memperkasakan kelab & persatuan

Post on 07-Jul-2016

462 Views

Category:

Documents

11 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

membantu ahli kelab dan persatuan

TRANSCRIPT

BAGAIMANA MEMPERKASAKAN KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH

BAGAIMANA MEMPERKASAKAN KELAB DAN PERSATUAN

Definisia. Kelab dan Persatuan - sebagai “entiti

dalam bidang kokurikulum yang ditubuhkan secara rasmi dan sah di sekolah”.( Nota : Definisi formal boleh dirujuk dalam buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah )

NMR

b. Memperkasakan - sebagai “ usaha berterusan untuk menjadikan kelab dan persatuan di sekolah wadah yang menyediakan ruang dan peluang yang kondusif kepada murid-murid untuk memperolehi dan memperkaya kepengetahuan, kemahiran dan pengalaman, disamping membangunkan nilai dan jati diri serta pandangan hidup masing- masing secara bersepadu”.

NMR

CADANGAN STRATEGI1.Merangka dan melaksanakan

perancangan tahunan yang sistematik dan pragmatik.- Perancangan tahunan yang sistematik mempunyai ciri-ciri berikut:-a.Mempunyai matlamat yang jelasb.Mempunyai objektif yang spesifik dan kuantitatif

NMR

c.Mempunyai jadual,kaedah dan logistik pelaksanaan yang jelas bagi setiap aktivitid.Mempunyai kurikulum pelaksanaan yang spesifik dan yang berdasarkan elemen-elemen peningkatan bagi setiap aktiviti yang dirancange.Mempunyai sistem atau kaedah penilaian bagi setiap aktiviti yang dijalankan

NMR

f. Mempunyai sistem atau kaedah penghargaan berdasarkan penyertaan dan penglibatan ahli dalam aktiviti yang dilaksanakan.g. Sesuatu aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan akan merangsangkan aktiviti-aktiviti lain atau menimbulkan idea serta semangat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan tetapi yang lebih mencabar.

NMR

- perancangan tahunan yang pragmatik mempunyai ciri-ciri berikut:-a. Aktiviti yang dirancang mampu dilaksanakan daripada segi kewangan dan kepakaran.

b. Aktiviti-aktiviti yang dirancang mengandungi elemen-elemen penambahan dan pengayaan kepada mata pelajaran-matapelajaran berkaitan yang diajar dalam bilik darjah.

NMR

c. Aktiviti-aktiviti yang dirancang memberi ruang dan peluang kepada murid-murid berinteraksi dalam konteks perkongsian pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan sumber.

d. Aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak mengabaikan minat dan cita-cita kerjaya murid-murid yang terlibat.

NMR

e. Jadual pelaksanaan aktiviti tidak bercanggah atau menganggu program pengajaran dan pembelajaran ( p&p)formal di sekolah sebaliknya dilaksanakan dalam kerangka saling lengkap melengkapi.

f. Penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah secara sukarela atau atas pilihan sendiri.

NMR

2. Mempelbagaikan jenis aktiviti yang dirancang dengan tujuan mewujudkan ruang dan peluang kepada murid-murid mencapai pelbagai kepuasan tanpa mengabaikan minat dan cita-cita kerjaya mereka.

a. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kepuasan kognitif atau kepuasan intelektual.

NMR

b. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kepuasan kreatif dan inovatif.

c. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kepuasan sosial.

d. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kepuasan jasmani dan rohani.

e. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kepuasan rekreasi dan emosi.

f. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kepuasan penerokaan.

NMR

g. Aktiviti-aktiviti yang tidak mengabaikan minat dan cita-cita kerjaya murid-murid adalah aktiviti-aktiviti yang konsepnya mereka rangka sendiri berdasarkan minat dan pilihan kerjaya yang mereka inginkan pada masa hadapan.

NMR

3. Mewujudkan skema khas penggredan pencapaian ahli sepanjang keanggotaan mereka sebagai ahli, seperti skema penggeredan atau tahap pencapaian yang diwujudkan dalam pasukan pakaian seragam.

Contoh cadanganPersatuan Sejarah misalnya boleh mewujudkan tiga tahap penggeredan, misalnya

NMR

Anugerah Pingat Perdana ( tahap pertama) Anugerah Bintang Perdana ( tahap kedua) dan Anugerah Perdana Diraja ( tahap tertinggi). Bagi setiap tahap, setiap murid mestilah memenuhi kriteria-kriteria kuantitatif tertentu, misalnya seperti berikut:

a. Untuk Anugerah Pingat Perdana, kriteria-kriteria kuantitatif yang perlu dipenuhi adalah:-

NMR

i. Mendapat markah 75%ke atas bagi mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan dua.ii. Telah membuat satu kajian mengenai satu tempat bersejarah atau seorang tokoh dikawsan kediaman masing-masing. (Penilaian dibuat berdasarkan laporan yang disediakan) iii. Telah membaca sekurang-kurangnya 5 buah buku sejarah atau berunsur sejarah

NMR

iv. Telah mengikuti semua Aktiviti Persatuan Sejarah Sekolah selama dua tahun berturut-turut.v. Telah menghasilkan sekurang-kurangnya satu essei mengenai sesuatu topik bersejarah.

b. Untuk Anugerah Bintang Perdana, kriteria-kriteria kuantitatif yang perlu dipenuhi adalah:-

NMR

i. Mendapat markah 75% keatas bagi mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3.ii. Telah membuat satu kajian mengenai satu tempat bersejarah atau seorang tokoh di daerah masing-masing. (Penilaian dibuat berdasarkan laporan yang disediakan ).iii. Telah membaca sekurang-kurangnya 8 buah buku sejarah atau berunsur sejarah.

NMR

iv. Telah mengikuti semua aktiviti Persatuan Sejarah Sekolah selama 3 tahun berturut-turut.

v. Telah menghasilkan sekurang-kurangnya 3 essei mengenai sesuatu topik sejarah.

c. Untuk Anugerah Perdana Diraja, kriteria-kriteria kuantitatif yang perlu dipenuhi adalah:-

NMR

i. Mendapat markah 75% keatas bagi mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan pertengahan tahun tingkatan lima.ii. Telah membuat satu kajian mengenai satu tempat bersejarah atau seorang tokoh dinegeri masing-masing. ( Penilaian dibuat berdasarkan laporan yang disediakan)iii. Telah membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku sejarah atau berunsur sejarah.

NMR

iv. Telah mengikuti semua aktiviti Persatuan Sejarah Sekolah selama empat tahun berturut-turut.v. Telah menghasilkan sekurang-kurangnya 5 essei mengenai sesuatu topik bersejarah.

4. Menaiktarafkan aktiviti-aktiviti yang dirancang ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan mencabar, iaitu:-

NMR

a. Meningkatkan prestij aktiviti yang dirancang daripada aktiviti peringkat kelab atau persatuan kepada peringkat sekolah, seterusnya kepada peringkat daerah, negeri dan peringkat kebangsaan.b. Meningkatkan penyertaan yakni membukakan penyertaan kepada ahli dan bukan ahli.c. Menyediakan ganjaran/hadiah yang lebih besar, lebih bermakna atau lebih bernilai

NMR

5. Menyedia dan memperkaya bahan-bahan sumber, sama ada dalam bentuk perkakasan, perisian dan peralatan, tetapi juga bahan-bahan rujukan seperti buku-buku yang berkaitan. Dua kategori utama bahan-bahan sumber yang perlu disediakan dan diperkayakan adalah:-a. Bahan-bahan sumber untuk pentadbiran dan pengurusan.b. Bahan-bahan sumber untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti asas.

NMR

6. Memantapkan organisasi kelab dan persatuan dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan jawatankuasa kepimpinan melaksana dan mengurus fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Strategi ini boleh dilaksanakan dengan cara yang berikut.

NMR

a. Menjalankan lebih banyak dan lebih kerap kursus-kursus kepengurusan dan kepemimpinan kelab dan persatuan kepada guru-guru dan murid-murid.b. Menjalankan kursus-kursus motivasi untuk jawatankuasa kepimpinan dan ahli-ahli.c. Memperolehi dan menyebarkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sesuatu kelab atau persatuan.

NMR

7. Menggalakkan kelab dan persatuan membina networking atau menjalin kerjasama dengan kelab atau persatuan yang sama di sekolah-sekolah lain atau dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat atau NGO di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

8. Sekolah berusaha menyediakan dana untuk memberi subsidi atau sebagai insentif kepada kelab membiayai aktiviti masing-masing.

NMR

9. Menyediakan sumber kepakaran dan kejurulatihan dikalangan guru-guru dan para pemimpin kelab dan persatuan dengan cara:-a. Menghantar guru-guru mengikuti kursus kejurulatihan diperingkat daerah negeri atau kebangsaan.b. Menghantar pemimpin-pemimpin kelab atau persatuan mengikuti kursus-kursus pengurusan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.

NMR

c. Melaksanakan kursus-kursus dalaman.d. Bekerjasama atau berhubung dengan kelab atau persatuan yang lain untuk menjalankan sesuatu jenis aktiviti yang sama supaya sumber kepakaran dan kejurulatihan dapat dikongsikan bersama.

NMR

10. Memberi ruang dan peluang kepada setiap kelab atau persatuan menyertai atau terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti yang ditaja atau dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, NGO’s dan badan-badan korporat disemua peringkat.

11. Membangunkan sistem dokumentasi mengenai penyertaan, penglibatan dan pencapaian ahli yang accountable, sah dan mudah diakses, misalnya dengan mewujudkan buku aktiviti untuk semua ahli.

NMR

12. Menggalakkan setiap kelab atau persatuan mencipta dan menggunakan elemen-elemen identiti yang khusus tanpa menjejaskan identiti institusi, yakni identiti sekolah. Diantara elemen-elemen identiti yang dimaksudkan termasuklah lencana, logo, bendera, lagu rasmi dan sebagainya.

13. Pihak sekolah menyediakan prasarana yang memadai untuk setiap kelab atau persatuan manjalankan kegiatan masing-masing.

NMR

14. Pihak sekolah mewujud dan menguatkuasakan suatu sistem dan mekanisme pemantauan dan penyeliaan ke atas setiap kelab atau persatuan supaya setiap kelab atau persatuan terus bergiat dan menunjukkan kemajuan dari masa kesemasa. Dapatan-dapatan yang diperolehi daripada pemantauan dan penyeliaan ini boleh digunakan sebagai asas pemberian anugerah kepada mana-mana kelab atau persatuan.

NMR

15. Pihak sekolah menyediakan ruang dan peluang kepada setiap kelab atau persatuan memperagakan aktiviti dan pencapaian masing-masing misalnya dengan mengadakan pameran tahunan atau Hari Kokurikulum Tahunan yang lebih berprestij dan meriah.

NMR

16. Selaras dengan dasar “Sekolah sebagai institusi masyarakat” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1985) dan beberapa cadangan dalam “Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah” ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985) maka pihak sekolah boleh (melalui PIBG) “menganakangkatkan” sesebuah kelab atau persatuan kepada mana-mana ibubapa yang berminat atau mempelawa ibubapa yang berminat menjadi penaja atau fisilitator kepada mana-mana kelab atau persatuan.

NMR

PENUTUP

Strategi-strategi yang dicadangkan di atas adalah sebenarnya sebahagian kecil daripada pelbagai strategi lain yang boleh difikirkan dan dilaksanakan.Dengan demikian apa yang dicadangkan itu mungkin tidak memadai. Walaubagaimanapun apa yang penting adalah pelaksanaan setiap strategi yang dicadang atau dirancangkan.

NMR

Usaha memperkasakan kelab dan persatuan di sekolah ini juga sebenarnya menuntut komitmen dan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh, tekun dan penuh kebijaksanaan serta pengorbanan di kalangan semua pihak, khususnya pengetua dan guru besar, serta penyelia dan pengurus pelajaran di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Insya Allah sekiranya tuntutan ini dipenuhi, maka “usaha berterusan untuk menjadikan kelab dan persatuan di sekolah wadah NMR

yang menyediakan ruang dan peluang yang kondusif kepada murid-murid untuk memperolehi dan memperkaya kepengetahuan, kemahiran dan pengalaman, di samping membangunkan nilai dan jati diri serta pandangan hidup masing-masing secara bersepadu” akan berjaya dengan cemerlang.

NMR

SEKIAN TERIMA KASIH

top related