laporan ini merupakan analisis soalan yang dilakukan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan...

Post on 24-Jan-2016

250 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Laporan ini merupakan analisis soalan yang dilakukan bagi memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan soalan yang telah dihasilkan. Soalan ini merupakan soalan Bahasa

Melayu Tahun 4 (Rujuk LAMPIRAN). Pembinaan soalan ujian ini telah dibina berdasarkan

Jadual Penentu Pengajaran yang menghasilkan satu Jadual Penentu Ujian (JPU) atau pun

yang juga dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Soalan ini adalah merangkumi

kandungan pelajaran bagi Tahun 4 Sekolah Rendah Kebangsaan. Terdapat 20 soalan

objektif yang dibina dan diedarkan kepada kelas 4 Gemilang di Sekolah Kebangsaan

Sg.Damit. Soalan ujian ini adalah berbentuk Aneka Pilihan. Walaupun soalan ini merupakan

ujian pertama untuk pelajar, soalan ini dibina untuk menguji elemen pengetahuan dan

kefahaman, analisi, aplikasi sehingga ke tahap penilaian dalam domain kognitif.

Analisis yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan soalan yang dibina

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk dijadikan satu alat yang boleh mengukur

penguasaan murid dengan tepat. Terdapat dua aspek yang diambil kira bagi menentukan

sesuatu soalan itu boleh mengukur penguasaan murid dengan tepat atau tidak iaitu aspek

kualiti setiap item soalan dan aspek status soalan. Kualiti setiap item soalan yang dihasilakn

ditentukan dengan menggunakan Indeks Kesukaran. Manakala aspek yang kedua

ditentukan dengan nilai Indeks Diskriminasi.

45

top related