singapore biennale 2013 - faizalsidik.files.wordpress.com filepada penulisan bertajuk ‘singapore...

2
PENGENALAN Mengkurator adalah aktiviti yang menghubungkan objek, imej, proses, manusia, lokasi, sejarah dan wacana dalam ruang sebenar. Pada penulisan bertajuk ‘Singapore Biennale 2013: Curatorial Team Workshop I’ yang telah diterbitkan di Senikini pada edisi yang #19 saya membuat ulasan mengenai latar belakang, tema, perlantikan kurator, model cadangan karya dan lokasi. Penulisan ini pula akan membawa dua lagi siri workshop atau bengkel kurator antarabangsa sebelum pembinaan Singapore Biennale 2013 yang diadakan pada 23 Oktober sehingga 16 Februari 2014. Singapore Biennale 2013 Co-Curators Workshop II yang diadakan pada 28 Januari hingga 1 Feb 2013 di Glass Hall, Singapore Art Museum adalah kesinambungan daripada siri workshop yang pertama bertujuan untuk melihat cadangan karya yang diperolehi dengan dua kaedah pemerolehan yang diguna pakai iaitu melalui ‘open call’ atau pemerolehan terbuka dan juga cadangan co curator atau kurator bersama yang dijemput MENGKURATOR ASIA TENGGARA Cadangan ‘open call’ bermaksud bahawa jemputan secara terbuka kepada pelukis untuk menghantar karya mereka melalui iklan yang dipromosikan oleh penganjur menerusi media cetak dan juga media elektronik terutamanya laman web dan media sosial. Menerusi cadangan kurator pula adalah kurator yang dilantik akan mencadangkan karya-karya yang mereka anggap berpotensi untuk diketengahkan menerusi pertemuan dan lawatan ke studio pelukis. Apa yang menariknya menerusi cara ini adalah pusat seni atau ‘art center’ yang dikatakan menjadi nadi perkembangan seni bagi setiap negara kurator- kurator bukan lagi menjadi keutamaan pemilihan kurator namun ia lebih kepada istilah bernafas serantau. Model ini cuba dipraktikan dalam melihat aktiviti seni bukan sahaja berkembang di pusat bandaran yang dijana oleh kegiatan ekonomi, politik dan sosial malah masih wujud dalam istilah yang dikatakan periphery’ atau terletak dikawasan pinggiran dengan menyeluruh dan kolektif. Dalam perihal ini misalnya negara Vietnam yang jika dikaji sejarahnya selepas Perang IndoChina menentang Perancis dan dibawah jajahan Jepun mengalami perang saudara yang dikenali sebagai Perang Vietnam diantara Vietnam Utara oleh Vietcong yang beraliran Marxist disokong ketenteraan oleh Soviet Union menentang Vietnam Selatan didalangi oleh Amerika Syarikat yang dimenangi oleh pihak utara yang kemudiannya bergabung pada 1976. Dengan nama Republik Sosialis Vietnam dibahagikan kepada dua kurator iaitu Tran Luong di Hanoi dan Nguyen Nhu Huy di Ho Chi Minh yang kini merupakan ibu negara yang terletak di selatan negara itu. Manakala Filipina yang mempunyai banyak kepulauan diwakili oleh empat wakil kurator, iaitu Kawayan de Guia di Baguio City dan Claro Ramirez di Manila dalam melihat pulau yang terbesar di Filipina iaitu Luzon dibahagian utara. Charlie Co yang berpengkalan di Bacolod City iaitu di Western Visayas akan melihat di kawasan tengah iaitu di Barat Filipina manakala Abraham Garcia, Jr. Yang berasal dari Davao akan melihat pelukis di kepulauan selatan Filipina iaitu Mindanao. Bagi Indonesia terdapat dua pusat utama pergerakan seni lukis di sana yang utama iaitu Jakarta yang diwakili oleh Mia Maria dan Aminuddin T.H Siregar atau yang lebih dikenali sebagai ‘Ucok’ yang berpusat di Bandung. Kurator bersama Angkrit Ajchariyasophon yang bertapak di Chiang Rai, Thailand akan menyelaras di kawasan utara manakala Ark Fongsmut yang bertapak di Bangkok akan membuat pemerhatian sekitar selatan negara itu. Bagi Malaysia diwakili oleh Faizal Sidik yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur yang akan membuat penyelidikan pelukis-pelukis di Semenanjung Malaysia dan Yee I-Lann yang berasal dari Kota Kinabalu membuat penelitian artis di kepulauan Borneo di Sabah, Brunei dan Sarawak. Sementara itu setiap negara Asia Tenggara yang lain seperti Myanmar oleh Aye Ko dari Yangon, Misouda Heuangsoukkhousn dari ibunegara Laos iaitu Vientiane dan Erin Gleeson yang berpusat di Berlin dan Phnom Penh untuk Cambodia. Kumpulan sebelas orang kurator Singapura pula sebagai hos akan bersama berada di dalam setiap negara-negara Asia Tenggara sendiri selain enam daripadanya akan melihat pelukis Singapura. SINGAPORE BIENNALE 2013 : Co-Curators Workshop II & III 20 | Faizal Sidik T.K. Sabapathy bersama 27 co-curators Singapore Biennale 2013 Persembahan pelukis oleh co-curator Filipina oleh Kawayan, Abe dan Joyce Co-curator Malaysia Khai Hori, Yee i-Lann dan Faizal Sidik Persembahan akhir menyenarai pendek pelukis oleh semua kurator Persembahan slaid pelukis oleh Khai Hori

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Singapore Biennale 2013 - faizalsidik.files.wordpress.com filePada penulisan bertajuk ‘Singapore Biennale 2013: Curatorial Team Workshop I’ yang telah diterbitkan di Senikini pada

Pengenalan

Mengkurator adalah aktiviti yang menghubungkan objek, imej, proses, manusia, lokasi, sejarah dan wacana dalam ruang sebenar. Pada penulisan bertajuk ‘Singapore Biennale 2013: Curatorial Team Workshop I’ yang telah diterbitkan di Senikini pada edisi yang #19 saya membuat ulasan mengenai latar belakang, tema, perlantikan kurator, model cadangan karya dan lokasi. Penulisan ini pula akan membawa dua lagi siri workshop atau bengkel kurator antarabangsa sebelum pembinaan Singapore Biennale 2013 yang diadakan pada 23 Oktober sehingga 16 Februari 2014. Singapore Biennale 2013 Co-Curators Workshop II yang diadakan pada 28 Januari hingga 1 Feb 2013 di Glass Hall, Singapore Art Museum adalah kesinambungan daripada siri workshop yang pertama bertujuan untuk melihat cadangan karya yang diperolehi dengan dua kaedah pemerolehan yang diguna pakai iaitu melalui ‘open call’ atau pemerolehan terbuka dan juga cadangan co curator atau kurator bersama yang dijemput

MengKURaTOR aSIa TenggaRa

Cadangan ‘open call’ bermaksud bahawa jemputan secara terbuka kepada pelukis untuk menghantar karya mereka melalui iklan yang dipromosikan oleh penganjur menerusi media cetak dan juga media elektronik terutamanya laman web dan media sosial. Menerusi cadangan kurator pula adalah kurator yang dilantik akan mencadangkan karya-karya yang mereka anggap berpotensi untuk diketengahkan menerusi pertemuan dan lawatan ke studio pelukis. Apa yang menariknya menerusi cara ini adalah pusat seni atau ‘art center’ yang dikatakan menjadi nadi perkembangan seni bagi setiap negara kurator-kurator bukan lagi menjadi keutamaan pemilihan kurator namun ia lebih kepada istilah bernafas serantau.

Model ini cuba dipraktikan dalam melihat aktiviti seni bukan sahaja berkembang di pusat bandaran yang dijana oleh kegiatan ekonomi, politik dan sosial malah masih wujud dalam istilah yang dikatakan ‘periphery’ atau terletak dikawasan pinggiran dengan menyeluruh dan kolektif. Dalam perihal ini misalnya negara Vietnam yang jika dikaji sejarahnya selepas Perang IndoChina menentang Perancis dan dibawah jajahan Jepun mengalami perang saudara yang dikenali sebagai Perang Vietnam diantara Vietnam Utara oleh Vietcong yang beraliran Marxist disokong ketenteraan oleh Soviet Union menentang Vietnam Selatan didalangi oleh Amerika Syarikat yang dimenangi oleh pihak utara yang kemudiannya bergabung pada 1976. Dengan nama Republik Sosialis Vietnam dibahagikan kepada dua kurator iaitu Tran Luong di Hanoi dan Nguyen Nhu Huy di Ho Chi Minh yang kini merupakan ibu negara yang terletak di selatan negara itu. Manakala Filipina yang mempunyai banyak kepulauan diwakili oleh empat wakil kurator, iaitu Kawayan de Guia di Baguio City dan Claro Ramirez di Manila dalam melihat pulau yang terbesar di Filipina iaitu Luzon dibahagian utara. Charlie Co yang berpengkalan di Bacolod City iaitu di Western Visayas akan melihat di kawasan tengah iaitu di Barat Filipina manakala Abraham Garcia, Jr. Yang berasal dari Davao akan melihat pelukis di kepulauan selatan Filipina iaitu Mindanao.

Bagi Indonesia terdapat dua pusat utama pergerakan seni lukis di sana yang utama iaitu Jakarta yang diwakili oleh Mia Maria dan Aminuddin T.H Siregar

atau yang lebih dikenali sebagai ‘Ucok’ yang berpusat di Bandung. Kurator bersama Angkrit Ajchariyasophon yang bertapak di Chiang Rai, Thailand akan menyelaras di kawasan utara manakala Ark Fongsmut yang bertapak di Bangkok akan membuat pemerhatian sekitar selatan negara itu. Bagi Malaysia diwakili oleh Faizal Sidik yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur yang akan membuat penyelidikan pelukis-pelukis di Semenanjung Malaysia dan Yee I-Lann yang berasal dari Kota Kinabalu membuat

penelitian artis di kepulauan Borneo di Sabah, Brunei dan Sarawak. Sementara itu setiap negara Asia Tenggara yang lain seperti Myanmar oleh Aye Ko dari Yangon, Misouda Heuangsoukkhousn dari ibunegara Laos iaitu Vientiane dan Erin Gleeson yang berpusat di Berlin dan Phnom Penh untuk Cambodia. Kumpulan sebelas orang kurator Singapura pula sebagai hos akan bersama berada di dalam setiap negara-negara Asia Tenggara sendiri selain enam daripadanya akan melihat pelukis Singapura.

Singapore Biennale 2013 : Co-Curators Workshop II & III

20

| Faizal Sidik

T.K. Sabapathy bersama 27 co-curators Singapore Biennale 2013

Persembahan pelukis oleh co-curator Filipina oleh Kawayan, Abe dan Joyce

Co-curator Malaysia Khai Hori, Yee i-Lann dan Faizal Sidik

Persembahan akhir menyenarai pendek pelukis oleh semua kurator

Persembahan slaid pelukis oleh Khai Hori

Page 2: Singapore Biennale 2013 - faizalsidik.files.wordpress.com filePada penulisan bertajuk ‘Singapore Biennale 2013: Curatorial Team Workshop I’ yang telah diterbitkan di Senikini pada

Kuratorial dalam ertikata yang lebih jauh lagi, mengendalikan satu kaedah yang mengambil seni sebagai satu titik mula, namun situasinya berkaitan dengan konteks tertentu, masa, dan persoalan yang mencabar status quo. Dalam Singapore Biennale 2013 Co-Curators Workshop II ini beberapa saringan yang telah dilakukan. Pertama semua kurator terlibat untuk melihat semua karya yang telah dihantar melalui ‘open call’ untuk membuat penelitian sama ada cadangan karya tersebut berkualiti dan mempunyai potensi untuk diangkat menerusi tema ‘If The World Changed’. Sejumlah 700 penyertaan cadangan karya telah diterima oleh penganjur yang datangnya bukan sahaja dari negara Asia Tenggara malah dari Asia Timur, Asia Barat, Asia Selatan dan daripada calon pelukis Antarabangsa. Antara pelukis Malaysia yang turut berada di dalam senarai pencalonan ini ialah Tan Chin Kuan, Eng Hwee Chu dan Suhaimi Fadzir.

Daripada peringkat ini hanya penyertaan yang disenarai pendek akan dibentang dan dipersembahkan bersama-sama dengan cadangan kurator bersama setiap negara. Sudah tentu Singapura sebagai negara penganjur mempunyai cadangan penyertaan yang terbesar sama ada yang menghantar melalui penyertaan terbuka atau pilihan pelukis yang diwakili oleh kurator bersama yang terdiri daripada Tan Boon Hui, Joyce Toh, David Chew, Seng Yu Jin, Tay Swee Lin, Tamares Goh dan Charmaine Toh. Semasa sesi ini, apa yang menarik adalah apabila kurator membuat persembahan pelukis-pelukis mereka menerusi slaid kurator dari negara lain boleh memberi pandangan atau membuat kritikan terhadap karya yang dipersembahkan. Sungguhpun nama-nama pelukis yang telah disenarai pendek dalam peringkat ini hanya beberapa nama sahaja

disahkan turut serta namun tiada keputusan yang muktamad yang dicapai kerana sesama kurator bercadang untuk melihat karya dengan lebih jelas lagi melalui kerja lapangan dengan melakukan perjalanan penyelidikan, lawatan studio dan temubual dengan pelukis terbabit untuk dibawa sekali lagi direpresentasikan di workshop yang seterusnya.

Singapore Biennale 2013 Co-Curators Workshop III iaitu yang terakhir diadakan selang dua bulan, workshop selama tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 April ditempat yang sama bukan sahaja bertujuan untuk mencapai kata sepakat dalam memilih karya pelukis tetapi juga adalah perancangan akhir didalam membina struktur pameran seperti sub-theme atau tema-tema kecil yang sesuai untuk diletakkan dalam satu kumpulan.

Pada workshop kali ini kurator bersama bukan lagi bergerak mengikut negara masing-masing tetapi mereka bekerja secara kolektif bersama 27 kurator sesama mereka dalam membuat eksperimentasi pemetaan karya menerusi tema-tema tertentu, selain itu lawatan ke lokasi akhir pameran juga dilakukan dan seterusnya membuat perletakan karya akhir menerusi pelan lantai.

Walaupun perbincangan melalui kesepakatan yang dicapai melalui pertemuan melalui workshop yang diadakan telah berakhir, namun kerja-kerja kuratorial dan pengurusan dari segi membuat perhubungan dengan pelukis yang terpilih tetap berjalan. Enam bulan sebelum tarikh pembukaan adalah masa yang terlalu kritikal oleh penganjur dan kurator dari segi pembahagian dana untuk penghasilan karya oleh pelukis, penginsuranan, logistik daripada studio ke lokasi, dan juga pemasangan karya yang mencabar terutamanya yang bersaiz raksaksa.

KeSIMPUlan

Mengkurator Asia Tenggara adalah seperti menjadi jurucakap kepada cara pandang pelukis kontemporari terhadap rantau ini. Ini adalah bermaksud bagaimana mereka melihat Asia Tenggara itu dari sudut kaca mata estetik dan artistik terutamanya mereka yang lahir di sini namun tidak pernah mendapat pendedahan secara global. Medan ini adalah baik untuk kurator dan artis menyebarluaskan perkongsian kekayaan budaya yang dimiliki serantau. Mengkurator kini bukan lagi pekerjaan rutin di galeri dan muzium malah ia melangkaui dari itu dalam meletakkan pameran, penganjuran acara, siri program tayang dan lain-lain.

Perletakan karya melalui Pelan Lantai – Boon Hui (Singapura) Ucok (Indonesia), (Vietnam), Iman (Singapura) Abe (Filipina), Angkrit (Thailand), Siu Lee dan Joyce (Singapura)

Persembahan 3d

Perletakan karya artis menerusi pelan lantai di aras bawah Singapore Art Museum (SAM)

Pelan lantai di perletakan karya di Peranakan Museum

Pelan lantai perletakan karya di Singapore National Museum

Lawat ke lokasi pameran

Penyelidiikan lapangan atau researh trip lawatan ke studio pelukis Zulkifli Yusof

Pemetaan karya