mengenai malaysia
Post on 28-Jan-2017
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara
menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-
kurangnya dua pertiga di Parlimen.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain,
Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu
mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
JALUR GEMILANG
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhirdengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang samadalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka,
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Wilayah Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawahhingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat
Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak
bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha MuliaRaja-raja.
Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 PerdanaMenteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih
nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.
BUNGA KEBANGSAAN
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bungakebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu
YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihantersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang
merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomiserta sifat keberanian menempuh cabaran.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksudlima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga
Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi
lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidupharmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksudkepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran
menjadi lambang pelbagai bangsa.
RAKYAT MALAYSIA,RAKYAT MAJMUK
Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang tinggal dalam satu kawasan dan berjiran hidup dengan harmoni dan masing-
masing bebas menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka tanpa sebarang gangguan.
Hujah ini dapat dikukuhkan lagi apabila pada musim perayaan mereka saling kunjung-mengunjung antara satu sama lain. Apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina misalnya, rakan-rakan yang berbangsa Melayu dan India juga turut mengunjungi rumah rakan dan jiran yang berbangsa Cina untuk bersama merayakannya Kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan keharmonian antara kaum maka benarlah jika dikatakan bahawa bandar di Malaysia menonjolkan imej yang baik
kepada negara dari aspek perhubungan antara kaum.
RUKUN NEGARA
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garispanduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia
telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-PertuanAgong keempat.Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruhmasyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmurannegara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains danteknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruhtenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan
PARLIMEN
Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperananmenggubal undang-undang untuk diguna pakai di negara ini. Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat
Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang sediaada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaandan meluluskan cukai-cukai baru. Ia juga adalah wadah untukperbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagimengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara. Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:
Yang di-Pertuan AgongDewan NegaraDewan Rakyat
NEGARAKU (LIRIK)
NEGARAKUTANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJURAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTARAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
LAGU NEGARAKU
Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangatpatriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta
mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu
Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dansosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.
Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untukkesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku
asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara berajalain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan
sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambutPerayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah
rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih
dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.
YANG DI PERTUAN AGONG
Yang di-Pertuan Agong adalah institusi Ketua Negara seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi
baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah
Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong
dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
top related