kurikulum standard sekolah menengah (kssm) · 2020. 10. 6. · pendidikan malaysia meluluskan...
Post on 06-Feb-2021
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
BAHASA ARAB (KOD: 2361)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
-
Diterbitkan oleh:
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
© Lembaga Peperiksaan 2020 Cetakan Pertama 2020
Hak Cipta Terpelihara. Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021 ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
KATA PENGANTAR
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Arab yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.
Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2
-
ISI KANDUNGAN
1.0 4
2.0 4
3.0 6
4.0 7
5.0 7
6.0 8
7.0 8
8.0 9
9.0 9
10.0 11
11.0 12
Pengenalan
Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran
Punca Kuasa
Matlamat Mata Pelajaran
Objektif Mata Pelajaran (OM)
Objektif Pentaksiran (OP)
Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir
Aras Kesukaran Item
Format Pentaksiran
Contoh Item
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran A
Lampiran B
18
22
12.0
13.0
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
14.0
15.0
29
30
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3
-
1.0
2.0
PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN
Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:
2.1
2.2
KESAHAN
Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard.
KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4
-
2.3
2.4
2.5
KEOBJEKTIFAN
Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh.
Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin kebolehpercayaan skor.
KEBOLEHTADBIRAN
Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan sekolah.
KEMUDAHTAFSIRAN
Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5
-
2.6 KEKOMPREHENSIFAN
Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat dicapai dengan jayanya.
3.0 PUNCA KUASA
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Arab SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6
-
4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN
KSSM Bahasa Arab bermatlamat memperkukuhkan kemahiran berbahasa murid agar kemampuan mereka dalam interaksi sosial dan akses kepada pengetahuan dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk sahsiah diri melalui pengamalan nilai-nilai murni.
5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)
KSSM Bahasa Arab bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti yang berikut:
OM1: Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan dalam pelbagai topik berdasarkan tema yang ditentukan serta dapat memberi respons yang betul;
OM2: Bertutur dalam pelbagai konteks berdasarkan tema yang ditentukan melalui penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat serta pere.nggan yang betul;
OM3: Membaca dan memahami pelbagai bahan berdasarkan tema yang ditentukan serta dapat memberi respons yang betul;
OM4: Menulis tentang pelbagai topik berdasarkan tema yang ditentukan melalui penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan yang betul; dan
OM5: Mengaplikasikan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Sumber: DSKP Bahasa Arab 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7
-
6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN BAHASA ARAB
Objektif Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Arab adalah untuk mentaksir kebolehan pelajar dalam:
OP1: Mengingat dan Memahami Keupayaan memahami pelbagai perkataan, rangkai kata, ayat, perenggan dan petikan;
OP2: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Keupayaan berkomunikasi dalam pelbagai konteks berdasarkan tema;
OP3: Kemahiran Membaca Keupayaan membaca dan memahami pelbagai bahan berdasarkan tema serta dapat memberi respons yang betul;
OP4: Kemahiran Menulis Keupayaan menulis pelbagai topik dalam pelbagai bentuk penulisan berdasarkan tema; dan
OP5: Kemahiran Mengaplikasi Keupayaan menggunakan sistem bahasa dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.
7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR
7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (2361/1):
7.1.1 Mengingat dan Memahami
7.1.2 Kemahiran Membaca
7.1.3 Kemahiran Menulis
7.1.4 Mengaplikasi
7.2 Konstruk untuk Kertas 2 (2361/2)
7.2.1 Kemahiran Mendengar
7.2.2 Kemahiran Bertutur
7.2.3 Mengaplikasi
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8
-
8.0 ARAS KESUKARAN ITEM
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).
8.1
8.2
8.3
Aras RItem yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih 60% calon. (sebahagian besar calon).
Aras SItem yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40% hingga 60% calon.
Aras TItem yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang 40% calon (sebahagian kecil calon).
9.0 FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Arab menggunakan dua instrumen iaitu;
9.1 Kertas 1 (2361/1) Kertas 1 berbentuk Ujian Bertulis
9.2 Kertas 2 (2361/2) Kertas 2 berbentuk Ujian Lisan
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9
Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 10.
-
FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN BAHASA ARAB (2361)
BIL. PERKARA KERTAS 1 (2361/1) KERTAS 2 (2361/2)
1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Lisan: Bertutur
2 Jenis Item
• Objektif Pelbagai Bentuk• Subjektif Respons Terhad• Subjektif Respons
Terbuka
• Subjektif Respons Terhad• Subjektif Respons Terbuka
3 Bilangan Soalan
Bahagian A (Sistem Bahasa) 3 soalan (30 markah) (Jawab semua soalan)
Bahagian B (Pemahaman) 7 Soalan (35 markah) (Jawab semua soalan)
Bahagian C (Penulisan) 2 Soalan (35 markah) (Jawab semua soalan)
Bahagian A Perbualan Terhad (20 markah)
Bahagian B Perbualan Terbuka (30 markah)
4 Jumlah Markah 100 markah 50 markah
5 Konstruk
• Mengingat danMemahami
• Kemahiran Membaca• Kemahiran Menulis• Mengaplikasi
• Kemahiran Mendengar• Kemahiran Bertutur• Mengaplikasi
6 Tempoh Ujian 2 jam 30 minit Jun hingga Julai (Tingkatan 5)
7 Cakupan Konstruk
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
(Tingkatan 4 dan 5)
8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9 Kaedah Penskoran • Analitik• Holistik • Holistik
10 Alatan Tambahan Tiada
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10
-
10.0 CONTOH ITEM
10.1
10.2
Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian. Rujuk Lampiran 1, 2 dan 3.
Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11
-
LAMPIRAN 1
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
BAHASA ARAB (2361)
CONTOH-CONTOH ITEM
2361/1 – BAHASA ARAB KERTAS 1
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12
-
.أقسام ثالثة هذه الورقة حتتوي على .األسئلةجميع أجب عن
“أ”قسم [درجة ۳۰]
:بالعبارات اآلتية مع تغيري ما يلزم الطالبخاطب أ [ناتدرج] .حافظ على صحتك (۱) [ناتدرج] .دّرب نفسك على الرياضة واملنافسة (۲)
:كّون ما يأيت بـ[ناتدرج] .مجلة فيها حال (۱) [ناتدرج] ".إال"مجلة فيها حرف االستثناء ( ۲)
:هات مثاال لكل وزن من األوزان اآلتية مث ضعه يف مجل مفيدة من عندك جـ[ناتدرج] افْ تَ َعلَ ( ۱) [ناتدرج] ِإفْ َعال( ۲)
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
-
“ب”قسم [درجة ۳٥]
:اقرأ القطعة اآلتية مث أجب عن مجيع األسئلة اليت تليها
. وهي تنشر روح التعاون بني األفراد وترفع من شأن األمة عظيمةالرياضة هلا فوائد كبرية وأمواال جهوداوقد بذلت احلكومة . للفرد والوطن النجاحالرياضة من أسباب اجملد و
من النوادي يف املدن والقرى يشرتك فيها الشباب افأنشأت آالف. كثرية لتحقيق هذا الغرضكل االهتمام اهتّمتالتعليمية يف ماليزيا قد من مجيع طبقات الشعب، ولذلك جند املراحل
.بالرياضة حبيث قامت املدارس بتنفيذ األنشطة الالصفية يف املدارس الثانوية يف ماليزيافالقرآن يطلب من املؤمنني . والرتبية الرياضية طريق إىل القوة. القوةإىل يدعواإلسالم
الصغارفالرياضة ضرورية حيتاج إليها كل الناس . أن يكونوا أقوياء للدفاع عن دينهم وأنفسهمن العمل الدائم من غري راحة أو رياضة له تأثري غري طيب على إوالكبار والرجال والنساء، إذ
.اإلنسانالطبيب ودون أن حتس أنك شيخ تزورعيشة سعيدة دون أن عيشتوإذا أردت أن
وال . النشاط احلر بعد أن تنتهي من العمل الرمسيو كبري فال بد أن حتصل على قدر من الراحة الرياضة املعروفة مثل أنواعبد من أن تقوم ببعض التمرينات الرياضية أو ختتار لنفسك نوعا من
وعند ذلك ستحسن عملك وتتمكن من . حالت أو غري ذلكأو السباحة أو الر ىألعاب القو .العقل السليم يف اجلسم السليم: حتقيق املثل الذي يقول
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
-
:اآلتية األسئلة أجب عن أ[ناتدرج] عظيمة للرياضة؟الفائدة الما (۱)[ناتدرج] كيف بذلت احلكومة جهودها لرفع مستوى الرياضة؟ (۲)
:اآلتيةهات مرادفا للكلمات بــ [جة واحدةدر ] عظيمة (۱)
:هات مضادا للكلمات اآلتية جـ [جة واحدةدر ] القوة (۱)
:استخرج ما يأيت من النص د [جة واحدةدر ] املصدر على وزن فْعل (۱)
.أعرب الكلمات اليت حتتها خط إعرابا تاما ه [ناتدرج] جهودا (۱)
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
-
: اضبط الكلمات اليت حتتها خط بالشكل التام وكل االهتمام بالرياضة حبيث قامت اهتّمتيف ماليزيا قد التعليميةولذلك جند املراحل
.الالصفية يف املدارس الثانوية يف ماليزيا األنشطةبتنفيذ املدارس [درجات ٤]
.أفكار رئيسة من النص السابق ثالثاستخرج ز [درجات ٦]
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
-
“ج”قسم [درجة ۳٥]
.كلمة يف فقرة واحدة ٤. الرسم ما ال يقل عدد كلماته عن ااكتب عن هذ أ
[درجات ۱]. فقط من املوضوعات اآلتية حبيث ال يقل عدد كلماته عن مائة واحد اكتب يفبـ
:كلمة (۱۲).عشرين و
(۱)
. الشباب عماد الوطن . أمهية اإلنرتنت يف حياتنا اليوم (۲) .التقرير عن االحتفال بعيد املعلمني يف مدرستك (۳) ".مسؤولية الوالدين يف تربية األبناء" اخلطبة عن املوضوع (٤)
[درجة ۲٥]
رِيَاِضيَّةٌ رِْحَلٌة
تَّارِيخالانكَ مَ ال
َوقتال َهَدفال
ألَْنِشطَةا
ُمَشارُكونال
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
-
LAMPIRAN 2
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
BAHASA ARAB (2361)
CONTOH-CONTOH ITEM
2361/2 – BAHASA ARAB KERTAS 2
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18
-
“أ”قسم [درجة ۰۲]
قائمة األسئلة للمقدمةما امسك؟(۱)أين تسكن؟(۲)كيف حالك؟(۳)ما اسم أبيك؟(٤)ما اسم أمك؟(٥)ما هوايتك؟(٦)ما أملك؟(٧)كم عمرك؟(۸)كم عدد إخوانك؟(۹)ما عمل أبيك؟(۱).ما عمل أمك؟ (۱۱)ما اسم مدرسك؟ (۱۲)ما اسم مديرك؟ (۱۳)سم مدرستك؟ما ا (۱٤)يف أي فصل تدرس؟ (۱٥)
[اتدرج ٥]
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19
-
.آلتيةصف الصورة ا
[ةدرج ۱٥]
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20
-
“ب”قسم [درجة ۰۲]
رياضيت املفضلة :موضوع الحوار
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 21
-
LAMPIRAN 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2021
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
BAHASA ARAB (2361)
PANDUAN PENSKORAN PENTAKSIRAN LISAN
2361/2 – BAHASA ARAB KERTAS 2
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 22
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
1.0
PANDUAN UJIAN LISAN BAHASA ARAB SPM
MAKLUMAT AM
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
Kertas Ujian Lisan wajib diduduki oleh semua calon yang mengambil mata
pelajaran bahasa Arab SPM semasa berada di Tingkatan Lima.
Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pentaksiran Ujian
Lisan Bahasa Arab yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran bahasa Arab.
Jawatankuasa Pentaksir hendaklah merancang dan melaksanakan Ujian
Lisan bahasa Arab kepada semua calon.
Pentaksiran Ujian Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata
pelajaran bahasa Arab.
Kriteria pemarkahan dalam Panduan Ujian Lisan Bahasa Arab SPM
hendaklah dimaklumkan kepada calon.
Aktiviti penyetaraan akan dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik
oleh Lembaga Peperiksaan.
Ujian ini dilaksanakan mulai bulan JUN hingga JULAI tahun semasa.
Tarikh akhir pentaksir menghantar Borang Markah Keseluruhan pada 31
JULAI tahun semasa.
Setiap calon dikehendaki menjawab satu set soalan ujian yang telah
ditentukan.
1.10 Masa yang diperuntukkan bagi tiap-tiap calon ialah 10 hingga 15 minit.
1.11 Markah penuh bagi ujian ini ialah 50 markah:
Bahagian Perkara Markah
A
Pengenalan Diri 5 markah
Memberi Respons Berdasarkan Bahan
Rangsangan 15 markah
B Perbualan Terbuka 30 markah
Jumlah 50 markah
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 23
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
1.12 Pentaksiran dijalankan di bilik-bilik ujian yang disediakan oleh pihak sekolah.
Setiap calon akan ditempatkan di bilik kuarantin terlebih dahulu secara
bergilir-gilir sebelum ujian lisan dijalankan.
1.13 Semasa di bilik kuarantin calon akan diberikan satu tajuk perbualan terbuka
sebagai persediaan sebelum ujian lisan dijalankan.
1.14 Ujian lisan dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan.
2.0 ARAHAN KEPADA PIHAK SEKOLAH
2.1 Mematuhi arahan Lembaga Peperiksaan berkaitan pelaksanaan Ujian Lisan
Bahasa Arab bagi calon yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab SPM.
2.2 Memastikan Jawatankuasa Pentaksiran Ujian Lisan Bahasa Arab ditubuhkan
di sekolah.
2.3 Memastikan pentaksir memahami dan menjalankan pentaksiran Ujian Lisan
bahasa Arab mengikut panduan pentaksiran yang disediakan.
2.4 Memberi taklimat dan penerangan berkaitan Ujian Lisan kepada calon.
2.5 Menyediakan segala kemudahan untuk melaksanakan Ujian Lisan.
3.0 ARAHAN KEPADA PENTAKSIR
Pentaksir dikehendaki menjalankan ujian ini mengikut langkah-langkah seperti
berikut:
3.1 Bahagian A
(a) Pentaksir akan mengemukakan soalan secara lisan daripada set yang
ditentukan kepada calon berkenaan.
(b) Pentaksir akan mengemukakan 3 soalan mukaddimah kepada calon.
(c) Pentaksir akan memberikan calon bahan rangsangan.
(d) Calon perlu mengemukakan tiga ayat berkaitan bahan rangsangan.
(e) Pentaksir dibenarkan membantu calon dengan soalan-soalan
rangsangan.
(f) Pentaksir perlu memberikan skor sebaik sahaja calon selesai
menjalani ujian berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 24
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
3.2 Bahagian B
(a) Pentaksir mengemukakan tajuk perbualan yang telah ditetapkan.
Sekiranya calon tidak dapat menjawab tajuk yang diberikan,
pentaksir boleh memilih satu tajuk perbualan yang lain daripada
senarai tajuk yang dicadangkan.
(b) Pentaksir dibenarkan membantu calon dengan soalan-soalan
rangsangan.
(c) Pentaksir perlu memberikan skor sebaik sahaja calon selesai
menjalani ujian berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
3.3 Pentaksir hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan tidak
memberi komen yang boleh dianggap mengganggu calon.
3.4 Pentaksir perlu menjumlahkan skor bagi kedua-dua bahagian di dalam
Borang Markah Individu 2361/2 Bahasa Arab (Rujuk Lampiran A).
3.5 Pentaksir perlu melengkapkan Borang Markah Keseluruhan 2361/2 Bahasa
Arab (Rujuk Lampiran B).
4.0 PANDUAN PENSKORAN UJIAN LISAN BAHASA ARAB 2361/2
4.1 BAHAGIAN A (20 MARKAH)
4.1.1 Sesi perbualan dimulai dengan 3 soalan mukaddimah yang
diperuntukkan 5 markah.
4.1.2 Pemberian markah bahan rangsangan berdasarkan perkara berikut: (a) Idea dan huraian (9 markah) (b) Tatabahasa (2 markah) (c) Sebutan (2 markah) (d) Kefasihan (2 markah)
4.2 BAHAGIAN B (30 MARKAH)
4.2.1 Pemberian markah perbualan terbuka mengikut perkara berikut:
(a) Idea dan huraian (15 markah) (b) Tatabahasa (5 markah) (c) Sebutan (5 markah) (d) Kefasihan (5 markah)
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 25
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
4.3 Kriteria Pemarkahan Bahagian A
Bil Perkara Skor Aspek Kriteria
1 Perbualan
Terhad
11 - 15
Cemerlang
Idea dan huraian
Memberi dua atau tiga idea
berserta huraian yang tepat
dan mencapai maksud.
Tatabahasa Penggunaan tatabahasa
betul dan tepat.
Sebutan Sebutan betul, sangat jelas
dan tepat.
Kefasihan Keseluruhan pengucapan
sangat lancar.
6 - 10
Baik
Idea dan huraian
Memberi satu atau dua idea
berserta huraian yang tepat
dan mencapai maksud.
Tatabahasa Terdapat sedikit kesilapan
tatabahasa.
Sebutan Sebutan betul dan jelas.
Kefasihan Keseluruhan pengucapan
lancar.
3 - 5
Memuaskan
Idea dan huraian Memberi satu idea tanpa
huraian.
Tatabahasa Terdapat banyak kesilapan
tatabahasa.
Sebutan
Sebutan masih betul tetapi
kurang tepat dan kurang
jelas.
Kefasihan Keseluruhan pengucapan
kurang lancar.
1 - 2
Lemah
Idea dan huraian
Keseluruhannya lemah,
tidak menunjukkan
penguasaan kemahiran
bertutur dalam bahasa Arab.
Tatabahasa
Sebutan
Kefasihan
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 26
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
4.4 Kriteria Pemarkahan Bahagian B
Bil Perkara Skor Aspek Kriteria
1 Perbualan
Terbuka
21 - 30
Cemerlang
Idea dan huraian
Memberi empat atau lima
idea berserta huraian yang
tepat dan mencapai maksud.
Tatabahasa Penggunaan tatabahasa
betul dan tepat.
Sebutan Sebutan betul, sangat jelas
dan tepat.
Kefasihan Keseluruhan pengucapan
sangat lancar.
11 - 20
Baik
Idea dan huraian
Memberi dua atau tiga idea
berserta huraian yang tepat
dan mencapai maksud.
Tatabahasa Terdapat sedikit kesilapan
tatabahasa.
Sebutan Sebutan betul dan jelas.
Kefasihan Keseluruhan pengucapan
lancar.
4 - 10
Memuaskan
Idea dan huraian
Memberi satu idea berserta
huraian yang tepat dan
mencapai maksud.
Tatabahasa Terdapat banyak kesilapan
tatabahasa.
Sebutan
Sebutan masih betul tetapi
kurang tepat dan kurang
jelas.
Kefasihan Keseluruhan pengucapan
kurang lancar.
1 - 3
Lemah
Idea dan huraian
Keseluruhannya lemah,
tidak menunjukkan
penguasaan kemahiran
bertutur dalam bahasa Arab.
Tatabahasa
Sebutan
Kefasihan
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 27
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
4.5 Glosari Ujian Lisan
Istilah Maksud
Idea
Pengucapan yang mengandungi erti atau bererti.
Pengucapan yang mencapai maksud atau kehendak
tugasan.
Tatabahasa Peraturan bahasa .
Sebutan
Cara melafazkan atau menyebut perkataan yang diterima
sebagai yang betul atau yang wajar.
Kefasihan
Lancar dan mudah bercakap.
Pandai berkata-kata.
Pantas dan tidak tersekat-sekat.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 28
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
LAMPIRAN A
BORANG MARKAH INDIVIDU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
UJIAN LISAN
BAHASA ARAB 2361/2
Nama Calon : ………………………………….………………
Angka Giliran : ………………………………….………………
Set Soalan : ………………………………….………………
Tandatangan Pentaksir 1 : ......................................
Nama Pentaksir 1 : ...................................... : ......................................
Tandatangan Pentaksir 2 : ......................................
Nama Pentaksir 2 : ...................................... : ......................................
BIL PERKARA MARKAH JUMLAH
1 BAHAGIAN A (PERBUALAN TERHAD) 20
Pengenalan diri 5
Idea dan huraian 9
Tatabahasa 2
Sebutan 2
Kefasihan 2
2 BAHAGIAN B (PERBUALAN TERBUKA) 30
Idea dan huraian 15
Tatabahasa 5
Sebutan 5
Kefasihan 5
JUMLAH KESELURUHAN
50
Tarikh
Tarikh
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 29
-
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA ARAB
LAMPIRAN B
BORANG MARKAH KESELURUHAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
UJIAN LISAN
BAHASA ARAB 2361/2
BIL NAMA CALON ANGKA
GILIRAN MARKAH CATATAN
Tandatangan Pentaksir: ………............
Nama Pentaksir : ………............
Tarikh: ………............
Tandatangan Pengetua : ………………….…...
Nama Pengetua : ……………………..….……
Nama dan Alamat Sekolah:
…………..….…….............................................
………………………………………..…….….
Cap Rasmi Sekolah: ………………..…………
Tarikh: ……………………
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 30
-
Lembaga PeperiksaanKementerian Pendidikan Malaysia
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TEMPLATE DEPAN UMUM.pdfBlank PageBlank PageBlank PageBlank PageBlank PageBlank Page
Buku Format SPM 2021 2361 BA updateBuku Format SPM 2021 2361 BA update.pdfBuku Format SPM 2021 2361 BA3.0 PUNCA KUASA4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) BAHASA ARAB6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN BAHASA ARAB7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR7.1 Konstruk untuk Kertas 1 (2361/1):7.1.1 Mengingat dan Memahami7.1.2 Kemahiran Membaca7.1.3 Kemahiran Menulis7.1.4 Mengaplikasi7.2 Konstruk untuk Kertas 2 (2361/2)7.2.1 Kemahiran Mendengar7.2.2 Kemahiran Bertutur7.2.3 Mengaplikasi8.0 ARAS KESUKARAN ITEM9.0 FORMAT PENTAKSIRAN9.2 FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021MATA PELAJARAN BAHASA ARAB (2361)
2361 Bahasa Arab Contoh Item Ujian Lisan[3977]
back page.pdfBlank Page
Blank Pageback page.pdfBlank Page
top related