metodologi kajian

Post on 24-Dec-2015

28 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pengantar sains sosial

TRANSCRIPT

METODOLOGI KAJIAN

Dalam menyiapakan dan penyusunan proposal ilmiah ini, kami telah mengambil

data terutamanya daripada data pendapat ahli sejarah yang telah menghasilkan

buku-buku atau jurnal tentang peranan dan sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad

pada era 1981 – 2002. Sumber primer dalam penulisan kajian ini adalah melalui

penyelidikan di Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Utama Universiti Malaysia

Sabah. Pengistilahan ini lazimnya disebut sebagai library research iaitu

pengambilan data yang berasal dari buku-buku atau karya ilmiah yang terdiri

daripada sumber primer dan sekunder. Di samping itu, buku-buku atau karya-karya

ilmiah yang dirujuk khususnya dari sumber sekunder yang berkaitan dengan

peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir dalam aspek sains dan teknologi serta

kecetusan insaniahnya disesuaikan dengan kerelevanan perbahasan kajian ini.

Maklumat yang relevan mengenai cabaran, peranan, dan sumbangan Tun Dr.

Mahathir seperti keratin-keratan akhbar dan juga pengaksesan terhadap internet

digunakan dalam mendapatkan maklumat. Pendekatan yang telah kami gunakan

dalam melakukan kajian ini adalah kualitatif di mana kami telah melakukan library

research serta pendekatan yang digunakan berkesinambungan dengan skop kajian

kami, iaitu sejarah. Sehubungan dengan itu, dalam menyiapkan kajian yang telah

dilakukan, kami turut mengambil pendekatan dalam melakukan perbincagan

kumpulan kecil yang terdiri dalam kalangan kumpulan saya. Perbincangan kami

adalah mengenai apakah langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan kajian ini.

top related