laporan sambutan bulan kemerdekaan 2014

Post on 12-Apr-2017

964 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

SJKT LADANG RUBANA 2014

      Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari

Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang

akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah

pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

      Sekolah SJKT Ladang Rubana telah mengadakan Pelancaran Sambutan

Bulan Kemerdekaan pada 15 Ogos 2014. Sambutan dimulakan dengan bacaan

doa, nyanyian lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, lagu negeri perak dan lafaz ikrar

oleh pengawas. Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan dengan  ucapan oleh

Guru Besar, En.Sukumaran Arumugam. Seterusnya beliau merasmikan majlis

pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan memotong kek kemerdekaan.

Ceramah kemerdekaan juga telah disampaikan oleh Guru Besar kepada

warga sekolah. Tujuan ceramah disampaikan adalah untuk menanam perasaan

cinta rakyat Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan

bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan serta pejuang

kemerdekaan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara

terlepas daripada belenggu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnya

kita harus berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni.

      Pada 29 ogos pula murid-murid dan warga sekolah mengibarkan Jalur

Gemilang  sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31, Satu

Malaysia dan Jalur Gemilang. Perarakan mengelilingi Ladang Rubana juga

telah dilakukan oleh warga sekolah.   Seterusnya cikgu En.Elavarasan telah

mengadakan sesi soal jawab tentang kemerdekaan dengan murid – murid.

Murid-murid gembira dan bangga apabila menyanyikan lagu – lagu patriotik itu

dan juga semasa menjawab soalan – soalan kemerdekaan. Perasaan kasih dan

cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid.

            Pertandingan – pertandingan seperti mewarna, melukis tema

kemerdekaan, kuiz kemerdekaan, melukis jalur gemilang, mendeklamasi sajak

dan pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Kemerdekaan. Acara -

acara ini telah mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid.

       Akhir kata aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri

setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa warga sekolah.

Kibarkan Jalur Gemilang di seluruh kawasan bagi melambangkan semangat

cintakan tanah air.

top related