maklumat tabung 1...> wkz e /ed z/d ^e yh/dz ñ '/ d dwk, e d h> e < t e' e z

Post on 11-Feb-2021

5 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

  • 1. MAKLUMAT TABUNG 1

    2. PRESTASI TABUNG 3

    3. LAPORAN PENGURUS 7

    4. PENYATA PENGURUS 12

    5. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH 13

    6. LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT ASN EQUITY 5 14

    7. PENYATA KEWANGAN 17

    7.1 Penyata Untung Atau Rugi Bagi Tempoh Enam Bulan Kewangan Berakhir 31 Mac 2020 17

    7.2 Penyata Pendapatan Komprehensif Bagi Tempoh Enam Bulan Kewangan Berakhir 31 Mac 2020 18

    7.3 Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Mac 2020 19

    7.4 Penyata Perubahan Dalam Ekuiti Bagi Tempoh Enam Bulan Kewangan Berakhir 31 Mac 2020 20

    7.5 Penyata Aliran Tunai Bagi Tempoh Enam Bulan Kewangan Berakhir 31 Mac 2020 21

    7.6 Nota-Nota Berkenaan Penyata Kewangan – 31 Mac 2020 22

    8. ALAMAT CAWANGAN ASNB 45

    ISI KANDUNGAN

  • LAPORAN PENGURUS ASN EQUITY 5

    Pemegang-pemegang unit ASN Equity 5 yang dihormati,

    AmanahRaya Trustees Berhad (ART) selaku Pemegang Amanah dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selaku Pengurus ASN Equity 5 dengan sukacitanya membentangkan Laporan Interim ASN Equity 5 bagi tempoh enam bulan kewangan berakhir 31 Mac 2020.

    1. MAKLUMAT TABUNG

    1.1 KATEGORI / JENIS TABUNG

    Nama Tabung Kategori Jenis Tabung

    ASN Equity 5 Ekuiti Pertumbuhan

    1.2 OBJEKTIF PELABURAN TABUNG

    Objektif pelaburan ASN Equity 5 adalah untuk menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui kepelbagaian portfolio pelaburan.

    1.3 TAHUN KEWANGAN BERAKHIR

    30 September.

    1.4 PENANDA ARAS TABUNG

    ASN Equity 5 menggunakan penanda aras cipta-suai yang menggabungkan Indeks FTSE Bursa Malaysia 100 (“FBM 100”) dan Kadar Deposit Tetap Maybank 12 bulan (“Maybank 12 bulan”) bagi tujuan perbandingan prestasinya, seperti berikut:

    Kombinasi Penanda Aras Cipta-Suai %

    FBM 100 Sumber: www.bursamalaysia.com.my 80

    Maybank 12 bulan Sumber: www.maybank2u.com.my 20

  • 1.5 POLISI PENGAGIHAN PENDAPATAN

    ASN Equity 5 akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan daripada pemegang amanah.

    1.6 PEGANGAN UNIT

    Pada 31 Mac 2020, seramai 10,517 individu telah menyertai ASN Equity 5. Saiz pegangan unit adalah seperti berikut:

    Saiz Pegangan Pemegang Unit Unit Dilanggan

    Bilangan % Unit %

    5,000 dan ke bawah 3,307 31.44 3,687,840.61 0.93

    5,001 hingga 10,000 659 6.27 5,407,389.06 1.37

    10,001 hingga 50,000 4,414 41.97 103,114,601.41 26.10

    50,001 hingga 500,000 2,079 19.77 230,713,607.70 58.39

    500,001 dan ke atas 58 0.55 52,213,041.47 13.21

    JUMLAH 10,517 100.00 395,136,480.25 100.00

  • 2. PRESTASI TABUNG

    2.1 PERUMPUKAN ASET

    A. Perumpukan Aset Bagi ASN Equity 5 Mengikut Sektor pada Nilai Pasaran Berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) Tabung:

    Sektor

    Pada Tempoh Enam Bulan

    Berakhir 31.03.2020

    (%)

    Pada Tarikh Pelancaran Sehingga Tahun

    Kewangan Berakhir 30 September 2019

    (%) Pelaburan di Pasaran Ekuiti: Perkhidmatan Komunikasi 4.23 4.06

    Barangan Bukan Asasi Pengguna 5.66 6.01

    Barangan Asasi Pengguna 12.71 4.21

    Tenaga 5.62 8.40

    Kewangan 24.74 25.19

    Penjagaan Kesihatan 9.18 6.14

    Perindustrian 2.67 3.32

    Teknologi Maklumat 6.11 8.15

    Bahan Asas 2.60 4.65

    Hartanah - -

    Utiliti 8.61 7.20

    Jumlah 82.13 77.33

    Lain-lain Pelaburan di Pasaran Modal: a) Sekuriti Berpendapatan Tetap 8.19 8.43 b) Lain-lain Pelaburan dan Aset Bersih 9.681 14.24

    Jumlah 100.00 100.00

    Nota : 1. Termasuk deposit dan tunai dengan institusi kewangan (9.03%) dan akaun belum terima (1.10%) selepas

    ditolak akaun belum bayar (-0.45%)

  • 2.2 MAKLUMAT KEWANGAN

    Perbandingan Prestasi Maklumat Kewangan:

    Bagi Tempoh

    Enam Bulan Berakhir

    31.03.2020

    Pada Tarikh Pelancaran Sehingga Tahun

    Kewangan Berakhir 30 September 2019

    Sebelum Pengagihan Pendapatan NAB (RM’000) 314,879 386,640

    NAB Seunit (RM) 0.7960 0.9611

    Selepas Pengagihan Pendapatan Kadar Pengagihan Pendapatan (sen seunit) - 3.75

    NAB (RM’000) 314,879 371,553

    NAB Seunit (RM) 0.7960 0.9236

    NAB Seunit Terendah (RM) 0.7201 0.9236

    NAB Seunit Tertinggi (RM) 0.9421 1.0014

    Unit Dalam Edaran (‘000) 395,600 402,300

    Tarikh Pengagihan Pendapatan - 2 Oktober 2019

    Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (%)1 0.70 1.56

    Nisbah Pusing Ganti Portfolio (kali)2 0.44 1.21

    Pulangan

    Pulangan Pendapatan (%)3 - 4.06

    Pulangan Modal (%)4 -13.82 -7.64

    Jumlah Pulangan (%)5 -13.82 -3.89

    Nota: 1. Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP) adalah nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan

    perbelanjaan ASN Equity 5 yang dikembalikan dengan purata NAB pada kos ASN Equity 5 untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.

    2. Nisbah Pusing Ganti Portfolio (NPGP) adalah nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan dalam tahun kewangan dengan purata NAB pada kos ASN Equity 5 untuk tahun kewangan dikira berpandukan asas harian.

    3. Pulangan Pendapatan (%):

    4. Pulangan Modal (%):

    5. Jumlah Pulangan (%):

  • 2.3 PENGAGIHAN PENDAPATAN

    Bagi tempoh enam bulan kewangan berakhir 31 Mac 2020, ASN Equity 5 tidak mengisytiharkan sebarang pengagihan pendapatan.

    2.4 JUMLAH PULANGAN TAHUNAN

    Jumlah Pulangan Tahunan bagi ASN Equity 5 adalah seperti berikut:

    1 Tahun Sejak Penubuhannya

    Pulangan Tahunan (%)1 -14.65 -11.68

    Penanda Aras (%) -15.41 -13.91

    Sumber: Novagni Analytics and Advisory Sdn. Bhd.

    Nota: 1. Pengiraan pulangan tahunan (annualized return) adalah seperti berikut:-

    =

    Di mana, r = pulangan tahunan; n = bilangan tahun.

    2.5 PERBANDINGAN PRESTASI TABUNG DENGAN PENANDA ARAS

    Prestasi bagi ASN Equity 5 berbanding penanda aras cipta-suai adalah seperti berikut:

    Bagi Tempoh Enam Bulan

    Berakhir 31.03.2020

    Tahun Kewangan Berakhir

    30 September 2019

    Jumlah Pulangan (%) -13.82 -3.891

    Penanda Aras (%) -13.43 -7.95

    Sumber: Novagni Analytics and Advisory Sdn. Bhd.

    Nota: 1. Pengiraan bagi Jumlah Pulangan bermula daripada 24 September 2018 (tarikh pelancaran) hingga

    30 September 2019.

  • Sumber: Novagni Analytics and Advisory Sdn. Bhd.

    2.6 ANALISIS NILAI ASET BERSIH (NAB) TABUNG

    ASN Equity 5 telah mencatatkan penurunan NAB sebanyak -15.25% daripada RM 0.37 bilion kepada RM 0.31 bilion bagi tempoh enam bulan kewangan berakhir 31 Mac 2020. NAB seunit turut mencatatkan penurunan sebanyak -13.82% daripada RM 0.9236 kepada RM 0.7960 bagi tempoh yang sama.

    2.7 PERUBAHAN SIGNIFIKAN TABUNG

    Tiada perubahan signifikan sepanjang tempoh enam bulan kewangan berakhir 31 Mac 2020.

    2.8 SITUASI YANG MENJEJASKAN KEPENTINGAN PEMEGANG UNIT

    ASNB dan ASN Equity 5 tidak mengalami situasi-situasi yang boleh menjejaskan kepentingan pemegang unit.

    2.9 DAGANGAN SILANG

    Sepanjang dalam tempoh tinjauan, transaksi dagangan silang dijalankan bagi ASN Equity 5. Transaksi tersebut dijalankan tertakluk kepada Garispanduan bagi Fungsi Pematuhan kepada Institusi Pengurusan Dana “Guidelines on Compliance Function for Fund Management Companies”. Pengurus Pelaburan perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pelaburan sebelum melakukan transaksi dagangan silang dan menyimpan rekod transaksi serta memaklumkan Jawatankuasa Pelaburan selepas perlaksanaan transaksi tersebut.

    2.10 KOMISYEN RINGAN

    ASNB dan Pengurus Pelaburan tabung unit amanahnya tidak menerima komisyen ringan daripada broker dan/atau wakil urusniaga yang dikendalikan untuk unit amanah.

    -25%

    -20%

    -15%

    -10%

    -5%

    0%

    Sep/18 Nov/18 Jan/19 Mar/19 May/19 Jul/19 Sep/19 Nov/19 Jan/20 Mar/20

    Jum

    lah

    Pula

    ngan

    Terk

    umpu

    l (%

    )

    Prestasi ASN Equity 5 (Sejak Penubuhan)

    Sila ambil perhatian bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan pelaburan. Pengagihan pendapatan dan harga unit jika dibayar mungkin turun atau naik. Prestasi tabung masa lalu tidak semestinya

    mencerminkan prestasi masa hadapan.

    Penanda Aras

    ASN Equity

    5

  • 3. LAPORAN PENGURUS

    3.1 POLISI PELABURAN

    Polisi pelaburan Tabung ASN Equity 5 (“Tabung”) adalah untuk melabur di dalam portfolio yang dipelbagaikan, terutamanya sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan bursa saham lain yang diiktiraf, sekuriti yang tidak disenaraikan, instrumen berpendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain instrumen pasaran modal, seperti yang tertakluk di dalam suratikatan Tabung. Tabung boleh melaburkan 70% sehingga 90% daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dalam ekuiti dan bakinya dalam lain-lain instrumen pasaran modal. Walau bagaimanapun, Tabung boleh mengambil strategi defensif mengikut kesesuaian pasaran.

    3.2 STRATEGI PELABURAN SEPANJANG TAHUN

    Strategi pelaburan Tabung bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020 dilaksanakan dengan perumpukan aset ekuiti yang aktif dan mampu memberi pulangan kompetitif, dalam keadaan pasaran saham yang mencabar. Pengagihan aset dilaksanakan dengan mengambil kira faktor-faktor ekonomi tempatan dan global, kadar pulangan pasaran saham serta kadar pulangan bagi sekuriti berpendapatan tetap bagi memastikan objektif Tabung tercapai. Sepanjang tempoh enam bulan purata pengagihan aset adalah lebih kepada ekuiti pada julat 78%-83% berbanding penanda aras 80% ekuiti: 20% tunai. Tumpuan lebih diberikan kepada ekuiti berbanding sekuriti berpendapatan tetap dan tunai demi memastikan Tabung mampu menjana pulangan yang kompetitif, selaras dengan risiko pasaran yang diambil.

    i. Ekuiti

    Pelaburan Tabung dalam ekuiti tertumpu kepada sektor-sektor dan saham-saham syarikat yang mempunyai asas fundamental kukuh serta prospek perniagaan yang cerah dalam usaha menjana pulangan yang kompetitif dalam keadaan ekonomi dan pasaran saham global yang tidak menentu. Pegangan tertumpu kepada sektor-sektor seperti sektor perbankan, utiliti, kepenggunaan terutama barangan asasi pengguna, kesihatan serta teknologi. Pelaburan dibuat dalam sektor kesihatan kerana dijangkakan akan mendapat manfaat ekoran peningkatan hasil jualan ekoran penularan wabak Covid – 19. Sektor teknologi pula di anggarkan mendapat manfaat ekoran kesan perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China, sejajar dengan pemindahan rantaian bekalan teknologi dari China ke negara – negara ASEAN. Pengurus Tabung juga mengambil strategi taktikal dalam keadaan pasaran saham yang turun naik untuk menjana keuntungan daripada penjualan saham.

    Tabung juga akan terus membuat pelaburan dalam pasaran antarabangsa untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2020. Percaturan pelaburan ini bagi membolehkan Tabung mencapai pulangan yang memuaskan. Pelaburan Tabung dalam pasaran saham antarabangsa tertumpu kepada sektor-sektor dan saham-saham syarikat yang mempunyai asas serta prospek perniagaan yang kukuh. Antara

  • pasaran saham antrabangsa yang menjadi tumpuan oleh Tabung adalah Amerika Syarikat dan juga Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, di mana pelaburan dibuat dalam sektor kesihatan, kepenggunaan dan teknologi maklumat. Percaturan pelaburan ini bagi membolehkan Tabung mencapai pulangan yang memuaskan.

    ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai

    Bagi enam bulan berakhir 31 Mac 2020, Tabung telah berusaha meningkatkan pulangan Tabung melalui pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap yang memberi perolehan yang bersesuaian dengan risiko kredit setiap terbitan. Purata kadar hasil bagi sekuriti-sekuriti berpendapatan tetap korporat yang dipegang adalah 4.19%, manakala purata penarafan kredit adalah “AA3”. Pelaburan Tabung dalam pasaran wang juga memastikan Tabung memiliki kecairan yang mencukupi bagi memasuki pasaran saham tempatan dan antarabangsa pada masa yang bersesuaian seiring dengan perumpukan aset aktif.

    3.3 ULASAN EKONOMI DAN PASARAN SAHAM

    Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020, pasaran saham antarabangsa telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada suku pertama tahun kewangan. Walau bagaimanapun pasaran saham antarabangsa mencatatkan pulangan negatif pada suku kedua tahun kewangan berikutan penularan virus COVID-19 dan kejatuhan harga minyak mentah yang mendadak akibat kegagalan perjanjian antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Rusia dan juga disebabkan oleh permintaan global yang lebih rendah. Sejajar dengan itu, indeks komposit utama antarabangsa telah mencatatkan pulangan negatif dengan prestasi terburuk oleh Kesatuan Eropah (Euro Stoxx 50) dengan kejatuhan sebanyak -23.4%, diikuti oleh Amerika Syarikat (S&P500) sebanyak -13.2%, Jepun (Nikkei 225) sebanyak -13.1% dan Hong Kong (Hang Seng) sebanyak -9.5%. Berikutan daripada penularan virus COVID-19, kesemua indeks pasaran saham utama di rantau ASEAN turut mencatatkan pulangan negatif terutamanya pada bulan Mac 2020. Prestasi indeks pasaran saham yang terburuk dicatat oleh Filipina (PSE, -31.6%), diikuti oleh Thailand (SET, -31.2%), Indonesia (JCI, -26.4%) dan Singapura (STI, -20.5%). Penanda aras utama pasaran tempatan iaitu FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) telah mencatatkan penurunan sebanyak 233.02 mata atau -14.7% untuk ditutup pada paras 1,350.89 mata pada 31 Mac 2020, berbanding 1,583.91 mata yang dicatatkan pada 30 September 2019. Paras tertinggi indeks iaitu 1,615.67 mata telah dicatatkan pada 30 Disember 2019, manakala paras terendah indeks iaitu 1,207.80 mata telah dicatatkan pada 19 Mac 2020. Pasaran tempatan telah mencatatkan penurunan ekoran penjualan pegangan asing yang berterusan di dalam pasaran domestik, berikutan sentiment pelabur yang lemah sebelum penularan virus COVID-19 yang turut memberi kesan kepada penurunan pasaran global termasuk Malaysia. Antara sektor yang mengalami penurunan paling ketara ialah sektor tenaga (-44.1%), akibat penurunan mendadak harga minyak mentah dan sektor pembinaan (-32.7%) akibat ketidak tentuan status projek selepas pertukaran kerajaan baharu dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  • Antara saham-saham FBM KLCI yang telah mencatatkan penurunan paling ketara dalam tempoh tinjauan adalah Malaysia Airports Holdings Berhad (-50.1%), Petronas Chemicals Berhad (-32.0%) dan Press Metal Berhad (-30.5%). Sementara itu, hanya saham sektor kesihatan telah mencatatkan peningkatan harga positif iaitu Top Glove Corporation Berhad (+46.3%) dan Hartalega Holdings Berhad (+31.9%). Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020, nilai mata wang Ringgit Malaysia susut sebanyak -3.2% untuk ditutup pada paras RM4.3212/USD pada 31 Mac 2020 berbanding RM4.1877/USD pada 30 September 2019. Ringgit telah didagangkan pada paras terendah RM4.4470/USD pada 23 Mac 2020, manakala paras tertinggi adalah RM4.0547/USD pada 17 Januari 2020. Penyusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia ini adalah didorong oleh pengeluaran dana oleh pelabur-pelabur asing. Nilai mata wang Ringgit Malaysia terjejas teruk pada bulan Mac 2020 berikutan daripada penularan virus COVID-19 dan juga penurunan harga minyak yang mendadak (sebanyak -62.6% daripada USD60.78 setong kepada USD22.74 setong). Ekonomi Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan lebih rendah pada tahun 2019 iaitu sebanyak 4.3%, berbanding 4.7% pada tahun 2018. Pada suku pertama 2020, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah jauh lebih perlahan iaitu sebanyak 0.7% berbanding 3.6% pada suku keempat 2019. Ini merupakan pertumbuhan ekonomi yang paling perlahan dicatatkan oleh Malaysia semenjak 2009 akibat krisis kewangan dunia pada masa itu. Penurunan ketara pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku pertama 2020 adalah disebabkan kesan langkah-langkah pencegahan penyebaran COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia. Perlaksanaan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 di Malaysia telah menjejaskan aktiviti ekonomi di mana pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pembuatan, masing-masing telah mencatatkan penurunan kepada 3.1% dan 1.5% berbanding 6.2% dan 3.0% pada suku keempat 2019, manakala sektor perlombongan, pertanian dan pembinaan, masing-masing telah mencatat penguncupan sebanyak -2.0%, -8.7% dan -7.9% berbanding -3.4%, -5.7% dan 1.0% pada suku keempat 2019.

    3.4 ULASAN PASARAN WANG, SEKURITI BERPENDAPATAN TETAP DAN KADAR KEUNTUNGAN

    Jawatankuasa Dasar Kewangan (Monetary Policy Committee) Bank Negara Malaysia (“BNM”) telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) sebanyak 50 mata asas iaitu daripada 3.00% kepada 2.50% sepanjang enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2020. Sehubungan dengan itu, Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Interbank Offered Rate, KLIBOR) 3-bulan telah turun daripada 3.69% kepada kadar 2.80%.

    Kadar hasil MGS bagi 3 tahun dan 5 tahun turun sebanyak 35 dan 13 mata asas mencerminkan jangkaan terdapat pelonggaran monetari berikutan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan. Namun, kadar hasil MGS 10 tahun meningkat sebanyak 6 mata asas apabila pasaran kewangan domestik mengalami aliran keluar bukan pemastautin dalam keadaan aktiviti penghindaran risiko yang lebih giat bagi lengkuk hutang jangka panjang berikutan pandemik COVID-19 yang semakin teruk.

  • Pasaran sekuriti bon korporat bertaraf AAA dan AA berjangka sederhana dan panjang antara 3 dan 10 tahun turut mencatat kenaikan kadar hasil antara 2 hingga 25 mata asas apabila pelabur mencari asset mudah tunai dalam menangani keadaan penghindaran risiko yang berlaku dalam pasaran bon tempatan.

    3.5 STRATEGI PELABURAN PADA MASA HADAPAN

    Pengurus pelaburan Tabung menjangkakan pertumbuhan ekonomi global yang negatif bagi tempoh tahun kewangan berakhir 30 September 2020. Faktor utama yang mendorong kemelesatan ini adalah ekoran penularan wabak Covid – 19, yang mengakibatkan perintah kawalan di seluruh dunia, dan juga penurunan harga minyak yang mendadak ekoran penurunan permintaan serta perang harga antara pengeluar utama dunia. Selain faktor luaran, ekonomi domestik turut terkesan dengan PKP yang dilaksanakan yang juga akan menjejaskan pasaran saham. Walaupun strategi pelaburan Tabung masih memberikan fokus yang lebih kepada ekuiti, perumpukan aset ekuiti akan dilakukan secara aktif dan selektif bagi memastikan pulangan Tabung kekal kompetitif berbanding penanda aras.

    i. Ekuiti

    Pelaburan di dalam ekuiti akan terus dilakukan secara selektif, berdasarkan analisa yang dibuat ke atas syarikat-syarikat yang tersenarai bagi mengenal pasti saham syarikat-syarikat yang mempunyai asas perniagaan yang kukuh dalam ketidak tentuan ekonomi, serta diniagakan di bawah harga wajar. Pelaburan juga ditumpukan kepada sektor-sektor yang mampu mengekalkan hasil jualan serta kadar keuntungan tatkala tekanan ekonomi dunia dan diniagakan pada paras yang rendah agar dapat memberi pulangan yang lebih baik berbanding penanda aras, sejajar dengan risiko pasaran yang diambil. Antara sektor yang dijangka mampu terus mengekalkan hasil jualan, dan akan diberi fokus adalah sektor utiliti dan telekomunikasi. Sektor perbankan turut difokuskan ekoran diniagakan pada paras rendah. Tabung juga akan kekal aktif dalam pelaburan di pasaran ekuiti antarabangsa yang akan dilaksanakan secara berhemah dan berperingkat dengan meniliti data awal ekonomi global dalam tempoh terdekat. Pelaburan antarabangsa akan berbentuk dinamik, dengan tertumpu kepada sektor-sektor yang akan terus mendapat manfaat secara terus seperti perkomputeran awan (‘’Cloud computing”) dan semikonduktor berkaitan 5G, ekoran perkembangan teknologi, terutamanya adaptasi kehidupan manusia dan perniagaan selepas wabak Covid-19 selesai.

  • ii. Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Wang Tunai Untuk mempelbagaikan aset dalam portfolio, Tabung akan terus melabur di dalam sekuriti berpendapatan tetap dan pasaran wang. Pelaburan dalam sekuriti berpendapatan tetap dibuat dengan pemilihan instrumen - instrumen yang bermutu seperti bon korporat jangka masa sederhana dan sekuriti Islam berpendapatan tetap, dengan mengambil kira faktor-faktor seperti perolehan, kecairan, tempoh matang dan juga kupon yang berpatutan dengan risiko yang ditanggung oleh Tabung.

    Pelaburan akan lebih tertumpu pada bon korporat yang berkualiti bagi menjana pendapatan konsisten. Strategi taktikal akan diguna pakai untuk bon Kerajaan Malaysia, bagi mengambil peluang terhadap turun naik kadar faedah ekoran pengerakan pasaran.

    Di samping itu, pelaburan pasaran wang akan diteruskan bagi menyediakan kecairan tunai untuk kegunaan harian.

    Dalam menjana pulangan yang kompetitif, pengurus pelaburan Tabung akan sentiasa proaktif dalam mengkaji semula strategi pelaburan secara berkala dengan mengambil kira keperluan semasa, keadaan ekonomi serta persekitaran pelaburan yang sentiasa berubah-ubah. Tabung juga akan mengambil strategi defensif dengan mengubah perumpukan aset, sekiranya dirasakan sesuai, mengikut kesesuaian pasaran.

  • 4. PENYATA PENGURUS

    Kepada Pemegang-pemegang Unit

    ASN EQUITY 5

    Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada ASN EQUITY 5 (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Pengurus, penyata kewangan bagi Unit Amanah bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020, berserta dengan nota-nota yang dilampirkan padanya telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan MFRS 134 Interim Financial Reporting di Malaysia, bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Mac 2020, dan prestasi kewangannya, serta aliran tunai bagi tempoh enam bulan berakhir pada tarikh tersebut.

    Ditandatangani bagi pihak AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD selaku Pengurus kepada ASN EQUITY 5, menurut resolusi para Pengarah bertarikh 15 Mei 2020.

    TAN SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ MOHAMMAD BIN HUSSIN

    Pengerusi Pengarah

    Kuala Lumpur, Malaysia

    15 Mei 2020

  • 5. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH

    Kepada Pemegang-Pemegang Unit

    ASN EQUITY 5

    Kami, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD, telah bertindak selaku Pemegang Amanah kepada ASN EQUITY 5 bagi tempoh enam bulan kewangan berakhir 31 Mac 2020. Pada pendapat kami, AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, selaku Pengurus telah melaksana dan mengurus ASN EQUITY 5 selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus mengikut Suratikatan, undang-undang sekuriti dan Garispanduan Tabung Unit Amanah yang diterimapakai dengan mengambil kira segala pengecualian yang telah diberikan kepada ASN EQUITY 5 bagi tempoh enam bulan kewangan berakhir 31 Mac 2020.

    Kami juga berpendapat bahawa:

    a) Penilaian dan penentuan harga adalah dibuat selaras dengan Suratikatan dan mana-mana kehendak kawalseliaan; dan

    b) Penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan Suratikatan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan.

    Yang benar,

    AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD

    ZAINUDIN BIN SUHAIMI

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

    Kuala Lumpur, Malaysia

    15 Mei 2020

  • 6. LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA PEMEGANG-PEMEGANG UNIT ASN EQUITY 5

    Laporan penyata kewangan

    Kami telah mengaudit penyata kewangan ASN EQUITY 5 (“Unit Amanah”), yang mengandungi penyata kedudukan kewangan pada 31 Mac 2020 , penyata untung atau rugi, penyata pendapatan komprehensif, dan penyata aliran tunai bagi tempoh enam bulan berakhir pada tarikh tersebut, dan rumusan dasar-dasar perakaunan dan lain-lain nota keterangan yang dibentangkan pada muka surat 17 hingga 44.

    Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar menurut Piawaian Laporan Kewangan MFRS 134 : Interim Financial Reporting (“MFRS 134”) bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Unit Amanah pada 31 Mac 2020 dan prestasi kewangannya serta aliran tunai bagi tempoh enam bulan kewangan berakhir pada tarikh tersebut.

    Pendapat

    Kami telah menjalankan audit kami menurut piawaian pengauditan berkenaan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa. Tanggungjawab kami di bawah piawaian tersebut dihuraikan dengan lanjut dalam laporan kami di bawah seksyen Tanggungjawab Juruaudit untuk pengauditan Penyata Kewangan. Kami percaya bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan bersesuaian untuk memberi asas yang munasabah bagi pendapat kami.

    Tanggungjawab kebebasan dan lain-lain tanggungjawab etika

    Kami bebas daripada Unit Amanah selaras dengan Undang-Undang Kecil (atas Etika Profesional, Kelakuan dan Amalan) Institut Akauntan Malaysia ("Undang-Undang Kecil") dan Kod Akauntan Etika Akauntan Profesional (termasuk Piawaian Kebebasan Antarabangsa) ("Kod IESBA"), dan kami telah memenuhi lain-lain tanggungjawab etika mengikut undang-undang kecil dan Kod IESBA.

    Maklumat selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit mengenainya

    Pengurus Unit Amanah adalah bertanggungjawab untuk lain-lain maklumat. Lain-lain maklumat tersebut merangkumi maklumat yang terkandung dalam Laporan Tahunan Unit Amanah tetapi tidak termasuk penyata kewangan dan laporan juruaudit yang dilampirkan.

    Laporan interim ini dijangka tersedia kepada kami selepas tarikh laporan juruaudit ini.

    Pendapat kami mengenai penyata kewangan tidak meliputi lain-lain maklumat dan kami tidak akan menyatakan sebarang bentuk jaminan ke atas kesimpulan mengenainya.

    Sehubungan dengan audit kami terhadap penyata kewangan, tanggungjawab kami adalah untuk mempertimbangkan samada lain-lain maklumat tersebut secara materialnya tidak selaras dengan penyata kewangan atau pengetahuan diperolehi dari audit, atau sebaliknya menunjukkan kesilapan material yang ketara dengan membaca lain-lain maklumat yang dikenal pasti di atas apabila ia tersedia.

    Apabila kami membaca laporan tahunan, sekiranya kami mendapati terdapat salah nyata yang ketara di dalamnya, kami perlu menyampaikan perkara itu kepada yang berkaitan dengan tadbir urus dan melaporkan fakta-fakta tersebut mengikut kesesuaian.

  • Tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah terhadap Penyata Kewangan

    Pengurus Unit Amanah adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan yang memberi gambaran yang benar dan saksama berdasarkan MFRS 134. Pengurus juga bertanggungjawab ke atas kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan persembahan yang saksama penyata kewangan, yang bebas dari kesilapan yang material, samada disebabkan kesilapan atau pecah amanah. Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pengurus menyimpan rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang diperlukan untuk persembahan penyata kewangan yang saksama.

    Dalam menyediakan penyata kewangan Unit Amanah, Pengurus adalah bertanggungjawab untuk menilai keupayaan Unit Amanah untuk meneruskan sebagai usaha berterusan, menyatakan, yang mana berkenaan, perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas perakaunan usaha berterusan melainkan jika para Pengarah berhasrat untuk membubarkan Unit Amanah atau menamatkan operasi, atau tidak mempunyai alternatif yang realistik selain berbuat demikian.

    Pemegang Amanah bertanggungjawab untuk mengawasi proses pelaporan kewangan Amanah. Pemegang Amanah juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Pengurus menyimpan perakaunan yang betul dan rekod lain yang diperlukan untuk membolehkan penyampaian penyata kewangan ini benar dan saksama.

    Tanggungjawab Juruaudit untuk pengauditan Penyata Kewangan

    Objektif kami adalah untuk memperolehi jaminan yang munasabah sama ada penyata kewangan Unit Amanah secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah tahap jaminan yang tinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa audit yang dijalankan mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara apabila ia wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap ketara jika, secara individu atau dalam agregat, salah nyata ini dijangkakan akan mempengaruhi keputusan ekonomi yang diambil pengguna berdasarkan penyata kewangan ini.

    Sebagai sebahagian daripada audit mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa, kami menjalankan pertimbangan profesional dan mengekalkan keraguan profesional semasa menjalankan audit. Kami juga:

    Mengenal pasti dan menilai risiko salah nyata yang ketara dalam penyata kewangan Unit Amanah, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, reka bentuk dan melaksanakan prosedur audit yang responsif kepada risiko berkenaan, dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian untuk memberi asas yang munasabah bagi pendapat kami. Risiko tidak mengesan salah nyata yang ketara akibat daripada penipuan adalah lebih tinggi daripada salah nyata akibat kesilapan memandangkan penipuan mungkin melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, peninggalan sengaja, gambaran yang salah, atau mengatasi kawalan dalaman.

  • Memperoleh pemahaman mengenai kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit bagi tujuan merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Unit Amanah.

    Menilai kesesuaian polisi-polisi perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran perakaunan dan berkaitan pendedahan yang dibuat oleh Pengurus.

    Membuat kesimpulan mengenai kesesuaian Pengurus menggunakan asas perakaunan usaha berterusan dan, berdasarkan bukti audit yang diperolehi, sama ada wujud ketidakpastian yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang boleh membuang keraguan ketara pada keupayaan Unit Amanah untuk terus sebagai satu usaha berterusan. Jika kami membuat kesimpulan bahawa wujud ketidakpastian, kami dikehendaki untuk menyatakannya dalam laporan juruaudit kami kepada pendedahan yang berkaitan dalam penyata kewangan Unit Amanah atau, jika pendedahan tersebut tidak mencukupi untuk mengubah pendapat kami. Kesimpulan kami adalah berdasarkan kepada bukti audit yang diperolehi sehingga tarikh laporan juruaudit kami. Walau bagaimanapun, peristiwa atau keadaan yang akan berlaku pada masa akan datang boleh menyebabkan Unit Amanah untuk menghentikan terus usaha yang berterusan.

    Menilai pembentangan keseluruhan, struktur dan kandungan penyata kewangan Unit Amanah, termasuk pendedahan, dan sama ada penyata kewangan berdasarkan asas urus niaga asas dan peristiwa dalam cara yang mencapai pembentangan saksama.

    Kami berkomunikasi dengan Pengurus mengenai, antara perkara-perkara lain, skop yang dirancang dan masa untuk audit dan penemuan penting, termasuk sebarang kekurangan yang ketara dalam kawalan dalaman yang dikenal pasti semasa audit kami.

    Lain-lain pekara

    Laporan ini dibuat semata-mata untuk pemegang Unit Amanah, sebagai sebuah badan, dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain untuk kandungan laporan ini.

    Hanafiah Raslan & Mohamad PLT Muhammad Syarizal bin Abdul Rahim 202006000002 (LLP0022759-LCA) & AF 0002 No. 03157/01/2021 J Akauntan Bertauliah Akauntan Bertauliah Kuala Lumpur, Malaysia 15 Mei 2020

  • 7. PENYATA KEWANGAN

    7.1 PENYATA UNTUNG ATAU RUGI BAGI TEMPOH ENAM BULAN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2020

    Tempoh enam Tempoh enam Nota bulan berakhir bulan berakhir

    31.3.2020 31.3.2019RM RM

    PENDAPATAN

    Pendapatan dari instrumen pasaran kewangan, sekuriti berpendapatan tetap dan lain-lain pendapatan 1,188,030 1,684,698 Pendapatan div iden 4,697,158 3,790,724 Keuntungan ternyata daripada penjualan pelaburan (FVTPL) 8,013,203 2,887,926 Kerugian tidak ternyata daripada perubahan nilai saksama pelaburan (FVTPL) (17,075,844) (2,074,889) Keuntungan bersih kadar tukaran asing 154,857 -

    (3,022,596) 6,288,459

    PERBELANJAAN

    Yuran pengurus 4 1,871,732 1,199,570 Yuran pemegang amanah 5 131,021 83,970 Ganjaran juruaudit 15,000 15,000 Yuran ejen cukai 1,750 1,750 Perbelanjaan pentadbiran 592,181 636,633

    2,611,684 1,936,923

    (KERUGIAN)/PENDAPATAN BERSIH SEBELUM CUKAI (5,634,280) 4,351,536 CUKAI 6 - - (KERUGIAN)/PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI (5,634,280) 4,351,536

    (Kerugian)/Pendapatan bersih selepas cukai terdiri daripada berikut:

    Ternyata 11,146,441 6,426,424 Tidak ternyata (16,780,721) (2,074,888)

    (5,634,280) 4,351,536

    Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

  • 7.2 PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF BAGI TEMPOH ENAM BULAN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2020

    Tempoh enam Tempoh enam bulan berakhir bulan berakhir

    31.3.2020 31.3.2019RM RM

    (KERUGIAN)/PENDAPATAN BERSIH SELEPAS CUKAI (5,634,280) 4,351,536

    Lain-lain pendapatan komprehensif tidak dikelaskansemula kepada untung atau rugi dalam tempoh berikutnya

    Kerugian bersih daripada perubahannilai saksama pelaburan (FVTOCI) (46,140,174) (11,527,641)

    JUMLAH KERUGIAN KOMPREHENSIF BAGI TEMPOH SEMASA (51,774,454) (7,176,105)

    Lain-lain pendapatan/(kerugian) komprehensif terdiri daripada berikut:

    Ternyata 14,576,112 5,963,442 Tidak ternyata (66,350,566) (13,139,547)

    (51,774,454) (7,176,105)

    Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

  • 7.3 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 31 MAC 2020

    Nota 31.3.2020 30.9.2019RM RM

    ASET

    Pelaburan pada nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif (FVTOCI) 7 170,879,415 206,926,041

    Pelaburan pada nilai saksama melalui untung atau rugi (FTVPL) 8 113,473,279 111,732,186

    Deposit dengan institusi kewangan 9 21,399,913 63,039,336 Pendapatan belum diterima 10 2,380,598 2,240,979 Jumlah terhutang daripada broker saham 906,587 - Jumlah terhutang daripada PNB 11 237,180 1,346,160 Tunai di bank 7,019,666 2,328,468 JUMLAH ASET 316,296,638 387,613,170

    LIABILITI

    Peruntukan pengagihan - 15,086,250 Jumlah terhutang kepada broker saham 328,700 508,731 Jumlah terhutang kepada Pengurus 275,323 316,731 Jumlah terhutang kepada PNB 12 601,440 - Pelbagai pemiutang 212,327 147,976 JUMLAH LIABILITI 1,417,790 16,059,688

    NILAI ASET BERSIH UNIT AMANAH 314,878,848 371,553,482

    EKUITI

    Modal pemegang unit 13 388,635,290 393,535,470 Rizab-rizab lain (73,756,442) (21,981,988)

    JUMLAH EKUITI / NILAI ASSET BERSIH UNTUK PEMEGANG UNIT 314,878,848 371,553,482

    UNIT DALAM EDARAN 13 395,600,000 402,300,000

    NILAI ASET BERSIH SEUNIT 0.7960 0.9236

    Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

  • 7.4 PENYATA PERUBAHAN DALAM EKUITI BAGI TEMPOH ENAM BULAN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2020

    ModalPemegang Jumlah

    Unit -Ternyata -Tak ternyata EkuitiRM RM RM RM

    Pada 1 Oktober 2018 100,000,000 43,824 - 100,043,824 Penjadian unit untuk

    jualan 191,897,130 - - 191,897,130 Pengimbangan pengagihan

    bagi tempoh semasa 670,850 - - 670,850 Jumlah pendapatan/

    (kerugian) komprehensif bagi tempoh semasa - 6,426,424 (13,602,529) (7,176,105)

    Pindahan keuntunganternyata ke pendapatan belum diagihkan - (462,983) 462,983 -

    Pada 31 Mac 2019 292,567,980 6,007,265 (13,139,546) 285,435,699

    Pada 1 Oktober 2019 393,535,470 775,992 (22,757,980) 371,553,482 Penjadian unit untuk jualan 10,760,447 - - 10,760,447 Penjadian unit untuk pengagihan pelaburan

    (30 September 2019) 14,836,148 - - 14,836,148 Pembatalan unit (30,498,747) - - (30,498,747) Pengimbangan pengagihan bagi tempoh semasa 1,972 1,972 Jumlah pendapatan/

    (kerugian) komprehensif bagi tempoh semasa - 11,146,441 (62,920,895) (51,774,454)

    Pindahan keuntungan ternyata ke pendapatan belum diagihkan - 3,429,671 (3,429,671) -

    Pada 31 Mac 2020 388,635,290 15,352,104 (89,108,546) 314,878,848

    Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

    Rizab-rizab lain

  • 7.5 PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TEMPOH ENAM BULAN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC 2020

    Tempoh enam Tempoh enambulan berakhir bulan berakhir

    31.3.2020 31.3.2019RM RM

    ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI DAN PELABURANPerolehan daripada jualan pelaburan 152,797,497 53,561,862 Pembelian pelaburan (174,658,541) (306,336,255) Simpanan dalam deposit dan instrumen kewangan - (5,000,000) Pendapatan dari instrumen pasaran kewangan, sekuriti berpendapatan tetap dan lain-lain pendapatan 1,362,355 1,720,910 Div iden bersih diterima 4,454,532 2,827,480 Yuran pengurusan dibayar (1,913,140) (983,050) Yuran pemegang amanah dibayar (133,920) (67,897) Perbelanjaan pentadbiran dibayar (541,681) (586,519) Tunai bersih digunakan dalam

    aktiv iti operasi dan pelaburan (18,632,898) (254,863,469)

    ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAANPerolehan daripada penjadian unit 26,894,600 284,320,350 Tunai dibayar untuk pembatalan unit (30,084,360) - Pengagihan kepada pemegang unit (15,086,250) - Tunai bersih digunakan dalam aktiv iti pembiayaan (18,276,010) 284,320,350

    (PENGURANGAN)/PENAMBAHAN BERSIH DALAMTUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI (36,908,908) 29,456,881

    PERBEZAAN TUKARAN MATAWANG (39,317) - TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA

    AWAL TEMPOH 65,367,804 - TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI PADA

    AKHIR TEMPOH 28,419,579 29,456,881

    TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI TERDIRIDARIPADA:

    Tunai di bank 7,019,666 2,979 Deposit dengan institusi kewangan 21,399,913 34,453,902

    28,419,579 34,456,881 Tolak: Deposit dengan tempoh matang melebihi 3 bulan - (5,000,000) Tunai dan persamaan tunai 28,419,579 29,456,881

    Nota-nota lampiran merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.

  • 7.6 NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN – 31 MAC 2020

    1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN KEGIATAN-KEGIATAN UTAMA ASN EQUITY 5 (berikutnya dirujuk sebagai “Unit Amanah”) ditubuhkan selaras dengan perlaksanaan Surat Ikatan bertarikh 17 Ogos 2018, antara Pengurus, Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”), Pemegang Amanah, AmanahRaya Trustees Berhad dan Pemegang Unit Berdaftar Unit Amanah.

    Kegiatan utama Unit Amanah ialah melabur dalam "Pelaburan Dibenarkan" seperti yang didefinasikan di bawah Klausa 7 Surat Ikatan. "Pelaburan Dibenarkan" termasuk pelaburan jangka pendek dan ekuiti, saham atau debentur syarikat yang disenaraikan di mana-mana bursa saham atau mana-mana syarikat yang disyorkan oleh Pengurus dan dipersetujui oleh Pemegang Amanah. Unit Amanah ini mula beroperasi pada 24 September 2018 dan akan meneruskan operasinya sehingga ditamatkan oleh Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 12 Surat Ikatan.

    ASNB adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (“PNB”). Kegiatan utama ASNB ialah mengurus Unit Amanah.

    PNB ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia. Kegiatan utama syarikat ialah membeli dan memegang saham untuk meningkatkan hak milik pegangan modal saham oleh masyarakat Bumiputera di dalam sektor korporat di Malaysia. PNB telah dilantik sebagai Pengurus Pelaburan bagi Unit Amanah di bawah Perjanjian Pengurusan Pelaburan bertarikh 17 Ogos 2018.

    Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ASNB untuk diterbit menurut resolusi para Pengarah pada 15 Mei 2020.

    2. ASAS PENYEDIAAN Penyata kewangan beraudit Unit Amanah bagi tempoh berakhir 31 Mac 2020, telah disediakan selaras dengan Malaysian Financial Reporting Standards (“MFRS”) dan International Financial Reporting Standards (“IFRS”).

    (a) Perubahan dalam polisi perakaunan

    MFRS baru dan telah disemak perlu digunakan oleh entiti dengan tempoh kewangan bermula pada atau selepas 1 Oktober 2019 tidak memberi kesan kepada penyata kewangan Unit Amanah.

    (b) Piawaian yang diterbitkan tetapi belum berkuatkuasa

    Piawaian, Pindaan dan Tafsiran Jawatankuasa Isu-isu (“IC”) yang telah diterbitkan oleh Malaysian Accounting Standards Board (“MASB”) tetapi belum berkuatkuasa pada tarikh kelulusan penyata kewangan ini adalah tidak berkaitan dengan Unit Amanah.

  • 3. RUMUSAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Instrumen Kewangan

    Aset dan liabiliti kewangan dikenalpasti apabila Unit Amanah terlibat dalam kontrak instrumen.

    Aset dan liabiliti kewangan dinilai pada nilai saksama. Kos transaksi daripada pengambilalihan atau penjualan aset dan liabiliti kewangan (selain daripada aset dan liabiliti kewangan FVTPL) ditambah atau ditolak daripada nilai saksama aset atau liabiliti kewangan tersebut, yang difikirkan sesuai, pada permulaan ia dikenalpasti. Kos transaksi daripada pengambilalihan atau penjualan aset dan liabiliti kewangan FVTPL dikenalpasti dalam untung rugi.

    (b) Aset-Aset Kewangan Kesemua pembelian dan penjualan aset kewangan yang biasa adalah diiktiraf dan dinyahiktirafkan berdasarkan asas perniagaan. Pembelian atau penjualan yang biasa adalah pembelian dan penjualan aset kewangan yang memerlukan penyerahan aset dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh peraturan atau amalan pasaran.

    Aset kewangan yang diiktiraf akan dikira keseluruhannya pada kos dilunaskan atau nilai saksama, bergantung kepada pengkelasan aset tersebut.

    (i) Pengkelasan asset kewangan

    Instrumen hutang yang memenuhi kriteria berikut akan diukur pada kos dilunaskan setelah ditolak kerugian rosotnilai (kecuali instrumen hutang yang ditetapkan pada nilai saksama melalui untung atau rugi pada permulaan pengiktirafan):

    Aset tersebut dipegang berdasarkan model perniagaan dimana aset dipegang untuk mendapatkan aliran tunai secara kontraktual.

    Terma-terma kontraktual instrumen tersebut akan menghasilkan pembayaran prinsipal dan faedah semata-mata atas baki prinsipal pada tarikh-tarikh tertentu.

    Instrumen hutang yang tidak memenuhi kriteria di atas diklasifikasikan sebagai FVTPL atau nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif ("FVTOCI") (lihat di bawah).

    Instrumen ekuiti diklasifikasikan sebagai FVTPL atau FVTOCI, bergantung kepada objektif pelaburan.

    (ii) Aset kewangan pada nilai saksama melalui untung atau rugi (FVTPL)

    Pelaburan dalam instrumen ekuiti dikelaskan sebagai FVTPL melainkan Unit Amanah menandakan pelaburan tersebut bukan untuk jualbeli pada awal pengiktirafan sebagai FVTOCI.

    Aset kewangan dikira untuk jualbeli sekiranya:

    ianya diperoleh dengan tujuan utamanya untuk dijual dalam tempoh terdekat; atau

  • pada permulaan pengiktirafan, ianya adalah sebahagian dari portfolio instrumen kewangan yang diurus secara keseluruhannya oleh Unit Amanah yang mana telah menunjukkan corak pengambilan untung jangka pendek; atau

    ianya adalah instrumen derivatif yang tidak ditandakan dan tidak berkesan sebagai instrumen perlindungan nilai atau sebagai jaminan kewangan.

    Instrumen hutang yang tidak menepati ciri-ciri kos dilunaskan (rujuk ke atas) akan dikira sebagai FVTPL. Instrumen hutang yang menepati ciri-ciri kos dilunaskan tetapi telah ditandakan sebagai FVTPL akan dikira sebagai FVTPL. Instrumen hutang akan ditandakan sebagai FVTPL sekiranya penandaan tersebut akan menghilangkan atau mengurangkan perbezaan yang ketara dalam pengiraan atau penilaian aset atau liabiliti yang dilakukan ke atas pelaburan tersebut. Unit Amanah telah menandakan aset kewangan yang dipegang untuk tujuan jualbeli sebagai FVTPL.

    Instrumen hutang dikelaskan semula dari kos dilunaskan kepada FVTPL apabila model perniagaan telah berubah sehingga menyebabkan ciri-ciri kos dilunaskan tidak lagi dipenuhi. Pengkelasan semula instrumen hutang yang ditandakan sebagai FVTPL adalah tidak dibenarkan.

    Aset kewangan FVTPL dikira pada nilai saksama pada setiap penghujung tempoh pelaporan dengan sebarang untung atau rugi hasil dari penilaian semula diambil kira di dalam akaun untung atau rugi.

    Pendapatan faedah atas instrumen hutang pada FVTPL dinyatakan berasingan dalam akaun untung atau rugi.

    Pendapatan dividen dari pelaburan dalam instrumen ekuiti FVTPL dikira dalam akaun untung atau rugi apabila hak Unit Amanah untuk menerima dividen telah dipastikan menurut MFRS 15 Revenue, dan dinyatakan berasingan dalam akaun untung atau rugi.

    (iii) Aset kewangan pada nilai saksama melalui lain-lain pendapatan komprehensif (FVTOCI)

    Pada permulaan pengiktirafan, Unit Amanah diberi pilihan untuk membuat pemilihan yang tidak boleh ditarikbalik (berasaskan pada setiap instrumen) bagi menandakan pelaburan dalam instrumen ekuiti sebagai FVTOCI. Penandaan sebagai FVTOCI tidak dibenarkan sekiranya instrumen ekuiti tersebut dipegang bagi tujuan jualbeli.

    Pelaburan dalam instrumen ekuiti pada FVTOCI pada permulaannya diukur pada nilai saksama ditambah kos transaksi. Berikutnya, ianya diukur pada nilai saksama dengan keuntungan dan kerugian hasil dari perubahan nilai saksama dikira dalam lain-lain pendapatan komprehensif dan dikumpul di dalam rizab-rizab lain. Keuntungan atau kerugian terkumpul tidak akan dikelaskan semula pada untung atau rugi atas penjualan pelaburan tersebut.

    Instrumen hutang dengan matlamat untuk mencapai pengumpulan aliran tunai kontraktual dan penjualan aset kewangan ditetapkan sebagai FVTOCI.

  • Unit Amanah telah menetapkan aset kewangan dengan objektif untuk pendapatan dividen yang diterima atau jangka masa sederhana dan jangka panjang sebagai FVTOCI.

    (iv)Penyahiktirafan Aset Kewangan

    Unit Amanah menyahiktirafkan aset kewangan hanya apabila hak atas aliran tunai dari aset tersebut berakhir, atau apabila Unit Amanah memindahmilikkan aset kewangan dan segala risiko dan pulangan pemilikan aset tersebut kepada entiti lain.

    Sekiranya Unit Amanah tidak memindahmilikkan dan tidak juga mengekalkan semua risiko dan pulangan pemilikan tetapi masih menguasai aset yang telah dipindahkan tersebut, Unit Amanah hendaklah mengambilkira kepentingan dalam aset tersebut dan liabiliti yang perlu dibayar olehnya. Sekiranya Unit Amanah mengekalkan sebahagian besar risiko dan pulang pemilikan, Unit Amanah akan terus mengiktiraf aset tersebut dan juga pinjaman bercagar bagi hasil yang diterima.

    Bagi penyahiktirafan aset kewangan pada kos dilunaskan, perbezaan di antara nilai dibawa dan jumlah yang diterima akan diambil kira dalam akaun untung atau rugi.

    Bagi penyahiktirafan aset kewangan pada FVTOCI, keuntungan atau kerugian terkumpul dalam rizab penilaian pelaburan tidak dikelaskan kembali ke akaun untung atau rugi tetapi dikelaskan ke rizab bolehagih ternyata.

    Pada penyahiktirafan aset kewangan pada FVTPL, keuntungan atau kerugian tak ternyata kumulatif dipindahkan ke akaun untung atau rugi semasa pelupusan.

    (c) Liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti

    (i) Pengkelasan sebagai hutang atau ekuiti

    Instrumen hutang atau ekuiti yang dikeluarkan oleh Unit Amanah dikelaskan sama ada sebagai liabiliti kewangan atau ekuiti bergantung kepada asas perjanjian dan definisi liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti.

    (ii) Liabiliti Kewangan

    Dalam skop MFRS 9, liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan hanya apabila Unit Amanah menjadi pihak kepada kontrak instrumen kewangan.

    Liabiliti kewangan Unit Amanah termasuk lain-lain pemiutang diiktiraf pada awalnya pada nilai saksama ditambah kos urusniaga secara langsung dan kemudiannya diukur pada kos pelunasan menggunakan kaedah faedah berkesan.

    Dalam skop MFRS 9, liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan hanya apabila Unit Amanah menjadi pihak kepada kontrak instrumen kewangan.

  • Liabiliti kewangan Unit Amanah termasuk lain-lain pemiutang diiktiraf pada awalnya pada nilai saksama ditambah kos urusniaga secara langsung dan kemudiannya diukur pada kos pelunasan menggunakan kaedah faedah berkesan.

    (iii) Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan

    Unit Amanah menyahiktirafkan liabiliti kewangan hanya apabila tanggungan atau kewajipannya dilepaskan, dibatalkan atau tamat tempoh. Perbezaan di antara nilai dibawa liabiliti kewangan dan jumlah yang dibayar, termasuk sebarang aset bukan tunai yang dipindahmilik atau liabiliti diambilalih, diambil kira dalam akaun untung rugi.

    (iv)Modal Pemegang Unit

    Modal pemegang unit kepada Unit Amanah menepati tafsiran instrument 'puttable' yang dikelaskan sebagai instrumen ekuiti mengikut pindaan MFRS 132 Financial Instruments: Presentation.

    Pengimbangan pengagihan mewakili purata jumlah yang boleh diagih yang termasuk dalam harga penjadian dan pembatalan unit. Jumlah tersebut dipulangkan kepada pemegang unit sama ada melalui pengagihan dan/atau dipinda dengan sepenuhnya apabila unit dibatalkan.

    (d) Pengiktirafan Pendapatan

    Pendapatan dividen kasar daripada pelaburan disebut harga dan sekim pelaburan kolektif tidak tersenarai diambil kira mengikut asas pengisytiharan, apabila hak untuk menerima dividen telah dipastikan.

    Keuntungan ternyata daripada jualan pelaburan diambil kira berdasarkan perbezaan di antara pendapatan bersih dengan nilai dibawa oleh pelaburan tersebut.

    Pendapatan daripada pelaburan pada kos terlunas diakru berdasarkan kaedah kadar faedah berkesan / kadar keuntungan berkesan.

    (e) Mata wang asing

    Mata wang fungsian dan pelaporan

    Perkara berkaitan mata wang asing yang terkandung di dalam penyata kewangan Unit Amanah adalah diukur dengan menggunakan mata wang persekitaran ekonomi utama di mana Unit Amanah beroperasi ("mata wang fungsian").

    Disebabkan itu, penyata kewangan Unit Amanah disediakan dalam RM iaitu mata wang fungsian dan presentasi Unit Amanah

    Pengurus telah membuat pertimbangan yang teliti bagi menentukan mata wang fungsian yang menggambarkan kesan ekonomi sewajarnya terhadap transaksi asas berdasarkan keadaan dan peristiwa, telah menentukan RM sebagai mata wang fungsian terutamanya disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • (i) Unit-unit bagi Unit Amanah didenominasi dalam RM.

    (ii) Sebahagian besar perbelanjaan Unit Amanah didenominasi dalam RM.

    (iii)Sebahagian besar NAB Unit Amanah dilaburkan didalam pelaburan yang didenominasi dalam RM.

    Transaksi dan imbangan

    Transaksi mata wang asing ditukarkan kepada mata wang fungsian dengan menggunakan kadar tukaran semasa pada tarikh transaksi atau valuasi di mana urusniaga akan dinilai semula. Keuntungan dan kerugian tukaran asing terhasil dari penyelesaian sesuatu transaksi dan dari perubahan kadar tukaran bagi aset dan liabiliti kewangan pada akhir tahun diiktiraf di dalam Penyata Pendapatan Komprehensif.

    Perkara bukan kewangan diukur pada nilai saksama di dalam mata wang asing adalah ditukarkan berdasarkan kadar tukaran pada tarikh di mana nilai saksama ditentukan. Keuntungan atau kerugian yang terhasil daripada pertukaran perkara-perkara bukan kewangan yang diukur pada nilai saksama akan diambilkira sama seperti pengiktirafan keuntungan dan kerugian daripada perubahan nilai saksama sesuatu perkara (i.e perbezaan pertukaran bagi perkara-perkara yang keuntungan dan kerugian pada nilai saksama diiktiraf di dalam pendapatan komprehensif ("OCI") atau penyata untung atau rugi, masing-masing juga turut diiktiraf di dalam OCI atau penyata untung atau rugi).

    (f) Tunai dan persamaan tunai

    Bagi tujuan Penyata Aliran Tunai, tunai dan persamaan tunai terdiri daripada tunai di bank, simpanan dalam panggilan dan simpanan jangka pendek berkecairan tinggi dengan tempoh matang tiga bulan atau kurang di mana perubahan dalam nilai mempunyai risiko yang tidak ketara.

    (g) Cukai pendapatan

    Aset dan liabiliti cukai semasa diukur pada jumlah yang dijangka akan dikutip semula daripada atau dibayar kepada pihak berkuasa cukai. Kadar dan undang-undang cukai yang digunakan untuk mengira jumlah adalah yang telah digubal atau sebahagian besarnya digubal pada tarikh laporan.

    Cukai semasa diiktiraf dalam untung atau rugi kecuali setakat mana cukai yang berkaitan dengan perkara yang diiktiraf di luar daripada keuntungan atau kerugian, sama ada dalam lain-lain pendapatan komprehensif atau terus ke ekuiti.

    Tiada cukai tertunggak yang diiktiraf memandangkan tiada perbezaan yang ketara.

  • (h) Pengukuran nilai saksama

    Instrumen kewangan dikira pada nilai saksama pada setiap tarikh laporan.

    Nilai saksama adalah harga yang diterima untuk menjual aset atau bayaran untuk memindahkan liabiliti dalam urus niaga yang teratur antara peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran nilai saksama adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa transaksi untuk menjual atau memindahkan liabiliti berlaku sama ada:

    Dalam pasaran utama bagi aset atau liabiliti, atau

    Sekiranya ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran yang paling berfaedah

    Pasaran yang paling utama atau berfaedah mesti boleh dimasuki oleh Unit Amanah.

    Nilai saksama bagi aset atau liabiliti dikira dengan menggunakan andaian bahawa peserta pasaran menilai aset atau liabiliti, bertindak demi kepentingan ekonomi mereka yang terbaik.

    Unit Amanah menggunakan teknik penilaian yang sesuai dengan keadaan dan maklumat yang mencukupi untuk mengukur nilai saksama, memaksimumkan penggunaan input yang boleh diperhatikan dan meminimumkan penggunaan input yang tidak boleh diperhatikan.

    Semua aset yang mana nilai saksama diukur atau dinyatakan di dalam penyata kewangan dikategorikan dalam turutan nilai saksama, seperti berikut, berdasarkan input paras terendah yang penting kepada ukuran nilai saksama secara keseluruhan:

    Aras 1: Harga tak terlaras disebutharga dalam pasaran aktif bagi aset dan liabiliti atau serupa.

    Aras 2: Input yang berdasarkan maklumat yang boleh dilihat di pasaran, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    Aras 3: Input yang tidak berdasarkan maklumat yang boleh dilihat di pasaran.

    Bagi aset yang diiktiraf di dalam penyata kewangan secara berulang, Unit Amanah akan tentukan sama ada pemindahan berlaku antara aras dalam turutan dengan menilai semula pengkategorian (berdasarkan kepada input paras terendah yang penting kepada pengukuran nilai saksama secara keseluruhan) pada akhir setiap tempoh pelaporan.

    (i) Anggaran dan pertimbangan perakaunan yang penting

    Penyediaan penyata kewangan Unit Amanah memerlukan Pengurus untuk membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang memberi kesan kepada jumlah hasil, perbelanjaan, aset dan liabiliti dan pendedahan liabiliti luar jangka pada tarikh laporan. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan tentang andaian dan anggaran ini boleh menyebabkan keputusan yang mana memerlukan pelarasan ketara kepada jumlah dibawa oleh aset atau liabiliti pada masa akan datang.

  • Tiada pertimbangan utama telah dibuat oleh Pengurus dalam mengguna pakai dasar-dasar perakaunan Unit Amanah. Tidak terdapat andaian utama mengenai masa depan dan lain - lain sumber utama ketidakpastian anggaran pada tarikh laporan ini, yang mempunyai risiko penting yang boleh menyebabkan pelarasan penting kepada jumlah dibawa aset dan liabiliti dalam tempoh kewangan akan datang.

    COVID-19 telah diisytiharkan sebagai wabak oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada bulan Mac 2020. Wabak ini dan tindakan kerajaan Malaysia serta kerajaan-kerajaan di dunia bagi menangani wabak ini telah memberi kesan negatif kepada aktiviti-aktiviti komuniti, ekonomi dan operasi perniagaan. Oleh kerana wabak ini masih berkembang, adalah sangat sukar bagi meramalkan sejauh mana jangka masa dan kesannya terhadap perniagaan dan ekonomi, tempatan mahupun global. Walau bagaimanapun, pasaran kewangan terus menyaksikan peningkatan gelombang turun naik, ditambah dengan kejatuhan harga minyak yang drastik. Pengurus telah memastikan bahawa tinjauan penurunan nilai pelaburan Unit Amanah adalah berdasarkan maklumat yang munasabah dan boleh disokong. Ini termasuk mencerminkan bahawa kesan kejutan wabak ini adalah bersifat sementara dan juga mengambilkira langkah-langkah sokongan ekonomi dan kewangan yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan lain di seluruh dunia untuk mengurangkan kesan COVID-19 kepada perniagaan dan ekonomi. Pengurus juga telah berusaha untuk menyesuaikan strategi pelaburannya dengan mempelbagaikan portfolio Unit Amanah dan melabur dalam kelas aset baru, baik di pasaran kewangan tempatan dan antarabangsa bagi menangani persekitaran operasi yang semakin mencabar.

    4. YURAN PENGURUS

    Klausa 13.1 Suratikatan memperuntukkan bahawa Pengurus berhak menerima yuran tidak melebihi 1.5% setahun daripada Nilai Aset Bersih ("NAB") boleh agih kepada pemegang-pemegang Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian seperti yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah.

    Yuran pengurusan yang dikenakan bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020 ialah 1% (31 Mac 2019 : 1%) setahun daripada NAB Unit Amanah.

    5. YURAN PEMEGANG AMANAH

    Klausa 13.2 Suratikatan memperuntukkan bahawa Pemegang Amanah berhak menerima yuran pada kadar yang dipersetujui oleh Pengurus dan Pemegang Amanah dari semasa ke semasa. Telah dipersetujui bahawa yuran Pemegang Amanah akan dikenakan sebanyak 0.07% setahun daripada NAB Unit Amanah, dikira dan diakru secara harian.

    Yuran Pemegang Amanah yang dikenakan bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020 ialah RM131,021(31 Mac 2019 : RM83,970).

  • 6. CUKAI

    Cukai pendapatan dikira pada kadar cukai berkanun Malaysia sebanyak 24% (2019 : 24%) dari pendapatan taksiran yang boleh ditaksir bagi tempoh kewangan enam bulan berakhir 31 Mac 2020.

    Caj cukai bagi tempoh kewangan berakhir adalah berkaitan dengan pendapatan yang boleh dikenakan cukai yang diperoleh oleh Amanah selepas menolak perbelanjaan yang dibenarkan cukai. Selaras dengan Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan keuntungan yang diperoleh oleh Amanah dikecualikan daripada cukai.

    Perbelanjaan penyesuaian cukai pendapatan yang berkaitan dengan pendapatan bersih sebelum cukai pada kadar cukai pendapatan berkanun kepada perbelanjaan cukai pendapatan pada kadar cukai pendapatan amanah adalah seperti berikut: -

    7. PELABURAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI LAIN-LAIN PENDAPATAN KOMPREHENSIF

    31.3.2020 31.03.2019RM RM

    Cukai - -

    31.3.2020 31.03.2019RM RM

    (Kerugian)/Pendapatan Bersih Sebelum Cukai (5,634,280) 4,351,536

    Cukai pada kadar berkanun Malaysia sebanyak 24% (1,352,227) 1,044,369 Kerugian tidak ditolak untuk tujuan cukai (725,423) (1,509,230) Perbelanjaan / item tidak boleh ditolak

    untuk tujuan cukai 2,077,650 464,861 Perbelanjaan cukai untuk tempoh tersebut. - -

    31.3.2020 30.9.2019RM RM

    Pada Kos:Pelaburan disebut harga: Saham biasa 235,996,577 222,473,357

    Pada Nilai Saksama:Pelaburan disebut harga: Saham biasa 170,879,415 206,926,041

  • (a) Skim pelaburan kolektif tidak disenaraikan

    Pelaburan disebut harga pada 31 Mac 2020 adalah seperti berikut:

    Nilai Saksamaatas Nilai Aset

    Bersih padaSyarikat Unit Kos Nilai Saksama 31.3.2020

    RM RM %PerkhidmatanKomunikasiAstro All Asia Networks

    PLC 3,445,000 5,251,156 2,928,250 0.93Axiata Group Berhad 2,479,792 11,049,515 8,133,718 2.58

    5,924,792 16,300,671 11,061,968 3.51

    Barangan Bukan Asasi PenggunaAeon Co. (M) Berhad 3,258,900 5,459,373 3,682,557 1.17Bermaz Auto Berhad 1,501,600 3,861,796 1,696,808 0.54MBM Resources Berhad 359,600 1,404,996 999,688 0.32Padini Holdings Berhad 1,000,000 5,110,656 2,020,000 0.64Innature Berhad 4,000,000 2,560,000 1,200,000 0.38

    10,120,100 18,396,821 9,599,053 3.05Barangan Asasi PenggunaGenting Plantations

    Berhad 400,000 4,240,000 3,800,000 1.21Kuala Lumpur Kepong

    Berhad 344,172 7,770,514 7,145,011 2.27Leong Hup International

    Berhad 6,024,900 5,940,407 3,404,068 1.08QL Resources Berhad 500,000 3,598,170 3,700,000 1.18Sime Darby Plantation

    Berhad 2,044,400 11,054,760 10,099,336 3.21United Plantations

    Berhad 388,100 10,240,558 9,632,642 3.069,701,572 42,844,409 37,781,057 12.01

    TenagaDialog Group Berhad 3,649,000 12,349,250 11,092,960 3.52Sapura Energy Berhad 20,100,000 6,733,500 1,608,000 0.51Serba Dinamik Holdings

    Berhad 989,300 1,886,200 1,483,950 0.47Velesto Energy Berhad 20,000,000 7,600,000 2,300,000 0.73Yinson Holdings Berhad 255,000 1,641,000 1,216,350 0.39

    44,993,300 30,209,950 17,701,260 5.62

  • Nilai Saksamaatas Nilai Aset

    Bersih padaSyarikat Unit Kos Nilai Saksama 31.3.2020

    RM RM %

    KewanganCIMB Group Holdings

    Berhad 2,804,900 15,288,233 10,097,640 3.21LPI Capital Berhad 594,500 9,532,028 6,896,200 2.19Malayan Banking

    Berhad 204,250 1,872,000 1,521,662 0.48Public Bank Berhad 1,377,300 33,156,374 21,899,070 6.95RHB Bank Berhad 1,577,400 9,235,434 7,398,006 2.35Syarikat Takaful

    Malaysia KeluargaBerhad 781,500 5,349,680 2,539,875 0.81

    7,339,850 74,433,749 50,352,453 15.99

    Penjagaan KesihatanTop Glove

    Corporation Berhad 1,800,000 10,351,522 11,610,000 3.69

    PerindustrianMalaysia Airports

    Holdings Berhad 896,400 7,613,447 3,872,448 1.23Econpile Holdings

    Berhad 6,675,200 5,012,380 2,703,456 0.867,571,600 12,625,827 6,575,904 2.09

    Teknologi Inari Amertron

    Berhad 1,100,000 1,598,522 1,364,000 0.43

    Bahan AsasPetronas Chemicals

    Group Berhad 250,000 1,875,818 1,262,500 0.40

    UtilitiTenaga Nasional

    Berhad 1,961,000 27,359,288 23,571,220 7.49

    Jumlah saham biasa 90,762,214 235,996,577 170,879,415 54.28

    Jumlah pelaburandisebut harga 90,762,214 235,996,577 170,879,415 54.28

  • 8. PELABURAN PADA NILAI SAKSAMA MELALUI UNTUNG ATAU RUGI

    31.3.2020 30.9.2019RM RM

    Pada KosPelaburan berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga: (a)

    Nota Islam Jangka Sederhana 25,443,073 30,571,908

    Pelaburan disebut harga: (b) 112,419,867 88,474,094 Saham biasa - dalam negara 60,365,406 70,288,146 Saham biasa - luar negara 52,054,461 18,185,948

    137,862,940 119,046,002

    Pada Nilai Saksama:Pelaburan berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga (a)

    Nota Islam Jangka Sederhana 25,778,250 31,321,650

    Pelaburan disebut harga (b) 87,695,029 80,410,536 Saham biasa - dalam negara 41,420,757 62,258,854 Saham biasa - luar negara 46,274,272 18,151,682

    113,473,279 111,732,186

  • (a) Pelaburan berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga

    Nilai Saksamaatas Nilai Aset

    Nilai Kos Nilai Bersih padaNominal Diselaraskan Saksama 31.3.2020

    RM RM RM %

    Nota Islam Jangka Sederhana

    5.60% BGSM Management Sdn. Bhd.27 Disember 2023 10,483,500 10,349,377 10,524,800 3.34

    5.20% MNRB HoldingsBerhad22 Mac 2024 5,000,000 5,000,000 5,094,450 1.62

    4.20% Press Metal Aluminium Holdings Bhd16 Oktober 2026 5,000,000 5,000,000 4,930,500 1.57

    5.12% UMW HoldingsBerhad4 Oktober 2023 5,125,000 5,093,696 5,228,500 1.66

    Jumlah Nota Islam Jangka Sederhana 25,608,500 25,443,073 25,778,250 8.19

    Jumlah pelaburan berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebutharga 25,608,500 25,443,073 25,778,250 8.19

    Pelaburan berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga pada 31 Mac 2020 adalah seperti berikut:

  • (b) Pelaburan disebut harga

    Pelaburan disebut harga pada 31 Mac 2020 adalah seperti berikut:

    Nilai Saksamaatas Nilai Aset

    Nilai Bersih padaSyarikat Nilai Kos Saksama 31.3.2020

    RM RM %

    Saham biasa - dalam negara

    KewanganCIMB Group Holdings

    Berhad 1,297,000 7,298,670 4,669,200 1.48Malayan Banking

    Berhad 2,438,234 22,930,871 18,164,843 5.773,735,234 30,229,541 22,834,043 7.25

    Penjagaan KesihatanKossan Rubber Industries

    Berhad 1,313,800 6,510,362 6,739,794 2.14

    PerindustrianAirAsia Group Berhad 2,300,000 6,948,073 1,817,000 0.58

    TeknologiJHM Consolidation

    Berhad 1,687,300 1,990,339 1,206,420 0.38Pentamaster

    Corporation Berhad 500,000 2,016,000 1,905,000 0.602,187,300 4,006,339 3,111,420 0.98

    Bahan AsasPetronas Chemicals

    Group Berhad 1,370,000 12,671,091 6,918,500 2.20

    Jumlah saham biasa - dalam negara 10,906,334 60,365,406 41,420,757 13.15

  • Nilai Pasaranatas Nilai Aset

    Bersih padaSyarikat Unit Kos Nilai Pasaran 31.3.2020

    RM RM %Saham biasa-Luar Negara (samb.)

    China

    Barangan Bukan Asasi PenggunaAlibaba Group

    Holding Ltd 3,000 2,570,641 2,517,551 0.80

    Jerman

    TeknologiSAP SE 3,900 1,927,276 1,897,955 0.60

    Hong Kong

    UtilitiChina Gas

    Holdings Ltd 234,200 4,038,413 3,520,395 1.12

    Indonesia

    Perkhidmatan KomunikasiTelekomunikasi Indonesia 2,700,000 3,058,346 2,258,631 0.72

    Jepun

    Penjagaan KesihatanAsahi Intecc Co Ltd 23,000 2,584,840 2,456,766 0.78Hoya Corp 7,900 3,002,941 2,905,457 0.92

    30,900 5,587,781 5,362,223 1.70

  • Nilai Pasaranatas Nilai Aset

    Bersih padaSyarikat Unit Kos Nilai Pasaran 31.3.2020

    RM RM %Saham biasa-Luar Negara (samb.)

    Republik Korea

    Barangan Bukan Asasi Pengguna

    Hyundai Mobis Co Ltd 1,140 973,802 685,006 0.22

    Teknologi MaklumatSk Hynix Inc 9,000 2,977,160 2,657,710 0.84Samsung Electronics

    Co Ltd 9,305 1,673,316 1,575,106 0.5018,305 4,650,476 4,232,816 1.34

    Singapura

    Barangan Asasi PenggunaFirst Resources Ltd 600,000 3,077,155 2,200,733 0.70

    Taiwan

    TeknologiLargan Precision Co Ltd 4,950 3,120,481 2,705,679 0.86Win Semiconductors

    Corp 35,000 1,393,046 1,316,197 0.4239,950 4,513,527 4,021,876 1.28

    Amerika Syarikat

    Barangan Bukan Asasi PenggunaAmazon.Com Inc 222 1,731,579 1,867,701 0.59Nike Inc - Cl B 8,800 3,550,354 3,141,812 1.00

    9,022 5,281,933 5,009,513 1.59

  • Nilai Pasaranatas Nilai Aset

    Bersih padaSyarikat Unit Kos Nilai Pasaran 31.3.2020

    RM RM %Saham biasa-Luar Negara (samb.)

    Amerika Syarikat (samb.)

    KewanganMastercard Inc - A 2,180 2,863,528 2,272,289 0.72Visa Inc-Class A Shares 3,530 2,886,151 2,454,179 0.78

    5,710 5,749,679 4,726,468 1.50

    Penjagaan KesihatanI llumina Inc 2,400 3,044,500 2,828,439 0.90Stryker Corp 3,300 2,977,099 2,370,741 0.75

    5,700 6,021,599 5,199,180 1.65

    Teknologi MaklumatAkamai Technologies Inc 7,104 2,698,217 2,804,520 0.89Microsoft Corp 2,700 1,905,616 1,837,405 0.58

    9,804 4,603,833 4,641,925 1.47

    Jumlah saham biasa-Luar Negara 3,661,631 52,054,461 46,274,272 14.69

    Jumlah Pelaburan disebut harga 14,567,965 112,419,867 87,695,029 27.84

  • 9. DEPOSIT DENGAN INSTITUSI KEWANGAN

    Purata wajaran kadar faedah efektif ("PWKFE") tahunan dan purata kematangan bagi simpanan dengan institusi kewangan pada tarikh penyata aset dan liabiliti adalah seperti berikut:

    Deposit dengan institusi kewangan adalah termasuk baki dengan tempoh matang kurang daripada 90 hari berjumlah RM21,399,913 (30.9.2019 : RM63,039,336).

    10. PENDAPATAN BELUM DITERIMA

    11. JUMLAH TERHUTANG DARIPADA PNB

    12. JUMLAH TERHUTANG KEPADA PNB

    31.3.2020 30.9.2019RM RM

    Pada kosBank-bank berlesen 21,399,913 63,039,336

    PWKFE PWKFE (% p.a.) (% p.a.)

    Bank-bank berlesen 2.75 1 3.06 2

    31.3.2020 30.9.2019Purata

    Kematangan (Hari)

    Purata Kematangan

    (Hari)

    31.3.2020 30.9.2019RM RM

    Div iden belum diterima 2,007,559 1,764,934 Pendapatan dari instrumen pasaran kewangan, sekuriti berpendapatan tetap dan lain-lain 373,039 476,045

    2,380,598 2,240,979

    31.3.2020 30.9.2019RM RM

    Jumlah terhutang daripada PNB terdiri daripada:Penjadian unit 237,180 1,346,160

    31.3.2020 30.9.2019RM RM

    Jumlah terhutang kepada PNB terdiri daripada:Pembatalan unit 601,440 -

  • 13. MODAL PEMEGANG UNIT

    Sepanjang tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020, Pengurus tidak memegang sebarang unit di dalam Unit Amanah. Pada 31 Mac 2020, PNB secara sah memegang 463,520 unit (30 September 2019 : 769,085 unit), merangkumi 0.12% (30 September 2019 : 0.19%) daripada jumlah unit yang telah diterbitkan.

    Unit RM Unit RMPada awal tempoh/

    tahun 402,300,000 393,535,470 - -

    Penjadian unit untuk-Jualan 11,800,000 10,760,447 409,000,000 399,720,391 -Pengagihan semula

    pelaburan 16,100,000 14,836,148 - - 27,900,000 25,596,595 409,000,000 399,720,391

    Pembatalan unit (34,600,000) (30,498,747) (6,700,000) (6,184,921) (6,700,000) (4,902,152) 402,300,000 393,535,470

    Pengimbangan pengagihan- Bagi tempoh/tahun - 1,972 - 3,925,900 - Pengagihan pendapatan - - - (3,925,900)

    Pada akhir tempoh/tahun 395,600,000 388,635,290 402,300,000 393,535,470

    31.3.2020 30.9.2019

  • 14. URUS NIAGA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT BROKER SAHAM/ BROKER/ DEALER/ INSTITUSI KEWANGAN

    Sepuluh syarikat broker saham/ broker/ dealer/ institusi kewangan terbesar mengikut nilai urus niaga adalah seperti berikut:

    ASNB tidak mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat tersebut.

    * PNB dan/atau tabung Unit Amanah di bawah pengurusan ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat-syarikat berkenaan.

    ** PNB dan/atau tabung Unit Amanah di bawah pengurusan ASNB mempunyai pegangan ekuiti secara langsung di dalam syarikat induk terakhir bagi syarikat-syarikat berkenaan.

    Segala urusan dengan syarikat-syarikat telah dilaksanakan menurut perjalanan biasa berdasarkan syarat-syarat di dalam industri.

    Syarikat Broker RM % RM %CIMB Islamic Bank

    Berhad** 70,524,000 25.80 18,716 8.86 RHB Investment Bank

    Berhad** 23,218,300 8.49 33,275 15.76 Maybank Investment

    Bank Berhad** 22,183,083 8.11 3,539 1.68 BIMB Securities Sdn.

    Berhad** 17,109,595 6.26 28,544 13.52 CGS-CIMB Securities

    Sdn. Bhd.** 17,087,759 6.25 - - Hong Leong Bank

    Berhad* 15,213,000 5.57 - - Ambank (M) Berhad** 10,146,000 3.71 14,973 7.09 Credit Suisse Securities

    (Malaysia) Sdn. Berhad 9,982,261 3.65 13,903 6.58 Hong Leong Investment

    Bank Berhad** 9,268,984 3.39 13,050 6.18 AmInvestment

    Bank Berhad** 8,699,883 3.18 8,838 4.19 Lain-lain 69,933,642 25.59 76,343 36.14

    273,366,507 100.00 211,181 100.00

    Nilai Urus Niaga Yuran Broker

  • 15. PUSING GANTI PORTFOLIO

    PGP adalah dikira berdasarkan pada nisbah purata bagi jumlah kos pembelian dan penjualan pelaburan di dalam tempoh kewangan dengan purata NAB Unit Amanah untuk tempoh kewangan dikira berpandukan asas harian.

    16. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN

    NPP adalah dikira berdasarkan pada nisbah di antara jumlah bayaran pengurusan dan perbelanjaan Unit Amanah yang dikembalikan dengan purata NAB Unit Amanah untuk tempoh kewangan dikira berpandukan asas harian.

    17. TURUTAN NILAI SAKSAMA

    Unit Amanah menggunakan turutan berikut untuk menentukan nilai saksama semua instrumen kewangan yang dibawa pada nilai saksama:

    Aras 1 : Harga tak terlaras disebutharga dalam pasaran aktif bagi aset dan liabiliti atau serupa.

    Aras 2 : Input yang berdasarkan data yang boleh dilihat di pasaran, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    Aras 3 : Input yang tidak berdasarkan data yang boleh dilihat di pasaran.

    Tempoh enam Tempoh enambulan berakhirbulan berakhir

    31.3.2020 30.3.2019

    Pusing Ganti Portfolio (“PGP”) 0.44 kali 0.77 kali

    Tempoh enam Tempoh enambulan berakhirbulan berakhir

    31.3.2020 30.3.2019

    Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (“NPP”) 0.70% 0.80%

  • Tiada pindahan dari Aras 1 dan Aras 2 dalam tahun kewangan semasa dan sebelumnya.

    31.3.2020 Aras 1 Aras 2 Aras 3 Jumlah

    Pelaburan pada FVTOCI

    Pelaburan disebut harga 170,879,415 - - 170,879,415

    170,879,415 - - 170,879,415

    Pelaburan pada FVTPL

    Pelaburan disebut harga 87,695,029 - - 87,695,029

    Pelaburan berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga - 25,778,250 - 25,778,250

    87,695,029 25,778,250 - 113,473,279

    30.9.2019 Aras 1 Aras 2 Aras 3 Jumlah

    Pelaburan pada FVTOCI

    Pelaburan disebut harga 206,926,041 - - 206,926,041

    206,926,041 - - 206,926,041

    Pelaburan pada FVTPL

    Pelaburan disebut harga 80,410,536 - - 80,410,536

    Pelaburan berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga - 31,321,650 - 31,321,650

    80,410,536 31,321,650 - 111,732,186

  • 18. INSTRUMEN KEWANGAN DAN PENZAHIRAN BERKAITAN (i) Tunai dan Persamaan Tunai, Instrumen Pasaran Kewangan, Jumlah Terhutang

    daripada/(kepada) Broker Saham, Tuntutan Cukai, Peruntukan Pengagihan, dan Pendapatan Belum Diterima

    Nilai dibawa merupakan anggaran nilai saksama disebabkan oleh tempoh matang yang pendek bagi instrumen-instrumen kewangan ini.

    (ii) Pelaburan di Sebut Harga

    Nilai saksama saham disebut harga, waran dan REITs ditentukan berdasarkan harga terakhir yang disebut di Bursa Malaysia dan Bloomberg untuk pelaburan luar negara pada tarikh penyata kedudukan kewangan.

    (iii) Sekuriti Berpendapatan Tetap dan Sekuriti Hutang Tidak Disebut Harga

    Nilai saksama bagi sekuriti berpendapatan tetap dan sekuriti hutang tidak disebut harga, ditentukan berdasarkan harga yang dikeluarkan oleh Bond Pricing Agency Sdn. Bhd., agensi bon berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bloomberg untuk pelaburan luar negara pada tarikh penyata kedudukan kewangan.

    19. LAPORAN BERSEGMEN

    Unit Amanah diuruskan secara satu bahagian iaitu pelaburan di dalam pelbagai instrumen kewangan. Aktiviti-aktiviti Unit Amanah adalah berhubung-kait dan setiap aktiviti adalah berkaitan dengan satu sama lain. Justeru, semua keputusan penting operasi adalah berdasarkan satu strategi pelaburan yang diintegrasikan dan prestasi Unit Amanah dinilai secara keseluruhan.

    20. PERBANDINGAN

    Perbandingan penyata kewangan adalah seperti berikut:

    (i) Perbandingan penyata kedudukan kewangan dan nota-nota berkenaan adalah pada tarikh 30 September 2019.

    (ii) Perbandingan penyata untung atau rugi, penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan dalam ekuiti dan penyata aliran tunai dan nota-nota berkenaan adalah untuk tempoh dari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Mac 2019.

    21. MATA WANG

    Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (“RM”).

  • 8. ALAMAT CAWANGAN ASNB

    KUALA LUMPUR PUTRAJAYA Amanah Saham Nasional Berhad Kaunter Utama ASNB Tingkat 1, Balai PNB 201-A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Amanah Saham Nasional Berhad Lot 27, Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Persiaran Perdana 62675 Putrajaya Wilayah Persekutuan Putrajaya

    SELANGOR Amanah Saham Nasional Berhad Lot 18-1 &18-2 Pusat Dagangan UMNO Shah Alam Persiaran Damai Seksyen 11 40000 Shah Alam Selangor

    Amanah Saham Nasional Berhad No.7 Jalan Medan Niaga 2 Medan Niaga Kuala Selangor 45000 Kuala Selangor Selangor

    Amanah Saham Nasional Berhad (UTC Selangor) Lot, 2-17(A), Tingkat 2, Anggerik, Mall, No 5, Jalan 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

    MELAKA NEGERI SEMBILAN Amanah Saham Nasional Berhad No. 11 & 13, Kompleks Perniagaan Al Azim Jalan KPAA 1, Bukit Baru 75150 Melaka

    Amanah Saham Nasional Berhad No. 120 & 121, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

    JOHOR Amanah Saham Nasional Berhad No.12 Jalan Maju Taman Maju 83000 Batu Pahat Johor

    Amanah Saham Nasional Berhad Lot No 12 & 14, Jalan Padi Emas 1/2 Uda Business Centre 81200 Johor Bahru Johor

    Amanah Saham Nasional Berhad No.6 dan 7, Jalan Muhibbah Taman Muhibbah, 85000 Segamat, Johor

    PERAK Amanah Saham Nasional Berhad No. 8 & 8A, Persiaran Greentown 1, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak

    Amanah Saham Nasional Berhad No. 273, Jalan Intan 12, Bandar Baru Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

    PAHANG Amanah Saham Nasional Berhad No. 71 & 73, Tingkat Bawah Jalan Tun Ismail 25000 Kuantan, Pahang

    Amanah Saham Nasional Berhad No.8, Jalan Ahmad Shah Bandar Seri Semantan 28000 Temerloh, Pahang

  • PULAU PINANG Amanah Saham Nasional Berhad No.12, Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

    Amanah Saham Nasional Berhad A-12A-1 dan A-12A-2 Lorong Bayan Indah 4, Bay Avenue 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

    PERLIS TERENGGANU Amanah Saham Nasional Berhad Lot 7, Jalan Indera Kayangan 01000 Kangar, Perlis

    Amanah Saham Nasional Berhad No. 15, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

    Ahad - Khamis 8:15am - 4:00pm

    (Kecuali Cuti Umum) KEDAH Amanah Saham Nasional Berhad 27, Kompleks Shahab Perdana Jalan Sultanah Sambungan 05250 Alor Setar Kedah

    Amanah Saham Nasional Berhad No.51 dan 53, Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

    KELANTAN Amanah Saham Nasional Berhad Lot 1182 & 1183, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Kelantan

    Ahad - Khamis 8:15am - 4:00pm

    (Kecuali Cuti Umum)

    Amanah Saham Nasional Berhad No. 52, 52A & 52B, Jalan Pasir Puteh Sentral 2/5, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

    Ahad - Khamis 8:15am - 4:00pm

    (Kecuali Cuti Umum) SABAH Amanah Saham Nasional Berhad Tingkat Bawah dan Satu, No. A-G-18 & A-1-18, Blok A, Sutera Avenue, Jalan Coastal 88100 Kota Kinabalu, Sabah

    Amanah Saham Nasional Berhad TB 4287 & TB 4280 Tingkat Bawah & 1 Town Ext II Jalan Masjid, Kompleks Fajar Tawau 91000 Tawau, Sabah

    Amanah Saham Nasional Berhad Tingkat Bawah, Lot 1, Circular Blok A Harbour Town, Jalan Pantai, 91100 Lahad Datu, Sabah

    Amanah Saham Nasional Berhad Lot 8 & 9, Blok B, Pusat Komersil Datun, Jalan Masak, 89008 Keningau, Sabah

    Amanah Saham Nasional Berhad Lot 15, Tingkat Bawah, Bandar Pasaraya, Fasa I, 90000 Sandakan, Sabah

  • SARAWAK Amanah Saham Nasional Berhad Tingkat Bawah, Lot 499, Al-Idrus Commercial Centre, Seksyen 6, Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak

    Amanah Saham Nasional Berhad Lot 886 & 887, Block 9 MCLD Miri Waterfront Commercial Centre 98000 Miri, Sarawak

    Amanah Saham Nasional Berhad Sublot 2 & 3, Lot 4496, Junction 28, Jalan Keppel, 97000 Bintulu, Sarawak

    Amanah Saham Nasional Berhad Lot 1457 & 1458 Sg. Kudang Shophouse Ground Floor, Jalan Buangsiol 98700 Limbang, Sarawak

    Amanah Saham Nasional Berhad 4C, Ground Floor Lot 832 Jalan Sabu 95000 Sri Aman, Sarawak

    Amanah Saham Nasional Berhad Lot 1007 & 1008 Jalan Kampung Nyabor 96000 Sibu, Sarawak

  • MUKA SURAT INI SENGAJA DIKOSONGKAN

  • MUKA SURAT INI SENGAJA DIKOSONGKAN

  • MUKA SURAT INI SENGAJA DIKOSONGKAN

  • c1 opASNenquity 5 NEW 200620.inddc2 opBlank PageBlank Page

top related