makhluk perosak & penyakit rumput hiasan (turfgrass pest & diseases)

Post on 14-Jun-2015

269 Views

Category:

Environment

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

This slide was from my training session with staff and contractors from the Malaysian National Sports Council or MSN. It is about the pest and diseases that usually attacks Malaysian turfs, how to recognise and how to respond. No secret formula here; just simple recognising the disease and correctly applying the right medicine. Slaid ini di gunakan sewaktu sesi latihan dengan kakitangan dan kontraktor Majlis Sukan Negara April 2014 tentang penjagaan padang. Ia berkenaan dengan penyakit dan makhluk perosak atau pest yang menyerang rumput di padang rumput di Malaysia. Saya tidak menamakan penyakit, atau racun secara spesifik tetapi saya memberi cara untuk mengenali dan merawat nya. Selamat mencuba!

TRANSCRIPT

Makhluk Perosak & Penyakit

By: Normas Yakin Arifinwww.mynormas.com

Kuliah latihan untuk kakitangan MSN April 2014

Isi

• Apa itu makhluk perosak• Kenapa (atau bagaimana) ia merosak• Pencegahan atau kawalan• Apa itu penyakit• Kenapa sakit• Pencegahan dan Rawatan

Apa itu Makhluk Perosak?

• English: Pest• “Apa apa juga haiwan yang mendatangkan

kerosakkan kepada manusia ataupun hartabenda manusia”

• Termasuk binatang dan serangga.

Kenapa atau bagaimana ia merosak?

• Beberapa jenis binatang kecil dan serangga tinggal di kawasan rumput.

• Ada yang merosakkan rumput kerana ia menghisap cecair dari dalam akar dan daun.

• Ada yg tinggal dalam tanah dan merosakkan akar

• Ada yg merosakkan kualiti rumput• Ada yang jadi penyebab kepada penyakit

Serangga

Terbahagi dua:• Serangga dalam tanah– Contohnya larva kumbang, semut, cengkerik dan

lain lain.– Susah di temu – Ada haiwan dan burung makan serangga ini

• Serangga atas permukaan– Larva kumbang atau kupu kupu– Kutu daun

Serangga dalam tanah

Cara untuk cari

• Bancuh sabun cuci pinggan 2 sudu dalam air 8liter.

• Tuang ke kawasan yang di syakki

• Tutup dengan kain atau papan utk lindung dari matahari.

• Datang balik selepas 10 minit

Serangga dalam tanah

• Cara kawalan • Racun serangga – Semburan kasar (droplet besar) – Mesti kena pada serangga oleh itu mesti banjirkan– Thatch akan pegang racun dan lindungi serangga– Mungkin basahkan dulu thatch sedikit sebelum

sembur.– Jangan guna racun cypermethrin– Sembur awal pagi atau lewat petang

Racun

• Semua racun ada bahan aktif atau active ingredient

• Untuk serangga dalam tanah jangan guna racun yang bahan aktif nya adalah cypermethrin.

Semut

• Tidak merosakkan rumput• Tapi sarang atau tempat ia keluar dari tanah

akan rosakkan permainan• Semut yang menggigit menakutkan orang• Semut haiwan ber koloni : ada permaisuri • Mahu musnahkan semut: musnahkan

permaisuri.

Tempat semut keluar dari sarang

Korek lubang

Banjirkan dengan racun; beberapa kali

Cacing tanah

Serangga atas permukaan

• Mudah di lihat• Mudah di kawal• TAPI; mudah dan cepat membiak• Armyworm: kerana ia menyerang macam

askar.• Tapi kadang-kadang burung banyak

Yang jahat…

Kesan nya

Kawalan

• Sembur racun• Racun cypermethrin boleh di guna• Racun dan jangan siram.• Elakkan meracun sebelum penggunaan padang• Tapi pastikan semburan rata• Ulang selepas 7 – 10 hari, walaupun tiada

kesan. • Untuk memutus kitaran hidup (break life-cycle)

Pencegahan

• Tiada yang pasti• Perlu pantau dan pastikan tidak merebak. • Jaga kesihatan rumput supaya tidak mudah

sakit dan cepat pulih.• Jangan amalkan penyemburan pencegahan– menimbulkan kelalian, – membunuh makhluk yg bermanafaat, – dan membazir

PENYAKITTak banyak untuk Cowgrass, tapi kita perlu belajar walaupun susah…

Organisma yg menyebabkan penyakit

• Kulat: Suatu organisma (tumbuhan) tanpa klorofil yang membiak dengan spora dan selalunya filamen.

• Bakteria: organisma satu-sel bersaiz mikroskopik dengan dinding sel tetapi tiada klorofil membiak dengan pembelahan

• Phytoplasma: organisma bersaiz mikroskopik, bersifat seperti bakteria, tiada dinding sel dan kelihatan berfilament.

• Virus: organisma sub-mikroskopik, tiada sel, sebesar partikel yang memerlukan hos untuk membiak. Tidak di ketahui samada virus ialah benda hidup atau tidak.

• Nematoda: Cacing mikroskopik, selalunya tinggal di dalam tanah, makan akar tumbuhan.

Tiga syarat yg di perlukan utk penyakit

1. Host: Rumput yang boleh di jangkiti (tak sihat, kurang baja, kurang matahari dsb)

2. Kehadiran suatu patogen yang aktif dan mampu menjangkiti host

3. Sekitaran yang sesuai untuk jangkitan contohnya suhu atau kelembapan.

Tanda penyakit: daun ada, tapi mati, dan tidak berkerekot (curl)

Atau…

Ada bintik pada daun.

Berbeza dengankering Di makan serangga

Daun masih ada; tapi mati Daun tiada; dah di makan.

Kawalan

• Sembur dengan racun kulat atau fungicide• Cari racun ‘broad spectrum’ • Thiram, Mancozeb, Daconil dan lain lain. • Sembur secara rata.• Mesti ada 4 jam tidak hujan atau di siram• Ulang 7 – 10 hari lagi dengan racun jenis lain.

Pencegahan

• Kesihatan rumput mesti di jaga• Pembajaan yang cukup• Pemotongan yang tetap (One-third Rule)• Pengairan dan saliran yang cukup• Matahari

Isi

• Apa itu makhluk perosak• Kenapa (atau bagaimana) ia merosak• Pencegahan atau kawalan• Apa itu penyakit• Kenapa sakit• Pencegahan dan Rawatan

top related