loji pembersihan air tempatan

Post on 20-Mar-2017

1.069 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Loji Pembersihan Air TempatanDisediakan Oleh : ● Mohamad Zahin Mohd Zakian● Muhammad Akmal Hazim Raffindde● Muhammad Taufiq Faizal● Muhammad Najmi Mohd Khairi● Muhammad Haziq Mohd Ibrahim● Mohammad Irfan Hafiz Bin Mahat● Muizzikri Mazlan

Pengenalan● Loji pembersihan air merupakan pusat rawatan air yang

membersihkan air daripada segala bendasing seperti kekotoran dan toksik supaya dapat digunakan oleh para pengguna.

● Air yang telah dirawat mestilah menepati unit piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti rupa fizikal air seperti berwarna jernih, bau menyenangkan dan tiada enapan yang terapung dan terampai.

● Syarikat yang menguruskan loji rawatan air di negeri Selangor ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.

Antara syarikat yang menguruskan bekalan air di Malaysia

Sumber Air

● Sumber-sumber air ialah air permukaan, air bawah tanah, air hujan, air glasier dan laut.

● Di dunia ini, 71% meliputi bumi dan 29% darat meliputi bumi.

● Hanya 3% air di bumi yang boleh digunakan di dunia. Selebihnya tidak boleh digunakan kerana mengandungi bendasing yang boleh memudaratkan pengguna.

● Tiga negara yang mempunyai sumber air tawar yang terbanyak di dunia ialah Brazil, Russia dan Kanada.

● Antara faktor yang mempengaruhi pertambahan dan pengurangan air di permukaan ialah kapasiti atau luas tasik, kelembapan tanah dan takungan tiruan.

Antara contoh sumber air manusia

Dalil Tentang Sumber Air

Surah Al-Mu’minun (23) : 18

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

Proses Pembersihan Air

1. Penyaringan

● Untuk menyekat kemasukan pepejal terampai seperti sampah sarap ke dalam loji rawatan air.

● Mengelakkan pam atau paip dan alatan dari tersumbat atau rosak.

● Terdapat dalam dua kaedah, iaitu penyaringan kasar dan penyaringan halus.

Cara proses penyaringan dijalankan di loji rawatan

2. Pengudaraan

● Digunakan di salur masuk di loji perawatan air untuk dipindahkan ke empangan air.

● Membuatkan air mentah jatuh di atas satu rangkaian objek yang dipanggil tebat atau menyuntik udara ke dalam air.

Proses pengudaraan yang dijalankan di loji

3. Penggumpalan

● Di dalam air, molekul-molekul ini mempunyai cas negatif. Oleh sebab mempunyai cas yang sama, molekul-molekul ini tidak boleh bergabung.

● Bahan gumpal, sejenis bahan kimia yang bercas positif dimasukkan ke dalam air yang akan menarik zarah di dalam air mentah.

Kotoran terapung setelah diletakkan alum ketika proses penggumpalan

4. Pengenapan

● Proses ini dapat mengurangkan jumlah zarah terampai yang akan dibuang melalui proses penapisan.

● Dapat menghapuskan bakteria dalam air.

Proses pengenapan di loji pembersihan air

5. Penurasan

● Perawatan air mengandugi lapisan pasir● Dibersihkan melalui kaedah cuci balikan

(back wash)● Air jernih serta udara dipam● Air dikumpulkan dan menjadi air sisa

Proses penurasan di loji yang canggih

6. Pengklorinan dan Pemfluoridaan

• Proses ini dilakukan jika keadaan air benar-benar mentah.

• Air yang banyak kandungan alga memerlukan pengklourinan awal bagi memusnahkannya.

• Proses ini mengoksidakan besi dan mangan dalam air.

• Menghalang pembiakan alga yang menyebabkan komponen lagi rawatan tersumpat dan bersifat karsinoganik.

Isu yang Berkaitan Proses Pembersihan Air

• Masalah yang sering kali timbul ialah di bahagian paip yang menyedut air mentah dari sumber air.

• Masalah ini sering berlaku di kawasan pedalaman contohnya di Tubau, Sarawak.

Masalah yang Berlaku di Tabau, Sawarak.

• Kadar pengambilan air kurang daripada kemampuan yang sebenar (4000 – 5000 galen/jam)

• Terletak jauh di dasar sungai.• Ditimbus pasir dan lumpur.• Pemendapan berlaku di bahagian pam.• Pam mudah panas dan rosak.• Pam mudah terhakis.

Pengepam loji yang bermasalh di Tabau, Sarawak.

Cara Menangani Isu yang DIhadapi

• Menggunakan produk C-Flex H2O Intake.• Produk ini tidak mempunyai apa-apa

masalah semasa pengambilan air.• Produk ini juga fleksibel seperti boleh

bergerak ketika paras air rendah atau paras air tinggi.

• Menjimatkan kos minyak dan masa yang digunakan untuk membersihkan pam.

• Ia juga merawat air dengan lebih baik berbanding pam lama.

• Dapat mengepam dengan lebih laju daripada 70 jam (pam lama) kepada 49 jam (C-Flex).

• Air untuk mencuci penapis dapat dijimatkan daripada 58644 liter kepada 52128 liter sahaja.

• Isipadu alum yang digunakan juga dapat dikurangkan daripada 248 kg kepada 208 kg.

Kesimpulan● Kita hendaklah bersyukur kerana

negara Malaysia dikurniakan banyak sumber air mentah yang senang diproses berbanding Arab Saudi, Jepun, Australia dan Singapura.

● Kita juga perlulah menggunakan air yang bersih secara berhemah dan berjimat - cermat supaya sumber air bersih di negara kita tidak berkurangan.

AlhamdulillahSEKIAN

TERIMA KASIH

top related