mesyuarat hem kali pertama 2015

Post on 18-Jan-2016

1.064 Views

Category:

Documents

197 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

mesyuarat hem

TRANSCRIPT

MESYUARAT KALI PERTAMA

HAL EHWAL MURID30 Disember

2014

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi.

2. Membentang dan mengesahkan

Minit Mesyuarat HEM Kali ke 4 2014.

3. Perkara-perkara Berbangkit.

4. Dasar-Dasar Pengurusan HEM 2015

5. Takwim HEM 2015

6. Senarai JK HEM 2015

7. Taklimat Merit Demerit

8. Hal-Hal Lain

BACAAN DOA

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI

• Pengurusan HEM adalah aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah.

• Pencapaian prestasi berkualiti pengurusan HEM boleh membantu menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI

• Sistem ‘Online’/hantaran (mesti mematuhi tarikh yang dikehendaki oleh PPD, JPN, KPM) :

1.Disiplin : SSDM (kes serius sahaja).

2.APDM : 14hari selepas persekolahan.

Data SMM/APDM sehingga 31 Jan 2015 dihantar ke PPD sebelum 5 Februari 2015

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI

• Sistem ‘Online/hantaran’ (mesti mematuhi tarikh yang dikehendaki oleh PPD, JPN, KPM) :

3.KWAPM Borang rumusan dan borang selengkap hantar ke PPD sebelum 21 Januari 2015.

-hard copy (2 salinan saiz A3)

-soft copy emel kepada Tn Syed Razak

PPD

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI

• Sistem ‘Online’/hantaran (mesti mematuhi tarikh yang dikehendaki oleh PPD, JPN, KPM) :

4.SPBT :

e-Mateks- maklumat penerimaan buku.

e-bulk- mengesan buku kurang @ lebih.

e-spbt pesanan buku. ( pesanan buku untuk 2016 : online pada 2 – 13 Feb 2015

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI

• Sistem ‘Online’/hantaran (mesti mematuhi tarikh yang dikehendaki oleh PPD, JPN, KPM) :

5.Kantin

- buku tender dan salinan hantar ke

PPD pada 10 Januari 2015 .

- laporan kendiri kantin pada 5 hb setiap

bulan.

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI

• Sistem ‘Online’/hantaran (mesti mematuhi tarikh yang dikehendaki oleh PPD, JPN, KPM) :

6.JK PPDa.

- laporan Minggu Anti Dadah hantar ke

PPD

7. Borang KSK 101 hantar pada 14 Jan 2015

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI

• Sistem ‘Online’/hantaran (mesti mematuhi tarikh yang dikehendaki oleh PPD, JPN, KPM) :

8.Laporan Aedes ke PPD (borang kuning) & Pejabat Kesihatan (borang KD 2 Pindaan 2004)

9.e-Kasih

10.Dan lain-lain mengikut keperluan semasa.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT HEM KALI KE

EMPAT 2014

•Pembentangan•Pengesahan

AGENDA 4 : PERKARA-PERKARA

BERBANGKIT

AGENDA 5 : DASAR PENGURUSAN HEM

A. Dasar Pengurusan Kelas

B.Dasar Pengurusan Disiplin

C. Dasar Kebajikan Murid

D. Dasar Kebersihan dan Kesihatan

E. Dasar Keselamatan Sekolah

A.DASAR PENGURUSAN MURID

1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

2. Murid “Bukan Warga Negara” (MBWN)

3. Fail Peribadi Murid4. Pendaftaran Murid Baru5. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah6. Pengurusan & Organisasi Kelas7. Kebersihan Kelas

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)a) Semua butiran murid hendaklah

dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari). Guru kelas

i. Perlu mengambil salinan kad pengenalan dan surat beranak perlu.

ii. Sila pastikan nombor talipon ibubapa/penjaga adalah benar- hubungi untuk kepastian.

b) Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum 8.30 pagi. (Guru kelas tiada- Penyelaras tingkatan uruskan)

c) Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir.

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

d) BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut :

Bil Simbol Maksud

1 / Murid hadir

2 O Tidak hadir tanpa sebab

3 S Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan)

4 K Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Pengetua(dikira tidak hadir)

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

Bil Simbol Maksud

5 L Murid lewat ke sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)

6 W Murid mewakili sekolah (tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)

7 G Murid digantung persekolahan (tanda dalam bulatan dan murid dikira tidak hadir)

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan BJKM.

Cecair pemadam dan ‘correction tape’ tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

e) Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan PK HEM merekodkan data kehadiran.

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

f) Sistem e-Hadir secara atas talian (online). Guru kelas dengan dibantu oleh Ketua kelas mesti menghantar kehadiran pelajar dalam kelas sebelum 8.30 pagi setiap hari persekolahan. (Guru kelas tiada- Penyelaras tingkatan uruskan)

Data perlu dihantar kepada Pn Nor Haslina bt Hassan di pejabat.

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

g) BJKM hendaklah ditutup pada setiap akhir bulan. ( 2 tempat perpuluhan )

h) Untuk bulan berikut; jika ada kemasukan/ pengeluaran pelajar, senarai nama pelajar disusun semula mengikut abjad.

1. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM)

2.MURID ‘BUKAN WARGA NEGARA’ (MBWN)

a) Bagi murid ‘Bukan Warga Negara’ (MBWN), Yuran Warga Asing

RM 240 bagi sekolah menengah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM.

b) Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah –

surat kebenaran sekolah bagi

bukan warga.

2.MURID ‘BUKAN WARGA NEGARA’ (MBWN)

3.FAIL PERIBADI MURID

a) Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail peribadi.

b) Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada fail ini.

c) Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan yang berkaitan disimpan dalam fail ini.

d) Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan disimpan di Bilik Kesihatan.

3.FAIL PERIBADI MURID

e) Kad 001 perlu diisi untuk setiap murid. Kad yang hilang perlu diwujudkan semula.(pelajar boleh dapatkan di koperasi sekolah). Lengkapkan untuk tahun semasa sahaja. Disimpan dalam fail peribadi murid.

3.FAIL PERIBADI MURID

f) Fail peribadi hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan.

g) Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik Bimbingan & Kaunseling.

3.FAIL PERIBADI MURID

h) Fail Guru Kelas. Perlu ada senarai nama pelajar dan

diletakkan di bahagian depan. Fail Guru Kelas akan disemak pada setiap

akhir bulan secara rawak oleh

PK HEM. PK HEM akan menyediakan dokumen

penyemakan fail guru kelas . (senarai semak)

3.FAIL PERIBADI MURID

Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan, surat makluman kepada ibubapa perlu disimpan dalam

Fail Guru Kelas.

3.FAIL PERIBADI MURID

a) Murid baru diuruskan oleh Penyelaras Tingkatan dan dimaklumkan kepada PK HEM. Guru kelas menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. Status kewarganegaraan perlu dikenal pasti oleh penyelaras dan memaklumkan kepada PK HEM.

4.PENDAFTARAN MURID BARU

b) Guru Kelas hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.

4.PENDAFTARAN MURID BARU

c) Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru hanya mengemaskin data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru SMM/ guru data.

d) Guru Kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa/ bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa/ Guru Kebajikan.

4.PENDAFTARAN MURID BARU

e) Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.

4.PENDAFTARAN MURID BARU

f) Penyelaras tingkatan perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah(ULBS), Penilaian Kemahiran Amali(PEKA), Folio Kemahiran Hidup, Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar.

4.PENDAFTARAN MURID BARU

g) Penyelaras tingkatan diminta berhubung dengan Pn Nor Haslina bt Hassan di pejabat bagi urusan surat rasmi ke sekolah lama murid.

h) Guru kelas perlu memasukkan semua dokumen yang berkaitan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.

4.PENDAFTARAN MURID BARU

i) Guru kelas perlu mengisi butiran dalam borang SMM di komputer. Proses kemasukan akan dibantu oleh guru SMM/Guru Data.

4.PENDAFTARAN MURID BARU

a) Perlu ada surat rasmi. Guru kelas dan penyelaras perlu rujuk ke pejabat sekolah.

b) Guru kelas perlu mancatatkan maklumat/butiran perpindahan dalam BJKM kelas.

5.MURID KELUAR/ BERTUKAR/ BERPINDAH

c) Bagi pertukaran keluar negeri, semua buku teks dipulangkan dan diserahkan kepada Guru SPBT.

d) Bagi pertukaran dalam negeri, guru kelas diminta merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.

5.MURID KELUAR/ BERTUKAR/ BERPINDAH

e) Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.

Penyerahan bahan kepada pelajar perlu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani oleh pelajar sebagai rekod penerimaan. Satu salinan diserahkan kepada penyelaras.

5.MURID KELUAR/ BERTUKAR/ BERPINDAH

f) Sijil berhenti sekolah hanya diberikan kepada murid tingkatan 3 yang diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau ke mana-mana institusi pendidikan bukan di bawah KPM, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, serta murid yang telah lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan pekerjaan.

5.MURID KELUAR/ BERTUKAR/ BERPINDAH

g) Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa/penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun.

h) Merujuk Dasar Pendidikan Wajib, pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan di bahagian (f) selagi murid itu dalam lingkungan umur pendidikan wajib.

5.MURID KELUAR/ BERTUKAR/ BERPINDAH

1. Jawatankuasa Kelas terdiri daripada : Ketua Kelas Penolong Ketua Kelas Bendahari AJK Kebersihan AJK Keceriaan AJK Matapelajaran (mengikut mata

pelajaran yang ditawarkan)

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

2. Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan

perkara berikut :

a. Pada papan kenyataan kelas di tepi pintu masuk utama kelas

i. Carta Organisasi Kelas

ii. Jadual Waktu

iii. Inventori Kelas

iv. Misi & Visi Sekolah dan Moto Sekolah.

v. Jadual Tugas Kebersihan

vi. Pelan Laluan Kecemasan sewaktu kebakaran.

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

b. Pada papan kenyataan kelas di tepi tingkap

i. Senarai nama pelajar

ii. Moto kelas

iii. Keputusan Ujian/ Peperiksaan.

iv. Info Kurikulum

v. Info Ko-kurikulum

vi. Info Disiplin

vii. Info Bimbingan dan Kaunseling

viii. Info Semasa

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

c. Pada papan kenyataan di belakang kelas :

Maklumat Mata Pelajaran.

d. Sudut Bahan Bacaan. ( guna 4 buah meja dan 2 hingga 4 buah kerusi )

Guru kelas perlu membantu dan membimbing pelajar menguruskan papan kenyataan kelas.

Tempoh Selesai : 2 Minggu

Pemantauan : Minggu ke 3

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

e. Langsir kelas akan diselaraskan mengikut blok.

Akan Diuruskan oleh MKT :

Pn Masziana bt Mostor.

f. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis

( sebelah pintu utama ) penjuru bahagian atas.

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

g. Guru kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas memastikan kerusi meja yang berlebihan diletakkan di bahagian belakang ( berhampiran pintu kelas )

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

Organisasi Kelas boleh dipilih oleh guru kelas tanpa undian.

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

Semua kelas akan diberi

2 batang penyapu, sebuah penyodok sampah, sebuah bakul sampah, sebatang bulu ayam/’feather duster’ dan sebuah pemadam.

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

Guru kelas perlu mengingatkan para pelajar menjaga peralatan kelas dengan baik.

Jika hilang : pelajar perlu ganti. Jika rosak : sekolah akan ganti.

7. KEBERSIHAN KELAS

• AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.

• Jadual Bertugas sementara mesti disediakan pada hari pertama dan ditampal pada papan kenyataan.

7. KEBERSIHAN KELAS

• 3 hingga 5 minit yang pertama :

Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.

7. KEBERSIHAN KELAS

• AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.

• Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.

7. KEBERSIHAN KELAS

• Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas.

• Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.

7. KEBERSIHAN KELAS

• Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun.

• Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.

7. KEBERSIHAN KELAS

• Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut :

a) Menentukan wayar elektrik,kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan

7. KEBERSIHAN KELAS

b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.

c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.

B. DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

1. Ponteng Sekolah2. Buku Kawalan Kelas (BKK)3. Pas Keluar4. Disiplin Murid5. Kawalan/Tanggungjawab Guru6. Dasar Umum Disiplin7. Pemeriksaan Mengejut8. Kaedah Mengatasi Disiplin

1. PONTENG SEKOLAH

• Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibubapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

1. PONTENG SEKOLAH• Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah

adalah seperti berikutTindakan Ponteng

BerterusanPonteng Berkala/Tidak Berterusan

Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari

Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I

10 hari selepas Surat Amaran I

Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II

20 hari selepas Surat Amaran II

Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran III

20 hari selepas Surat Amaran III

Jumlah Keseluruhan 31 hari 60 hari

1. PONTENG SEKOLAH

• Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas)

1. PONTENG SEKOLAH

• Surat Amaran 1,2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh :

• Amaran 1 ditandatangani oleh GPKHEM

• Amaran 2 ditandatangani oleh GPKHEM

• Amaran 3 ditandatangani oleh GPKHEM

• Buang Sekolah ditandatangani oleh Pengetua

1. PONTENG SEKOLAH

• Salinan 1 adalah untuk ibubapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru kelas.

• Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Pengetua.

1. PONTENG SEKOLAH

• Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut :

– AP: Amaran Pertama

– AK: Amaran Kedua

– AT: Amaran Terakhir

– BS: Buang Sekolah

1. PONTENG SEKOLAH

• Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi :

– Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibubapa/penjaga.

1. PONTENG SEKOLAH

– Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibubapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PKHEM terlebih dahulu.

– Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibubapa/penjaga dan berjumpa pengetua.

1. PONTENG SEKOLAH

• Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibubapa/penjaga melalui surat aku janji.

• Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.

• Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas dan tahap kebersihan dan keceriaan pada masa PdP.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke meja Guru Kelas selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.

• BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Bagi kelas yang berada di luar bilik darjah seperti mata pelajaran PJK, Pendidikan Moral, ERT, KHB, Sains, Sains Tulen dan Pendidikan Jasmani ,sila catat bilangan pelajar yang mengikut PdP pada masa tersebut.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ ponteng kelas dan mempunyai masalah disiplin semasa guru mengajar.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.

Kehadiran dan tahap kebersihan & keceriaan dicatat sebelum PdP berjalan.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktu PdPnya.

• Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin/ PK HEM

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokkannya.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PKHEM pada setiap akhir penggal.

2. Buku Kawalan Kelas (BPK)

• Sekiranya BKK hilang, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Guru Kelas dan Ketua Guru Disiplin sekolah dengan segera.

3. Pas Keluar

• Semua guru dan guru kelas hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada PK HEM pada awal tahun.

• Mana-mana murid yang ingin keluar untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.

3. Pas Keluar

• Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru berkenaan atau guru yang berasa di kelas sebelahnya jika tiada guru.

4. Disiplin Murid

• SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

• Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.

4. Disiplin Murid

• Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM.

4. Disiplin Murid

• Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid.

• Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

• Hukuman berbentuk deraan ditegah sama sekali.

1. Jemur Tengah Panas 2. Lompat Katak 3. Public Canning 4. Ketuk Ketampi 5. Merotan Murid Perempuan 6. Body contact –

tumbuk/tampar

DISIPLIN PELAJAR - DENDA YANG POSITIF1. Membuat nota

2. Cuci kelas/ cuci tingkap

3. Membuat latihan kerja rumah

4. Kerja bertulis yang sesuai

5. Melaksanakan kerja kursus/ PBS

6. Membaca Quran/ Solat Dhuha

4. Disiplin Murid

• Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid

• Semua guru perlu menjadi role model-contoh teladan yang baik kepada murid-murid

5. Kawalan/Tanggungjawab Guru

• Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka.

• Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang)

5. Kawalan/Tanggungjawab Guru

• Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.

5. Kawalan/Tanggungjawab Guru

• Mulakan proses PdP apabila murid-murid telah memberi tumpuan atau tidak bising dan bercakap sesama sendiri.

5. Kawalan/Tanggungjawab Guru

• Pelajar tidak dibenarkan berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

• Pelajar tidak dibenarkan duduk

di atas kerusi dan meja guru.

(Adab pelajar dan guru)

5. Kawalan/Tanggungjawab Guru

• Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut

5. Kawalan/Tanggungjawab Guru

• Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas.

• Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya

6. Dasar Umum Disiplin

• Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.

• Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.

• Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan

6. Dasar Umum Disiplin

• Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan

6. Dasar Umum Disiplin

• Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-murid dari semasa ke semasa

7. Pemeriksaan Mengejut

• Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir

7. Pemeriksaan Mengejut

• Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan.

7. Pemeriksaan Mengejut

• Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan oleh Ketua Guru Disiplin/PK HEM.

7. Pemeriksaan Mengejut

• Barangan larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM

• Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibubapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani surat perjanjian

7. Pemeriksaan Mengejut

• Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan dalam mesyuarat AJK Lembaga disiplin & AJK PIBG.

• Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid

8. Kaedah Mengatasi Disiplin

• Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada :

– Semua guru

– Kelas-kelas(untuk dipamerkan di papan kenyataan)

– Bilik-bilik khas

Tindakan : En Nor Hisham b Hashim

8. Kaedah Mengatasi Disiplin

• Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat

8. Kaedah Mengatasi Disiplin

• Guru mata pelajaran/guru kelas hendaklah :

– Merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas.

– Guru disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.

8. Kaedah Mengatasi Disiplin• Senaraikan nama murid dan pamer di

papan kenyataan :

– Kedatangan penuh – 2 kali setahun

– Sijil Sifar Ponteng – Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab

– Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir tahun

8. Kaedah Mengatasi Disiplin

• Pengurusan Perhimpunan– Perhimpunan diadakan sekurang-

kurangnya sekali seminggu (Isnin).

– Masa perhimpunan 40 minit untuk sekolah menengah, kemudian dalam jadual waktu induk dan kelas

– Perhimpunan akan diuruskan oleh Pn Nor Fadhilah bt Abdullah dan Lembaga pengawas sekolah.

8. Kaedah Mengatasi Disiplin

• Pengurusan Perhimpunan– Semua guru dan murid wajib menghadiri

perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit

C.DASAR KEBAJIKAN MURID

1. Pengurusan Skim Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

2. Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain

3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling4. Dasar Kebajikan Murid

• Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang sentiasa dikemaskini

C.DASAR KEBAJIKAN MURID

1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

• Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan

• Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj:K/P.BT.8945/Jld.28(24)-17 Mac 2008)

1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

• Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama.

• Maklumkan pada pelajar. • Pada minggu kedua persekolahan,

pemantauan buku teks akan dibuat.

1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

• Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

• Guru SPBT mestilah mengumpulkan semua buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.

• Murid “Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT

2. Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain

• Guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional

• Guru Kelas juga boleh meminta mana-mana murid layak untuk memohon biasiswa

2. Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain

• Buku simpanan bank hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan.

• Ibubapa/ penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid.

• Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja.

2. Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain

• Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.

• Bagi penerima bantuan Biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid Tingkatan Satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.

2. Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain

• Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.

• Murid “Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa dan bantuan-bantuan lain. (Bantuan persekolahan RM100)

3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

• Guru Bimbingan dan Kaunseling(GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu :

– Pembangunan sahsiah diri murid.

– Peningkatan disiplin diri murid.

– Pendidikan kerjaya murid.

– Psikososial dan kesejahteraan mental murid.

3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

• Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid.

• Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.

• GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok

3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

• GBK harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.

• GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat maran ponteng pertama, kedua dan ketiga.

3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

• Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.

3. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

• Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

• GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari persekolahan setahun

4. Dasar Kebajikan Murid

• Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan SMM :

–Bilangan anak yatim di dalam kelas.

–Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.

4. Dasar Kebajikan Murid

• Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam SMM seperti : Biasiswa,Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP) dan Derma Kebajikan

D. DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

1. Rekod Kesihatan Murid2. Kad Pergigian Murid3. Surat Rawatan Murid4. Murid Sakit5. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah6. Kantin Sekolah7. Kebersihan Kelas

1. Rekod Kesihatan Murid

• Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan

• Buku Rekod Kesihatan ini selalunya di perolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi.

• Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaanya sehinggalah ke sekolah menengah

1. Rekod Kesihatan Murid• Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak

mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid boleh mendapatkannya daripada PK HEM

• Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT(untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan

1. Rekod Kesihatan Murid

• Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan

2. Kad Pergigian Murid

• Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.

• Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibubapa/ penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak/anak jagaanya.

2. Kad Pergigian Murid

• Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.

3. Surat Rawatan Murid

• Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah

• Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong kanan.

• Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

4. Murid Sakit

• Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut

• Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh menghubungi ibubapa/penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah

4. Murid Sakit

• Guru bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.

4. Murid Sakit

• Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibubapa/penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri, kenderaan sekolah atau menghubungi ambulan.

4. Murid Sakit

• Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

5. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

• Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin,

bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.

• Guru kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

5. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

• Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses PdP.

• Guru kelas/ Guru Mata pelajaran memastikan kelas dibersihkan setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.

5. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

• Semua guru yang masuk mengajar bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan PdP. (Buku Kawalan Kelas)

• Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja amasing-masing sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.

6. Kantin Sekolah

• Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.

• Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.

6. Kantin Sekolah

• Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.

Apa Yang Perlu Dibuat?JIKA BERLAKU KES KERACUNAN MAKANAN :• Kenalpasti murid terlibat.• Hentikan jualan kantin dan ambil sampel makanan.• Bawa murid ke hospital/ klinik berdekatan.• Laporkan ke jabatan /pegawai kesihatan

(05-8072027 : Hospital Taiping).• Hubungi ibu bapa / penjaga muris.• Maklumkan kes ke JPN/PPD.• Pastikan pengurusan makanan hari berikutnya.• Sediakan laporan keracunan ke JPN/PPD (ikut

Format 1:3:7)

6. Kantin Sekolah• Guru-guru juga bertanggungjawab

menasihatkan para muridnya supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak mengalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.

• Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.

6. Kantin Sekolah

• Murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas

7. Kebersihan Kelas

• Murid mesti membersihkan kelas (lantai, kerusi meja dan cermin ):

Isnin : 10 minit sebelum menghadiri

perhimpunan pagi.

• Isnin –Jumaat : Selepas 2.40ptg.

• Tong sampah : waktu pertama.

• Papan putih : sebelum guru memulakan pengajaran.

• Cermin : cermin angkat

7. Kebersihan Kelas

• Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas 2- 5 minit pada awal PdP.

• Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas.

E.DASAR KESELAMATAN SEKOLAH

1. Latihan Kecemasan Kebakaran.2. Polisi Keselamatan Sekolah.3. Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat.4. Pondok Kawalan Keselamatan.

E.Dasar Keselamatan Sekolah

• Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan)

• Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.

E.Dasar Keselamatan Sekolah

• Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.

E. Dasar Keselamatan Sekolah

• Setiap aktiviti yang dilaksanakan

di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah/Jabatan Pelajaran dan ibubapa/penjaga murid

• Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.

E. Dasar Keselamatan Sekolah

• Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang

guru perempuan

E.Dasar Keselamatan Sekolah

• Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program/aktiviti dilaksanakan.

1. Latihan Kecemasan Kebakaran

• Sekolah mesti memastikan bahawa

latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.

• Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi

dan berfungsi.

1. Latihan Kecemasan Kebakaran

• Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan.

• Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.

1. Latihan Kecemasan Kebakaran

• Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.

• Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.

1. Latihan Kecemasan Kebakaran

• Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera.

• Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta.

2. Polisi Keselamatan Sekolah

• Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu:

i. Polisi Keselamatan Pergi dan balik dari Sekolah

ii. Polisi mengelakkan Gangguan Seksual

iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum

2. Polisi Keselamatan Sekolah

• Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah

(sila rujuk surat pekeliling iktisas)

3. Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat

• Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk

• Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan

3. Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat

• Murid-murid yang memandu kenderaan ke sekolah mesti memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor

4. Pondok Kawalan Keselamatan

• Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

5. Pondok Kawalan Keselamatan

• Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.

AGENDA 5 : TAKWIM HEM 2015

rujuk TAKWIM HEM

BUKU PENGURUSANms 97

HARI : SELASA

AGENDA 6 :JAWATAN KUASA INDUK

HAL EHWAL MURID

17 buah JK HEMrujuk

BUKU PENGURUSAN(ms 43 hingga 48)

1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan mengkaji semula dari masa ke masa.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA HEM

2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan.

3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.

SENARAI TUGASJAWATANKUASA HEM

4. Menimbangkan dan menerima pandangan dan cadangan pada pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.

5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA HEM

6. Mesyuarat :-

6.1 Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh ( 4 kali setahun )

dan mesyuarat sidang kes

( diadakan dari masa ke masa mengikut keperluan tertentu )

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA HEM

6.2 Minit mesyuarat bagi mesyuarat

sidang penuh dan mesyuarat

sidang kes perlu disediakan

oleh setiausaha

6.3 Dalam semua mesyuarat sidang

kes, ahli jawatankuasa dikehendaki

hadir.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA HEM

KITA PERLU BERADA DALAM BAS YANG SAMA UNTUK MENUJU KE DESTINASI YANG SAMA

KITA TIDAK BOLEH HANYA MENUMPANG DI LUAR BAS – KERANA RISIKONYA AMAT TINGGI

Dalam menangani DISIPLIN PELAJAR … KITA

KITA SERING KELIRU DENGAN WAJAH SEBENAR MEREKA …

Proses mendidik anak-anak murid kita hari ini memang sukar, Boleh kita umpamakan membersih palong begini, salah sedikit kita akan terjerumus ke dalam palong dan kita akan tercedera. … Palong tidak terjejas…

AGENDA 7 : TAKLIMAT MERIT DEMIRIT

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

top related