memang tidak dinafikan

Post on 09-Dec-2015

239 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

tidak dinafikan

TRANSCRIPT

Memang tidak dinafikan, menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab

semua. Justeru, kita perlu berganding bahu untuk menjaga kebersihan alam sekitar

demi kesejahteraan hidup.  

Usaha pertama ialah membuang sampah ke dalam tong sampah. Sekiranya

kita membuang sampah ke dalam tong sampah, pastilah alam sekitar akan bersih

dan kesihatan kita terjamin makhluk perosak seperti lalat, tikus atau nyamuk yang

boleh membawa pelbagai penyakit tidak dapat membiak.

Selain itu, usaha mengadakan gotong-royong juga dapat menjamin keindahan

alam sekitar. Jika kita mengadakan aktiviti bergotong-royong, bukan sahaja alam

sekitar terpelihara malah hubungan silaturahim juga dapat dipererat.

Seterusnya, menanam pokok di kawasan persekitaran seperti taman

perumahan atau taman rekreasi  juga dapat mengindahkan alam sekitar.. Udara

menjadi segar kerana tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan

membebaskan oksigen.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha menjaga keindahan alam

sekitar supaya negara akan sentiasa bersih bak kata pepatah berat sama dipikul,

ringan sama dijinjing. 

top related