minit-mesyuarat-hem denggi bil 1 2015
Post on 23-Dec-2015
361 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Minit Mesyuarat Unit Kesihatan, Rawatan Dan Denggi
Bil 1/ 2015
Tarikh : 23 Februari 2015
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan
Masa : 1.00-1.30 ptg
Kehadiran : -
1. Pn Surina binti Saad
2. Pn Rohayati binti Baba
3. Pn Nor Mazitah binti Mahussin
4. En Mohammed Zakee bin Kamaludin
5. Mazmon binti Mertadza
1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
1.1 Pn Nor Mazitah mengalu-alukan semua yang hadir ke mesyuarat unit
kesihatan, rawatan dan denggi yang pertama .
1.2 GPK Hem Pn.Rohayati selaku pengerusi Unit kesihatan, rawatan dan denggi
meminta semua guru kelas menyediakan buku kesihatan terutamanya
tahun 1 supaya tidak berlaku kemusykilan semasa pemeriksaan / rawatan
jururawat sepanjang hari persekolahan .
1.3 Beliau meminta guru tahun satu iaitu Pn Mazmon untuk menyediakan buku
kesihatan format baru bagi murid tahun hadapan yang menduduki tahun
satu.
2. Pembentangan dan pengisian minit mesyuarat yang lalu.
2.1 Dicadang oleh : En Mohammed Zakee
Disokong oleh : Pn Mazmon
3. Perkara berbangkit
3.1 Setiausaha Unit kesihatan, rawatan dan denggi mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat kali pertama.
3.2 Beliau meminta semua guru kelas untuk menyediakan senarai nama untuk
setiap kelas dan perlu diedarkan kepada beliau sebelum bulan Januari .
3.3 Pn Rohayati meminta semua guru supaya berada di tempat pemeriksaan gigi
atau mata dijalankan supaya kawalan kelas dapat diperhatikan.
3.4 Semua guru bersetuju dengan permintaan setiausaha.
3.5 Beliau juga memberitahu semua AJK sekolah ini ada kewajipan
tanggungjawab masing-masing untuk melaksanakan program kesihatan.
3.6 Beliau meminta guru –guru untuk mengambil tindakan segera jika terdapat
murid yang sakit semasa berada di sekolah.
Tindakan : semua guru
4. Ucapan GPK Hem (Pn Rohayati binti Baba)
4.1 GPK hem meminta semua guru mengemaskinikan buku rekod kesihatan murid.
4.2 Beliau meminta semua setiausaha memantau semua kawasan sekolah supaya
selamat dari segi wabak penyakit denggi.
Tindakan : semua guru
5. Hal-hal lain
5.1 Setiausaha telah menitikberatkan maklumat yang di sampaikan oleh GPK HEM
iaitu Pn.Roahayati dalam minit mesyuaratnya.
5.2 Usul masalah
- Tiada
5.3 Penyelaras mengharapkan semua kakitangan sekolah menjalankan tugasan
dengan menitik beratkan perkara yang dibincangkan .
6.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 ptg
Disediakan oleh :
……………………
(NOR MAZITAH BINTI MAHUSSIN)
top related