laporan awan
Post on 22-Oct-2015
106 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Tajuk :Awan dan Cuaca
Tujuan :Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dan pengaruhnya kepada
keadaan cuaca.
Hipotesis : Jika suhu meningkat maka hujan akan turun.
Teori :Awan adalah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera dan
kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Awan
terbentuk daripada udara yang mengandungi wap air. Apabila wap air
dalam udara ini meluap menjadi titik-titik air, maka terbentuklah awan.
Pemeluapan ini boleh terjadi melalui dua cara iaitu pertamanya apabila
udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara kerana air
lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik ke
atas hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu
akan mencair dan terbentuklah awan.
Keduanya, apabila suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan
atmosfera lembap. Semakin lama udara akan menjadi semakin tepu
dengan wap air. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air di dalam awan
akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat.
Secara perlahan-lahan, daya tarikan bumi menariknya ke bawah.hingga
sampai ke satu titik di mana titik-titik air itu akan terus jatuh ke bawah
sebagai hujan. Namun jika titik-titik air tersebut bertemu dengan udara
panas, titik-titik itu akan meluap dan hilanglah awan itu. Inilah yang
menyebabkan awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung
di dalam awan silih berganti meluap dan mencair. Inilah juga yang
menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.
Jenis jenis awan
Awan Stratokumulus kelihatan kasar
Awan Nimbostratus gelap dan mempunyai lapisan-lapisan jelas dan
dikenali juga sebagai awan hujan
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Awan Stratus sangat rendah, tebal dan berwarna kelabu. Awan ini
kelihatan seperti lelangit rendah atau kabusdi tanah.
Awan Altokumulus berkepul-kepul, tidak rata dan berlapis. Selalunya
awan itu menbayangkan keadaan cuaca yang baik
Awan Altostratus lebih padat, berwarna kelabu dan kelihatan seperti air.
Awan ini berjurai-jurai.
Awan Sirus kelihatan seperti kapas nipis dan awan ini menunjukkan cuaca
agak cerah
Awan Sirokumulus kelihatan seperti sisik ikan.
Awan Sirostratus pula ialah awan putih yang nipis seperti tirai.
Awan Kumulus membentuk kelompok-kelompok bulat
Awan Kumulonimbus berbentuk kelompok-kelompok besar. Kelompok-
kelompok yang berwarna putih dan hitam inimempunyai bentuk dan rupa
yang beranekaragam. Awan ini membawa hujan yang disertai dengan
kilat dan petir
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Pengenalan :Saya telah menjalankan pemerhatian tentang awan berdekatan kawasan
rumah saya di kawasan Taman Manngga, Jalan Alor Mengkudu, Alor
Setar. Pemerhatian tersebut dilakukan bermula pada 19 Ogos hingga
01September 2013 iaitu selama 14 hari. Saya membuat pemerhatian
pada pukul 5 petang setiap hari. Sepanjang menjalankan pemerhatian
tersebut, saya telah mengambil gambar awan yang kelihatan setiap hari.
Keadaan awan yang diperhatikan sentiasa berubah setiap hari mengikut
keadaan cuaca. Kadang kala cuaca cerah dan ada kalanya pula cuaca
mendung atau hujan. Awan yang kelihatan setiap hari berbeza bentuk dan
ketebalannya. Ada pula hari yang langitnya kelihatan seperti tidak
berawan.
Pembolehubah :
Pembolehubah manipulasi : Bentuk Awan
Pembolehubah bergerakbalas : Cuaca
Pembolehubah malar : Masa / Tempat
Radas :Kamera digital, thermometer dan perisian “ Weatherpro”
Prosedur :1. Maklumat tentang awan dikumpulkan daripada mana-mana buku teks
dan internet.
2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan
tersebut diperhatikan dalam masa dua minggu. Pemerhatian dilakukan
pada masa yang sama setiap hari.
3. Kamera digital digunakan untuk mengambil gambar-gambar awan
manakala program weatherpro digunakan untuk menyukat suhu
sekeliling.
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
4 Pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan cuaca sama ada
berlaku hujan ataupun tidak sepanjang tempoh kajian.
5. Data yang diperolehi dianalisa dan ditafsir.
6. Laporan ditulis berdasarkan data yang diperolehi.
Pemerhatian :
HARI/TARIKH GAMBAR AWAN DATA DAN MAKLUMAT
HARI KE-1
19 OGOS 2013
( ISNIN )
Jenis awan : sirus
Ketinggian : awan tinggi
Cuaca : cerah(tiada hujan)
Suhu : 26° C
Ciri-ciri : Awan ini berbentuk tipis ,
Lembut dan berumbai-umbai.
Awan ini lazimnya membentuk
Jalur-jalur di langit.
HARI KE-2
20 OGOS 2013
( SELASA )
Jenis awan : Altostratus
Ketinggian : awan pertengahan
Cuaca : cerah(tiada hujan)
Suhu : 27° C
Ciri-ciri : Awan kelihatan bergumpal
dan dasarnya horizontal.
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
HARI KE-3
21 OGOS 2013
( RABU )
Jenis awan : Stratus
Ketinggian : awan rendah
Cuaca : Mendung
Suhu : 31° C
Ciri-ciri : Awan yang berlapis-lapis tipis
dengan warna abu-abu
Dengan dasar hampir serba
sama.Dapat menimbulkan
hujan.
HARI KE-4
22 OGOS 2013
( KHAMIS /)
Jenis awan : sirus
Ketinggian : awan tinggi
Cuaca : cerah(tiada hujan)
Suhu : 27° C
Ciri-ciri : Awan nipis seperti kapas
Berkepul-kepul dan berwarna
putih. Langit cerah.
HARI KE-5
23 OGOS 2013
( JUMAAT )
Jenis awan : Stratus
Ketinggian : awan rendah
Cuaca : mendung
Suhu : 29° C
Ciri-ciri : Awan berlapis dan rata.
Tidak mempunyai bentuk
tertentu.Berwarna kelabu.
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
HARI KE-6
24 OGOS 2013
( SABTU )
Jenis awan : Stratokumulus
Ketinggian : awan rendah
Cuaca : cerah(tiada hujan)
Suhu : 27° C
Ciri-ciri : Awan berkepul-kepul dan
berwarna putih, langit cerah.
HARI KE-7
25 OGOS 2013
( AHAD )
Jenis awan : Stratus
Ketinggian : awan rendah
Cuaca : Mendung
Suhu : 29° C
Ciri-ciri : Terletak rendah dan berwarna
abu-abu. Menghasilkan hujan
gerimis.
HARI KE-8
26 OGOS 2013
( ISNIN )
Jenis awan : Altostratus
Ketinggian : awan pertengahan
Cuaca : Mendung
Suhu : 30° C
Ciri-ciri : Berwarna kelabu. Hampir
meliputi seluruh langit.Akan
menghasilkan hujan.
HARI KE-9
27 OGOS 2013
( SELASA )
Jenis awan : Stratokumulus
Ketinggian : awan rendah
Cuaca : Mendung
Suhu : 30° C
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Ciri-ciri : Awan ini merupakan beberapa
kelompok awan kelabu yang
tersusun.
HARI KE-10
28 OGOS 2013
( RABU )
Jenis awan : Altostratus
Ketinggian : awan pertengahan
Cuaca : cerah(tiada hujan)
Suhu : 27° CCiri-ciri : Awan halus berwarna
kebiruan.
Sering menghasilkan hujan
gerimis tetapi jika ada tolakan
angin hujan tidak akan terjadi.
HARI KE-11
29 OGOS 2013
( KHAMIS )
Jenis awan : sirus
Ketinggian : awan tinggi
Cuaca : cerah(tiada hujan)
Suhu : 28° CCiri –ciri : Awan putih terpisah-pisah
seperti benang halus atau
pecah-pecah atau jalur-jalur
sempit atau mata pancing atau
bulu ayam atau serabut yang
berwarna putih.
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
HARI KE-12
30 OGOS 2013
( JUMAAT )
Jenis awan : Kumulunimbus
Ketinggian : awan pertengahan
Cuaca : mendung
Suhu : 30 °c
Ciri-ciri : Awan yang sangat mampat
dan padat menjulang tinggi
menjadi gumpalan yang besar
dan boleh mengangkut
300000 tan air biasa.
HARI KE-13
31 OGOS 2013
( SABTU )
Jenis awan : Altokumulus
Ketinggian : awan pertengahan
Cuaca : cerah
Suhu : 27° C
Ciri cirri : Awan yang seperti bulu domba
atau sisik ikan tetapi agak
melebar dengan warna putih
bersih atau abu-abu atau
campuran dari keduanya.
HARI KE-14
01 SEPT 2013
( AHAD ) Jenis awan : Altokumulus
Ketinggian : awan pertengahan
Cuaca : cerah
Suhu : 27° C
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Ciri cirri : Awan yang seperti bulu domba
atau sisik ikan tetapi agak
melebar dengan warna putih
bersih atau abu-abu atau
campuran dari keduanya
Analisis data :
HARI JENIS AWAN NAMA AWANTINGGI PERTENGAHAN RENDAH
PERTAMA / Sirus
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
KEDUA / Altostratus
KETIGA / Stratus
KEEMPAT / Sirus
KELIMA / Stratus
KEENAM / Stratokumulus
KETUJUH / Stratus
KELAPAN / Altostratus
KESEMBILAN / Stratokumulus
KESEPULUH / Altostratus
KESEBELAS / Sirus
KE-12 / Kumulunimbus
KE-13 / Altokumulus
KE-14 / Altokumulus
PERBINCANGAN :
1. Daripada pemerhatian yang telah saya lakukan, saya cuba untuk
mengaitkan bentuk awan dan cuaca yang berlaku.Saya telah
memerhatikan bentuk-bentuk awan selama 14 hari Saya telah
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
membuat pemerhatian di kawasan laoang di Taman Mangga, Jln Alor
Mengkudu, Alor Setar.Masa untuk menjalankan kajian ini ialah pada
jam 5.00 petang.
2. Hasil daripada pemerhatian dan perolehan data yang dikumpul dalam
jadual, saya mendapati bahawa cuaca agak berubah-ubah pada setiap
hari.Pada hari pertama, keempat dan kesebelas saya dapat
memerhatikan awan sirus kelihatan. Awan ini adalah awan tinggi dan
berada pada ketinggian antara 6100m hingga 12000 m.Awan ini
terbentuk tipis, lembut dan merupakan awan putih yang terpisah-pisah
seperti benang halus.Awan ini menunjukkan cuaca yang agak cerah
dan suhu sekitar 26° C hingga 28 °C.
3. Awan Stratus dapat diperhatikan pada hari ketiga, kelima dan ketujuh.
Awan merupakan awan rendah tetapi tidak mencecah permukaaan
bumi.Pada ketiga-tiga hari ini cuaca kelihatan mendung dan diikuti pula
dengan hujan pada sebelah malam.Sebelah petang suhu agak tinggi
antara 28 °C hingga 32 °C. Pada hari kedua, kelapan dan kesepuluh
awan Altostratus dapat direkodkan. Awan ini merupakan awan
pertengahan yang berwarna kelabu atau kebiru-biruan dan berbentuk
seperti sirostratus yang tebal. Cuacanya cerah dan mempunyai suhu
yang sederhana.
4. Awan Stratokumulus dapat diperhatikan pada hari keenam dan
kesembilan.Awan ini merupakan awan rendah dan terdiri daripada
kelompok awan kelabu yang tersusun. Cuaca pada kedua hari ini
mendung dan suhu agak panas.Pada hari keduabelas awan tebal
kumulunimbus kelihatan. Awan ini mempunyai dasar yang rata tetapi
mempunyai sifat berkembang secara menegak. Cuaca pada hari ini
mendung ,diikuti pula hujan yang turun dengan agak lebat.
5. Akhirnya saya dapat merekodkan awan Altokumulus yang merupakan
awan pertengahan. Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
bertompok-tompok tidak rata dan berlapis-lapis. Cuaca pada kedua-dua
hari ini adalah cerah. Keseluruhan cuaca adalah sedehana panas pada
waktu siang dan malam.
KESIMPULAN:
Setelah kajian dijalankan dilokasi tertentu selama empat belas hari, ia
menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setaipa hari. Jenis-
jenis awan yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan
atau pun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan
kelembapan. Pada kajian ini didapati jenis awan rendah akan
menghasilkan awan mendung dan diikuti pula oleh hujan. Selalunya jika
hujan akan turun kita dapat merasakan cuaca panas yang agak luar
biasa daripada hari yang lain. Ini juga petanda menunjukkan bahawa
hujan akan turun. Awan berperanan untuk:menghasilkan hujan.
Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan kitaran hujan. Air hujan
sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala hidupan di muka
bumi ini.awan juga berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan
memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan
untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi.
Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku.
Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan
pergolakan atmosfera. Awan membantu mengagihkan semula haba
tambahan dari khatulistiwa ke kutub. Awan diperlukan untuk proses
pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi.Awan
membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku.
Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan
pergolakan atmosfera.Awan membantu mengagihkan semula haba
tambahan dari khatulistiwa ke kutub.
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Daripada dapatan yang diperolehi , ternyata hipotesis yang diberikan
adalah benar,Jika suhu meningkat maka hujan akan turun.
REFLEKSI
Terlebih dahulu sya ingin memanjatkan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun pelbagai
Halangan terpaksa ditempuhi.Pada semester kelima ini, bagi subjek SCE 3110
Bumi dan Angkasa merupakan subjek major dan saya telah dibimbing oleh dua orang
Pensyarah iaitu Pn. Rahimawati bt. Abdul Rahim dan Pn. Hjh Amani bt Abdullah
Mubarak.
Untuk tugasan kali ini kami pelajar dari sains 1 dan 2 dikehendaki menjalankan 2
Amali Iaitu Awan dan Cuaca serta Terbitnya Matahari. Bagi amali Awan dan Cuaca
Kami dikehendaki mengkaji tentang jenis-jenis awan dan cirri-cirinya. Kami dikehendaki
Mengambil gambar awan selama 14 hari berturut-turut pada masa dan tempat yang
Sama. Tugasan ini agak menarik kerana dari sini saya dapat membuat ramalan sendiri
Tentang cuaca berpandukan bentuk awan yang saya lihat. Saya juga telah membuat
Rujukan tentang awan melalui buku-buku dan dari internet,
Perubahan cuaca mendatangkan implikasi yang besar terhadap aktiviti seharian
Manusia. Cuaca boleh dikategorikan kepada cuaca panas, redup, mendung, berangin
Dan hujan. Cuaca yang panas dapat membantu manusia menjalankan aktiviti haraian
Mereka dengan lebih lancar. Cuaca yang panas membolehkan manusia mengeringkan
Pakaian yang sudah dibasuh dengan cepat. Aktiviti lain seperti pergi ke tempat kerja, m
Menziarahi saudara-mara dan sahabat handai ,kanak-kanak yang pergi ke sekolah
Serta mengadakan majlis kenduri kahwin dapat dijalankan dengan lebih lancar jika
Cuaca pada hari tersebut cerah dan panas. Jika hari hujan kita mungkin agak terlewat
Untuk sampai ke tempat kerja kerana jalan raya yang sibuk.
SCE 3110 : BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Dengan adanya ramalan cuaca dapat membantu kita untuk merancang segala
Aktiviti harian kita. Contohnya jika kita hendak merancang percutian bersama keluarga
Kita patut memilih hari dan mengikut keadaan cuaca.Lebih-lebih lagi jika kita
Merancang untuk pergi ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Bagi nelayan=nelayan yang hendak ke laut, mereka akan memerhatikan
Bentuk-bentuk awan yang kelihatan. Dari situ mereka sudah boleh menjangkakan
Cuaca pada hari tersebut. Cuaca panas dan redup memang banyak membantu
Manusia dalam aktiviti seharian mereka, namun demikian cuaca yang terlalu panas
Juga boleh menyebabkan kemarau dan kematian.Musim kemarau boleh menyebabkan
Hutan-hutan terbakar
…
top related