model konstruktivisme 5
Post on 19-Nov-2015
19 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Model Konstruktivisme 5-Fasa
Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-BilFasaTujuan/KegunaanKaedah
IOrientasiMenimbulkan minat dan menyediakan suasanaAmali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar
IIPencetusan IdeaSupaya murid dan guru sedar tentang idea terdahuluAmali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan
IIIPenstrukturan semula idea
i. Pernjelasan dan pertukaran
ii. Pendedahan kepada situasi konflik
iii. Pembinaan idea baruiv. PenilaianMewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiriMenguji kesahan idea-idea sedia adaPengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran ideaMenguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina
Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan
Perbincangan, pembacaan, input guru.Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru
IVPenggunaan ideaPengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasaPenulisan sendiri kerja projek
VRenungan kembaliMenyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.
top related