalah:
Jadual 4.2: Rumusan Punca Bahaya (Hazad Kesihatan)
Sumber: Respon Daripada Borang Kaji Selidik Sendiri (2018)
Bil Punca Bahaya (Hazad Kesihatan) Peratusan %
1. Pendedahan asap kenderaan atau jerebu secara
langsung kepada pekerja
56.1
2. Debu simen yang dihidu dalam jangkamasa
panjang boleh menyebabkan masalah pernafasan
kepada pekerja
51.2
3. Bahan kimia bagi proses pengawetan struktur
konkrit yang boleh terkena mata, kulit dan terhidu
45.0
4. Pendedahan bunyi bising dari jentera, mesin serta
peralatan dalam jangkamasa lama yang boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran
41.5
99
4.10 Data Kajian Objektif 2
Bab ini membentangkan dapatan dan analisis kajian yang dilakukan. Analisis
data diambil daripada borang temubual, temu ramah yang dilakukan serta analisis
dokumen. Data mentah yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan kaedah
kualitatif iaitu kaedah “Content Analysis”. Analisis akan dilakukan kepada data mentah
seperti rakaman suara temubual yang dijalankan kepada responden serta penelitian
terhadap dokumen sokongan yang ada.
Kaedah temubual semi struktur akan digunakan untuk mengajukan soalan
berkaitan objektif kajian. Jadual 2 menunjukkan senarai responden bagi penyelidikan
ini.
Jadual 4.3: Jenis Responden Untuk Ditemubual
Sumber: Penyelidikan Sendiri (2018)
Responden
− Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kontraktor
− Penyelia Keselamatan Tapak Kontraktor
− Penyelia Tapak Kontraktor
− Jurutera Tapak Kontraktor
100
Penelitian terhadap dokumen yang berkaitan dengan objektif juga turut ada setakat yang
dikongsikan oleh pihak kontraktor. Jadual di bawah menunjukkan senarai dokumen yang
diperolehi:-
Jadual 4.4: Dokumen Personel Untuk Dianalisis
Sumber: Penyelidikan Sendiri (2018)
Dokumen Personal (untuk penyelidikan sahaja)
− Garis Panduan Bagi Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko Dan
Kawalan Risiko (HIRARC) – Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP)
− Pelan Kualiti Projek 154 Unit Rumah Link 2 Tingkat di Antara Gapi,
Hulu Selangor – Kontraktor PI Brilliant
• Prosedur penyeliaan tapak
• Senarai Semak
• Senarai Arahan Kerja
• Polisi Keselamatan
− Laporan HIRARC 154 Unit Rumah Link 2 Tingkat di Antara Gapi, Hulu
Selangor – Kontraktor PI Brilliant
− Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit - Jabatan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
101
4.11 Analisis Data Objektif 2
Temubual
Rakaman temubual dan jawapan ringkas temubual yang direkodkan akan ditukar
kepada penulisan transkrip yang ringkas dan padat. Data kualitatif ini bersifat explorasi
dan terdapat dapatan baru dan juga berulang. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian
contoh ringkasan transkrip temubual yang telah dilaksanakan:-
Jadual 4.5: Sebahagian Transkrip Temu Bual Yang Telah Dilaksanakan
Sumber: Penyelidikan Sendiri (2018).
Transkrip Temu Bual Responden 1
Responden: Pengurus Kualiti, Keselamatan & Kesihatan
Kontraktor : PI Brilliant Sdn Bhd
Projek: 154 Unit Rumah Link 2 Tingkat Antara Gapi, Daerah Hulu Selangor,
Selangor.
Keterangan
Penulis P1
Responden 1 R1
Lokasi Pejabat Tapak
Peranan Transkrip
P1 Apakah syarikat mempunyai sebarang sistem pengurusan kerja dan
keselamatan di tapak bina?
R1 Ya ada. PI Brilliant mempunyai persijilan Sistem Pengurusan Kualiti
(MS ISO 9001:2008), Sistem Pengurusan Kesihatan & Keselamatan
Pekerjaan (OHSAS 18001:2007) dan (MS 1722:2011)
P1 Apakah syarikat menyediakan satu sistem pengurusan khas bagi
pengurusan kualiti, kesihatan dan keselamatan pekerjaan terutama untuk
kerja-kerja konkrit?
R1 Ya sudah semestinya ada. Syarikat telah menyediakan satu pelan
pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina dinamakan “SHE
Plan” beserta laporan HIRARC.
P1 Apakah cara yang digunakan oleh syarikat dalam menilai, menentukan,
mengurangkan atau menghapuskan risiko bagi aktiviti kerja-kerja
konkrit di tapak bina?
R1 Syarikat menggunakan kaedah HIRARC dan juga JSA (job safety
analysis) dalam menentukan dan menilai tahap risiko bagi kesemua
kerja di tapak bina termasuk kerja-kerja konkrit.
102
Daripada transkrip dan idea tersebut, kerangka konsep dibentuk seperti jadual
4.4, mengikut fenomena kajian yang diselidik. Walaupun terdapat pelbagai kaedah
pengurusan keselamatan pekerjaan yang dipraktikkan oleh lain-lain kontraktor, tetapi
bagi tapak projek ini ianya melaksanakan kaedah seperti berikut:-
Jadual 4.6 - Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Tapak Bina
Sumber: Kontraktor PI BRILLIANT
Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Tapak Bina
Projek: 154 Unit Rumah Link 2 Tingkat
Perundangan Persijilan &
Pengurusan
Sistem Dilaksanakan Kaedah
Perlaksanaan
Akta Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan
(Akta 514)
Akta Kilang &
Jentera
(Akta 139)
MS ISO 9001: 2008 Pelan Kualiti Projek
(PKP)
Prosedur Kerja
Senarai semak
MS 1722: 2011 Pelan Pengurusan
Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan
(SHE Plan)
Borang
HIRARC
Borang JSA
OHSAS 18001:2007
Daripada jadual diatas dapatlah diterangkan bahawa, melalui perundangan yang
telah diperuntukkan dan telah diluluskan di Parlimen setiap majikan wajib mematuhi
Akta ini iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) serta Akta Kilang
dan Jentera (Akta 139) yang mana terpakai dalam memastikan keselamatan, kesihatan
dan kebajikan pekerja dan orang-orang yang bekerja terhadap risiko di tempat kerja.
Selaras dengan Akta yang telah digubal, dalam menjadikan sistem pengurusan
sesebuah syarikat menjadi teratur dan sistematik maka diwujudkan pula satu standard
dari segi pengurusan. Standard dimaksudkan dengan sesebuah
103
organisasi itu mempunyai satu sistem yang konsisten dalam menghasilkan produk yang
memenuhi keperluan pelanggan. Sebagai contoh, organisasi mewujudkan satu sistem
prosedur kerja yang teratur dimana prosedur ini digunapakai dan diikuti oleh semua
pekerja serta memudahkan proses kerja. Pekerja baru mudah merujuk prosedur kerja dan
boleh menghasilkan kualiti kerja sama seperti mana pekerja yang lama dan hasil kualiti
kerja yang konsisten dan berkualiti (Laman Web Rasmi Jabatan Standard Malaysia).
4.12 Pelan Kualiti Projek (PKP)
Rajah 4.18 - Pelan Kualiti Projek (PKP) Oleh Pihak Kontraktor PI BRILLIANT
Sumber : Pelan Kualiti Projek Kontraktor PI BRILLIANT
104
Pelan Kualiti Projek yang telah disediakan oleh pihak kontraktor adalah
rangkuman serta rujukan terhadap manual kualiti, prosedur kerja serta dokumen kontrak.
Dokumen-dokumen berkaitan dengan perlaksanaan pembinaan projek pula ada seperti
dokumen kontrak dan spesifikasi serta lukisan pembinaan.
Objektif Pelan Kualiti Projek disediakan di tapak bina adalah sebagai panduan
untuk melaksanakan sesuatu projek yang meliputi aspek penyemakan, pengesahan dan
pemantauan serta skop tanggungjawab pihak yang terlibat bagi memastikan kerja-kerja
pembinaan dibina mengikut kualiti serta spesifikasi yang telah ditetapkan terutama
sekali bagi kerja-kerja konkrit yang berisiko tinggi serta memerlukan perancangan dan
persedian rapi bagi kerja tersebut. Seterusnya, di dalam Pelan Kualiti Projek juga turut
dimuatkan butiran prosedur kerja yang akan dilaksanakan di tapak bina.Sebagai contoh:-
a) Persediaan Penyeliaan Tapak
Rajah 4.19 - Prosedur Penyeliaan Tapak
Sumber: Pelan Kualiti Projek Kontraktor PI BRILLIANT
105
a) Penyeliaan Kerja Konkrit “ Roof Beam”
Rajah 4.20 - Prosedur Penyeliaan Tapak Bagi Kerja-Kerja “Roof Beam”
Sumber: Pelan Kualiti Projek Kontraktor PI BRILLIANT
106
Selain itu, di dalam PKP juga turut dimuatkan carta alir perlaksanaan projek
sebagai rujukan kepada sesiapa yang terlibat bagi aktiviti di tapak bina supaya semua
perancangan dan pelaksanaan mudah dilaksanakan dan yang paling penting aspek
keselamatan dan kesihatan pekerja diambil kira bagi setiap aktiviti kerja di tapak bina.
Rajah 4.21 - Carta Alir Perlaksanaan Projek
Sumber: Pelan Kualiti Projek Kontraktor PI BRILLIANT
107
Dalam melaksanakan kerja di tapak bina, senarai semak turut disediakan agar
semua kerja dapat disemak dan disahkan mengikut spesifikasi serta tahap
keselamatannya. Berikut adalah contoh senarai semak kerja konkrit di tapak bina yang
digunakan di projek ini.
Rajah 4.22 - Senarai Semak Bagi Penyeliaan Tapak
Sumber: Pelan Kualiti Projek Kontraktor PI BRILLIANT
108
4.13 Pelan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Di dalam pengurusan di tapak bina selain Pelan Kualiti Projek, Pelan Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan juga amatlah penting sebagai panduan secara terus yang
melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang yang bekerja di tapak bina.
Pihak majikan melalui pegawai yang dipertanggungjawabkan seperti Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) wajib menyediakan pelan ini pada
peringkat awal sebelum kerja dimulakan di tapak bina.
Di dalam pelan pengurusan ini terdapat beberapa maklumat yang penting dan
berguna sebagai rujukan dan panduan di tapak bina. Antaranya adalah:-
a) Polisi keselamatan dan kesihatan
b) Carta organisasi projek
c) Carta organisasi keselamatan dan kesihatan di tapak bina
d) Senarai tugas dan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan di tapak bina
e) Pengenalpastian hazad dan risiko (HIRARC)
f) Perundangan dan lain-lain kehendak
g) Pelan perancangan keselamatan dan kesihatan
h) Senarai semak keselamatan dan kesihatan di tapak bina
i) Prosedur pertolongan kecemasan
j) Permit menjalankan kerja (PTW)
109
4.14 Pengenalpastian hazad dan risiko (HIRARC)
Sebelum kerja konkrit dijalankan di tapak bina, pihak kontraktor diwajibkan
menyediakan dan melakukan pengenalpastian bahaya serta risiko bagi setiap aktiviti
kerja. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan borang HIRARC iaitu
kaedah yang dikeluarkan oleh JKKP untuk digunapakai bagi melakukan pengenalpastian
hazad, penilaian risiko dan kawalan risiko.
Di dalam borang HIRARC contohnya bagi kerja konkrit, dinyatakan aktiviti
kerja , potensi punca bahaya (hazad), akibat atau impak, jenis kawalan, kebarangkalian
ianya berlaku, tahap keterukan, penilaian risiko, kalsifikasi risiko samada rendah,
medium atau tinggi dan akhir sekali cadangan kawalan risiko.
Rajah 4.23 – Pelan Keselamatan, Kesihatan Dan Persekitaran (SHE Plan)
Sumber: Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek Kontraktor PI BRILLIANT
110
Rajah 4.24 - Contoh HIRARC Kerja Konkrit (semasa menempatkan konkrit)
Sumber: Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek Kontraktor PI BRILLIANT
Seterusnya, contoh borang senarai semak yang digunakan sebelum kerja-kerja
konkrit dimulakan dengan berpandukan borang seperti di bawah:-
111
Rajah 4.25 - Borang Pemeriksaan Tempat Kerja
Sumber: Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek Kontraktor PI BRILLIANT
Bagi kerja-kerja yang agak berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan khas,
satu borang khas telah disediakan dan pihak kontraktor mestilah mendapat kebenaran
bagi melakukan kerja tersebut. Borang tersebut adalah borang permit untuk bekerja
(PTW). Ianya mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum kerja dapat
dilaksanakan. Kegagalan mendapatkan kebenaran boleh menyebabkan kerja tersebut
diberhentikan dengan serta merta dan kontraktor boleh dikenakan denda.
Sebagai contoh, kerja-kerja yang memerlukan PTW adalah:-
112
a) Kerja yang berisiko melibatkan api (Hot works)
b) Kerja di ruang tertutup (Confined space)
c) Kerja pengorekan di tempat dalam (Deep excavation)
d) Kerja melibatkan tenaga elektrik
e) Kerja melibatkan bahan kimia/toksik/gas
f) Kerja-kerja pengujian keselamatan bangunan
g) Kerja melibatkan perancah berketinggian 4m keatas
Rajah 4.26 - Permit Untuk Bekerja 1 (PTW)
Sumber: Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek Kontraktor PI BRILLIANT
113
Rajah 4.27 - Permit Untuk Bekerja 2 (PTW)
Sumber: Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek Kontraktor PI BRILLIANT
Akhir sekali, bagi memastikan tapak bina bebas dari sebarang risiko dan
kemalangan, terdapat beberapa program yang dilaksanakan secara berkala bagi
membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan diantara para pekerja serta melatih
dan mengingatkan pekerja dengan prosedur kerja selamat di tapak bina.
114
Antara program tersebut adalah:-
a) Sesi “SHE Toolbox Briefing” - setiap bulan
b) Kursus induksi keselamatan dan kesihatan kepada para pekerja mengikut tred –
setiap bulan
c) Pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja – setiap bulan
d) Pengenalpastian hazad dan risiko (HIRARC) – setiap 3 bulan
Rajah 4.28 - Perancangan Keselamatan dan Kesihatan Projek
Sumber: Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek Kontraktor PI BRILLIANT
115
4.15 Rumusan
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan, kaedah pengurusan keselamatan bagi kerja
konkrit yang boleh diambil dan dipraktikkan adalah seperti berikut:-
Rajah 4.29 - Sistem Pengurusan Keselamatan Kerja Konkrit
Sumber: Senarai Semak PI Brilliant & CCCC
116
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan keputusan yang telah dibincangkan secara terperinci
melalui soalan kaji selidik, temubual dan dokumen analisis yang telah dilaksanakan pada
awalnya. Rumusan yang hendak dibuat perlulah merujuk kepada objektif asal supaya
hasil yang diinginkan nanti tercapai dan tidak tersasar jauh.
Matlamat penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti punca bahaya (hazad)
keselamatan dan kesihatan kepada pekerja di tapak bina sewaktu kerja konkrit
dijalankan serta mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan kerja konkrit yang
dipraktikkan oleh pihak kontraktor.
117
5.2 Rumusan
Pengurusan keselamatan pekerjaan di tapak bina merupakan salah satu cabang
dari sistem pengurusan tapak bina yang penting dan perlu dititikberatkan kerana
melibatkan hal ehwal keselamatan dan kesihatan para pekerja. Pengurusan keselamatan
pekerjaan ini perlu dipupuk dan dijadikan satu budaya supaya para pekerja di tapak
bersama-sama terlibat dan membantu dalam menjadikan kawasan ruang kerja di tapak
bina bebas daripada sebarang punca bahaya (hazad), risiko serta kemalangan.
Kesimpulan-kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan objektif kajian adalah
seperti berikut:-
a) Objektif 1
Mengenalpasti punca yang boleh mendatangkan bahaya (hazad) dari segi
keselamatan dan kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina.
Punca bahaya dari segi keselamatan (hazad keselamatan) berpandukan
peratusan tertinggi respon daripada responden yang menjawab adalah:-
118
Manakala; punca bahaya dari segi kesihatan (hazad kesihatan) berpandukan peratusan
tertinggi respon daripada responden yang menjawab adalah:-
Bil Punca Bahaya (Hazad Kesihatan) Peratusan %
1. Pendedahan asap kenderaan atau jerebu secara
langsung kepada pekerja
56.1
2. Debu simen yang dihidu dalam jangkamasa panjang
boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada
pekerja
51.2
3. Bahan kimia bagi proses pengawetan struktur
konkrit yang boleh terkena mata, kulit dan terhidu
45.0
4. Pendedahan bunyi bising dari jentera, mesin serta
peralatan dalam jangkamasa lama yang boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran
41.5
b) Objektif 2
Mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan oleh pihak
kontraktor sewaktu menjalankan kerja konkrit di tapak bina. Kaedah pengurusan
keselamatan yang dipraktikkan oleh kontraktor adalah seperti berikut :-
Bil Punca Bahaya (Hazad Keselamatan) Peratusan %
1. Pengendalian kren oleh operator tidak
kompeten dan mahir
82.9
2. Pemandu lori kurang mahir, cuai dan kurang
cergas
65.9
3. Struktur sokongan sementara seperti perancah
tidak stabil, kukuh dan dipasang tidak mengikut
spesifikasi
58.5
4. Dihempap acuan konkrit semasa proses
pembukaan acuan
50.0
119
Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Tapak Bina
Projek: 154 Unit Rumah Link 2 Tingkat
Perundangan Persijilan &
Pengurusan
Sistem Dilaksanakan Kaedah Perlaksanaan
Akta Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan
(Akta 514)
Akta Kilang &
Jentera
(Akta 139)
MS ISO 9001: 2008 Pelan Kualiti Projek
(PKP)
Prosedur Kerja
Senarai semak
MS 1722: 2011 Pelan Pengurusan
Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan
(SHE Plan)
Borang HIRARC
Borang JSA OHSAS 18001:2007
120
5.3 Limitasi dan Permasalahan Kajian
Penyelidikan ini juga mengalami cabaran limitasi dan permasalahan dalam
mendapatkan maklumat. Tempoh yang ditetapkan terlalu pendek dan padat bagi pelajar
separuh masa dalam mendapatkan data serta maklumat bagi kajian ini. Kekangan masa
menjadi masalah utama dimana proses temubual sukar dilakukan kerana sering ditunda
dan dibatalkan oleh kerana kesibukan responden di tapak untuk proses temubual.
Selain itu, terdapat juga cabaran dari segi kerjasama daripada pihak responden
dalam bekerjasama semasa proses temubual kerana tergesa-gesa untuk bekerja serta
kesukaran mendapatkan maklumat dan dokumen yang diperlukan disebabkan faktor
masa untuk mencari dan kategori sulit. Ada juga segelintir responden yang hanya
menjawab secara ringkas soalan yang diajukan oleh sebab pengalaman, pengetahuan dan
juga tahap keselamatan maklumat.
Namun limitasi dan permasalahan dapat diselesaikan sebaik mungkin untuk
menyiapkan penyelidikan ini.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Setelah kajian dibuat, terdapat cadangan yang boleh dilakukan lanjutan dari
kajian ini. Diantara cadangan yang boleh diperluaskan lagi adalah :-
i) Melakukan kajian melibatkan statistik jenis kemalangan yang melibatkan kerja
konkrit di tapak bina
121
ii) Memfokuskan kajian keselamatan dan kesihatan kepada kerja-kerja konkrit
untuk kategori pembinaan melibatkan infrastruktur atau bangunan pencakar
langit
iii) Melakukan kajian spesifik bagi keselamatan kerja-kerja mengangkat konkrit
dengan menggunakan jentera seperti kren bergerak, menara kren atau lori
pam.
122
RUJUKAN
Arkib Info KKP. Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP). Di ambil daripada
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/resources/archive/archive-osh-
info/2010/439-amaran-keselamatan-2010/289-incident-involving-collapse-of-
timber-formwork-during-concreting-work
Aviva Risk Management Solutions. Hardfacts 5049 - Safe Working at Height for the
Self Employed, 5060 - Work at Height – Introduction. Ref No 5059 (v6)
Berita Harian Online, 10 Januari 2018, Safeek Affendy Razali. Di ambil daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/373499/pmu-runtuh-notis-henti-
kerja-serta-merta
Bergeron, B. (2003). Essential of knowledge management (Vol. 28). John Wiley & Sons.
Bruning, J.L. & Kintz, B.L. (1987). Computational handbook of statistics. Scott,
Foresman and Co.
Brewer, J. Hunter, A. (2006). Foundations of Multimethod Research: Synthesizing
Styles. California. Sage Publications.
Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantative and Qualitative Research. 2nd. ed. New Jersey: Pearson Prentice
Hall.
Cement Concrete & Aggregate Australia. concrete basics a guide to concrete practice,
2010. Diambil daripada www.elvingroup.com.au/wp-
content/uploads/2016/01/concrete_basics.pd
Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-
Hill Education.
123
Cohen, J. (1992). Statistical power analysis. Current directions in psychological science,
1(3), 98-101.
The Ministry of Business, Innovation and Employment and the Concrete Pumping
Association of New Zealand.Concrete Pumping Health and Safety Guidelines.
March 2013. ISBN: 978-0-478-39101-5
Concrete Pumping Health and Safety Guidelines, (2013). Diambil daripada
https://worksafe.govt.nz/.../440-concrete-pumping-health-and-safety-guidelines
Singapore Ministry Of Manpower Crane Safety Analysis and Recommendation Report,
September (2009): diambil daripada
http://www.mom.gov.sg/~/media/mom/documents/press-
releases/2009/annex%20b%20_crane%20safety%20analysis%20recommendatio
n%20report_.pdf
Fatin Nazirah Abd Salim. (2012). Kajian Keselamatan Dan Kesihatan Di Tapak Bina
Sekitar Kawasan Bahagian Pantai Barat Sabah, Fakulti Pendidikan: Universiti
Teknologi Malaysia.
Factories and Machinery (building operations and works of engineering construction,
BOWEC) (safety) regulations 1986. Diambil daripada
http://www.dosh.gov.my/index.php/en/legislation/regulations-1/regulations-
under-factories-and-machinery-act-1967-act-139/508-06-factories-and-
machinery-building-operations-and-works-of-engineering-construction-safety-
regulations-1986/file
Health and Safety Executive. Fatal injuries arising from accidents at work in Great
Britain 2017. Diterbitkan oleh Health and Safety Executive. Di ambil daripada
www.hse.gov.uk/statistics/fatals.htm
124
Heather Bryant (2013). Safe Use of Concrete Pumps. Diterbitkan oleh British Concrete
Pumping Interest Group (BCPIG) Construction Plant-hire Association
Health and Safety Executive The Work at Height Regulations 2005 A brief guide.
Diambil daripada
https://www.aber.ac.uk/en/media/departmental/healthsafetyenvironment/indg401
Hamzah, A. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal
Pengajian Media Malaysia. 6(1).
Introduction to Concrete. Crane 2009 SafetyAnalysis And Recommendation Report.
Diterbitkan oleh The Workplace Safety and Health Council
Jick, T'D. (1983). Mixing Qualitative and Quantitative Methods: Triangulation in
Action. In Maanen, I.Y. Qualitative Methodology. Beverly Hill, California: Sage
Publications. 135-148.
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610.
JKKP Website Guidelines for the Prevention of Falls at Workplaces. Diambil daripada
http://www.dosh.gov.my/index.php/en/legislation/guidelines/building-
construction-engineering-work/670-02-guidelines-for-the-prevention-of-falls-at-
workplaces-2007/file
Laman Web Rasmi JKKP. Garispanduan HIRARC. Diambil daripada
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/hirarc-1/712-
01-garis-panduan-bagi-pengenalpastian-hazard-penaksiran-risiko-dan-kawalan-
risiko-hirarc-2008/file
125
Laman Web Rasmi JKKP. Statistik Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Sehingga
Oktober 2017. Diambil daripada
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/statistik-kemalangan-
pekerjaan/mengikut-sektor/489-statistik/occupational-accidents-statistics
Jahiman Badron (2015) Teknologi Binaan Bangunan. Publisher, IBS Buku, 2007. ISBN,
9679502414, 9789679502411
Laman Web Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Laporan Tahunan
PERKESO 2015. Di ambil daripada
https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/laporan/laporan-tahunan
Laman Web Rasmi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Laporan Tahunan CIDB 2015. Di ambil daripada
http://www.cidb.gov.my/index.php/my/info-korporat/laporan-tahunan
Laman Web Rasmi CIDB. Construction Industry Transformation Programme , CITP
2016-2020. Di ambil daripada http://www.citp.my/strategic-thrusts/quality-
safety-professionalism
Ministry of Manpower with Workplace Safety and Health Council dan Workplace
Safety and Health Institute Singapore
advancing workplace safety & health in Singapore for 2018 and beyond.
Mazliah Abdul Rahman. (2012). Tahap Kesedaran Guru-Guru Tadika Terhadap
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja: Kajian Kes Di Negeri
Melaka. Master of Human Resource Management.
Mstar Online, 29 Mac 2010, di ambil daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-
semasa/2010/03/29/lantai-bangunan-dalam-pembinaan-umt-runtuh-seorang-
pekerja-maut/
126
Mohd Saidin Misnan et al. (2013) :Pengurusan Keselamatan Projek Pembinaan ISBN
978-983-52-0917-8 zpenerbit UTM Press
Marican, S. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Prentice Hall/Pearson Malaysia.
Mason, I. (1996). Qualitative Researching. London: Sage publications.
Naoum, S. (2007). Dissertation Research & Writing for Construction Students. 2td ed.
Oxford: Butterworth-Heinemann.
Ranjit Kumar, (2014) Research Methodology : A Step-by-Step Guide for Beginners. (4th
ed) London Sage Publication Ltd.
Rohana Yusof (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTS Publications &
Distributors.
Rosnita Abdul Rani,( 2009.) Tahap Risiko Di Peringkat Rekabentuk dan Pembinaan
Untuk Projek Di Jabatan Kerja Raya. Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM
Soy, S. K. (1997). The case study as a research method. Unpublished paper, University
of Texas at Austin, 1-6.
Singapore Ministry Of Manpower. Annual Report 2017. Diambil daripada
http://www.mom.gov.sg/workplace-safety-and-health/wsh-reports-and-
statistics
Utusan Online , 20 Oktober 2016 Nursuraya Zulkifli. Di ambil daripada
http://www.utusan.com.my/berita/terkini/pekerja-kontrak-maut-dua-parah-
dihempap-konkrit-1.397352
127
Utusan Borneo Online, 25 Feb 2016. Di ambil daripada
https://www.utusanborneo.com.my/2016/02/25/isu-keselamatan-kesihatan-
pekerja-sektor-pembinaan-dipandang-serius
Yin, R. K. (1994). Case Study Research: Design and Methods. California , SAGE
Publications
Yusof, R (2003). Penyelidikan Sains Sosial (Social Science Research). Pahang,
Malaysia: PTS Publications & Distributors (Malay Version).
128
LAMPIRAN
LAMPIRAN A : BORANG KAJI SELIDIK & RESPONDEN
LAMPIRAN B : BORANG TEMUBUAL & TRANSKRIP TEMUBUAL
LAMPIRAN C : PANDUAN PEMERIKSAAN BAHAYA KERJA KONKRIT
LAMPIRAN D : PANDUAN PEMERIKSAAN BAHAYA KERJA PADA
TEMPAT TINGGI
LAMPIRAN E : BERITA ONLINE KEMALANGAN KERJA KONKRIT
129
JABATAN UKUR BAHAN
FAKULTI ALAM BINA
SOAL SELIDIK
1.0 Tajuk Kajian
Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Bagi Kerja Konkrit Oleh Pihak Kontraktor
Di Tapak Bina
2.0 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti punca yang boleh mendatangkan bahaya dari segi keselamatan
dan kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina
ii. Mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan oleh pihak
kontraktor sewaktu menjalankan kerja konkrit di tapak bina
3.0 Profil Penulis
Nama : Mohd Idris Bin Mohd Yusop
No. Matrik : SX130018BECS04
No.Telefon : 017-6037644
Kursus : Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Penyelia : Dr. Muzani Bin Mustapa
No. Telefon : 017-7557445
Email : idrisyusop@pkns.gov.my
Tandatangan Penulis : Tarikh :
_________________________ ______________________
130
Borang ini adalah untuk tujuan akademik semata-mata dan segala maklumat dan
data yang terkumpul adalah SULIT
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana menyokong kajian ini. Kajian ini adalah untuk mengenal
pasti punca yang boleh mendatangkan bahaya dari segi keselamatan dan
kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina. Dengan
mengetahui punca sebenar yang tepat dan boleh mendatangkan bahaya kepada
pekerja, pihak kontraktor boleh mengambil tindakan awalan yang sewajarnya
melalui pendekatan yang lebih efektif dalam menangani berlakunya kemalangan
melibatkan pekerja di tapak bina. Perkara ini sangat penting kerana ianya akan
memberi kesan terhadap masa dan kos bagi sesebuah projek pembinaan.
Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian 1 adalah latar belakang
mengenai responden. Bahagian 2 adalah untuk mengenalpasti punca yang boleh
mendatangkan bahaya dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja semasa kerja
konkrit dijalankan di tapak pembinaan. Bahagian 3 pula adalah temubual bagi
mendapatkan data mengenai kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan
oleh kontraktor semasa menjalankan kerja konkrit di tapak bina.
Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi subjek
projek Sarjana Muda Sains (Pembinaan), SBEC 4724. Segala maklumat yang
diberikan akan diproses secara kolektif. Responden tidak perlu bimbang dengan
maklumat yang diberikan kerana ianya hanya digunakan untuk tujuan akademik
sahaja.Segala kerjasama yang anda diberikan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
131
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
1. Nama: _____________________________________________
2. Jantina: 1 Lelaki 2 Perempuan
3. Umur : 1 Kurang 30 tahun 3 40 – 49 tahun
2 30 – 39 tahun 4 50 tahun dan lebih
4. Jenis Majikan: 1
Pemaju
3
Kontraktor
2
Konsultan 4 Subkontraktor
5. Pengalaman di dalam
pekerjaan: ___________________ tahun
6. Pengkhususan
Pekerjaan:
1 Pegawai keselamatan &
kesihatan
pekerjaan (SHO)
3 Penyelia keselamatan
tapak (SSS)
2
Jurutera tapak 4
Penyelia tapak
7. Jenis
Pembinaan
Terlibat
1
Rumah
Kediaman/Pejabat
< 3 Tingkat
3
Bangunan
Kediaman/Pejabat
> 5 Tingkat
2
Bangunan
Kediaman/Pejabat
< 5 Tingkat
4
Kejuruteraan Awam
(Lebuh Raya,LRT,MRT
dll)
8. Tahap Pendidikan: 1 SPM 3 Ijazah
2 Diploma 4 Ijazah Sarjana
Lain-lain:
5
___________________
132
Arahan:Sila lengkapkan bahagian ini dengan menandakan (√) pada ruangan yang
berkenaan.
BAHAGIAN 2
Bahagian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif kajian (i) iaitu :
Mengenalpasti punca yang boleh mendatangkan bahaya dari segi keselamatan dan
kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina
Sila baca pernyataan dibawah dan tandakan jawapan anda pada kotak yang telah disediakan.
1= Sangat Tidak Setuju 2= Tidak Setuju 3= Neutral 4= Setuju 5= Sangat Setuju
( Pengangkutan Konkrit Ke Tapak Bina) Transportation Concrete To Site
KENYATAAN Skala Likert
1 Pemandu lori yang kurang mahir, cuai dan kurang
cergas berpotensi mengakibatkan kemalangan kepada
pemandu itu sendiri serta pekerja di tapak bina.
1 2 3 4 5
2 Memandu lori yang tidak diselenggara secara berkala
seperti sistem brek boleh menyumbang kepada
berlakunya kemalangan dan kecederaan kepada pekerja
dan pemandu.
1 2 3 4 5
3 Kemalangan melibatkan lori dan pekerja juga boleh
terjadi disebabkan oleh akses atau jalan yang licin,
tidak rata, sempit serta berlubang.
1 2 3 4 5
4 Keadaan muka bumi yang berbukit dan terlalu curam
juga menjadi salah satu faktor kemalangan kepada
pekerja dan pemandu.
1 2 3 4 5
5 Faktor cuaca seperti hujan lebat dan ribut juga menjadi
faktor penyumbang kepada kemalangan semasa proses
menghantar konkrit dan menerima konkrit.
1 2 3 4 5
6 Kesihatan pemandu juga turut terjejas akibat terdedah
kepada jerebu dan asap kenderaan secara langsung. 1 2 3 4 5
( Pengendalian dan Mengangkat Konkrit) Concrete Handling & Lifting
KENYATAAN Skala Likert
1 Pekerja konkrit berpotensi dilanggar, digilis, tersepit
atau terlanggar oleh lori konkrit ,lori pam konkrit atau
kren bergerak semasa kerja konkrit sedang dijalankan
di tapak bina.
1 2 3 4 5
133
2 Permukaan tanah yang lembut dan tidak rata boleh
menyebabkan lori konkrit atau kren bergerak hilang
keseimbangan dan terbalik seterusnya menghempap
pekerja.
1 2 3 4 5
3 Pekerja konkrit di bawah boleh dihempap tong konkrit
yang penuh berisi semasa proses mengangkat tong
konkrit ke atas.
1 2 3 4 5
4 “Hook Blocks” menghempap pekerja di bawah akibat
“Hoist Ropes” putus semasa proses mengangkat
konkrit.
1 2 3 4 5
5 “Telescopic Boom” melanggar pekerja atau pelantar
kerja menyebabkan pekerja jatuh ke bawah dari tempat
tinggi.
1 2 3 4 5
6 Keadaan cuaca yang amat panas boleh menyebabkan
strok haba atau pendehidratan kepada operator kren
serta pekerja konkrit yang sedang bekerja.
1 2 3 4 5
7 Pekerja konkrit atau pemandu kren boleh dipanah petir
sewaktu kerja konkrit sedang dijalankan di tapak bina. 1 2 3 4 5
8 Angin kuat atau ribut boleh menyebabkan struktur kren
menara bergoyang dan runtuh meyebabkan operator
kren jatuh dari tempat tinggi serta dihempap termasuk
pekerja yang berhampiran.
1 2 3 4 5
9 Struktur menara kren yang dipasang dan tidak
diselenggara dengan baik boleh menyebabkan ianya
runtuh dan menimpa pekerja di bawah.
1 2 3 4 5
10 Pendedahan bunyi bising daripada jentera, mesin dan
enjin kenderaan seperti genset, lampu limpah, lori
konkrit dan kren dalam jangka panjang boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
1 2 3 4 5
11 Pencahayaan yang kurang boleh menyebabkan tahap
penglihatan operator kren dan pekerja konkrit
berkurang seterusnya boleh berlakunya kemalangan.
1 2 3 4 5
12 Pengendalian kren oleh operator yang tidak kompeten
dan tidak mahir mendatangkan bahaya kepada pekerja. 1 2 3 4 5
( Kerja Menuang, Menempatkan dan Memadatkan Konkrit) Pouring, Placing & Concrete
Compaction
KENYATAAN Skala Likert
1 Pekerja boleh tergelincir dan jatuh dari tempat tinggi
semasa kerja menuang, meratakan dan memadatkan
konkrit.
1 2 3 4 5
2 Pekerja boleh dilanggar atau terlanggar tong berisi
konkrit semasa proses kerja menuang konkrit.
1 2 3 4 5
134
3 Pekerja boleh dihempap tong konkrit atau “hook block”
akibat “hoisting rope” putus semasa kerja menuang. 1 2 3 4 5
4 Pekerja boleh terpijak atau tercucuk besi atau benda
tajam semasa kerja menuang, meratakan dan
memadatkan konkrit.
1 2 3 4 5
5 Pekerja boleh terkena renjatan elektrik daripada mesin
dan kelengkapan yang digunakan seperti “ compaction
machine” atau wayar elektrik yang terdedah.
1 2 3 4 5
6 Pekerja yang terdedah kepada getaran daripada
peralatan atau mesin dalam tempoh yang lama seperti
kerja pemadatan konkrit berpotensi mendapat
kecederaan pada permukaan tapak tangan dan otot.
1 2 3 4 5
7 Dek tempat bekerja tidak dipasang penghadang, tidak
kukuh dan stabil boleh menyebabkan ianya runtuh dan
pekerja jatuh ke bawah dari tempat tinggi.
1 2 3 4 5
8 Pekerja yang berada di bawah terdedah kepada objek
yang jatuh dari atas seperti acuan pecah atau konkrit
yang jatuh dari atas.
1 2 3 4 5
9 Struktur sokongan sementara seperti perancah yang
tidak stabil, kukuh serta dipasang tidak mengikut
spesifikasi boleh menyebabkan binaan diatasnya runtuh
bersama dengan pekerja sewaktu proses kerja konkrit.
1 2 3 4 5
10 Bukaan seperti tangga, lif dan bahagian tepi binaan
acuan seperti lantai tingkat atas yang tidak dipasang
penghadang boleh menyebabkan pekerja tergelincir dan
terjatuh ke bawah.
1 2 3 4 5
11. Pekerja boleh disengat serangga seperti tebuan atau
penyengat semasa bekerja termasuk mendapat jangkitan
denggi berpunca daripada nyamuk aedes semasa
bekerja berhampiran hutan atau belukar.
1 2 3 4 5
12 Bancuhan konkrit yang terkena kulit pekerja secara
langsung boleh menyebabkan kesan terbakar dan
melepuh serta boleh menyebabkan kerengsaan pada
kulit.
1 2 3 4 5
13 Debu simen yang dihidu boleh menyebabkan masalah
pernafasan kepada pekerja seperti lelah dan kesan
jangkamasa panjang.
1 2 3 4 5
(Pengawetan & Pembukaan Acuan) Curing Process & Formwork Dismantling
KENYATAAN Skala Likert
1 Bahan kimia yang digunakan bagi tujuan pengawetan
struktur konkrit boleh terkena pada kulit, mata serta
terhidu yang menyebabkan kerengsaan, alergik dan
kesan kepada paru-paru pekerja.
1 2 3 4 5
2 Pekerja terdedah kepada stress otot semasa membuka,
menurunkan, mengangkat dan membawa acuan konkrit
yang berat.
1 2 3 4 5
135
3 Struktur penyokong sementara (perancah)
berkemungkinan boleh runtuh atau patah sewaktu
proses pengawetan berlangsung dan menimpa pekerja
yang berada diatas atau yang melalui dibawahnya yang
tidak dihadang.
1 2 3 4 5
4 Pekerja yang melakukan penyemburan proses
pengawetan boleh tergelincir, tersadung atau terjatuh
dari tempat tinggi yang terbuka dan tidak dihadang.
1 2 3 4 5
5 Pekerja berpotensi jatuh dari aras yang sama atau dari
tempat tinggi ke bawah semasa proses membuka acuan
seperti tiang, dinding atau lantai tingkat atas.
1 2 3 4 5
6 Objek yang jatuh berterbangan ke bawah semasa
membuka acuan konkrit boleh terkena pada pekerja
dibawah atau berhampiran.
1 2 3 4 5
7 Acuan konkrit dan aksesorinya boleh menghempap
pekerja semasa proses kerja menanggalkan acuan. 1 2 3 4 5
136
JABATAN UKUR BAHAN
FAKULTI ALAM BINA
TEMU BUAL
4.0 Tajuk Kajian
Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Bagi Kerja Konkrit Oleh Pihak Kontraktor
Di Tapak Bina
5.0 Objektif Kajian
iii. Mengenalpasti punca yang boleh mendatangkan bahaya dari segi keselamatan
dan kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina
iv. Mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan oleh pihak
kontraktor sewaktu menjalankan kerja konkrit di tapak bina
6.0 Profil Penulis
Nama : Mohd Idris Bin Mohd Yusop
No. Matrik : SX130018BECS04
No.Telefon : 017-6037644
Kursus : Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Penyelia : Dr. Muzani Bin Mustapa
No. Telefon : 017-7557445
Email : idrisyusop@pkns.gov.my
Tandatangan Penulis : Tarikh :
_________________________ ______________________
137
Borang ini adalah untuk tujuan akademik semata-mata dan segala maklumat dan
data yang terkumpul adalah SULIT
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana menyokong kajian ini. Kajian ini adalah untuk mengenal
pasti punca yang boleh mendatangkan bahaya dari segi keselamatan dan
kesihatan pekerja semasa kerja konkrit dijalankan di tapak bina. Dengan
mengetahui punca sebenar yang tepat dan boleh mendatangkan bahaya kepada
pekerja, pihak kontraktor boleh mengambil tindakan awalan yang sewajarnya
melalui pendekatan yang lebih efektif dalam menangani berlakunya kemalangan
melibatkan pekerja di tapak bina. Perkara ini sangat penting kerana ianya akan
memberi kesan terhadap masa dan kos bagi sesebuah projek pembinaan.
Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian 1 adalah latar belakang
mengenai responden. Bahagian 2 adalah untuk mengenalpasti punca yang boleh
mendatangkan bahaya dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja semasa kerja
konkrit dijalankan di tapak pembinaan. Bahagian 3 pula adalah temubual bagi
mendapatkan data mengenai kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan
oleh kontraktor semasa menjalankan kerja konkrit di tapak bina.
Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi subjek
projek Sarjana Muda Sains (Pembinaan), SBEC 4724. Segala maklumat yang
diberikan akan diproses secara kolektif. Responden tidak perlu bimbang dengan
maklumat yang diberikan kerana ianya hanya digunakan untuk tujuan akademik
sahaja.Segala kerjasama yang anda diberikan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
138
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
1. Nama: _____________________________________________
2. Jantina: 1 Lelaki 2 Perempuan
3. Umur : 1 Kurang 30 tahun 3 40 – 49 tahun
2 30 – 39 tahun 4 50 tahun dan lebih
4. Jenis Majikan: 1
Pemaju
3
Kontraktor
2
Konsultan 4 Subkontraktor
5. Pengalaman di dalam
pekerjaan: ___________________ tahun
6. Pengkhususan
Pekerjaan:
1 Pegawai keselamatan &
kesihatan
pekerjaan (SHO)
3 Penyelia keselamatan
tapak (SSS)
2
Jurutera tapak 4
Penyelia tapak
7. Jenis
Pembinaan
Terlibat
1
Rumah
Kediaman/Pejabat
< 3 Tingkat
3
Bangunan
Kediaman/Pejabat
> 5 Tingkat
2
Bangunan
Kediaman/Pejabat
< 5 Tingkat
4
Kejuruteraan Awam
(Lebuh Raya,LRT,MRT
dll)
8. Tahap Pendidikan: 1 SPM 3 Ijazah
2 Diploma 4 Ijazah Sarjana
Lain-lain:
5
___________________
139
TEMUBUAL
Bahagian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan objektif kajian (ii) iaitu :
Mengenalpasti kaedah pengurusan keselamatan yang dipraktikkan oleh pihak kontraktor
sewaktu menjalankan kerja konkrit di tapak bina
1. Adakah syarikat mempunyai persijilan dari segi Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO
9001:2008) dan juga Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (MS
1722: 2011 & OHSAS 18001:2007 ?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2. Merujuk soalan no. 1 jika sekiranya ada, adakah syarikat menyediakan satu sistem
pengurusan yang khas di tapak bina ini dari segi pengurusan kualiti, kesihatan dan
keselamatan pekerjaan terutama bagi kerja konkrit?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3. Apakah cara syarikat dalam menilai, menentukan, mengurangkan atau
menghapuskan risiko bagi kerja konkrit di tapak bina samada menggunakan:-
a) (HIRARC) - Pengenalpastian Punca Bahaya, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko
b) (JSA) – Analisis Keselamatan Pekerjaan
c) (JHA) – Analisis Bahaya Pekerjaan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
140
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
4. Adakah terdapat sebarang garis panduan atau prosedur kerja yang digunapakai bagi kerja
konkrit di tapak bina di peringkat:-
a) Sebelum Mula Kerja Konkrit (Proses penghantaran konkrit ke tapak, persediaan ruang
kerja, acuan konkrit, struktur sokongan sementara, peralatan, mesin dan jentera, persediaan
PPE pekerja dan lain-lain)
b) Semasa Kerja Konkrit Berlangsung (Proses mengendalikan, mengangkat menuang,
memadatkan dan meratakan konkrit termasuk mengalihkan peralatan,mesin dan jentera)
c) Selepas Kerja Konkrit Siap ( Proses pengawetan, menanggalkan acuan dan
mengalihkannya, membuka struktur sokongan sementara serta kerja pembersihan)
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
TAMAT
141
top related