langkah 1 (cerita rakyat) rantai emas 1

Post on 27-Oct-2014

116 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TAJUK : SIKAP TAMAK MEMBAWA

KERUGIAN [RANTAI EMAS]

Cerita rakyat:

RANTAI EMAS

Dalam sebuah negeri, ada sepasang suami isteri. Si suami bernama Ahmad manakala isterinya ialah Siti. Kehidupan mereka sangat miskin. Setiap hari, mereka memancing untuk menyara hidup.

Mereka selalu mendapat ikan-ikan yang kecil sahaja. Ikan-ikan ini hanya cukup untuk dimakan.

Mereka tidak dapat menjual ikan-ikan tersebut untuk mendapatkan

wang.

Pada suatu hari, mereka memancing di tengah tasik. Mereka menggunakan perahu untuk sampai ke tengah tasik. Si isteri berasa jemu kerana tidak mendapat seekor ikan pun. Dia mengajak suaminya pulang.

“Tunggulah sebentar, mungkin kita akan dapat rezeki” kata Ahmad.

Tidak lama kemudian, joran si Siti di tarik dengan kuat.“Wah, tentu besar ikan ini” kata si Siti.

Si Siti terperanjat apabila menarik jorannya kerana bukan ikan yang ditarik, tetapi rantai emas. Semakin ditarik semakin panjang rantai itu. Perahu mereka telah dipenuhi dengan rantai emas.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi katak yang riuh rendah di danau itu.

“Rat! Rat! Rat! Rat!”Katak- katak itu menyuruh

suami isteri itu mengerat rantai emas.

“Perahu ini hendak karam, kita kerat sahaja rantai ini,” kata Ahmad.

Si Siti menjadi tamak. Dia tidak mahu mengerat rantai itu. Akhirnya, perahu mereka karam kerana berat dengan rantai emas. Mereka terpaksa berenang untuk menyelematkan diri.

Terima Kasih

Pilihan Kosa Kata

1 23 45

Cari maksud perkataan berikut.

PerahuKaram

1

Cari maksud perkataan berikut.

KeratRezeki

2

Cari maksud perkataan berikut.

Joran Danau

3

Cari maksud perkataan berikut.

Miskin

Berenang

4

Cari maksud perkataan berikut.

Tamak Wang

5

Terima Kasih

top related