mist is files_ 22_alter terahsia bangsa melayu 11
Post on 30-May-2018
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 1/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...
Wednesday, February 3, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
(Di Gua Rahsia)
Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang
anak cucu nampak?Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang
anak cucu belum tahu lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom...
Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya
hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di
dalam peti-peti ini.Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,
lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.Mari mendekat ke sini,Tok
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(1 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 2/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Aki mahu tunjukkan sesuatu.
(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir
Purba)
Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada
siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah
peringkat rahsia dalam rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini
3500 tahun yang silam.
Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para
sarjana China dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,
jika bukan raja Babilon menyebut-nyebutkan tentang kita...para Firaun di
sana akan menuliskan syair-syair tentang kita...
Dan tanah tumpah darah kita ini...
Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia
rahsia-rahsia ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA
BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman
berzaman,dari chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-
kerajaan yang hilang...dari kamar beradu Isis dan Osiris....dari haruman
bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia kemelayuan
tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!
TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti
menjaga tabut rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh
mereka menyimpan rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu
sekalian...mengapa mereka menjaga rahsia kita??
(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.
Di atas peti terdapat secarik kertas dari daun papirus,tertulis kata-kata
yang indah...)
Palingkan muka kamu...
Kepada bunga
kancing emas
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(2 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 3/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
satu rahsia...
Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam
The Egyptian Book of The Dead
"Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra
(Eye of Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)"
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(3 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 4/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
(Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis
Budge)
M erenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan
Aztek pada hari ini,benar-benar menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak
membaca sejarah agung mereka,akan menganggap mereka adalah kaum
picisan yang hina dan tidak berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang
menjadi minoriti dan terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir
bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan,hatta
sebatang jarum sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan
membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.
Kemudian rakan-rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul
'2012'.Ketika itu seluruh dunia sedang sibuk memperkatakan tentang filem
ini.Kita pun tidak mahu ketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di
pawagam.Ketika di dalam pawagam,kita pun menekur menonton dengan
asyiknya tanpa berkedip-kedip dan betapa kagum dengan kesan khas filem
ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari tentang maksud ramalan
Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang
MAya,melihat kesan-kesan tinggalannya...piramid-piramid yang besar-
besar dan khazanah astronomi yang mengagumkan dengan beratus-ratus
komentar dari pakar sejarah,sains dan astronomi tentang tamadun kaum
yang kita anggap orang gua dan orang hutan sahaja.
Bayangkan,ketika orang SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-
orang Inca menganggap mereka adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-
kapal mereka adalah kenaikan dewa-dewa (tamadun-tamadun AMerika
Tengah adalah kerajaan agraria,berasaskan pertanian) kerana mereka
tidak pernah melihat kapal-kapal yang besar sebegitu.Apabila diperangkap
penjajah SEpanyol orang-orang Incaini tidak melawan padahal merekalah
yang gemar menangkap kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orang-orang INca
menyanjung tinggi kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang SEpanyol ini
padahal pada masa yang sama orang-orang SEpanyol ini berasa amat
terkejut dengan kota-kota Inca yang hebat dan khazanah emas yang
terlampau banyak.Kaum yang membina piramid bukanlah kaum yang
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(4 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 5/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
bodoh tetapi mereka yang punya peradaban tinggi.Namun disebabkan
PERASAAN RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG
ORANG LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta-merta
oleh para conquistador yang mula sedar kaum-kaum ini walaupun punya
peradaban yang tinggi namun kurang peka dengan perkembangan semasa.
Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi mereka menganggap orang yang
keluar dari kapal itu adalah anak dewa.Akhirnya mereka dibunuh beramai-
ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu.
Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu.Bukan
satu atau dua yang datang menjajah,TETAPI EMPAT.Sepanyol,Portugis,
Belanda dan Inggeris datang 'menziarahi' kita di sini.Toltek,Aztek,Inca dan
Maya dihapuskan dengan mudah oleh conquistador Sepanyol sahaja tetapi
Nusantara memerlukan gabungan empat 'conquistador' untuk mengawal
Nusantara.SEpanyol mengawal Filipina,Belanda mengawal Indonesia,
Inggeris mengawal Tanah Melayu dan Borneo,manakala semua ini
dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan
menjajah Timor Timur.Ini belum termasuk kelibat Perancis yang
menjenguk Indochina dan Amerika yang pernah memegang Filipina
sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke Filipina).
Namun adakah orang-orang Melayu hari ini pupus atau menjadi minoriti
tidak bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang Aztek dan
Maya?
SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4
CONQUISTADOR INI,terutamanya Tanah Melayu yang dipegang oleh 'raja
conquistador' iaitu Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih
bernafas dan masih berbahasa Melayu di dunia fana ini.Adakah kata-kata
Hang TUah itu menjadi sumpah yang benar?Inilah misteri yang memang
tidak terpecahkan.Aborigine yang memegang pulau sebesar Australia pun
rebah,bagaimana orang-orang Melayu ini yang dituduh bermacam-macam
tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan 'nak buat jarum pun
tak reti' boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang
memenatkan?Sepatutnya orang-orang Melayu lenyap,tetapi apa yang
berlaku sebenarnya?
Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat kapal,meriam,
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(5 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 6/27
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 7/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
tahun yang silam!
Petunjuk Dari Tulisan Rencong
Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu
iaitu Rencong.Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk
kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-manuskrip ini
kebanyakannya disimpan oleh Belanda,majoritinya di Bibliotheek
(Perpustakaan) Leiden.Dari manakah tulisan ini berasal?Atau soalan yang
mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG MENCEDOK TULISAN INI
MENJADI TULISAN MEREKA?
Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia
dan Brahmi (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The
Great).
Brahmi Dan Rencong
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(7 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 8/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Aramaik dan Rencong
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(8 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 9/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Phoenicia dan Rencong
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(9 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 10/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku
(cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun Sumeria.
Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan
tulisan-tulisan purba ini,terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa
tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:
1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.
Faktor bagaimana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari
aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa.
2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,
penghijrahan atau sebagai 'warganegara yang bekerja' di Nusantara.
3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru
oleh orang Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian
diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang
Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan
kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,
Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara
(menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh
orang Thai dan BUrma.
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(10 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 11/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas
Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di
Barat.Akhirnya 'dengan berat hati' mereka meletakkannya di bawah
kategori subBrahmi bersama Kawi,Khmer,Thai dan lain-lain,
memandangkan skeptikal mereka dengan skrip Asia Tenggara yang
dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat
pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia
Tenggara dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak
dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen,Marsden dan Jones yang
mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini,malah semakin dikaji
sehingga bukan setakat skrip Rencong,malah bahasa Melayu dialek Rejang
itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,persamaannya dengan
perkataan-perkataan Mesir Purba!!
Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(11 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 12/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
*Perehu dan isterinya Ati
Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang
misteri yang menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji
mendekati dengan rapat selok-belok tulisan ini,sejarah tempat di mana
tulisan ini ditemui dan orang yang menggunakannya.Seterusnya mereka
mengkaji pula bahasa yang digunakan oleh skrip ini,iaitu bahasa Melayu
Rejang.
Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir
telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia
terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada
tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain.
Sarjana-sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce,M.Renan and Neubauer
yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah
menyimpulkan bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong
sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.Phoenicia adalah istilah
Barat kepada orang Kanaan,satu bangsa purba yang pernah mempunyai
tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam.Para pengkaji sejarah
menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun
Sebelum Masehi.Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar
Palestin,Lebanon dan Syria sekarang.Sarjana-sarjana Semitik berkenaan
berkeras melaporkan bahawa REncong adalah tulisan orang Phoenicia
sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr. Neubauer
menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf
Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(12 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 13/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
keempat dan kelima Sebelum Masehi.
Tablet-tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah
Melayu Nusantara,menjadikan sebahagian anak Melayu hari ini berasa
rendah diri dan mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa Melayu,
sekejap merasa Cina,sekejap merasa India,sekejap merasa Siam seperti
sesumpah) oleh William Marsden pada tahun 1783 dan huruf-huruf dari
tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The History of
Sumatera.Kerja-kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-
sumber kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut
serta bunyi setiap karakter.Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila
mereka mendapati tiada satu pun skrip-skrip Keindiaan tertua yang
menepati sama ada tulisan Rencong mahupun aksara-aksara Sumatera
berkaitan.Penemuan yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal
saintifik Oxford journal,Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896.
Kesimpulan yang dibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui
hubungan secara langsung dengan orang Phoenicia (bukan cedokan atau
ubahsuai tulisan dari tulisan lain).
Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek
kajian bebas berkaitan skrip orang Batak di tengah dan utara Sumatera.
Pengkaji tersebut,Schroeder telah turun ke Sumatera dan cuba
mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data yang secukupnya
untuk menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedok
atau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke
Nusantara secara terus.
Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A
Phoenician Alphabet On Sumatra.Di dalam artikel ini,beliau telah
menunjukkan bukti-bukti hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia
dan skrip Batak.Beliau juga menunjukkan perbandingan kronologi
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(13 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 14/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
pembinaan karakter antara Phoenician dan Aramaik (tulisan Ibrani Kuno
dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang sama telah berlaku
pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera pada
masa pembinaan kerakter ini iaitu kira-kira 700 dan 650 Sebelum Masehi.
Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah mewakili
perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain,ketika
orang Ibrani mula mempelajari tulisan orang Kanaan,draf tulisan yang
belum sempurna diadaptasi ke Aramaik yang dikenali pada hari ini telah
sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di Tanah Kanaan telah mengalami
perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan Ibrani Kuno,
sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh orang
Nusantara).Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira-kira
permulaan dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi.
Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakar-
pakar bahasa dan skrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat
Imperialisme di Nusantara,pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan
Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar
antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara
masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan
mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada
ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang menggunakan skrip
Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip Jawi)
terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan
skrip ini dari tulisan-tulisan pada buluh dan batang kayu dan
mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text
yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut
tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan dengan huruf
Phoenicia.
Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-Indonesia-
Inggeris dan memasukkan juga perbandingan antara bahasa Melayu Rejang
dengan sebutan bahasa Semitik Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah
meninggal dunia sebaik sahaja hasil kerjanya diterbitkan yang mana
mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific Linguistics oleh
Professor P. Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasil
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(14 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 15/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang
juga menyokong kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan
Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan;
terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun
Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya
pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!
Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan
kemungkinan yang benar-benar memeningkan;lebih memeningkan dari
tulisan Rencong,iaitu bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang
telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang.Dan
petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah
kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut mengadakan
ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa',Punt.
Punt,The Land of Gods
Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami
masalah ketika mengkaji budaya masyarakat Rejang Sumatera.Pengkaji
seperti Jaspen pada awalnya menganggap masyarakat Rejang dan
bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini
menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawa mereka
kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi pengkaji-pengkaji selepas
mereka yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah
merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(15 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 16/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada
bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah
bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk
kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang untuk
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan terdapat
perkataan-perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga
ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan 'asem' dan
'lebun'.'Asem' bermaksud 'tamarind acid'(pemahaman Jones) dan 'lebun'
ialah 'sejenis kayu'.Dari sini para pengkaji dapat mengesan 'clue-clue' yang
lain seperti asal-usul perkataan 'lubbanjawi' iaitu kemenyan dalam bahasa
Arab.Perkataan 'lubban' rupanya dicedok dari kata 'lebun' dalam bahasa
Melayu (rujuk artikel ATBM 'Rahsia Dari Wangi-wangian').
*sila klik untuk paparan lebih jelas
Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang
dengan Phoenicia,Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa
kamus Rejang di dalam perpustakaan UCLA (University of California,LOs
Angeles).Beliau telah menyenaraikan perkataan-perkataan antara bahasa-
bahasa tersebut dengan bahasa Melayu dan membuat analisis
menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam
kebanyakan perkataan!!
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(16 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 17/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan
pembahagian kata dalam kosa kata Melayu Rejang dengan perbandingan
kepada bahasa-bahasa Semitik Purba ini menunjukkan bahawa terdapat
kosa kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan ini bukanlah kebetulan
mereka mempunyai kosa kata yang sama,namun di sana terdapat proses
perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan kata lain,
perubahan yang mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari
perkataan yang sama;yang dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa
Phoenicia,Ibrani dan Mesir Purba.Dalam banyak keputusan,BAHASA
MELAYU DILIHAT LEBIH BANYAK MENGEKALKAN KEASLIAN;dengan kata lain
ia lebih dipercayai adalah SUMBER ASAL KOSA KATA ITU di mana
perubahan makna itu lebih cenderung terjadi kepada bahasa Mesir Purba
dan lain-lain berbanding Melayu Rejang.Ringkasnya,para sarjana ini
dengan berat hati dan sukar mempercayai dengan kenyataan bahawa
bahasa Mesir Purba,Phoenicia dan Aramaik seolah-olah peminjam atau
mencedok perkataan-perkataan Melayu ini!!
Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir Purba
ialah 'hati' (heart).Ada juga yang berkongsi kata yang sama tetapi makna
yang berlawanan.'Min' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari ini' tetapi
'meun' bermaksud 'esok' dalam loghat Melayu Rejang.Ada juga yang sama
perkataan namun ertinya yang lain,seperti 'betula' dalam bahasa Mesir
Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa Ibrani (Hebrew) namun
Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'.Terdapat juga perkataan
yang hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah satu huruf atau
sebutan seperti 'mat' atau 'maat' adalah bermaksud 'mata' (eye) dalam
bahasa Mesir Purba tetapi dalam bahasa Melayu/Rejang,ia (eye) adalah
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(17 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 18/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
'mata'.Lihat huruf 'a' pada hujung 'mata' telah tiada dalam sebutan Mesir
Purba."Melek' bermaksud 'raja' (king) punya kaitan dengan kata
'meligai' (Melayu standard:'mahligai) iaitu 'tempat tinggal raja' dalam
dialek Rejang.
Ati,kekasih 'hati' Raja Punt
Inilah adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan
terahsia antara orang Melayu dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang
didakwa oleh para Firaun sebagai 'tempat asal-usul moyang' mereka.
Perkataan 'hati' telah ditemui pada rekod ekpedisi Ratu Hatshepsut ke
Punt pada abad ke 15 Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang dirakamkan pada
ukiran relief kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana nama isteri kepada
raja Punt yang ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah 'ati' (hati) yang
bermaksud 'hati' (heart)!Nama raja Punt itu pula adalah 'perehu'
sebagaimana yang didekodkan oleh pakar bahasa dan Egyptologi dari relief
itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan 'perehu' adalah tidak
ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' (boat).Jadi makna
penuh nama gelaran raja Punt ialah 'Raja Perahu' atau 'King of Ship/Boat'.
Dan menariknya,kata 'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu
tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah
Perehu'.
Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia bangsa Melayu sejak sekian
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(18 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 19/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
lama,'LAUT DAN BAHTERA' (rujuk artikel ATBM 'Viking of The Orient')
Perkataan 'Asem' pada bahasa Mesir Purba ialah 'emas' (gold) di mana pada
spesimen di relief kuil dan pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang
emas'.'Asem' ini direkodkan sebagai 'produk dari Punt'.(rujuk alter Melayu
yang lain iaitu EMAS pada artikel ATBM 'The King Solomon's Mines).Dari
petunjuk ini,kita dapat simpulkan bahawa para Firaun ini mengenal emas
sebagai produk utama Punt.Dan dari sini kita tahu dari mana Ptolemy
mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese,'Aurum' iaitu
istilah kimia bagi emas diambil dari kata 'Aurea' ini).Ini muncul pada
ukiran pada tembok utara dan selatan pada kuil Dinasti ke-18 di Deir al
Bahari,Luxor.
Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga
pada inskripsi di makam Rekhmire dan Puyemre,'Asam' ialah produk Djahi
(Phoenicia) dan Nubia.Seorang sarjana,James H. Breasted menjelaskan
bahawa 'asam' iaitu produk emas berbentuk seperti donut ini adalah emas
komersil yang diperdagangkan.Perkataan 'asam' ini muncul dalam bahasa
Melayu di seluruh budaya Malaysia,Indonesia dan Iban di Borneo.Ia
bermaksud 'masam' atau 'berasid/cuka'.Walaupun begitu,pada penggunaan
di masa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran
logam berharga atau 'teraloi'.
Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang 'anti'(bahasa
Mesir Purba) iaitu 'kemenyan' atau 'wangi-wangian' (rujuk ATBM 'Rahsia
Dari wangi-wangian) iaitu salah satu produk terpenting Punt,sama seperti
emas.Kemenyan atau 'anti' ini adalah objektif utama ekspedisi ke Punt
kerana di Mesir Purba,kemenyan adalah bahan suci untuk tujuan
keagamaan.
Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab
menyebutnya 'lubban'.Anehnya,di dalam bahasa Melayu terdapat kata
'lebun' yang bermaksud sejenis pokok (pokok kemenyan).'Lubbanjawi'
adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk kepada 'kemenyan
pepejal' yang khas.Kata 'Jawi' itu merujuk kepada tempat ia terhasil iaitu
Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris ialah benzoin resin,dimana
kata 'benzoin' itu diubahsuai dari kata 'lubbanjawi' setelah mengalami
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(19 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 20/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
perubahan pada perkataan Inggeris lama 'benjawin'.
Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa pokok-pokok
kemenyan telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di sana
setelah permintaan kepada wangian dan kemenyan meningkat.
'Matahari' dalam The Egyptian Book of The Dead
The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip
papirus yang menerangkan ritual-ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah
mistik orang Mesir Purba.Ia tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba.Ini
adalah nama yang diberikan oleh pengkaji Barat kepada koleksi manuskrip
ini.Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai 'Jampi Kehadiran' atau
'Hari Keempat'.The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi masa
sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke
Era Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang
diukir pada luar permukaan keranda).Di dalam koleksi ini juga dijelaskan
perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian.Ia juga
menerangkan kewujudan alam ghaib.
Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata 'Maat Heru'
yang berulang kali.Kata 'Maat Heru' ini bermaksud 'Mata Horus' atau 'Eye of
Horus'.Perkataan ini juga ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini adalah
ekspresi tertua tentang Wadget atau 'mata yang sihat'.Dalam mitologi
Mesir Purba,'Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.Di dalam peperangan
dengan Dewa Kegelapan,Seth,'Mata Horus' ini dimusnahkan.'Mata' ini
diketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia
kemudiannya dipulihkan oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau 'Mata
yang Sihat'.Horus akhirnya berjaya menentang tentera Seth,di bumi dan di
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(20 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 21/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
alam ghaib kegelapan.Di dalam budaya Mesir Purba,Horus bermaksud hari
siang atau terang.Ia juga ditampilkan sebagai 'Mata kepada hari Siang'!
Di sini pakar bahasa dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan
misteri yang tidak terjawabkan.Kata 'Maat' adalah sama erti dengan 'mata'
dalam bahasa Melayu.'Heru' pula sesuai dari segi linguistik dengan 'hari'
dalam bahasa Melayu.Padanan linguistik dengan struktur perkataan 'Maat
Heru' dan 'Mata Hari' adalah mencapai 98%!'Mata Hari' dalam definisi biasa
bermaksud 'Mata kepada Hari pada waktu siang' adalah maksud yang sama
dalam budaya Mesir Purba!!Dan 'Matahari' adalah 'Sun' dalam bahasa
Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar
linguistik dan sejarah yang mengkaji kaitan antara bahasa Melayu dan
Mesir Purba menyimpulkan perkataan ini 'adalah hubungan secara
LANGSUNG ANTARA BUDAYA MELAYU DENGAN MESIR PURBA'.
Raja Melayu Kuno di 'Tanah Para Dewa'
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(21 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 22/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu
kawasan luas DI TIMUR MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah
sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).Di dalam kesusasteraan
Mesir Purba,The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada
menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia mengisahkan seorang pelayar yang
karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah pulau.Kemudian dia terserempak
dengan 'ular besar' yang kemudiannya berdialog dengan pelayar
tersebut.'Ular besar' itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia
adalah raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam
kesusasteran itu ada menerangkan bahawa 'ular besar' (naga?) itu
memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di
Tanah Arab atau benua Afrika.'Memerintah pulau-pulau' adalah ciri-ciri
Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan
petunjuk ini!
(Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah naga,bangsa
'Mu' dan tanah yang tenggelam dalam artikel ATBM akan datang)
Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt di antara jalan
perdagangan beberapa tamadun agung.Ini adalah satu ciri-ciri yang
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(22 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 23/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan antara India
dan China.Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas!
Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai
manuskrip Mesir Purba:
-berada di TIMUR Mesir.
-Raja Punt memerintah pulau-pulau
-terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun
-mengeksport emas dan kemenyan
-Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal
dan perahu
Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman
misteri!!
Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah
Nusantara adalah seperti berikut:
Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan
Hatshepsut ada menyatakan:
"...Tuanku telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk
membuka ia sepenuhnya...untuk mengetahui jaraknya...untuk membuka
jalannya supaya patuh kepada ayahku Amon"
Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi telah bertemu dengan
pemerintah Kepulauan Melayu,Raja Perehu (boat in Malay) di mana kapal-
kapal Mesir Purba telah kembali ke Mesir pada tahun ke-5 pemerintahan
Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA YANG CUKUP untuk pelayaran dari
Mesir melepasi Laut Merah.Jika Punt terletak di sepanjang pantai Afrika,
jangka masa pelayaran adalah lebih pendek sepatutnya.Kepulauan Melayu
adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(23 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 24/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Potoh (gelang dipergelangan tangan)-Nehesi(ketua angkatan laut Mesir
Purba sebagaimana yang diterakam pada relief di Luxor) melaporkan
bahawa Perehu memakai potoh pada pergelangan lengannya.Ini adalah
budaya raja-raja Melayu,sila rujuk kepada POTOH NAGA yang disimpan
oleh Kesultanan Perak.
*Perhatikan 'keris' yang dimiliki Perehu
Keris-Ukiran di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki
sebilah 'pisau pendek' yang diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir
purba tidak menyelitkan senjata pada kain atau seluar.Senjata tajam akan
diletakkan di dalam sarungnya dan sarung senjata itu diikat pada tubuh
atau digantung.Ini adalah 'style' pemakaian senjata di dunia sebelah Barat.
Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri tentang tabiat Perehu,
memakai senjata yang diselitkan pada sarung (atau sampin?).Hanya gaya
berkeris sahaja yang menepati 'style' raja Punt itu.
Kapal-Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada
merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(24 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 25/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika
itu).Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa
bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada
kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.National Geographic bilangan
159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal
Sumatera ini.
KESIMPULAN
Terdapat banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir
Purba dengan budaya dan bahasa Nusantara.Namun sehingga ke hari ini
para pengkaji tetap bingung dengan penemuan aneh ini.Apakah yang
terjadi di Punt 3500 tahun yang silam?Apakah yang dilihat oleh Nehesi dan
anak kapalnya tentang orang-orang Punt dan kediaman mereka?Bagaimana
perkataan Mesir Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu dan Rejang?
Bagaimana pula tulisan asli Melayu mempunyai pengaruh Phoenicia?
SEpertimana prasasti yang juga ditemui di Benua Amerika yang dipercayai
milik tamadun seperti Maya dan Aztek,telah merakamkan ketibaan kapal-
kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata:
"...kamu tidak sepatutnya sampai ke sini...kecuali datang dari arah Tanah
Punt..."
Fikirkan kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt
itu.Adakah Horus adalah salah satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana
gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai 'The Fabulous Land of
Gold' begitu juga para Firaun ini yang mengenal Punt sebagai tempat
menghasilkan emas dan kemenyan.
Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau The Land of Gods akan membuka
cerita lebih menggemparkan.Betapa bangsa Qibti Mesir telah tiada tetapi
bangsa yang sezaman dengannya masih wujud dimuka bumi.Orang Kanaan
(Phoenicia) yang berniaga dengan orang Punt pun sudah pupus,namun
rakan seperniagaan mereka masih hidup dan ada yang berniaga seperti
dahulu.
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(25 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 26/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang yang memahaminya.Sekurang-
kurangnya orang Melayu masih dapat mempertahankan Rencong sehingga
abad ke 19 dari jarak masa beribu-ribu tahun.DAN BERTUAHNYA MASIH
DAPAT MEMPERTAHANKAN BAHASANYA SEHINGGA KINI walau pun banyak
dugaan melanda.Legenda Perahu dan Hati terakam di dinding kuil purba di
Luxor,Mesir.Perahu dan hati adalah perkataan Melayu biasa yang
digunakan sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna kedua-dua perkataan ini
adalah antara perkataan asli Melayu yang paling tua.
Pertanyaan yang semakin mendesak-desak di dalam dada ialah,apakah
yang sebenarnya berlaku lebih awal dari 3500 tahun yang silam di antara
orang Melayu dan Mesir Purba?Apakah maksud Tanah Nenek Moyang?
--------------------------------------------------
Coming Soon...
Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
-Siapa Funan?Khmer atau Melayu?
-Austronesian dan Polinesia
ttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/02/alter-terahsia-bangsa-melayu-xi.html(26 of 27) [16-Feb-10 1:23:05 PM]
8/14/2019 Mist is Files_ 22_Alter Terahsia Bangsa Melayu 11
http://slidepdf.com/reader/full/mist-is-files-22alter-terahsia-bangsa-melayu-11 27/27
istisFiles: Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
-Kota yang hilang di dasar tasik Chini
-Bahasa-bahasa Nusantara
-XXXXX XXX XXXXX
-XXXXX XXX XXXXXX
-Helmet dan jaket perang orang Cham
-Item Locked
-Rumpun Melayu
-Item Locked
-Item Locked
-XXXXX XXXXX
Nampaknya petunjuk tidak muncul!Penjaga Gua Rahsia hilang tiada
berjejak!Pencarian semakin menemui jalan buntu!Apakah kesudahan
pencarian ini??
Nantikan jawapannya dalam episod akan datang!
Hanya di MistisFiles...
Posted by Mistis
Organization
at 10:41
AM
top related