meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda titik pada akhir ayat
Post on 22-Jan-2018
1.794 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ii
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA
PANGKAL AYAT DAN TANDA TITIK PADA AKHIR AYAT MELALUI
KAEDAH BETIK PETAK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
MOHD BAHRI BIN SUWARDI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
NOVEMBER 2015
iii
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR PADA
PANGKAL AYAT DAN TANDA TITIK PADA AKHIR AYAT MELALUI
KAEDAH BETIK PETAK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
MOHD BAHRI BIN SUWARDI
Laporan akhir ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat
memperoleh ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian
( BM Pendidikan Rendah )
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
NOVEMBER 2015
iv
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran
(Pendidikan Rendah) dengan kepujian
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : ........................................................
Tarikh : ........................................................
v
PENGAKUAN
Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : ..................................................
Tarikh : ..................................................
vi
DEDIKASI
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana memberi peluang dan masa
sehingga terhasilnya penulisan ini.
Teristimewa juga buat ayah dan ibu tersayang,
Allahyarham Suwardi bin Hj Sohot dan Hjh Rosmina binti Warno
serta isteri tercinta Siti Aisah binti Hj Kastman, sekalung penghargaan diucapkan
atas segala sokongan, semangat dan nsaihat yang kalian titipkan.
Tidak dilupakan buat anak-anak yang dikasihi
Izyan Fatihah, Mohammad Fikri, Muhammad Fahmi dan Izyan Sarah,
terima kasih kerana memberi inspirasi, curahan idea dan pembakar semangat
untuk meneruskan perjuangan ini.
Buat sahabat-sahabat, khasnya pelajar PPG Kelas BM01 Ambilan Februari 2012,
terima kasih menjadi teman yang setia, memahami serta menceriakan hidup.
Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan abadi
dalam sanubariku buat selama-lamanya.
vii
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
dengan kurniaan dan rahmat-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan kajian ini
dengan jayanya. Dengan hati yang tulus dan ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia, Encik Mazlan bin Mohd Sanif atas
segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian
ini.
Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor
Bahru, Johor amatlah dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua
pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Temenggong
Ibrahim Johor Bahru yang telah banyak memberikan bantuan dan pendapat
sepanjang menyiapkan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa, isteri, adik beradik,
anak-anak dan sahabat handai atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan.
Akhir kata, sekalung terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian tindakan ini.
viii
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan
murid dalam menguasai kemahiran menggunaan huruf besar pada pangkal
ayat dan tanda noktah pada akhir ayat bagi penulisan bahasa Melayu melalui
kaedah Betik Petak. Pengkaji telah menggunakan kaedah 'BETIK PETAK'
yang melibatkan penggunaan petak bagi mensifarkan kesalahan menulis huruf
besar pada pangkal ayat dan tanda titik pada akhir ayat. Peserta kajian
terdiri daripada 10 orang murid tahun 5 dari sebuah sekolah rendah di Johor
Bahru. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan model Kemmis & McTaggart
(1998). Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data ialah temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Data-data yang diperoleh telah dianalisis
secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan kaedah BETIK PETAK dapat
meningkatkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda titik
pada akhir ayat. Diharapkan agar menerusi kajian tindakan ini, pengkaji-
pengkaji lain dapat turut sama memikirkan cara dan kaedah yang sesuai dalam
membantu murid-murid yang bermasalah dalam penulisan bahasa Melayu.
ix
ABSTRACT
Considering the significant role of punctuation in writing sentences and
teaachers' great responsibility in providing oppotunities to facilitate this
learning, many studies have focused on the best means of achieving a good
knowledge of punctuation. This research had been carried out to investigate the
effectiveness of using 'BETIK PETAK' in teaching the usage of capital letters
and full stop in writing sentences. The researcher used an appoach which is
called "Betik Petak" that involved square shape spaces in the writing. This
approach was also used in encouraging the participants to write with no
punctuation errors especially the usage of capital letters and the full stop. The
design of the research is based on the Kemmis & McTaggart model (1988). 10
participants year 5 from a primary school in Johor Bahru had been given the
opportunities from this research. Data were drawn from teacher and learner
survey, observation test, interviews , questionnaires, pre-intervantion test and
post-intervantion test. The findings show that the use of 'BETIK PETAK' can
improve the usage of capital letters and full stop (punctuation) in writing
sentences among the participants. Thi is hope that through this study, other
researchers could come up with suitable ways and techniques to help students in
their BM writing.
x
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Refleksi Pengalaman yang Lalu 3
1.3 Refleksi Sorotan Literatur 7
2.0 FOKUS KAJIAN 10
2.1 Tinjauan Masalah 10
2.2 Analisis Tinjauan Masalah 13
2.3 Difinisi Istilah 21
xi
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 22
3.1 Objektif Umum 22
3.2 Objektif Khusus 22
3.3 Soalan Kajian 23
4.0 KUMPULAN SASARAN 24
4.1 Latar Belakang Peserta Kajian 24
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 27
5.1 Kaedah Kajian 27
5.2 Reka Bentuk Kajian 28
5.3 Langkah-langkah Kajian 28
5.4 Pelaksanaan Intervensi 35
5.5 Pengumpulan Data 38
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 43
6.1 Pendahuluan 43
6.2 Analisis berdasarkan Pemerhatian 43
6.3 Analisis Melalui Temu Bual 46
6.4 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca 48
7.0 DAPATAN KAJIAN 58
7.1 Rumusan Hasil Kajian 58
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 61
9.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI 63
10.0 SENARAI RUJUKAN 66
xii
HALAMAN SENARAI JADUAL
HALAMAN SENARAI RAJAH
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN
13
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa ibunda dan bahasa rasmi
negara kita. Bahasa Melayu juga merupakan salah satu mata pelajaran wajib lulus
yang diajarkan di sekolah pada setiap peringkat pembelajaran. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar kelas, penekanan dari tiga
aspek kemahiran utama amatlah dititikberatkan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah kemahiran membaca, menulis, serta
mendengar dan bertutur. Guru-guru sering kali menghadapi masalah dalam proses
pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu ini.
Kemahiran menulis pula merupakan satu bentuk kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Kemahiran ini
tidak sama seperti kemahiran berenang atau berbasikal kerana kemahiran menulis
berkaitan dengan dua perkara penting, iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat
dibaca dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea tersebut
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Menulis juga merupakan salah satu cara untuk
berkomunikasi selain daripada komunikasi lisan. Komunikasi bertulis ialah kegiatan
merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk
dibaca atau digunakan pada masa akan datang (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011)
14
Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli (2008), masalah menguasai kemahiran
membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.
Awang Mohd Amin (1992) menyatakan kesalahan bahasa berlaku akibat faktor
extralinguistic, seperti lupa terhadap peraturan yang dipelajari disebabkan terlalu
banyak peraturan dalam satu-satu bahasa, ganguan emosi, kelalaian semasa proses
penerimaan, dan kekurangan latihan yang betul-betul berkesan.
Menurut Mok (2002) melalui Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne
mengatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan
dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan
akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut beliau,
pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang adalah
penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru
demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas, saya
dapati perkara yang dijelaskan ini sama dengan masalah yang saya hadapi. Saya
menghadapi masalah murid yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan
ayat dan meletakkan tanda noktah selepas akhir ayat. Walaupun setiap kali
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan murid
tetapi masih tetap ada juga kesilapan yang dibuat oleh mereka. Kegagalan
15
menguasai kemahiran ini boleh mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya
dalam peperiksaan berpusat.
1.2 Refleksi Pengalaman yang Lalu
Pada tahun 2015 ini pengkaji telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 5 Cerdas yang merupakan kelas
terakhir daripada 5 kelas yang telah disusun mengikut tahap kecerdasan murid
(streaming). Melalui pemerhatian dan penandaan buku-buku latihan sepanjang
sebulan bersama-sama mereka, pengkaji rasa terkejut kerana masih banyak
kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam bidang penulisan bahasa Melayu di kelas
itu. Antara masalah yang dikenalpasti adalah masalah menuliskan huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat. Ayat-ayat dituliskan sesuka hati
tanpa memikirkan penggunaan huruf dan tanda bacaan di tempat yang sesuai. Ayat-
ayat ditulis bersambungan antara satu sama lain. Keadaan ini pastinya akan
menjejaskan maksud yang hendak dismpaikan. Kebanyakan daripada mereka tidak
menyedari akan kesilapan yang mereka lakukan itu kerana menganggap ianya adalah
perkara yang remeh.
Pengkaji telah dapat mengenalpasti masalah itu melalui proses menyemak
latihan kerja bertulis murid mengambil imlak pada 19 Januari 2015 (rajah 1).
Pengkaji dapati terdapat sebilangan murid yang memulakan ayat dengan huruf kecil
dan tidak meletakkan tanda titik pada akhir ayat. Timbul persoalan di fikiran
pengkaji. Adakah murid-murid tidak didedahkan dengan perkara ini oleh guru-guru
16
sebelum ini? Apakah tindakan yang perlu saya ambil? Perlukah saya berkongsi
mengenai perkara ini bersama rakan-rakan dalam panitia?
Latihan Bertulis (19 Januari 2015)
Rajah 1 : Contoh Kesalahan Latihan Kerja Bertulis Murid
Sebagai langkah awal dalam mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah
memberikan peringatan dan tunjuk cara dalam menerapkan kemahiran menuliskan
huruf besar pada permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat kepada mereka
sewaktu proses pengajaran dan pembelajran seterusnya dilaksanakan. Walaupun
peringatan demi peringatan disampaikan kepada mereka, namun mereka masih lagi
melakukan kesalahan yang sama khususnya ketika mereka menyiapkan tugasan yang
Tidak meletakkan noktah
pada akhir ayat
Tidak menuliskan huruf
besar pada permulaan
ayat
17
diberikan guru di rumah. Bagi mereka yang penting tugasan perlu disiapkan dengan
cepat.
Melalui perbincangan pengkaji dengan rakan-rakan sekerja, ada yang
menyatakan bahawa masalah kecuaian murid dalam menulis dengan betul
disebabkan tiada kesungguhan dan penumpuan terhadap satu-satu topik yang mereka
pelajari. Tumpuan mereka adalah untuk bermain sahaja. Ada juga yang menyatakan
ianya disebabkan faktor kurangnya penjelasan daripada guru-guru atau sokongan
daripada keluarga.
Pengkaji cuba mendapatkan gambaran awal mengenai masalah ini dengan
menemubual mereka yang terlibat. Kebanyakan daripada mereka terlupa untuk
menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan menganggap ianya suatu perkara
yang tidak penting. Begitu juga dengan kesalahan tidak meletakkan tanda noktah
pada akhir ayat. Berpandukan pengalaman hampir 20 tahun pengkaji mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu kepada murid tahun 6, masih terdapat murid yang tidak
menguasai kemahiran menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda noktah
pada akhir ayat khususnya murid-murid yang lemah pencapaiannya dalam bidang
penulisan Bahasa Melayu. Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana kemahiran
tersebut sepatutnya telah dikuasai murid seawal di tahap 1 lagi melalui pelbagai
pendekatan, kaedah atau teknik pengajaran guru.
Pengkaji juga telah membuat pemerhatian terhadap keputusan ujian akhir
tahun 2014 bagi murid-murid kelas 5 Cerdas dan membuat kesimpulan bahawa tahap
18
penguasaan murid dalam bidang penulisan Bahasa Melayu masih rendah. Sebahagian
besar murid-murid di dalam kelas itu mendapat markah di bawah tahap menguasai.
Mereka sukar untuk menguasai kemahiran-kemahiran mudah disebabkan faktor
capaian kognitif yang rendah. Menurut Mardihah (2011), tahap kognitif yang rendah
menyebabkan mereka sukar untuk menguasai sesuatu isi pembelajaran walaupun
melibatkan topik yang mudah.
Permasalahan ini perlu diatasi dengan segera memandangkan terdapat
kemahiran menulis dari aspek penggunaan tanda baca dititikberatkan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tahun 5 iaitu dalam
Standard Pembelajaran;
3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan,
tanda baca, kosa kata dan struktur ayat dalam penulisan.
Sepanjang pengalaman pengkaji mengajar, pengkaji belum pernah lagi
menggunakan satu kaedah khusus bagi mengatasi masalah ini. Begitu juga dengan
penggunaan peralatan yang dapat membantu mengatasi masalah ini. Oleh itu,
peserta kajian perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu
mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis. Justeru,
perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi
memastikan responden dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan
sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka boleh diperbaiki sekiranya
menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.
19
1.3 Refleksi Sorotan Literatur
Kemahiran menulis amat menitikberatkan aspek penggunaan tanda baca.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2012), tanda merupakan lambang atau
simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti tertentu seperti koma,
noktah, dan seruan. Pendefinisian ini bertepatan dengan konsep tanda baca, iaitu
simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan
biasa juga digunakan untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian
sebentar ketika membaca dengan suara yang lantang. Hasnah dan Habibah (2010),
kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan, ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca, ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Teori berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan
oleh pengkaji adalah berdasarkan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh
Edward Lee Thorndike, yang mana teori ini dapat dikaitkan dengan penekanan aspek
hukum latihan yang memerlukan pengulangan, iaitu melalui latihan yang
dilaksanakan secara berulang-ulang. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia
belajar melalui perbuatan dan kelupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari itu
tidak digunakan lagi.
20
Masalah berkaitan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid sekolah
rendah adalah salah satu masalah yang telah banyak dikaji dan dibincangkan oleh
pelbagai pihak terutamanya yang terlibat dalam pendidikan di Malaysia. Antaranya,
Cristy Maikol (2012) dalam kajian beliau bertajuk “Meningkatkan Penguasaan
Penulisan Huruf Besar” telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Kampung
Kandis, Pasir Puteh di negeri Kelantan. Dalam kajian beliau, lima orang murid telah
dikesan mengalami masalah memahami konsep dan fungsi huruf besar dalam
penulisan. Dengan menggunakan strategi bimbingan, latihan ansur maju dan latih
tubi, masalah murid berkenaan berjaya diatasi.
Kajian berkenaan penggunaan tanda baca pula telah dijalankan oleh
Aleimmah binti Ali (2008), di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai,
Melaka. Kajiannya adalah berkaitan Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf
Besar dan Noktah bagi Murid 1 Kenanga (Intervensi) Menggunakan Teknik Pen
Warna (Merah). Selain itu, isu ini turut bertepatan dengan kajian lepas yang
dijalankan oleh salah seorang guru yang mengajar di Sekolah Seri Manjung, Perak
iaitu Zaridah binti Zuber (2005) dalam kajiannya, Meningkatkan Kemahiran
Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun Dua Pandai dengan Menggunakan
Teknik Warna.
Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu
mengurang masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
penulisan yang mana beliau menggunakan “ keluarga ayam”sebagai bahan bantu
utama untuk mengatasi masalah pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam
21
perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan
beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana berjaya mengatasi
masalah yang murid beliau hadapi.
Nora Wahid (2012) juga telah mengkaji berkaitan penulisan huruf besar
dengan menggunakan tajuk Penggunaan Kaedah Huruf Berwarna dalam
Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Tanda Baca (Huruf Besar) bagi Murid
Tahun Tiga. Beliau turut menggunakan teknik warna dalam mengatasi masalah
murid menulis huruf besar. Dalam satu lagi kajian telah dijalankan oleh seorang
pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Mohd Yasser bin
Jamaluddin (2011) di sebuah sekolah di daerah Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Beliau menjalankan kajian yang bertajuk Peningkatan Penguasaan dalam
Penggunaan Tanda Baca melalui Kaedah Imlak turut berkiait rapat dengan isu kajian
ini.
Berdasarkan tinjauan kajian-kajian di atas, masalah dalam menuliskan huruf
besar atau tanda bacaan boleh diatasi dengan mengaplikasikan satu-satu kaedah
pengajaran yang dicipta atau diberikan inovasi berpandukan kaedah atau kajian
pengkaji terdahulu. Kesimpulannya, seseorang guru itu perlu mempunyai semangat,
tanggungjawab yang tinggi dan memahami keperluan kaedah pengajaran yang
khusus kepada murid yang bermasalah dalam kemahiran menulis. Pemilihan kaedah
yang sesuai serta menyeronokkan sudah tentu dapat membantu mengatasi masalah
pembelajaran yang sedang dihadapi oleh murid.
22
2.0 FOKUS KAJIAN
Bahagian ini menghuraikan tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman
pengkaji dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk
menunjau masalah beserta analisis kepada tinjauan masalah tersebut turut dihuraikan
dalam bahagian ini.
2.1 Tinjauan Masalah
Pengalaman selama 25 tahun dalam mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu
di sekolah rendah merupakan pengalaman yang amat berharga. Dalam tempoh
tersebut, saya dapati tidak semua murid dapat menguasai asas kemahiran menulis
walaupun telah berada di tahun lima. Setiap kali dijalankan latihan, ujian atau
peperiksaan, ada sahaja murid yang cuai dalam penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan meletakkan tanda titik di setiap akhir ayat. Walaupun setiap
kali pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan
murid agar menuliskan huruf besar pada setiap permulaan ayat dan membubuh tanda
titik pada akhir ayat, namun masih ada murid yang tidak berbuat demikian.
Kegagalan murid berbuat demikian menunjukkan objektif pengajaran saya masih
23
belum tercapai khususnya melibatkan kemahiran menulis iaitu menggunakan tanda
bacaan di tempat yang betul.
Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda bacaan secara tidak
langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap
kesalahan tersebut terutamanya dalam kemahiran menuliskan ayat. Berdasarkan
kepada pencapaian murid yang lemah, adalah amat merugikan jika murid gagal
mendapat markah yang baik sewaktu membina ayat hanya kerana gagal menulis
huruf besar dengan betul pada pangkal ayat atau meletakkan tanda noktah pada akhir
ayat.
Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini,
pengkaji telah membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam dengan tujuan
untuk memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan melalui tiga
jenis instrumen berdasarkan objektif yang ingin disasarkan iaitu:
a) Temu bual
Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenal
pasti tanggapan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, pengkaji menggunakan borang soal jawab yang perlu dijawab oleh setiap
murid. Pengkaji berbual dengan murid dan menandakan borang soal jawab tersebut.
Terdapat 10 item yang perlu dijawab oleh murid. Pengkaji memberi penjelasan bagi
setiap item soalan yang diajukan agar mereka benar-benar faham kehendak soalan
24
serta mengingatkan mereka supaya menjawab dengan jujur dan telus. Pengkaji telah
membuat analisis berdasarkan hasil daripada soal jawab tersebut.
b) Pemerhatian lembaran kerja bertulis murid
Pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian disepanjang pengkaji
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas. Pemerhatian
adalah bertumpu pada lembaran kerja bertulis murid murid terutama sepanjang
proses penandaan selepas pengajaran dijalankan. Pemerhatian dilakukan
menggunakan borang senarai semak lembaran kerja bertulis murid. Pengkaji juga
mendapatkan maklum balas terhadap kesalahan menuliskan huruf besar pada pangkal
ayat dan tanada noktah pada akhir ayat daripada guru-guru mata pelajaran yang lain.
Melalui pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa masih ada lagi
murid yang belum menguasai kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat
dan tanda noktah pada akhir ayat dalam penulisan Bahasa Melayu mereka.
c) Analisis Ujian Akhir Tahun 2014
Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah keputusan ujian akhir tahun
Bahasa Melayu Penulisan 2014. Pengkaji menganalisis keputusan ujian tersebut
untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk-tajuk yang telah
diajar. Pengkaji mengeluarkan keputusn ujian akhir tahun 2014 terhadap 10 orang
murid yang dikenal pasti berdasarkan rekod pemerhatian kerja bertulis murid.
25
Pengkaji mula mengenal pasti masalah apabila melihat terdapat murid belum
menguasai penulisan yang melibatkan penggunaan huruf besar di pangkal ayat dan
tanda noktah pada akhir ayat.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berikut adalah analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan terhadap murid
tahun 5 Cerdas.
a) Temu bual
Pengkaji menggunakan 10 item soalan bagi tujuan menjalankan temu bual
ini. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item.
Jadual 1: Analisis Berdasarkan Temu Bual Murid Sebelum Kajian
BIL
Item Soalan
% Ya % Tidak
1 Pengajaran cikgu menyeronokkan 30 70
2 Cikgu berikan tumpuan kepada saya 50 50
3 Saya minat belajar pelajaran Bahasa Melayu 20 80
4
Keluarga beri saya bimbingan di rumah 50 50
5
Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar 90 10
6
Saya suka menulis 40 60
7
Saya suka melukis 20 80
26
8
Saya kenal tanda noktah atau titik 100 0
9
Saya kenal huruf a hingga z 100 0
10
Saya kenal huruf kecil dan huruf besar 100 0
Analisis temu bual bersama-sama murid menunjukkan terdapat 30 peratus
murid mengatakan "Ya" dan 70 peratus menjawab 'Tidak' bagi item 1 (Pengajaran
cikgu menyeronokkan). Bagi item 2 (Cikgu berikan tumpuan kepada saya) dan item
4 (Keluarga beri saya bimbingan di rumah), pilihan jawapan adalah seimbang iaitu
50 peratus. Bagi item 3 (Saya minat belajar pelajaran Bahasa Melayu) dan item 7
(Saya suka melukis), hanya 20 peratus murid menjawab "Ya" manakala 80 peratus
pula menjawab "Tidak". 90 peratus murid yang memilih jawapan "Ya" pada item 5
(Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar) sementara hanya 10 peratus sahaja yang
mengatakan "Tidak". Bagi item 6 (Saya suka menulis), hanya 40 peratus daripada
murid yang mengatakan "Ya" berbanding 60 peratus yang memilih jawapan "Tidak".
100 peratus murid memilih jawapan "Ya" pada item 8 (Saya kenal tanda noktah atau
titik), item 9 (Saya kenal huruf a hingga z) dan item 10 (Saya kenal huruf kecil dan
huruf besar)
Berdasarkan analisis soal jawab di atas, jelas menunjukkan bahawa
pengajaran guru tidak begitu menyeronokkan (merujuk item 1) dan selalu lupa apa
yang cikgu ajar (merujuk item 5) serta kurangnya minat murid menulis (merujuk
item 6). Ketiga-tiga masalah ini menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai
tajuk yang telah diajar dengan baik. Kemahiran menulis juga tidak dapat dikuasai
27
dengan baik disebabkan kurangnya minat murid untuk menulis. Daripada analisis itu
juga menunjukkan terdapat murid yang suka melukis (merujuk item 7) dan hal ini
bersesuaian dengan kaedah 'BETIK PETAK' yang akan dijalankan oleh pengkaji di
mana peserta kajian perlu melukiskan petak pada setiap huruf besar di bahagian
pangkal ayat dan tanda titik pada akhir ayat menggunakan pembaris mekanikal.
Data yang dianalisis itu juga menunjukkan bahawa semua murid yang
dikenalpasti telah mengenal abjad a hingga z dan tanda bacaan titik dan koma.
Mereka hanya menghadapi masalah dalam mengecam penggunaan huruf-huruf
tersebut ketika dipermulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat. Hal ini bertepatan
dengan objektif khusus yang pertama dalam kajian yang akan dilaksanakan oleh
pengkaji iaitu mengecam penggunaan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda
noktah pada akhir ayat.
Melalui dapatan daripada analisis data itu, pengkaji membuat kesimpulan
bahawa 10 orang murid yang dikenalpasti mempunyai masalah menuliskan huruf
besar dan meletakkan tanda noktah pada akhir ayat pada peringkat awal ini
memerlukan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Teknik pengajaran guru
perlu menarik perhatian murid untuk memastikan kemahiran yang diajar dapat kekal
dalam ingatan mereka.
28
b) Pemerhatian lembaran kerja bertulis murid
Jadual 2 : Analisis rekod pemerhatian lembaran kerja bertulis murid
Nama
Murid
(M)
Menuliskan huruf besar
pada permulaan ayat
Meletakkan titik pada
akhir ayat
Jumlah
Betul
( /10)
Jumlah
Salah
( /10)
Jumlah
Betul
( /10)
Jumah
Salah
( /10)
M1
3 7 5 5
M2
2 8 2 8
M3
5 5 3 7
M4
4 6 2 8
M5
0 10 1 9
M6
4 6 4 6
M7
0 10 6 4
M8
3 7 3 7
M9
2 8 5 5
M10
4 6 6 4
29
JUMLAH
( /100)
27 73 37 63
PERATUS (%)
27 73 37 63
Jadual 2 di atas merupakan catatan rekod pemerhatian terhadap lembaran
kerja bertulis murid yang telah dijalankan pada 19 Januari 2015. Pengkaji memilih
10 orang murid yang mencatatkan kesalahan terbanyak sebagai cadanag awal untuk
dijadikan peserta kajian ini. Berdasarkan analisis rekod pemerhatian tersebut,
pengkaji dapati kesalahan menuliskan huruf besar pada permulaan ayat mencatatkan
sebanyak 73 peratus berbanding 27 peratus yang menjawab dengan betul. Merujuk
pada kesalahan menuliskan huruf besar pada permulaan ayat, murid 5 dan 7
menunjukkan murid yang paling tinggi melakukan kesalahan dengan mendapat
jumlah kesalahan 10/10. Murid 3 pula mencatatkan jumlah kesalahan adalah sama
dengan jumlah yang betul dalam menuliskan huruf besar pada permulaan ayat. Bagi
murid-murid yang lain pula mencatatkan jumlah kesalahan adalah lebih tinggi
daripada jumlah yang yang betul dalam menuliskan huruf besar pada permulaan ayat.
Analisis rekod pemerhatian lembaran kerja bertulis murid di atas juga
menunjukkan kesalahan murid dalam meletakkan tanda noktah pada akhir ayat
adalah lebih tinggi iaitu 63 peratus berbanding jumlah yang mencatatkan betul iaitu
sebanyak 37 peratus. Murid 5 mencatatkan jumlah kesalahan paling tinggi iaitu 9/10
manakala murid 7 dan 10 mencatatkan kesalahan paling rendah iaitu 4/10 dalam
30
meletakkan tanda noktah pada akhir ayat. Murid 1 dan 9 pula menunjukkan jumlah
kesalahan dan jumlah yang betul adalah sama iaitu 5/10. Murid-murid yang lain pula
mencatatkan kesalahan lebih tinggi berbanding yang betul dalam meletakkan tanda
titik pada akhir ayat.
Rajah 2 : Perbandingan Tahap Penguasaan Murid terhadap Masalah Huruf
Besar dan Tanda Titik
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Menuliskan huruf besar Meletakkan tanda titik
Peratus perbandingan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menuliskan huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda titik pada akhir ayat melalui pemerhatian hasil kerja bertulis murid
% menjawab betul (menguasai) % menjawab salah (tidak menguasai)
31
Rajah 2 menunjukkan perbandingan tahap penguasaan murid melalui
pemerhatian lembaran kerja bertulis bagi 10 orang murid Tahun 5 Cerdas.
Berpandukan analisis data tersebut telah meyakinkan pengkaji untuk melaksanakan
kajiannya dalam mengatasi masalah menuliskan huruf besar pada permulaan ayat
dan tanda noktah pada akhir ayat. Dalam menentukan peserta kajiannya pula,
pengkaji telah memilih semua atau 10 orang murid itu sebagai peserta kajiannya.
c) Analisis ujian akhir tahun 2014
Jadual 3 : Keputusan Ujian Akhir Tahun 2014
Nama Murid
(M)
Markah (%)
Gred
Tahap
Penguasaan
M1 45 C
Sederhana
M2 33 D
Lemah
M3 42 C
Sederhana
M4 18 E
Sangat Lemah
M5 35 D
Lemah
M6 40 C
Sederhana
M7 34 D
Lemah
M8 37 D
Lemah
M9 48 C
Sederhana
32
M10 42 C
Sederhana
Jadual 3 merupakan analisis keputusan ujian akhir tahun 2014 bagi 10 orang
murid kelas 5 Cerdas yang dikenalpasti pada peringkat awal melalui analisis hasil
kerja bertulis murid . Berdasarakan analisis keputusan akhir tahun 2014 itu, 1 orang
murid mencatatkan markah 18 peratus iaitu M4 , 4 orang murid mendapat markah
bawah 40 peratus manakala 5 orang murid mendapat markah 40 peratus ke atas.
Keadaan ini menunjukkan empat orang murid berada pada tahap penguasaan yang
lemah dengan mendapat gred D iaitu M 2, M5, M7 dan M8. Seorang murid berada
pada tahap sangat lemah dengan mendapat gred E manakala 5 orang murid lagi
berada pada tahap sederhana iaitu gred C. Tahap penguasaan dan pencapaian murid
ditentukan dengan berpandukan jadual 4 di bawah.
Jadual 4 : Skala Markah Ujian Akhir Tahun 2014
Skala markah Tahap penguasaan Gred
80 - 100 Cemerlang A
60 - 79 Baik B
40 - 59 Sederhana C
20 - 39 Lemah D
0 - 19 Sangat lemah E
33
Berdasarkan dapatan daripada analisis ujian akhir tahun 2014 itu, pengkaji
telah memilih semua atau 10 orang murid itu kerana kesemuanya masih belum
mencapai ke tahap baik atau cemerlang. Murid yang dipilih ini adalah sama seperti
yang pengkaji telah kenalpasti melalui analisis data daripada pemerhatian latihan
kerja bertulis mereka. Pengkaji mensasarkan untuk mengatasi masalah menuliskan
huruf besar pada permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat melalui kaedah
'BETIK PETAK'.
2.3 Difinisi Istilah
i. BETIK PETAK
Nama kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan ini. Perkataan
'BETIK' adalah akronim yang membawa maksud:
BE - besar (mula tulis ayat mesti huruf besar)
TIK - titik (akhir ayat letak titik)
PETAK - lukis petak pada huruf besar dan titik
ii Ujian sebelum intervensi
Ujian sebelum intervensi bertujuan mendapatkan gambaran tahap
penguasaan kemahiran pelajar terhadap penggunaan huruf besar dalam
penulisan bahasa Melayu.
34
iii.Ujian selepas intervensi
Ujian selepas intervensi bertujuan mengetahui pencapaian pelajar
terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah diberi bimbingan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan objektif kajian yang akan dijadikan pengukur sama ada
kajian ini berjaya atau sebaliknya. Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif
umum dan objektif khusus.
3.1 Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan
ayat dan tanda titik pada akhir ayat.
3.2 Objektif Khusus
35
i) Murid dapat mengecam terhadap penggunaan huruf besar pada permulaan ayat
dan tanda titik pada akhir ayat melalui kaedah BETIK PETAK
ii) Murid dapat menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda titik pada
akhir ayat menggunakan kaedah BETIK PETAK.
3.3 Soalan Kajian
Kajian ini dibuat untuk menjawab soalan seperti;
i) Adakah kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penguasaan murid untuk
mengecam terhadap penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda titik
pada akhir ayat?
ii) Adakah kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penguasaan murid untuk
menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda titik pada akhir ayat?
36
4.0 KUMPULAN SASARAN
Bahagian ini memperlihatkan latar belakang sekolah serta latar belakang peserta
kajian yang digunakan dalam perlaksanaan kajian ini. Ciri-ciri peserta kajian
dijelaskan dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, kaum, nama kelas
dan lain-lain.
4.1 Latar Belakang Peserta Kajian
Penyelelidikan ini melibatkan 10 orang murid Tahun 5 Cerdas Sekolah
Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru. Mereka terdiri daripada 8 orang murid
lelaki dan 2 orang murid perempuan yang kesemuanya berbangsa Melayu dan
beragama Islam. Umur mereka semuanya dalam lingkungan 11 tahun. 5 orang
murid lelaki dan seorang murid perempuan boleh membaca dengan lancar manakala
37
4 orang murid lagi bacaannya tidak begitu lancar dan merupakan murid pemulihan
khas. Kesemua murid ini mengenal abjad a hingga z serta membezakan antara huruf
besar dan kecil. Mereka juga dapat mengenal dan membuat bentuk tanda-tanda
bacaan asas dalam penulisan seperti tanda noktah, koma, tanda soal dan tanda seru.
Mereka juga berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah. 6 orang lelaki
dan seorang perempuan menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
9 orang peserta kajian tinggal di kawasan setinggan yang terletak dalam lingkungan
1 kilometer jauhnya dari sekolah manakala 1 orang peserta kajian pula tinggal di
kawasan rumah kos rendah yang terletak di hadapan sekolah. 2 orang peserta kajian
merupakan anak yatim yang telah kematian bapa dan salah seorangnya tinggal
bersama ibunya sementara seorang lagi tinggal bersama nenek mereka disebabkan
ibu mereka bekerja di tempat yang jauh. Salah seorang murid yang dijadikan peserta
kajian pula tinggal bersama ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal setelah
bercerai dengan suaminya. Kebanyakan bapa atau penjaga mereka bekerja sebagai
buruh binaan atau pekerja am rendah manakala ibu mereka mengambil upah dengan
menjadi pengasuh kanak-kanak di rumah dan sebagai suri rumah sepenuh masa.
Sebahagian besar peserta kajian ini datang ke sekolah dengan berjalan kaki
dan selebihnya dihantar oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing dengan menaiki
motosikal. Penampilan mereka di sekolah adalah sederhana. Mereka juga tergolong
daripada murid-murid yang baik dari segi disiplin dan tidak pernah menimbulkan
masalah disiplin yang serius di sekolah.
38
Secara keseluruhannya, peserta kajian yang dipilih datang daripada kelompok
keluarga yang mempunyai taraf yang rendah dan keluarga yang bermasalah seperti
anak-anak yang kenjadi mangsa penceraian. Semua ini sedikit sebanyak boleh
mempengaruhi tahap pencapaian dan akademik anak-anak mereka. Hal ini boleh
berlaku disebabkan ibu bapa atau penjaga mereka tidak mempunyai ruang masa yang
cukup untuk memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak dalam pelajaran.
Sebahagian besar masanya habis digunakan untuk bekerja atau mencari nafkah demi
menyara hidup keluarga mereka. Anak-anak yang menjadi mangsa penceraian pula
agak terbiar kerana terpaksa tinggal berama dengan datuk dan nenek mereka yang
sudah lanjut usia dan kurang pendidikan. Hal ini mengakibatkan anak-anak akan
terus terbiar dan kurang mendapat perhatian serta tunjuk ajar sewaktu berada di
rumah. Mereka hanya mengharapkan sepenuhnya kepada didikan dan tunjuk ajar
daripada guru-guru di sekolah.
Jadual 5 : Maklumat Asas Peserta Kajian
ASPEK HURAIAN
BILANGAN PESERTA KAJIAN SEPULUH (10) ORANG
SEKOLAH SK TAMAN PERLING, JB
JANTINA 8 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN
UMUR 11 TAHUN
KELAS / TAHUN 5 CERDAS
KELAS PEMULIHAN KHAS 2 LELAKI DAN 1 PEREMPUAN
39
MENERIMA RMT 6 LELAKI DAN 1 PEREMPUAN
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bahagian ini memperincikan tentang prosedur pengumpulan data yang dijalankan
bagi melengkapkan kajian ini. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan berpandukan
kepada satu model kajian tindakan.
5.1 Kaedah Kajian
Untuk kajian ini pengkaji menggunakan kaedah eksperimen. Kajian ini
dijalankan kepada 10 orang peserta yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan
kaedah BETIK PETAK dalam meningkatkan penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda titik pada akhir ayat. Keberkesanan kaedah BETIK
PETAK ini dilihat dari sudut kemampuan peserta kajian dalam mengecam dan
menuliskan huruf besar pada pangkal ayat serta meletakkan tanda titik pada akhir
ayat dengan mengingat formula 'BETIK' iaitu 'be' bermaksud 'huruf besar' dan 'tik'
40
bermaksud 'tanda titik'. 'PETAK' pula bermaksud proses pengecaman huruf besar
dan tanda titik yang dilakukan dengan melukiskan petak pada huruf di pangkal ayat
dan melukiskan petak pada akhir ayat bagi memandakan tempat untuk diletakkan
tanda titik. Pengkaji telah menggabungkan akronim 'BETIK' dan perkataan 'PETAK'
menjadi 'BETIK PETAK' sebagai nama kaedah kajiannya.
Pemahaman konsep menulis dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri
dengan titik dilakukan dengan melukiskan petak pada setiap huruf dipermulaan ayat
dan petak pada akhir ayat bagi meletakkan tanda titik menggunakan alat dinamakan
Blok Teknikal. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan instrumen
analisis dokumen, pemerhatian, temubual dan analisis keputusan ujian sebelum
intervensi dn ujian selepas intervensi untuk mengumpul data bagi membuktikan
masalah berkaitan kelemahan dalam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat
dan meletakkan tanda titik pada akhir ayat dapat diatasi. Kajian ini berbentuk
kualitatif dan menggunakan maklumat dan data-data yang bersifat kualitatif.
5.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian
Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian
seperti yang dirumuskan pada rajah 3 di bawah.
41
Rajah 3: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
5.3 Langkah-langkah Kajian
5.3.1 Peringkat Pertama ( Mereflek)
Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang pengkaji lakukan dalam
mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan
data awal bagi mengenalpasti masalah utama yang dihadapi murid serta menentukan
peserta kajian dalam melaksanakan kajian ini. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk
temu bual, pemerhatian kerja bertulis murid dan analisis ujian akhir tahun 2014.
Berdasarkan hasil analisis setiap data itu, pengkaji dapat mengenalpasti masalah
utama yang dihadapi oleh murid dan mendapatkan peserta kajian dalam
melaksanakan kajian ini iaitu menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan
meletakkan tanda titik pada akhir ayat.
42
5.3.2 Merancang
Pengkaji telah membuat perancangan dalam menjalankan kajian ini.
Perancangan tersebut adalah seperti dalam jadual 6 di bawah.
Jadual 6 : Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan
BIL AKTIVITI TARIKH
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 15 Februari 2015
2 Semakan tajuk kajian oleh pensyarah penyelia 7 Mac 2015
3 Menuliskan proposal kajian 10 Mac 2015
4 Menghantar proposal kajian 11 April 2015
5 Melaksanakan Ujian sebelum intervensi 16 April 2015
6 Memulakan temu bual 24 April 2015
7 Melaksanakan intervensi 13 Mei 2015
8 Melaksanakan Ujian selepas intervensi 26 Mei 2015
9 Pengisian data ke dalam Borang Skor Markah 3 Jun 2015
10 Membuat refleksi kajian 8 Jun 2015
11 Menulis laporan kajian 8 Ogos 2015
12 Menghantar Dapatan Kajian 29 Ogos 2015
Jadual 7: Carta Gant Pelaksanaan Kajian Tindakan
JADUAL AKTIVITI
AKTIVITI
BULAN
43
02
03
04
05
06
08
Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal
Semakan tajuk kajian oleh pensyarah
penyelia
Menuliskan proposal kajian
Menghantar proposal kajian
Melaksanakan Ujian sebelum intervensi
Memulakan temu bual
Melaksanakan intervensi
Melaksanakan Ujian selepas intervensi
Pengisian data ke dalam Borang Skor
Markah
Membuat refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Menghantar Dapatan Kajian
Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai
proses intervensi terhadap masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula
menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian,
menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta merancang tindakan.
Pengkaji menentukan fokus kajian iaitu meningkatkan kemahiran murid dalam
menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir
ayat. Fokus kajian yang dibentuk adalah bertujuan untuk menjawab soalan kajian
44
iaitu mengecam penggunaan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda titik pada akhir
ayat dan menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan meletakkan titik pada akhir
ayat.
Sebagai perancangan awal juga, pengkaji telah mengenalpasti alat kajian
yang akan digunakan. Pengkaji memilih Blok Teknikal (rajah 4) sebagai alat kajian
yang akan digunakan. Blok teknikal yang digunakan mengandungi empat bentuk
blok pelbagai saiz iaitu bujur, petak, tiga segi dan bulat. Pengkaji memilih bentuk
petak memandangkan ianya bersesuaian untuk digunakan kepada semua huruf
samada dari segi bentuk atau saiz. Selain itu, blok teknikal ini adalah alat yang biasa
digunakan oleh peserta kajian dalam aktiviti mata pelajaran Pendidikan Seni dan
Visual. Keadaan ini memudahkan peserta kajian untuk menggunakannya ketika sesi
intervensi.
Rajah 4: Blok Teknikal
Bagi tujuan mewujudkan unsur-unsur inovasi dalam pengajaran, pengkaji
telah mencipta satu teknik dalam bentuk gabungan akronim dengan perkataan yang
dinamakan 'BETIK PETAK'. Pengkaji memilih jenis akronim cantuman sukukata
awal bagi perkataan 'BETIK'. Suku kata 'BE' membawa pengertian 'besar '
sementara suku kata 'TIK' bermaksud 'titik'. Pengkaji menghuraikan perkataan
45
'BETIK' sebagai satu arahan agar peserta kajian akan menuliskan huruf besar pada
permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir ayat. Perkataan 'PETAK' pula
bermaksud peserta kajian perlu membuat petak di sekeliling huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda titik pada akhir ayat menggunakan blog teknikal.
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah merancang untuk menjalankan
Ujian sebelum intervensi yang dijalankan sebelum intervensi dan Ujian selepas
intervensi setelah intervensi dijalankan. Data daripada kedua-dua ujian ini akan
dianalisis dan dibuat perbandingan bagi menentukan keberkesanan kajian ini.
Pengkaji juga merancang menjalankan pemerhatian berstruktur dan soal jawab
bersama peserta kajian untuk mengetahui sama ada teknik yang guna pakai dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
5.3.3 Bertindak
Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan 3
jenis instrumen iaitu:
i. Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi
Sebelum pengkaji memulakan intervensi, pengkaji telah mengedarkan satu
set soalan Ujian sebelum intervensi untuk dijawab oleh semua peserta kajian secara
bertulis. Ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan peserta kajian dalam
menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda noktah pada akhir ayat sebelum
sesi intervensi dimulakan. Peserta kajian menjawab semua soalan tanpa bimbingan
pengkaji. Seterusnya, Ujian selepas intervensi pula dijalankan selepas sesi intervensi
dijalankan. Peserta kajian diberikan soalan Ujian selepas intervensi dan blok teknikal
setiap seorang. Peserta kajian menyiapkan soalan Ujian selepas intervensi tanpa
bimbingan dan pertolongan daripada pengkaji.
46
iii. Borang Senarai Semak
Ketika peserta kajian sedang menuliskan ayat, pengkaji menjalankan
pemerhatian berstruktur berpandukan aspek-aspek yang terdapat di dalam Borang
Senarai Semak Aktiviti Murid.
ii. Borang temu bual
Bagi mendapatkan maklum balas terhadap intervensi yang telah
dilaksanakan, pengkaji telah mengadakan sesi temu bual dengan peserta kajian
menggunakan borang temubual bersama murid. Temubual dijalankan secara
berstruktur dan soalan adalah terhad.
5.3.4 Memerhati
Memerhati melibatkan proses mengumpul dan menganalisis data bagi menilai
keberkesanan tindakan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
semasa melaksanakan pemerhatian. Antaranya memerhati, mencatatkan reaksi dan
perubahan tingkah laku peserta kajian, kekangan atau halangan termasuklah yang
diluar jangkaan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pemerhatian para peserta kajian
ketika sesi intervensi dijalankan. Pengkaji telah meminta bantuan guru pemulihan
khas bagi tujuan merekod tingkah laku peserta kerana pengkaji perlu menjalankan
aktiviti intervensi. Borang senarai semak aktiviti murid digunakan untuk tujuan ini.
Pengkaji telah menentukan perkara-perkara yang hendak diperhatikan seperti
berkaitan minat, tingkah laku, penglibatan dan masalah disiplin. Seterusnya pengkaji
akan merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi.
47
Bagi Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi, analisis
dilakukan secara manual. Perbandingan keputusan Ujian sebelum intervensi dan
Ujian selepas intervensi direkod dan dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf.
Perbezaan nilai min ujian bagi kedua-dua ujian itu turut dipaparkan. Pengkaji juga
membuat analisis terhadap borang temu bual bersama murid sebelum dan selepas
proses intervensi dijalankan. Perbandingan daripada kedua-dua data tersebut dibuat
perbandingan dan dipaparkan dalam bentuk jadual. Pengkaji juga membuat
perbandingan terhadap data yang dianalisis daripada borang senarai semak aktiviti
murid ketika intervensi dijalankan. Data bagi perbandingan ini dipaparkan dalam
bentuk jadual.
5.4 Pelaksanaan Intervensi
48
Jadual 8 : Langkah-langkah Intervensi
Intervensi 1
Langkah
Aktiviti
Bahan Berkaitan
1
(5 minit)
Pengenalan:
i. Menunjukkan buah BETIK
ii. Soaljawab dan mengaitkan aktiviti
dengan tajuk kajian.
i. Buah BETIK
2
(15 minit)
Mengecam huruf besar dan tanda titik:
i. Membacakan ayat tanpa huruf besar
dan tanda titik
ii. Mengecam kedudukan huruf besar
dan tanda titik
i. Papan Putih
ii. Pen Maker
3
(15 minit)
Pengenalan Kaedah BETIK PETAK
i. Pengenalan kaedah BETIK PETAK
ii. Melukis petak pada huruf pangkal
ayat dan akhir ayat
i. Papan Putih
ii. Pen Maker
iii. Blok Teknikal
4
(20 minit)
Menulis huruf besar dan tanda titik
i. Menyalin semula 10 ayat dengan
menulis huruf besar pada pangkal
ayat dan meletak titik pada akhir ayat
i. Lembaran Intervensi 1
ii. Blok teknikal
5
(5 minit)
Penutup
i. Menyanyi lagu BETIK PETAK
dengan iringan muzik
i. Senikata lagu
BETIK PETAK
ii.Gitar
Intervensi 2
1
(30 minit)
Menulis huruf besar dan tanda titik
i. Menyalin semula 10 ayat dengan
menulis huruf besar pada pangkal
ayat dan meletak titik pada akhir ayat
i. Lembaran Intervensi 2
ii. Blok teknikal
Intervensi 3
1
(30 minit)
Menulis huruf besar dan tanda titik
i. Menyalin semula 10 ayat dengan
menulis huruf besar pada pangkal
ayat dan meletak titik pada akhir ayat
i. Lembaran Intervensi 3
ii. Blok teknikal
Jadual 8 merupakan langkah-langkah yang dijalankan sepanjang 3 sesi
intervensi untuk meningkatkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan
49
tanda noktah pada akhir ayat menggunakan teknik 'BETIK PETAK'. Masa yang
digunakan untuk sesi intervensi1 adalah 1 jam manakala sesi intervensi 2 dan
intervensi 3 masing-masing selama 30 minit.
Dalam sesi intervensi 1, pengkaji memulakan pengajaran dengan pengenalan
kepada kaedah BETIK PETAK yang akan digunakan dalam mengatasi masalah
menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda titik pada akhir ayat. Buah
BETIK dijadikan sebagai bahan dalam set induksi sesi intervensi ini untuk
memberikan kesediaan kepada peserta kajian tentang nama kaedah yang akan
digunakan dalam sesi pengajaran itu. Seterusnya kad-kad ayat dipaparkan dan
peserta kajian akan membaca kad tersebut sebelum perbincangan dalam menentukan
kedudukan huruf besar dan tanda titik dalam ayat tersebut. Peserta kajian
diperkenalkan dengan kaedah BETIK PETAK dengan menjelaskan maksud disebalik
perkataan 'BETIK PETAK' itu iaitu 'Be" besar dan 'tik' titik. Peserta kajian
diterapkan dengan konsep bahawa mula menuliskan ayat perlu huruf besar dan akhir
ayat perlu diletakkan titik. Proses pengecaman dalam menentukan huruf besar dan
kedudukannya dipermudahkan dengan melukiskan PETAK pada huruf permulaan
ayat dan di bahagian akhir ayat menggunakan Blok Teknikal. Pengukukuhan
diberikan dengan aktiviti menyalin semula 10 ayat dengan menuliskan huruf besar
pada permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir ayat. Kaedah BETIK
PETAK diaplikasikan oleh peserta kajian dalam melaksanakan aktiviti ini. Sesi
intervensi 1 ini diakhiri dengan menyanyikan lagu BETIK PETAK bersama-sama
dengan iringan muzik. Hal ini bagi menimbulkan rasa seronok dan menambahkan
ingatan peserta kajian terhadap kaedah BETIK PETAK ini.
Sesi intervensi 2 dan 3 pula, peserta diberikan latihan intervensi menyalin
semula ayat dengan meletakkan huruf besar pada pangkal ayat dan meletakkan titik
pada akhir ayat. Dalam sesi intervensi ini, peserta kajian masih menggunakan Blok
Teknikal sebagai alat untuk mereka melukiskan PETAK pada huruf pangkal ayat dan
tanda titik pada akhir ayat. Pengkaji merekodkan perlakuan peserta kajian
menggunakan borang senarai semak aktiviti murid.
50
Rajah 5: Pelaksanaan Invervensi
1 2
3 4
6 5
51
5.5 Pengumpulan Data
5.5.1 Perancangan Cara Mengumpul Data
Jadual 9 : Cara Pengumpulan Data
Soalan Kajian Cara Mengumpul Data
Adakah kaedah BETIK PETAK dapat
meningkatkan penguasaan murid untuk
mengecam terhadap penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat dan tanda titik pada akhir
ayat?
i. Ujian sebelum intervensi
ii. Ujian selepas intervensi
iii. Pemerhatian
iv. Temu bual
Adakah kaedah BETIK PETAK dapat
meningkatkan penguasaan murid untuk
menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan
tanda titik pada akhir ayat?
i. Ujian sebelum intervensi
ii. Ujian selepas intervensi
iii. Pemerhatian
iv. Temu bual
Jadual 9 menunjukkan cara pengumpulan data dilakukan terhadap kajian ini.
Proses pengumpulan data dijalankan menggunakan instrumen kajian iaitu Ujian
sebelum intervensi, Ujian selepas intervensi, pemerhatian dan temu bual. Data-data
daripada instrumen ini dikumpul, direkodkan dan dibuat perbandingkan di antara
data sebelum intervensi dan selepas intervensi. Perbandingan data-data akhir ini akan
menjelaskan samada kaedah BETIK PETAK yang digunakan oleh pengkaji berkesan
dalam peningkatkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan
titik pada akhur ayat. Cara data dikumpulkan bagi setiap instrumen yang digunakan
adalah seperti berikut;
52
5.5.2 Ujian sebelum intervensi
Ujian sebelum intervensi diberikan sebelum sesi intervensi dimulakan. Ia
bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid
mengenai tajuk yang dikaji. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu
dan menghuraikan dengan bantuan skala nombor atau sistem yang berkategori.
Dalam kajian ini, pengkaji memberikan Ujian sebelum intervensi berupa 1
set soalan yang mengandungi 10 ayat yang kesemuanya ditulis menggunakan huruf
kecil kepada peserta kajian. Ayat-ayat tersebut juga tidak diletakkan sebarang tanda
bacaan. Peserta kajian perlu menuliskan semula ayat-ayat tersebut dengan
menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan meletakkan titik pada akhir ayat.
Seterusnya pengkaji akan merekodkan data-data daripada ujian ini dari sudut
kesalahan menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan meletakkan tanda titik pada
akhir ayat sebelum data tersebut dianalisis.
53
5.5.3 Ujian selepas intervensi
Untuk melihat peningkatan tahap ingatan peserta kajian dalam mengecam dan
menuliskan huruf besar pada permulaan ayat serta meletakkan tanda titik pada akhir
ayat, Ujian selepas intervensi diberikan kepada mereka setelah selesai sesi
intervensi dijalankan . Soalan yang setara dengan Ujian sebelum intervensi sebelum
ini diberikan bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid bagi kemahiran yang
diajar. Seterusnya pengkaji melakukan analisis terhadap data ujian ini untuk melihat
perubahan markah sebelum dan selepas menjalani intervensi. Peningkatan markah
murid yang tinggi menunjukkan bahawa peserta kajian telah berupaya untuk
mengecam dan menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan tanda
titik pada akhir ayat dengan baik. Pengkaji membuat perbandingan perningkatan
markah tersebut
54
5.5.4 Pemerhatian
Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati
dan mengenal pasti tingkah laku peserta kajian sepanjang sesi intervensi dijalankan.
Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kemampuan
peserta kajian dalam mengecam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan
tanda noktah pada akhir ayat. Selain itu ianya dapat memberikan gambaran tentang
tahap keseronokan dan minat mereka dalam mengaplikasikan kaedah yang
diperkenalkan iaitu kaedah BETIK PETAK. Pemerhatian ini juga perlu dijalankan
kerana ciri-ciri kualitatif seperti daya ingatan atau pengecaman murid tidak dapat
diukur melalui ujian secara bertulis seperti ujian sebelum intervensi atau ujian
selepas intervensi. Bagi meningkatkan hasil pemerhatian, pengkaji turut meminta
kerjasama guru pemulihan khas di sekolahnya untuk memerhatikan peserta kajian
semasa pengkaji mengajar. Hal ini kerana guru pemulihan khas berupaya membuat
catatan pemerhatian secara serta-merta berbanding dengan pengkaji yang
hanya berpeluang untuk membuatnya setelah selesai sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Pemerhatian dijalankan sepanjang sesi intervensi menggunakan borang
senarai semak aktiviti murid. Pengkaji membuat pemerhatian daripada empat tema
iaitu minat, tingkah laku, penglibatan dan masalah disiplin. Terdapat 2 aspek yang
diperhatikan dalam setiap tema itu. Data-data daripada pemerhatian itu direkodkan
dan dibuat perbandingan.
55
5.5.5 Temu bual
Pengkaji juga menjalankan sesi temu bual untuk mendapatkan reaksi
peserta kajian berkaitan kaedah BETIK PETAK yang dijalankan sama ada dapat
membatu ingatan mereka dalam mengecam penggunaan huruf besar pada permulaan
ayat dan meletakkan titik pada akhir ayat ataupun sebaliknya. Soalan bagi temu bual
yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu, meningkatkan penguasaan
kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda titik pada akhir
ayat. Soalan yang dikemukakan juga mmenggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas,
mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina
mahupun agama.
Semasa temu bual dijalankan, pengkaji terlebih dahulu mengingatkan
peserta kajian supaya menjawab soalan dengan jujur dan telus. Pengkaji telah
membuat analisis terhadap data ini dan membandingkan di antara hasil data temu
bual sebelum dan selepas intervensi untuk diperlihatkan dalam bentuk jadual.
56
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
6 .1 Pendahuluan
Bahagian ini membincangkan cara data-data dianalisis dan diinterpretasi.
Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil
kajian, seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut.
Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian. Antara objektif khusus
dalam kajian ini ialah;
i. Mengecam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda titik
pada akhir ayat.
ii. Menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda titik pada akhir ayat
Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengecam penggunaan huruf
besar pada permulaan ayat dan tanda titik pada akhir ayat diukur berlandaskan
kepada pemerhatian berstruktur terhadap tingkah laku peserta kajian dan temu bual.
6.2 Analisis Berdasarkan Pemerhatian
Terdapat beberapa aspek yang saya perhatikan sepanjang proses intervensi
berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan
minat murid apabila menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah BETIK PETAK.
57
Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama
seperti yang tertera di dalam Jadual 10 di bawah.
Jadual 10 : Tema dan Aspek Dalam Pemerhatian
Tema Aspek
Minat a) Memberikan sepenuh tumpuan
b) Seronok menggunakan teknik yang diajar
Tingkah laku
pasif
a) Bertanya guru atau rakan
b) Berangan-angan dan termenung
Penglibatan a) Menjawab soalan secara sukarela
b) Menggalakan rakan lain untuk belajar
Masalah disiplin
a) Menggangu murid lain
b) Bercakap-cakap dan bermain
Berdasarkan Jadual 10, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah
dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan
dan masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid
terhadap proses P&P yang dijalani. Sesi intervensi dijalankan sebanyak 3 kali.
Pengkaji telah merekod tingkah laku yang mencerminkan minat murid berdasarkan
kepada aspek-aspek yang ingin diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap
selang masa 5 minit. Data-data daripada pemerhatian bagi setiap sesi intervensi
direkodkan untuk dianalisis dan dilahirkan dalam bentuk jadual.
58
Jadual 11: Kekerapan Tingkah Laku Peserta Kajian Ketika Intervensi
Tema
Kekerapan Tingkah laku Murid
Jumlah Intervensi
1
Intervensi
2
Intervensi
3
Minat 10 10 10 30
Tingkah laku Pasif 0 0 0 0
Penglibatan 8 8 8 24
Masalah Disiplin 1 0 0 1
Berpandukan jadual 11 di atas, terdapat perbezaan jumlah kekerapan
tingkah laku kepada peserta kajian yang dinilai. Peserta kajian menunjukkan minat
dan tiada yang menunjukkan tingkah laku yang pasif semasa ke tiga-tiga sesi
intervensi dijalankan. Pada setiap sesi intervensi, kesemua peserta kajian
menunjukkan penglibatan dalam aktiviti dan hanya seorang sahaja yang mempunyai
masalah disiplin iaitu semasa intervensi kali pertama dilaksanakan. Dapatan ini
membuktikan bahawa kaedah BETIK PETAK mampu mengurangkan tingkah laku
pasif murid. peratusan tingkah laku pasif yang rendah ini disebabkan oleh
kemampuan mereka dalam mengecam penggunaan huruf besar dan tanda titik
melalui kaedah BETIK PETAK. Hal ini tidak secara langsung telah menimbulkan
keseronokan dan minat yang mendalam terhadap kaedah BETIK PETAK yang
digunakan kerana ianya lebih menarik jika dibandingkan dengan kaedah
konvensional.
59
6.3 Analisis Melalui Temu Bual
Jadual 12 : Analisis Berdasarkan Temu Bual Murid Selepas Intervensi
Bil
Item Soalan
% Ya % Tidak
1 Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar 0 100
2 Saya kenal huruf a hingga z 100 0
3 Cikgu berikan tumpuan kepada saya 100 0
4
Saya kenal tanda noktah atau titik 100 0
5
Pengajaran cikgu menyeronokkan 100 0
6
Saya kenal huruf kecil dan huruf besar 100 0
7
Saya suka melukis 100 0
8
Keluarga beri saya bimbingan di rumah 80 20
9
Saya suka menulis 100 0
10
Saya minat belajar pelajaran Bahasa Melayu
100 0
Jadual 12 menunjukkan analisis data temu bual peserta kajian selepas
intervensi dijalankan. Berdasarkan data analisis temu bual murid selepas intervensi
menunjukkan 100 peratus peserta kajian memilih jawapan 'Tidak" pada item 1 (saya
selalu lupa apa yang cikgu ajar) berbanding hanya 10 peratus sahaja yang memilih
jawapan itu sebelum intervensi dijalankan . Bagi item 2, 4 dan 6 yang berkaitan
mengenal huruf a hingga z, huruf besar dan tanda titik , peserta kajian memilih
60
jawapan 'Ya' dengan membawa peratus 100 peratus pada sebelum dan selepas
intervensi . Semua peserta kajian juga memilih 'Ya' pada item 3 (guru berikan
tumpuan kepada saya) berbanding data sebelum intervensi iaitu hanya 50 peratus
sahaja yang memilih jawapan itu. Begitu juga pada item 5 (pengajaran guru
menyeronokkan), 100 peratus peserta kajian memilih jawapan 'Ya' berbanding
pilihan jawapan 'Tidak' pada data sebelum intervensi. 100 peratus peserta menjawab
'Ya' pada item 7 (saya suka melukis) berbanding hanya 40 peratus yang memilih
jawapan itu. Bagi item 9 (saya suka menulis), berlaku peningkatan jawapan 'Ya'
yang dipilih peserta kajian iaitu sebanyak 80 peratus daripada hanya 205. Bagi item
10 (saya minat belajar pelajaran Bahasa Melayu) juga telah meningkat daripada 20
peratus yang menjawab 'Ya' kepada 100 peratus. Berbeza pula bagi item 8 (keluarga
beri saya bimbingan di rumah), 80 peratus peserta kajian menjawab 'Ya' manakala 20
peratus peserta kajian menjawab 'Tidak'. Ini menunjukkan peningkatan jawapan 'Ya'
sebanyak 30 peratus.
Analisis data temu bual itu juga menunjukkan bahawa peserta kajian
mudah mengingati isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Perkara ini adalah
disebabkan adanya tumpuan guru ketika mengajar di samping pengajaran guru yang
menyeronokkan lebih-lebih lagi teknik BETIK PETAK yang digunakan oleh
pengkaji seiring dengan minat mereka yang suka melukis. Tidak secara langsung,
peserta kajian akan lebih berminat mengaplikasikan kaedah melukis PETAK pada
huruf besar di permulaan ayat dan tanda titik pada akhir ayat. Semua data yang
dianalisis ini menunjukkan peningkatan. Peningkatan ini juga menunjukkan bahawa
Kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan tanda titik pada akhir ayat terhadap semua peserta kajian.
61
6.4 Analisis Keputusan Ujian sebelum dan selepas intervensi
Objektif kedua kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian sebelum
intervensi dan Ujian selepas intervensi. Ujian sebelum intervensi telah dijalankan
sebelum intervensi bermula yang bertujuan mendapatkan gambaran tentang
pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian selepas
intervensi pula dijalankan setelah selesai sesi intervensi untuk menilai
keberkesanan kaedah BETIK PETAK yang telah dilaksanakan dalam membantu
peserta kajian dalam menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan
tanda titik pada akhir ayat. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah BETIK
PETAK ini berkesan dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian
sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Gred dan markah yang di guna pakai di
dalam kedua-dua ujian yang dijalankan adalah seperti dalam jadual 13 .
Jadual 13 : Skala Markah Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi
Markah Ujian TAHAP PENGUASAAN
80 - 100 MDC (Menguasai Dengan Cemerlang)
60 - 79 MB (Menguasai Dengan Baik)
40 - 59 MDS (Menguasai Dengan Sederhana)
20 – 39 TM (Tidak Menguasai)
0 - 19 STM (Sangat Tidak Menguasai)
62
Ujian sebelum intervensi telah dijalankan ke atas semua peserta kajian
sebelum pengkaji menjalankan intervensi menggunakan kaedah BETIK PETAK.
Ujian selepas intervensi pula dilaksanakan selepas intervensi dilakukan. Dalam ujian
sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi, semua peserta kajian diberikan 10
ayat penyata yang kesemuanya ditulis menggunakan huruf kecil. Sebarang tanda
baca juga tidak diletakkan pada ayat-ayat tersebut. Peserta kajian perlu menyalin
semula ayat-ayat itu dengan menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan
meletakkan titik pada akhir ayat.
Jadual 14: Keputusan Ujian sebelum intervensi
Peserta
Kajian
(M)
Markah
Huruf Besar
( /10)
Markah
Tanda Titik
( /10)
Jumlah
Markah
(%)
Tahap
Penguasaan
M1
3 3 30 TM
M2
2 3 25 TM
M3
4 3 35 TM
M4
3 2 25 TM
M5
1 3 20 TM
M6
3 5 40 MDS
M7
0 5 25 TM
M8
3 3 30 TM
M9
4 4 40 MDS
M10
5 6 55 MDS
63
Jadual 14 menunjukkan keputusan ujian sebelum intervensi yang melibatkan
kemahiran menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan titik pada
akhir ayat. Markah setiap peserta bagi kemahiran menuliskan huruf besar pada
permulaan ayat telah digabungkan dengan markah kemahiran meletakkan tanda titik
pada akhir ayat dan dijumlahkan dalam bentuk peratus.
Melalui keputusan ujian sebelum intervensi di atas, penguasaan dalam
penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir
ayat bagi M1 dan M8 adalah pada tahap 'Tidak Menguasai' iaitu 30 peratus. Bagi
M2, M4, dan M7, masing-masing mencatatkan markah 25 peratus manakala M3, 35
peratus dan M5, 20 peratus yang juga menunjukkan pada tahap 'Tidak Menguasai'
dalam penguasaan menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan titik
pada akhir ayat. 2 orang peserta kajian iaitu M6 dan M9 masing-masing mendapat
40 peratus, manakala M10 mencatatkan markah 55 peratus penguasaan mereka
adalah pada tahap 'Menguasai Dengan Sederhana'. Kesimpulan daripada keputusan
ujian sebelum intervensi juga menunjukkan bahawa 7 orang peserta kajian masih
berada pada tahap penguasaan 'Tidak Menguasai' dan 3 orang lagi pada tahap
penguasaan 'Menguasai Dengan Sederhana'.
64
Jadual 15 : Keputusan Ujian selepas intervensi
Peserta
Kajian
(M)
Markah
Huruf Besar
( /10)
Markah
Tanda Titik
( /10)
Jumlah
Markah
(%)
Tahap
Penguasaan
M1
10 10 100 MDC
M2
10 10 100 MDC
M3
10 10 100 MDC
M4
10 10 100 MDC
M5
10 10 100 MDC
M6
10 10 100 MDC
M7
10 10 100 MDC
M8
10 10 100 MDC
M9
10 10 100 MDC
M10
10 10 100 MDC
Jadual 15 menunjukkan keputusan Ujian selepas intervensi yang telah
dijalankan terhadap 10 orang peserta kajian selepas melalui sesi intervensi. Melalui
keputusan Ujian selepas intervensi, semua peserta kajian telah dapat menguasai
penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir
ayat dengan catatan markah 100 peratus. Ianya dibuktikan dengan catatan markah
penuh 10/10 yang diperolehi dalam kedua-dua bahagian iaitu menuliskan huruf besar
pada permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir ayat. Ini menunjukkan
bahawa semua peserta kajian telah dapat menguasai penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada tahap 'Menguasai Dengan
Cemerlang'.
65
Jadual 16 : Markah Ujian sebelum intervensi dan selepas intervensi serta
Perbezaan Markah
Peserta
Kajian
(M)
Ujian sebelum
intervensi
(%)
Ujian selepas
intervensi
(%)
Perbezaan
Markah (%)
(+ atau -)
M1
30 100 + 70
M2
25 100 + 75
M3
35 100 + 65
M4
25 100 + 75
M5
20 100 + 80
M6
40 100 + 60
M7
25 100 + 75
M8
30 100 + 70
M9
40 100 + 60
M10
55 100 + 45
Jadual 16 menunjukkan peratus markah-markah bagi 10 orang peserta kajian
melalui Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi dalam kajian
meningkatkan penguasaan menuliskan huruf besar pada permulaan ayat dan
meletakkan tanda titik pada akhir ayat menggunakan kaedah BETIK PETAK.
Terdapat peningkatan terhadap markah-markah yang diperolehi oleh setiap peserta
kajian di mana peratus markah dalam Ujian selepas intervensi masing-masing adalah
lebih tinggi daripada peratus markah dalam Ujian sebelum intervensi. M5
merupakan peserta kajian yang mencatatkan peratus peningkatan tertinggi daripada
66
20 peratus kepada 100 peratus manakala M10 mencatatkan pencapaian yang paling
rendah iaitu 45 peratus. M2, M4 dan M7 masing-masing mencatatkan peningkatan
yang sama iaitu 75 peratus manakala M6 dan M9 masing-masing meningkat daripada
40 peratus kepada 100 peratus. Peningkatan sebanyak 70 peratus juga berlaku
terhadap M1 dan M8. Bagi M3 pula, peningkatan peratus markah adalah sebanyak
65 peratus.
Dalam menjelaskan lagi peningkatan peserta kajian terhadap kajian ini,
pengkaji telah membuat perbandingan peratus markah yang diperolehi melalui Ujian
sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi oleh setiap peserta kajian dalam
bentuk graf.
Rajah 6 : Perbandingan peratus Markah Ujian sebelum intervensi dan Ujian
selepas intervensi
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10
3025
35
2520
40
2530
40
55
100 100 100 100 100 100 100 100 100 100
GRAF PERBANDINGAN PERATUS MARKAH UJIAN
SEBELUM INTERVENSI DAN SELEPAS INTERVENSI
Ujian
Sebelum
Intervensi
Ujian
Selepas
Intervensi
67
Rajah 6 menunjukkan perbandingan peratus markah ujian sebelum intervensi
dan ujian selepas intervensi bagi peserta kajian ini. Data jelas menunjukkan terdapat
peningkatan terhadap peratus markah bagi Ujian selepas intervensi yang diberikan
kepada semua peserta kajian selepas intervensi berbanding peratus markah yang
diperolehi dalam Ujian sebelum intervensi. Dalam Ujian selepas intervensi, semua
peserta kajian mendapat markah 100 peratus. Melihat kepada peningkatan peratus
pencapaian ini, dapatlah disimpulkan bahawa kaedah BETIK PETAK adalah
berkesan dalam meningkatkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan
meletakkan titik pada akhir ayat.
Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan peratus markah ujian,
pengkaji telah membentuk satu jadual yang memaparkan nilai min ujian bagi kedua-
dua ujian iaitu ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi. Tujuannya
adalah untuk membuat perbandingan dan seterusnya bagi membuktikan sama ada
kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan meletakkan titik pada akhit ayat atau sebaliknya.
68
Jadual 17 : Purata Markah bagi ujian sebelum intervensi dan ujian selepas
intervensi
Bilangan
Peserta
Kajian
Purata Markah
Ujian sebelum intervensi
( peratus)
Purata Markah
Ujian selepas intervensi
( peratus)
10
Jumlah peratus
Ujian sebelum intervensi
Jumlah peratus
Ujian selepas intervensi
Jumlah peserta kajian Jumlah peserta kajian
325
=
10
= 32.5 peratus
1000
=
10
= 100 peratus
Jadual 17 menunjukkan purata markah bagi Ujian sebelum intervensi dan
Ujian selepas intervensi. Daripada hasil purata markah, peserta kajian telah
mendapat purata markah 100 peratus selepas sesi intervensi berbanding dengan
purata markah sebelum sesi intervensi iaitu 32.5 peratus. Seterusnya, pengkaji
menggunakan graf bar untuk menunjukkan purata markah bagi Ujian sebelum
intervensi dan Ujian selepas intervensi supaya dapat melihat data dengan lebih jelas.
69
Rajah 7 : Perbandingan purata markah bagi ujian sebelum intervensi dan
ujian selepas intervensi
32.5%
100%
0
20
40
60
80
100
120
Ujian Sebelum Intervensi Ujian Selepas Intervensi
Perbandingan Purata Markah bagi Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi
70
Rajah 7 menunjukkan perbandingan purata markah peserta kajian dalam
Ujian sebelum intervensi dan Ujian selepas intervensi. Perbezaan prestasi peserta
kajian sebelum intervensi dan selepas intervensi adalah ketara. Purata markah peserta
kajian dalam Ujian sebelum intervensi adalah 32.5 peratus manakala purata markah
mereka dalam Ujian selepas intervensi adalah 100 peratus. Perbandingan
peningkatan prestasi sangat ketara sebelum dan selepas peserta kajian menerima
intervensi. Selepas menerima intervensi, purata markah ujian telah dipertingkatkan
sebanyak 68.5 peratus. Ini menunjukkan peserta kajian telah dapat meningkatkan
penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir
ayat setelah diberikan intervensi. Kesimpulannya, kaedah BETIK PETAK telah
berjaya membantu sepuluh orang peserta kajian dalam meningkatkan penggunaan
huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan titik pada akhir ayat.
71
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Rumusan Hasil Kajian
Secara keseluruhannya, objektif kajian ini telah tercapai. Pernyataan ini adalah
berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci
sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah BETIK PETAK berkesan
dalam meningkatkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda titik
pada akhir ayat. Peserta kajian yang menjalani proses intervensi menggunakan
teknik BETIK PETAK menampakkan peningkatan markah ujian yang lebih ketara
berbanding sebelum menerima intervensi. Peningkatan markah ujian tersebut
menunjukkan peserta kajian mudah mengingat proses-proses yang terlibat bagi tajuk
yang difokuskan dan secara tidak langsung membantu mereka untuk menjawab
soalan ujian dengan mudah dan memperolehi markah yang baik. Peningkatan
jumlah markah Ujian selepas intervensi berbanding Ujian sebelum intervensi
membuktikan bahawa objektif terhadap penguasaan dalam menuliskan huruf besar
pada permulaan ayat dan meletakkan tanda titik pada akhir ayat yang disasarkan
pengkaji kepada semua peserta kajian telah berjaya dicapai.
Melalui dapatan kajian ini juga, pengkaji telah dapat menjawab soalan kajian
yang telah ditetapkan iaitu;
72
7.1.1 Soalan Pertama
Adakah kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penguasaan
murid untuk mengecam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan
tanda titik pada akhir ayat?
Ya, Kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penguasaan murid
untuk mengecam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda
titik pada akhir ayat.
7.1.2 Soalan Kedua
Adakah kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penguasaan murid
untuk menuliskan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda
titik pada akhir ayat?
Ya, Kaedah BETIK PETAK dapat meningkatkan penguasaan murid
untuk menuliskan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda
titik pada akhir ayat.
Pengaplikasian penggunaan akronim 'BETIK' yang dijadikan oleh pengkaji
sebagai sebahagian nama kaedah yang digunakan menjadi salah satu tarikan kepada
peserta kajian untuk memudahkan mereka mengecam penggunaan huruf besar dan
tanda titik dalam menuliskan ayat. Begitu juga dengan penggunaan Blok Teknikal
yang digunakan oleh pengkaji sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam
kajiannya memberi peluang kepada peserta kajian mewujudkan hubungan dalam
pembelajaran bukan sahaja antara murid dengan guru malahan murid dengan bahan.
73
Aktiviti melakarkan PETAK pada huruf besar dan tanda titik menggunakan Blok
Teknikal juga dilihat dapat mengukuhkan lagi penguasaan peserta kajian dalam
mengecam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan tanda titik
pada akhir ayat. Penggunaan BBM ini dapat menjadikan murid rasa lebih seronok
melakukan aktiviti pembelajaran.
Hal ini selaras dengan kenyataan Choong Lean Keow ( 2008), pengajaran
yang banyak berpusatkan guru akan membuatkan murid-murid bersikap pasif.
Perbezaan murid menentukan kesediaan mereka menghadapi pembelajaran.
Sesetengah mereka kurang bersedia kerana kurang minat dan tidak bersemangat.
Sesetengah pula teruja untuk menguasai pengetahuan. Hal ini diperkatakan juga
oleh Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua
fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya
pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara
dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran
akan bercambah.
74
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan kaedah BETIK PETAK sememangnya berkesan bagi
meningkatkan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda titik pada
akhir ayat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ianya juga dapat
merangsang murid dalam mengecam penggunaan huruf besar dan tanda titik selain
meningkatkan keseronokan belajar kepada murid-murid. Namun terdapat beberapa
cadangan yang boleh dilaksanakan lagi pada masa akan datang seperti:
i. Mengitegrasikan teknik BETIK PETAK dengan teknik nyanyian.
Gabungan teknik ini dilihat dapat menambahkan lagi minat murid untuk
belajar bersesuaian dengan pendapat Brewer (2007) di dalam kajiannya
menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P adalah sangat efektif.
Menurut kajian yang dijalankan beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan
nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman
pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif
murid dalam P&P. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant,
sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran.
ii. Memasukkan elemen ICT dalam langkah-langkah merawat masalah
murid yang lemah dalam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan
meletakkan tanda titik pada akhir ayat. Penggunaan video animasi misalnya,
akan menjadikan murid menerima sesuatu pelajaran sambil berhibur selaras
75
dengan pendidikan Alaf 21 iaitu didik hibur. Ujian-ujian dijalankan secara
interaktif atau secara atas talian membolehkan mereka melaksanakannya di
rumah. Tidak secara langsung, ibu bapa atau penjaga mereka dapat sama-
sama terlibat dalam memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.
iii. Kaedah BETIK PETAK boleh diaplikasikan atau disesuaikan untuk
mengatasi masalah lain dalam pepengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
bahasa Melayu. Hal ini dapat menjimatkan tenaga dan masa kerana guru
tidak perlu untuk memikirkan kaedah yang baharu. Mereka boleh
menggunakan kaedah BETIK PETAK secara terus atau membuat
pengubahsuaian terhadap mana-mana bahagian yang dirasakan perlu.
iv. Kaedah ini perlu diaplikasikan oleh semua guru dalam pengajaran
bukan sahaja dalam pengajaran bahasa Melayu khususnya bagi mengatasi
masalah penguasaan murid dalam menuliskan huruf besar pada pangkal ayat
dan meletakkan titik pada akhir ayat. Tidak secara langsung akan
menyebabkan kaedah BETIK PETAK ini bertahan lama dan tidak hilang
ditelan zaman.
76
9.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI
Kesimpulannya, semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif.
Melalui hasil temu bual bersama peserta kajian juga menunjukkan mereka lebih
seronok menggunakan kaedah ini dan melahirkan kesukaannya terhadap pelajaran
Bahasa Melayu. Keseronokan mereka jelas kelihatan ketika sesi intervensi
dijalankan, mereka menyebut-nyebutkan akronim 'BETIK' yang dimaksudkan
pengkaji sebagai 'besar titik' berulang-ulang kali sambil menuliskan huruf besar pada
permulaan ayat dan meletakkan tanda titik ketika menyalin ayat. Hal ini diakui oleh
Menurut Ewell (1997), maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika
pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, apabila berlakunya interaksi
peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi.
Melalui pemerhatian yang dilakukan pengkaji juga dapat disimpulkan
bahawa kaedah BETIK PETAK sangat berkesan kepada peserta kajian dalam
mengecam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan meletakkan titik pada
akhir ayat. Hal ini dibuktikan apabila mereka mampu untuk menuliskan huruf besar
dan tanda titik ketika Ujian selepas intervensi dijalankan. Proses pengecaman
terhadap huruf besar serta tanda titik dan kedudukannya dalam ayat berlaku sebelum
proses menuliskannya lagi. Proses pengecaman huruf besar besar pada permulaan
ayat dan tanda titik itu dikukuhkan lagi dengan penggunaan Blok Teknikal. Semua
peserta kajian dilihat dapat melakarkan PETAK pada huruf besar dan tanda titik yang
dituliskannya itu menggunakan Blok Teknikal tersebut. Tingkahlaku yang
77
ditunjukkan peserta kajian juga menunjukkan mereka tidak lagi bermain-main atau
termenung. Mereka lebih menumpukan perhatian terhadap menuliskan ayat yang
diberikan. Keyakinan diri mereka juga menjadi lebih tinggi. Keadaan ini terbukti
apabila mereka tidak lagi bertanya kepada guru atau rakan-rakan mereka ketika
melaksanakan aktiviti pada akhir intervensi dijalankan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ada menyatakan murid
akan belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif dan akan berasa
terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Impaknya pula
pada guru ialah golongan ini akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang
diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan, dan akan
memperoleh lebih keseronokkan dan kepuasan dalam menjalankan tugas mereka.
Setelah menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati kajian tindakan
merupakan kajian yang amat sesuai digunakan untuk menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran di samping dapat meneroka permasalahan yang
dihadapi oleh peserta kajian. Dengan menjalankan kajian tindakan ini juga, pengkaji
dapat mengetahui amalan pengajaran yang paling sesuai digunakan untuk menarik
minat para peserta kajian dalam mempelajari sesuatu perkara.
Dalam proses menyiapkan kajian ini, pengkaji dapat mempelajari cara
mengumpul, menganalisis, menghuraikan data-data dan melaporkan maklumat yang
diperolehi. Ianya secara tidak langsung meningkatkan kemahiran saya dalam
78
menulis khususnya berkaitan laporan kajian. Kajian merupakan satu kaedah yang
dilakukan untuk memastikan maklumat yang diperolehi itu munasabah dan disokong
oleh data-data kuantiti dan kualiti. Pengkaji telah belajar cara untuk memungut bukti
kepada keraguan, iaitu memberi jawapan kepada soalan kajian yang dinyatakan.
Pelbagai teknik dan pendekatan boleh dilakukan oleh seseorang guru dalam
memberi kefahaman tentang sesuatu topik yang diajar kepada murid. Dengan
terhasilnya kajian ini, pengkaji telah dapat mewujudkan satu lagi kaedah baharu
dalam menyelesaikan masalah murid menuliskan huruf besar dan meletakkan tanda
titik selain kaedah-kaedah yang telah dicipta oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
Antaranya Nora Wahid (2012) yang telah mengkaji berkaitan penulisan huruf besar
dengan menggunakan tajuk Penggunaan Kaedah Huruf Berwarna dalam
Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Tanda Baca (Huruf Besar) bagi Murid Tahun
Tiga melalui teknik warna.
Pengkaji meletakkan harapan semoga kajian ini dapat dijadikan panduan
kepada pengkaji-pengkaji akan datang dalam menyelesaikan masalah pembelajaran
murid-murid di sekolah. Hal ini bertepatan dengan pendapat Toh Wah Seng (2005),
menyatakan kajian penyelidikan boleh diguna pakai sebagai satu pendekatan untuk
perkembangan profesional yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan
kualiti amalan guru dan justeru itu penambahbaikan sekolah. Setiap guru di sekolah
juga akan terangsang untuk membuat perubahan dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran terutama mata pelajaran Bahasa Melayu supaya selaras dengan visi dan
misi sekolah.
79
10.0 SENARAI RUJUKAN
Buku
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am, Selangor : PTS Professional, PTS Media
Group Sdn Bhd
Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS Media
Group Sdn Bhd
Awang Mohd Amin. (1992). Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-
Bahasa Melayu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hajah Noresah. (2012). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hasnah Awang, Habibah Mohd. Samin. (2010). Literasi Bahasa Melayu. Selangor :
Kumpulan –Budiman Sdn. Bhd
Institut Pendidikan Guru. (2010). Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan
Tindakan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Institut Pendidikan Guru. (2013). Modul Kursus Penyelidikan Tindakan 1
BMM3133. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jurnal Kajian Tindakan, Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Jilid 2/2009. Jabatan
Pendidikan Negeri Johor.
Kamarudin Hj Husin. (1998). Pedagogi Bahasa . Kuala Lumpur. Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj,. Musa (2000). Tatabahasa Dewan
Jilid 2, Perkataan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita
Kurikulum. 9(1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
80
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Belajar
Cara Belajar. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Aplikasi Teori Kecerdasan pelbagai
Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Kementerian pelajaran Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua.
Ting Len Siong, Ahmad Sabry Bin Othman, Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan
Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala lumpur : Penerbitan Freemind Horizons
Sdn. Bhd.
Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yong, L.M.S & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-isu Teorikital
dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Zailan Jeman. (2005). Besar dan kecil. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan
Tahun 2005 MPBL, 63-70.
Jurnal
Abd Kareem Firdaus Abd Razak. (2010). Pembelajaran Masteri untuk mengatasi
masalah menulis huruf besar dan kecil murid Tahun 4. Koleksi Laporan
Penyelidikan Tindakan Tahun 2009IPGKBL, 1-12.
Abdul Karim Bin Haji Jawi.(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun
5Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan kaedah Pembelajaran Khusus
serta Bimbingan Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003
Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman Betong.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca
dan Menulis Bahasa Melayu Responden Sekolah Rendah Kebangsaan Luar
Bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. 2 hingga 4 Jun 2008.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca
dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar
bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun 2008.
81
Abdul Rasid Jamian. (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis
Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu
Camelya Loyanto Bronie. (2010). Mengatasi kelemahan penggunaan huruf besar di
hadapan ayat Bahasa Melayu murid Tahun 4 melalui imej visual. Koleksi
Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun 2009 IPGKBL, 66-84.
Cristy Maikol. (2012). Meningkatkan Penguasaan Penulisan Huruf Besar.
Lina Ping Madang. (2010). Penguasaan kotak bergaris dalam membantu murid
tahun 2 menulis huruf „j‟ besar dan kecil dengan betul semasa menjawab
soalan kefahaman Bahasa Melayu. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan
Tahun 2009 IPGKBL, 157-171.
Micheal Saten. (2010). Kesan bimbingan secara individu terhadap masalah
penggunaan huruf besar dan kecil dalam Bahasa Melayu murid Tahun 4.
Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun 2009 IPG-KBL, 199-210
Nora Binti Wahid (2012). Penggunaan Kaedah Huruf Berwarna Dalam
Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun Tiga.
Laporan Penyelidikan Kajian Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato‟ Razali Ismail Tahun 2012, 1- 47.
Senia Chundi. (2003). Menangani masalah mengenal dan menyebut huruf besar
seorang responden Tahun 4 dengan pendekatan latih tubi.
Siti Nazifah Binti Mohd Nor (2009). Laporan Kajian Tindakan Kemahiran
Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalangan murid Pemulihan Melalui
Kaedah “Nyanyi Dan Lukis”.
Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar
bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna.
Sumber Internet
Cara Pengumpulan Data, Online 15 MEI 2015.
https://www.academia.edu/3834109/CARA_PNGUMPULAN_DATA
Di manakah Silap Guru?, Online 5 APRIL 2015.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0113&pub=Utusan_
Malaysia &sec =Forum&pg=fo_01.htm
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Online 8
APRIL 2015. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-
Blueprint-BM.pdf
Menulis, Online 2 MEI 2015
https://id.wikipedia.org/wiki/Menulis
82
HALAMAN SENARAI JADUAL
83
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1 Analisis Berdasarkan Temu Bual Murid Sebelum Kajian 13
2 Analisis Rekod Pemerhatian Lembaran Kerja Bertulis Murid 16
3 Keputusan Ujian Akhir Tahun 2014 19
4 Skala Markah Ujian Akhir Tahun 2014 20
5 Maklumat Asas Peserta Kajian 26
6 Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan 29
7 Carta Gant Pelaksanaan Kajian Tindakan 30
8 Langkah-langkah Intervensi 35
9 Cara Pengumpulan Data 38
10 Tema dan Aspek Yang Dalam Pemerhatian Pemerhatian 44
11 Kekerapan Tingkah Laku Peserta Kajian Ketika Intervensi 45
12 Analisis Berdasarkan Temu Bual Murid Selepas Intervensi 46
13 Skala Markah Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi 48
14 Keputusan Ujian Sebelum Intervensi 49
15 Keputusan Ujian Selepas Intervensi 51
16 Markah Ujian Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi
serta Perbezaan Markah 52
17 Purata Markah bagi Ujian Sebelum Intervensi dan Ujian
Selepas Inervens 55
84
HALAMAN SENARAI RAJAH
85
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1 Contoh Kesalahan Latihan Kerja Bertulis Murid 4
2 Perbandingan Tahap Penguasaan Murid Terhadap Masalah
Huruf Besar danTanda Titik 18
3 Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart 28
4 Blok Teknikal 31
5 Pelaksanaan Intervensi 37
6 Perbandingan Peratus Markah Ujian Sebelum Intervensi
dan Ujian Selepas Intervensi 53
7 Perbandingan Purata Markah bagi Ujian Ssebelum Intervensi
dan Ujian Selepas Intervensi 56
86
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN
87
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran
A Borang Temu Bual Bersama Murid
B Borang Senarai Semak Lembaran Kerja Bertulis Murid
C Keputusan Ujian Akhir Tahun 2014
D Ujian Sebelum Intervensi
E Latihan Intervensi 1
F Latihan Intervensi 2
G Latihan Intervensi 3
H Ujian Selepas Intervensi
I Borang Senarai Semak Aktiviti Murid
J Borang Temu Bual Bersama Murid Selepas Intervensi
K Senikata Lagu Betik Petak
L Gambar Intervensi Sedang Dijalankan
M Gambar Ujian Intervensi
88
LAMPIRAN A
BORANG TEMU BUAL BERSAMA MURID
89
LAMPIRAN A
BORANG TEMU BUAL BERSAMA MURID
Nama : ........................................................ Tarikh : ......................
Arahan : Tandakan (/) pada pilihan jawapan anda. Jawablah dengan jujur
BIL
Item Soalan
Ya
Tidak
1
Pengajaran cikgu menyeronokkan
2
Cikgu berikan tumpuan kepada saya
3
Saya minat belajar pelajaran Bahasa Melayu
4
Keluarga beri saya bimbingan di rumah
5
Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar
6
Saya suka menulis
Saya faham arahan cikgu
90
7
8
Saya kenal tanda noktah atau titik
9
Saya kenal huruf a hingga z
10
Saya kenal huruf kecil dan huruf besar
LAMPIRAN B
BORANG SENARAI SEMAK LEMBARAN KERJA BERTULIS
MURID
91
LAMPIRAN B
BORANG SENARAI SEMAK LEMBARAN KERJA BERTULIS MURID
Nama Murid : ........................................................ Tarikh : ..........................
Arahan : Tandakan (/) pada pernyataan yang sesuai.
Soalan
Menuliskan huruf besar
pada permulaan ayat
Meletakkan titik pada akhir
ayat
Betul Salah Betul Salah
1
2
3
4
92
5
6
7
8
9
10
JUMLAH
LAMPIRAN C
KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TAHUN 2014
93
LAMPIRAN C
SK TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU
KEPUTUSAN UJIAN AKHIR TAHUN 2014
Kelas : 4 Cerdas
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Penulisan
BIL
NAMA MURID
MARKAH
(%)
GRED
1
ADAM HAKIKI FIRDAUS
35
GAGAL
2
MUHAMMAD FARHAN
33
GAGAL
3
AHMAD DINIEE NORZAFULKAHAR
42
LULUS
94
4
MUHAMMAD ADAM HARIS
28
GAGAL
5
AIMAN HAKIM
35
GAGAL
6
HAIRUNISA MAHMUD
30
GAGAL
7
MUHAMMAD AMIR IRFAN
44
LULUS
8
HARRAJ BAZIL
37
GAGAL
9
NURULFATEHA
48
LULUS
10
MUHDKHAIRUL HAFIZAN
42
LULUS
LAMPIRAN D
UJIAN SEBELUM INTERVENSI
95
LAMPIRAN D
UJIAN SEBELUM INTERVENSI
Nama : _______________________ Tarikh : _____________
Arahan : Salin semula ayat di bawah dengan menuliskan huruf besar
dan tanda titik di tempat yang sesuai
1. ayah menebas rumput itu
_________________________________________________________________
2. feri itu sungguh cantik
_________________________________________________________________
3. cawan itu telah pecah
96
________________________________________________________________
4. buku abang sangat tebal
_________________________________________________________________
5. emak sedang menyapu sampah
_________________________________________________________________
Arahan : Salin semula petikan di bawah dengan menuliskan huruf
besar dan tanda titik di tempat yang betul
pagi itu cuaca cerah aku lihat ayah bersiap untuk ke ladang ibu sibuk
masak di dapur kakak membantu ibu mencuci pinggan adik telah
bersedia untuk kesekolah
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
LAMPIRAN E
97
LATIHAN INTERVENSI 1
LAMPIRAN E
LATIHAN INTERVENSI 1
Nama : _______________________ Tarikh : _____________
Salin semula ayat di bawah dengan menuliskan huruf besar dan
tanda titik di tempat yang sesuai
1. cacing itu sangat panjang
_______________________________________________________
98
2. emak memasak di dapur
______________________________________________________
3. arnab suka makan lobak
_______________________________________________________
4. bola itu saya tendang
______________________________________________________
5. foto itu sangat cantik
_______________________________________________________
6. harimau tinggal di dalam hutan
______________________________________________________
7. gasing adik berpusing ligat
______________________________________________________
8. datuk saya sudah pulang
_______________________________________________________
9. jam itu sudah rosak
______________________________________________________
10. kaki kerusi itu patah
_______________________________________________________
99
LAMPIRAN F
LATIHAN INTERVENSI 2
LAMPIRAN F
LATIHAN INTERVENSI 2
Nama : _______________________ Tarikh : _____________
100
Salin semula petikan di bawah dengan menuliskan huruf besar dan
tanda titik di tempat yang sesuai
____________________________________________________________________
saya suka bermain bola sepak setiap petang saya bermain bola
sepak saya bermain bola sepak bersama rakan-rakan kami selalu
bermain di padang cita-cita saya ingin menjadi pemain bola sepak
yang terkenal
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
101
LAMPIRAN G
LATIHAN INTERVENSI 3
LAMPIRAN G
102
LATIHAN INTERVENSI 3
Nama : _______________________ Tarikh : _____________
Arahan : Salin semula ayat di bawah dengan menuliskan huruf besar
dan tanda titik di tempat yang sesuai
1. kucing itu sangat comel
__________________________________________________________________
2. ayah saya seorang doktor
_________________________________________________________________
3. kawan saya sangat rajin
_________________________________________________________________
4. abang membeli baju baru
_________________________________________________________________
5. pokok rambutan itu tinggi
_________________________________________________________________
Arahan : Salin semula petikan di bawah dengan menuliskan huruf
besar dan tanda titik di tempat yang betul
datuk saya ada dusun buah-buahan banyak pokok buah-buahan di
dusun datuk saya suka memetik buah rambutan adik suka makan
buah durian datuk menjual buah-buah itu di pasar
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
103
LAMPIRAN H
UJIAN SELEPAS INTERVENSI
104
LAMPIRAN H
UJIAN SELEPAS INTERVENSI
Nama : _______________________ Tarikh : _____________
Arahan : Salin semula ayat di bawah dengan menuliskan huruf besar
dan tanda titik di tempat yang sesuai
1. kereta ayah saya cantik
__________________________________________________________________
2. adik saya suka makan roti
_________________________________________________________________
3. saya suka menonton televisyen
_________________________________________________________________
4. zaman sekarang zaman moden
_________________________________________________________________
5. yoyo adik sudah rosak
_________________________________________________________________
Arahan : Salin semula petikan di bawah dengan menuliskan huruf
besar dan tanda titik di tempat yang betul
setiap orang ada cita-cita saya juga mempunyai cita-cita
polis adalah cita-cita saya ayah saya juga seorang
anggota polis saya harap cita-cita saya akan tercapai
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
105
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
LAMPIRAN I
BORANG SENARAI SEMAK AKTIVITI MURID
106
LAMPIRAN I
BORANG SENARAI SEMAK AKTIVITI MURID
Nama : ....................................................... Tarikh : ...........................
Rawatan kali ke : 1 / 2 / 3 ( bulatkan yang berkenaan)
Tema
Aspek
( / )
( X )
Minat
a) Memberikan sepenuh tumpuan
b) Seronok menggunakan teknik yang diajar
Tingkah laku
a) Bertanya guru atau rakan
b) Berangan-angan dan termenung
Penglibatan
a) Menjawab soalan secara sukarela
b) Menggalakan rakan lain untuk belajar
107
Masalah
disiplin
a) Menggangu murid lain
b) Bercakap-cakap dan bermain
LAMPIRAN J
BORANG TEMU BUAL BERSAMA MURID
SELEPAS INTERVENSI
108
LAMPIRAN J
BORANG TEMU BUAL BERSAMA MURID
SELEPAS INTERVENSI
Nama : ........................................................ Tarikh : ......................
Arahan : Tandakan (/) pada pilihan jawapan anda. Jawablah dengan jujur
BIL
Item Soalan
Ya
Tidak
1
Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar
2
Saya kenal huruf a hingga z
3
Cikgu berikan tumpuan kepada saya
4
Saya kenal tanda noktah atau titik
5
Pengajaran cikgu menyeronokkan
6
Saya kenal huruf kecil dan huruf besar
7
Saya faham arahan cikgu
109
8
Keluarga beri saya bimbingan di rumah
9
Saya suka menulis
10
Saya minat belajar pelajaran Bahasa Melayu
LAMPIRAN K
LAGU BETIK PETAK
110
LAMPIRAN K
LAGU BETIK PETAK
(Melodi - Lagu Buah-buahan)
Mula tulis huruf besar,
Habis tulis letak titik;
Kalau lupa ingatlah betik,
Buat petak boleh juga.
111
LAMPIRAN L
GAMBAR INTERVENSI SEDANG DIJALANKAN
112
LAMPIRAN L
GAMBAR INTERVENSI SEDANG DIJALANKAN
113
Menuliskan huruf besar pada pangkal ayat
Latihan intervensi
114
LAMPIRAN M
GAMBAR UJIAN INTERVENSI
115
LAMPIRAN M
GAMBAR UJIAN INTERVENSI
Ujian sebelum intervensi
Ujian selepas intervensi
top related