laporan program sambutan hari kemerdekaan
Post on 14-Apr-2018
261 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 1/4
4.0 LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
Pada 5 September 2013 hari Khamis, kami telah menganjurkan Program
Sambutan Hari Kemerdekaan kepada kanak-kanak Prasekolah Mithali. Program ini
telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan disempurnakan pada pukul 4.30 petang.
Program ini telah dianjurkan oleh guru pelatih 4PISMP Prasekolah dengan
bimbingan Pensyarah prihatin Puan Zairihan. Kami telah melaksanakan lima aktiviti
yang menarik kepada kanak-kanak. Program tersebut telah dirasmikan oleh
Pengarah Insititut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun iaitu Tuan Daud Bin Mat
Saman. Kelima-lima aktiviti tersebut adalah pertandingan mewarna dan reka topi,
mendeklamasi sajak, puisi dan pantun, fashion show:one Malaysia”, puzzle matching
serta akhir sekali ialah pertandingan kolaj jalur gemilang. Kanak-kanak terlibatdengan aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkannya.
Aktiviti yang pertama sekali dianjurkannya adalah pertandingan mewarna dan
reka bentuk topi. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini sangat menyerla
dan memberi komitmen yang tinggi. Sebanyak 25 orang kanak-kanak telah
mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna manakala pertandingan reka
bentuk topi telah dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak sangat seronok
semasa mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ada segelintir kanak-
kanak tidak ada lagi pendedahan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan dalam prasekolah mahupun di luar prasekolah. Pada akhir pertandingan
mewarna, kami telah dapat memilih pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga.
Seterusnya adalah pertandingan mendeklamasi sajak, puisi dan pantun iaitu
aktiviti yang kedua. Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan
dihabiskan pada pukul 11.30 pagi. Sebanyak 15 orang kanak-kanak telah mengambil
bahagian dalam pertandingan tersebut. Kanak-kanak telah mempersembahkan
dengan baik sekali . Kami telah hanya memberi dua minit kepada setiap kanak-kanak
untuk mendeklamasi sajak,puisi dan pantun. Kebanyakkan kanak-kanak telah
melebihi masa tetapi mereka mempersembahkan dengan baik dan menarik. Melalui
aktiviti-aktiviti ini kita dapat mengetahui dan mengenali bakat kanak-kanak dengan
teliti. Dengan ini, kita bolehlah mengenalpasti minat mereka yang sebenar dan masa
depan kanak-kanak dengan cerah. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini
telah memuaskan dan komitmen baik daripada kanak-kanak.
7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 2/4
Tambahan pula, kami juga berjaya melaksanakan pertandingan “fashion
show” kepada kanak-kanak prasekolah Mithali selepas masa rehat yang diberikan
untuk mengambil makanan tengahari. Pertandingan tersebut telah merangkumi dan
mempamerkan identiti negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pertandingan
ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada para hadirin iaitu ibu-bapa, guru-
guru dan sebagainya. Dalam pertandingan, kanak-kanak daripada pelbagai kaun
telah menonjolkan pakaian tradisional kaum masing-masing. Perkara ini telah
menarik tumpuan kesemua hadiran dan juga menarik minat kanak-kanak. Pada akhir
pertandingan ini, kami telah dapat memilih pemenang dalam pertandingan ini.
Pemenang tempat ketiga merupakan murid cina yang menunjukkan gaya pakaian
tradisional orang melayu manakala pemenang tempat kedua adalah seorang murid
india yang menunjukkan pakaian gaya pakaian tradisional orang cina. Pemenang
tempat pertama adalah dijatuhkan kepada seorang murid melayu yang menunjukkan
gaya pakaian tradisional orang India. Melalui pertandingan ini, kami telah dapat
menerapkan nilai saling hormat menghormati dalam diri seseorang kanak-kanak
supaya dapat memberi hormat kepada amalan gaya tradisoinal kaum lain. Pada
masa yang sama, kami juga menyemai semangat satu Malaysia dalam diri setiap
orang kanak-kanak supaya dapat mengekalkan keamanan negara.
Seterusnya adalah aktiviti yang keempat iaitu pertandingan “puzzle matching”.
Tujuan kami mengadakan aktiviti ini adalah untuk merangsang pemikiran kanak-
kanak supaya dapat memikir secara kreatif dan kritis. Pertandingan ini juga
dilaksanakan dalam kumpulan supaya memudahkan kanak-kanak berkolabarasasi
bersama rakan-rakan untuk membereskan aktiviti yang telah diberikan. Pertandingan
tersebut telah mencabar kebolehan kanak-kanak untuk berfikir secara rasional dan
cekap. Dalam pertandingan ini, kami telah menentukan pemenang mengikut masa
dan kekemasan papan “puzzle matching). Kami juga dapat memilih tiga pemenang
daripada 17 orang kanak-kanak. ketiga –tiga pemenang tersebut telah
menyempurnakan pertandingan tersebut dengan bersih dan dihabiskan dalam masa
yang singkat. Semasa berlangsung pertandingan tersebut, kanak-kanak berkeliatan
letih tetapi mereka masih dapat menumpukan perhatian dan juga minat terdapat sesi
pengjaran yang dikendalikan oleh kami. Pada masa yang sama, mereka juga tidak
mudah berputus asa setelag mendapat kesilapan semasa membuat pertandingan
“puzzle matching.
7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 3/4
Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti kelima iaitu pertandingan kolaj jalur
gemilang. Dalam pertandingan ini kesemua kanak-kanak prasekolah mithali telah
mengambil bahagian dan dapat dibuat dengan baik sekali. Pertandingan ini telah
diadakan selama setengah jam untuk memberi masa kepada kanak-kanak bertujuan
bagi kanak-kanak tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikannya.
Dalam pertandingan ini juga kami dapat memilih tiga pemenang selepas
mengadakan perbincangan sesama kami untuk mengenalpasti pemenang yang
sewajarnya. Bagi kesemua aktiviti yang dianjurkan oleh kami telah dibimbingi oleh
pensyarah kami yang terdapat dalam diri saya.
Kesimpulannya, kami sebagai guru pelatih akan pasti melaksanakan aktiviti-
aktiviti sebegini untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankandengan efektif. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini telah memberi satu pengajaran
yang terperinci kepada kami. Ia akan memudahkan kami untuk menjalankan tugas
dalam sekolah tanpa menghadapi masalah seperti sebelum ini. kita juga perlu
merancang aktiviti-aktiviti yan sangat menarik berbanding kali ini supaya kanak-
kanak tidak berasa bosan. Dengan itu, berakhirlah aktiviti kami yang terunggul
tersebut dan saya juga mencadangkan untuk bermain mengikut suka hati tetapi
mengikut juga syarat yang ditetapkan.
Sekian, Terima kasih.
7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 4/4
top related