latarbelakang kaedahlatihandanhalatuju ... · pdf filepada 2006 tumpuan latihan telah beralih...

Post on 05-Feb-2018

241 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

LATARBELAKANG

Objektif asal penubuhan institut ini adalahuntuk memberikan latihan perhutanankepada kakitangan lapangan JabatanPerhutanan Sabah (JPS) atau in-house training.Namun bermula pada tahun 1998 sehinggapada 2006 tumpuan latihan telah beralihkepada belia lepasan sekolah dan orangawam memandangkan tidak ada permohonandalam kalangan kakitangan JPS sendiri. Iniadalah disebabkan oleh syarat atau ketetapanPeraturan-peraturan Pegawai Awam NegeriSabah 2008 (dahulunya dikenali sebagaiPerintah Am Negeri Sabah - PANS) yangmengkehendaki penjawat awam yang bertarafsementara meletakkan jawatan sekiranyaingin mengikuti kursus jangka panjang. Initermasuklah untuk berkursus di IPS.

Kakitangan JPS melalui Kesatuan danMajlis Bersama Jabatan (MBJ) telahmembangkitkan isu tersebut untuk ditanganioleh pihak pengurusan. Oleh yang demikian,pihak pengurusan melalui Institut PerhutananSabah telah berusaha merangka satu programlatihan khusus untuk memenuhi tujuan ini.

Latihan dalam Perkhidmatan muladiperkenal dan dibuka pengambilannya yangpertama pada tahun 2008. Ini telah memberipeluang kepada semua Pekerja Awam JPSbertaraf sementara dan kontrak mendapatlatihan Perhutanan seterusnya dapatmeningkatkan peluang kerjaya yang lebihbaik di dalam Jabatan ini.

KAEDAH LATIHAN DAN HALA TUJUSELEPAS TAMAT LATIHAN

Kakitangan yang terpilih untuk mengikutilatihan ini akan mendapat penempatan baruselama setahun untuk memudahkanpengurusan dan pengendalian latihan. Merekaakan ditempatkan di bawah pentadbiranPejabat Perhutanan Daerah, Deramakot.Selama tempoh tersebut peserta adalahtertakluk kepada kawalan/arahan PegawaiPerhutanan Daerah Deramakot, menjalankantugas-tugas yang diarahkan dan pada masayang sama menjalani latihan di InstitutPerhutanan Sabah.

Peserta yang berjaya menamatkanlatihan akan dianugerahkan Sijil PerhutananPengawas Hutan. Sijil ini adalah setarafdengan Sijil Perhutanan yang diperolehimelalui Kursus Sijil Perhutanan PengawasHutan yang biasa. Selain itu, semasa dalamlatihan ini para peserta juga akan menjalaniKursus Penyelia RIL selama satu setengah (1½) bulan sebagai sebahagian daripada pakejlatihan. Peserta yang berjaya akanmemperolehi Sijil Penyelia RIL.

Penempatan setelah tamat latihanadalah keputusan pihak pengurusan atasanJabatan. Pihak institut tidak memberi jaminanbahawa para peserta akan diberi kenaikanpangkat dan jawatan setelah tamat latihan. Iaadalah tertakluk kepada kekosongan jawatanyang ada dan keputusan pengurusan tertinggiJabatan dan Jabatan Perkhidmatan AwamNegeri.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON? Kakitangan JPS berjawatan Pekerja

Awam (dahulunya PRA) bertarafSementara dan Kontrak yang telahberkhidmat selama satu (1) tahun.

Keutamaan akan diberikan kepada merekayang terlibat secara langsung dengankerja-kerja lapangan.

SYARAT KEMASUKAN & KELAYAKANi. Umur tidak melebihi 48 tahun pada tarikh

kursus bermula;

ii. Kelayakan akademik minimum adalahPentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menegah Rendah (PMR) atauyang setaraf dengannya; Dengan Kepujiandalam Bahasa Malaysia/sekurang-kurangnya mendapat Gred C serta Lulus dalammatapelajaran Matematik dan Sains;

iii. Markah Penilaian Prestasi Tahunanhendaklah mencapai 80% (minimum)dengan rekod disiplin yang baik.(Bagaimanapun, untuk mereka yangmemperolehi markah di bawah 80% juga,boleh dipertimbangkan oleh JawatankuasaPemilih);

iv. Mendapat kelulusan untuk mengikutikursus daripada Ketua Pejabat masing-masing;

v. Lulus pemeriksaan kesihatan yangdibuktikan melalui Borang PemeriksaanKesihatan. Calon yang terpilih WAJIB

KSPPH SESI 2017

menyerahkan borang ini kepada IPS padahari Pendaftaran sesuai dengankeperluan ISO9001:2008. Bagi merekayang tidak lulus /belum melakukanpemeriksaan TIDAK akan diterima untukmendaftar.

vi. Memenuhi syarat-syarat lain yangditetapkan dari masa ke semasa.

Syarat Lain

i. Yuran kursus sebanyak RM1200 dikenakankepada setiap pelatih. Ini merangkumiwang cagaran bagi pelbagai harta bendainstitut yang dipinjamkan kepada pelatih(e.g. buku, peralatan amali, kunci bilikdsb.), yuran Minggu Suaikenal, TabungKebajikan dan Yuran Lawatan.

Asrama dan makan adalah ditanggungoleh Kerajaan. Untuk aktiviti rasmi di luar,penginapan dibayar melalui YuranLawatan. manakala makan sertapengangkutan juga adalah ditanggungoleh Kerajaan;

ii. Kakitangan JPS yang menjadi pelatih IPStidak layak untuk mendapat CutiTahunan semasa menuntut; dan

iii. Tidak layak untuk menuntut sebarangelaun semasa menuntut.

BILANGAN PESERTA

Bilangan calon untuk pengambilan kali iniadalah terhad kepada 20 orang.

CARA MEMOHONIsikan Borang Permohonan yangdilampirkan dengan lengkap berpandukankepada Panduan Mengisi BorangPermohonan yang disertakan. Borang yangtelah lengkap diisi hendaklah dikemukakankepada Ketua Pejabat (Pegawai PerhutananDaerah / Ketua Bahagian) masing-masinguntuk tindakan lanjut.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisihendaklah sampai ke pejabat ini selewat-lewatnya pada 17 Nov 2017 (Jumaat).Pemohon yang layak ke peringkat temudugaakan dimaklumkan melalui Ketua Bahagianatau Pegawai Perhutanan Daerah masing-masing.

PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan lanjut silaberhubung dengan pejabat kami atau e-mail kepada:

Pengetua:Bernard.Valentine@sabah.gov.my

Penyelaras Kursus:Helda.Parut@sabah.gov.my

INSTITUT PERHUTANAN SABAHTELUPID

Peti Surat 237190730 SANDAKANTel: 089-521746Fax: 089-521748

JABATAN PERHUTANAN SABAH

top related