mesej ketua pegawai eksekutif - mswg.org.my filepengumuman suruhanjaya tenaga mengenai...

Post on 10-Feb-2018

230 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

06.06.2014

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Pengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai penganugerahan projek loji janakuasa 4A

secara tender runding terus kepada satu konsortium yang dianggotai oleh YTL Power

International Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan SIPP Energy Sdn Bhd telah menimbulkan

sedikit kebimbangan di dalam pasaran. Kebimbangan ini bertumpu kepada proses

pembidaan yang kurang kompetitif bagi projek tersebut.

Pengumuman di Bursa Malaysia berkaitan kelewatan penyerahan laporan kewangan

teraudit bagi dua syarikat tersenarai yang berpengkalan di China, China Stationery dan

HB Global telah memberikan tanda amaran mengenai masalah yang mungkin dialami

oleh syarikat-syarikat ini. Kegagalan syarikat-syarikat ini untuk mematuhi peraturan Bursa Malaysia

mengenai tempoh masa penyerahan akaun teraudit adalah membimbangkan.

Menyentuh isu kawal selia, Bank Negara dilaporkan akan memudahkan proses untuk mendapatkan lesen

wakil penasihat kewangan untuk menarik minat lebih ramai calon menyertai industri ini. Pada masa ini

setiap calon perlu melengkapkan kira-kira 42 jam bagi setiap modul. Walaupun perkembangan ini

mungkin dapat menarik lebih ramai calon untuk menjadi wakil penasihat kewangan, kami berharap

tidak akan ada kompromi mengenai standard untuk memperolehi kelayakan tersebut.

Salam,

Rita

Nota: Tiada penerbitan Mesej Ketua Pegawai Eksekutif pada minggu hadapan.

MSWG telah menerbitkan Laporan Tadbir Urus Korporat Malaysia-ASEAN 2013 yang mengandungi

penemuan mengenai penilaian ke atas 862 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia menggunakan Kad

Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN. Laporan tersebut boleh dimuat turun daripada laman web kami

di www.mswg.org.my

PANDANGAN RINGKAS MSWG MENGENAI TRANSAKSI KORPORAT SEMASA

KIAN JOO CAN FACTORY BERHAD (“KIAN JOO”)

Pada 29 Mei 2014, Kian Joo mengumumkan bahawa Bursa Malaysia menerusi suratnya yang bertarikh 27 Mei 2014 (yang diterima pada 29 Mei 2014) telah meluluskan lanjutan masa bagi penyerahan draf surat pekeliling kepada pemegang saham berkaitan cadangan pelupusan dari 24 Mei 2014 hingga 23 Ogos 2014. KOMEN MSWG:

Adakah syarikat patut meneruskan cadangan pelupusan tersebut memandangkan kes mahkamah sivil

terhadap pemberi tawaran oleh Dato’ Anthony See masih belum selesai? Surat tawaran yang diberikan

oleh pemberi tawaran pada 26 November 2013 menyatakan bahawa pemberi tawaran boleh menarik

balik tawaran cadangan pelupusan jika terdapat tindakan mahkamah yang boleh memberikan kesan

buruk terhadap tawaran tersebut.

Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar, Khidmat Korporat, lyarahman@mswg.org.my

Chong Chee Fern, Pengurus Besar, Pemantauan Korporat chongcf@mswg.org.my

Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat rebecca.yap@mswg.org.my

Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat banaik.quah@mswg.org.my

Ng Hoon Ho, Pengurus Kanan, Pemantauan Korporat nghh@mswg.org.my

Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat norhisam@mswg.org.my

Shahnul Niza Mohd Yusof, Pengurus, Penyelidikan shahnul.niza@mswg.org.my

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat cheemeng@mswg.org.my

Wong Kin Wing, Penganalisa Kanan, Pemantauan Korporat, kinwing@mswg.org.my

Nor Khalidah Khalil, Penganalisa, Pemantauan Korporat khalidah@mswg.org.my

Vinodth Ramasamy, Penganalisa, Pemantauan Korporat vinodth.ram@mswg.org.my

PENZAHIRAN KEPENTINGAN

• Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.

Maklumbalas Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke mswg.ceo@mswg.org.my.

PENOLAKAN TUNTUTAN Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan. MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula. MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

top related