kumpulan 12

Post on 21-Jan-2017

437 Views

Category:

Data & Analytics

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Perniagaan merupakan sebagai suatu cabang muamalah dalam Islam. Islam juga telah

meletakkan beberapa peraturan bagaimana seharusnya seseorang peniaga itu

menjalankan aktiviti perniagaannya.

TIGA PERATURAN ASAS PERNIAGAAN ISLAM

Tidak lalai daripada mengingati Allah SWTBersifat jujur di dalam menjalankan

perniagaanBersifat amanah dan bertanggungjawab

Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 37:“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan

oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat, mereka takutkan hari (kiamat)

yang padanya hati dan pandangan menjadi gusar”.

• Para peniaga khususnya perlu menyedari bahawa sesibuk mana sekalipun kita dengan aktiviti perniagaan, hakikatnya seruan Allah itu merupakan perkara utama yang mesti didahulukan. • Ini kerana setiap rezeki yangkita dapati daripada perniagaan adalah kurniaan daripada Allah SWT

Bersifat jujur di dalam menjalankan perniagaan

Firman Allah SWT dalam surah As-Syu’ara’ ayat ke 181- 183 ; “Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan dan janganlah kamu

menjadi golongan yang merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan neraca yang tepattimbangannya. Dan janganlah kamu mengurangi hakhak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi”.

Islam melarang dengan tegas sebarang bentuk aktiviti penipuan dalam perniagaan.

Antara bentuk penipuan adalah seperti mengurangkan timbangan, bercakap bohong mengenai nilai barangan, mengkhianati perjanjian dan lain-lain lagi.

Kesemua ini adalah antara perkara keji yang melanggar etika perniagaan dalam Islam.

Bersifat amanah dan Bertanggungjawab

Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat ke 27 ; “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati

(amanah) Allah dan Rasul-Nya, serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui (dosanya)”.

Tanggungjawab seorang peniaga ialah menyediakan barangan keperluan masyarakat dengan kadar nilaian harga yang berpatutan.

Islam melarang keras perbuatan segelintir peniaga yang sengaja menyembunyikan barangan keperluan dengan tujuan meningkatkan permintaan pengguna.

SIDDIQSiddiq bermaksud benar.Telus dari sebarang unsur penipuan ataupun unsur

penyembunyian.“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji,kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamudapat mengambil pelajaran.” (al-Nahl: 90)

Dengan pengamalan Siddiq juga dapat mengelakkan gejala perniagaan dunia yang mengamalkan keuntungan yang terlalu tinggi hingga membebankan orang lain.

Pemasaran dalam islam bukanlah hanya untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kepentingan orang lain.

AMANAHJujur dalam menjual dan mempromosikan sesuatu

produk, jujur di dalam meletakkan harga, jujur dalam timbangan.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah yang digelar ’al-amin’ iaitu seorang yang jujur dalam perniagaan sehinggakan masyarakat bukan Islam sendiri amat suka kepada keperibadian Rasulullah.

“Dan jangan kamu meghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan padahal kamu mengetahuinya (salahnya).” (al-Baqarah: 188)

Amanah yang dimaksudkan di sini adalah amanah kepada Allah dengan mengakui tentang harta dan rezeki di dunia ini adalah milik-Nya.

TABLIGHTabligh bermaksud ikhlas.Seseorang usahawan Muslim itu perlu

menyampaikan maklumat tentang produk keluarannya tanpa rasa tergugat dan riak.

Rasulullah juga pernah bersabda;“Barang siapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja tangannya, maka di waktu petang itulah ia terampun dosanya.” (Hadis Tabrani dan Baihaqi)

Sebagai usahawan islam, kita hendaklah sentiasa bersyukur dan ikhlas melakukan kerja kerana Allah, kerana keletihan yang diperolehi itu dapat mengikis dosa-dosa sebelum ini

FATHANAHFathanah bermaksud bijak.Bijak yang dimaksudkan ialah bijak di dalam

menjalankan perniagaan sehingga tidak melalaikan urusan akhirat.

Usahawan perlu bijak di dalam memasarkan produk mereka kepada pengguna dengan mengaplikasikan teknologi terkini seperti internet dan media massa.

Usahawan Muslim juga perlu sedar bahawa selain menjaga hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka sesama manusia iaitu pengguna, hubungan mereka dengan mahkluk lain juga perlu dijaga seperti tidak melakukan pencemaran sampah, pencemaran udara dan pencemaran bunyi melalui pemasaran barang-barang dan perkhidmatan mereka, kebijaksanaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi mengimbangi semua keperluan ini.

PRINSIP PEMASARAN ISLAM

KetaqwaanBarang dan perkhidmatan halalPenggunaan tidak dilarang oleh syariatContoh : Arak, rokok, VCD lucahDikhuatiri merosakkan moral umat Islam

walaupun permintaan tinggi

KesederhanaanBersifat sederhana dan tidak berlebihanElak berhutang yang boleh memudaratkanTidak boleh riak dan membazirContoh : Memasarkan barang mengikut

kapasiti semasa

KebajikanTidak boleh berjual beli sesuatu yang

memabukkanDibenarkan hanya untuk menyelamatkan

nyawa(al-Baqarah: 173)

top related