konsep guru -islam, timur dan barat

Post on 21-Oct-2015

88 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Edu 3101

TRANSCRIPT

KONSEP GURU DARI PERSPEKTIF ISLAM, TIMUR

DAN BARAT

OBJEKTIF P & P

1. Menjelaskan perbezaan-perbezaan guru berdasarkan falsafah-falsafah pendidikan dunia.

2. Membezakan setiap peranan guru dalam Islam.

3. Menganalisis kedudukan dan tanggungjawab guru dalam Islam.

PENGENALAN

KONSEP ASAS DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Konsep Falsafah

• Berasal daripada perkataan Yunani - mencinta.

• Perkataan Sophia – kearifan/kebijaksanaan.

• Falsafah pendidikan – pedoman, arah tujuan atau pandangan terhadap perkara2 yg berkaitan dgn pendidikan.

• Maksud lain – ilmu dan kebenaran.• Aspek pendidikan – guru mendapat

panduan dan petunjuk terhadap perkara2 berkaitan dengan pendidikan.

• Falsafah pendidikan membahaskan 3 persoalan utama – metafizik, epistemologi, dan aksiologi.

• Falsafah pendidikan – memberi panduan kepada sesebuah sistem pendidikan untuk menetapkan matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis kurikulum, kaedah pengajaran serta peranan guru.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

• Plato – satu proses yang dapata membentuk individu yang berakhlak mulia.

• Montessori – satu proses membentuk dan mengembangkan JERI kanak-kanak.

• John Dewey – satu proses perkembangan individu dan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada pada manusia supaya hidup berfaedah dan selamat.

• Falsafah Pendidikan Barat terbahagi dua:

i. Tradisional – perenialisme dan essensialisme.

ii. Moden – progresivisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme.

PERENIALISME

• Berasal daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman Plato dan Aristotle.

• Lahir - kerana pengaruh materialisme, pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot.

• Tujuan fahaman ini – mengembangkan potensi rasional individu, menemui prinsip2 mutlak dan memahami dunia yang sebenar.

• Dasar pendidikan – idealisme• Tujuan pendidikan – mendisiplinkan

mental dan jiwa murid supaya menjadi rasional.

• Ilmu pengetahuan – tertumpu kepada kajian yang kekal, menguasai fakta dan ilmu tanpa batas masa.

• Peranan pendidikan – matapelajaran klasik, menganalisis sastera, pupuk moral dan melatih 3M

ESSENSIALISME

• Lahir kerana – fitrah manusia sebenarnya kurang nilai2 murni yang sempurna.

• Dasar pendidikan – idealisme dan realisme.

• Tujuan pendidikan – mempertingkatkan pertumbuhan intelek individu, mendidik manusia menjadi lebih cekap, membentuk personaliti dan mental ketahap kesempurnaan dan keharmonian.

• Ilmu pengetahuan – kemahiran penting dalam matapelajaran akademik, menguasai konsep dan prinsip2 matapelajaran.

• Peranan pendidikan – guru mempunyai autoriti dalam tugasnya.

• Pengajaran nilai2 tradisi masyarakat secara eksplisit.

• Tumpuan kurikulum – kemahiran asas 3M, sains, sejarah, ilmu alam, bahasa asing. Nilai2 masyarkt diajar sepanjang peringkat sekolah.

PROGRESIVISME

• Kelahiran manusia adalah suci dan fitrah dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh sekitarannya.

• Dasar pendidikan – pragmatisme, naturalisme.

• Tujuan pendidikan – mempertingkatkan kehidupan sosial yang demokratik.

• Ilmu pengetahuan – Ilmu yang membawa kepada pertumbuhan dan pembangunan proses belajar hidup, tertumpu pada pembelajaran aktif.

• Peranan pendidikan – guru sebagai pembimbing, penasihat (inkuiri penemuan, penyelesaian masalah dll)

• Tumpuan kurikulum – berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan murid. Terlibat kepada aplikasi prinsip2 @ konsep. Penyelesaian masalah, projek, ujikaji dll. cth- kemahiran hidup.

REKONSTRUKTIVISME

• Lahir daripada fahaman progresivisme.• Menggabungkan teori progresivisme

dan behavioral sains.• Dasar pendidikan – pragmatisme.• Tujuan pendidikan – memperbaiki dan

membina masyarakat, pendidikan untuk perubahan dan reformasi.

• Ilmu pengetahuan – kemahiran dan mata pelajaran untuk mengenal dan menyelesaikan masalah masyarakat, pembelajaran aktif,prihatin dengan masalah masalah kini

• Peranan pendidikan – guru menjadi agen perubahan, pengarah projek dan ketua penyelidik.membantu murid sedar akan masalah yang dihadapi

• Tumpuan kurikulum – tertumpu kepada sains sosial dan kaedah penyelidikan sosial. Kemahiran berfikir kreatif dan kritis.

EKSISTENSIALISME

• Dasar pendidikan metafizik – alam kewujudannya, membesar dan seterusnya menyedari kewujudan keadaan dirinya dan penghidupannya.

• Pengetahuan/kebenaran – kebenaran pilihan individu, apa yang diamati diberi makna,berdasarkan pemahaman sendiri.

• Etika moral dan akhlak – berdasarkan kebebasan individu, tidak perlu mengikut norma masyarakat.

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

KONFUSIANISME

• Sesuatu sistem pendidikan harus berasaskan kepada prinsip kebenaran dan segala aspek kebaikan. Justeru manusia boleh dididik dan diajar untuk memiliki tingkah laku dan etika yang tinggi.

• Pendapat tokoh-tokoh Konfisianisme –i. Membina tingkahlaku supaya manusia

berakhlak mulia.ii. Mengikut peraturan serta taat dan setia

kepada pemerintah dan negara.

KONFUSIANISME

• Kung Fu Tze – sesuatu sistem pendidikan harus berasaskan kepada prinsip kebenaran dan segala aspek kebaikan.Justeru manusia boleh dididik dan diajar untuk memiliki tingkah laku dan etika yang tinggi.

• Pendapat tokoh-tokoh Konfisianisme –i. Membina tingkahlaku supaya manusia

berakhlak mulia.ii. Mengikut peraturan serta taat dan setia

kepada pemerintah dan negara.

• Memperkenalkan unsur rasionalisme.• Untuk dapat ilmu sebenar, pelajar perlu

menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya.

• Menyarankan kaedah inkuiri.

NASIONALISME & INTERNASIONALISME

• Pendidikan merujuk individu yang berfikiran cergas, saintifik, bersih berani dll serta tetap mendukung nasionalisme yang ideal.

• Proses bertujuan melahirkan menusia yang sempurna.

• Mementingkan aspek2 mencintai negara sendiri dan negara lain.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

• Turki Rabih – FPI dibina berasaskan empat rukun iman yang teguh, akhlak mulia, berilmu dan amal salih (Yunus :9).

• Kamal Hassan – FPI menekan konsep;i. Pendidikan seumur hidup.ii.Pembangunan menyeluruh JERI.iii.Menyampaikan dua fungsi –’abid, khalifah.iv.Memakmurkan alam.v.Kesepaduan iman, ilmu dan amal salihvi.Al-falah.

Samb.

• Al-Nahwi – Asas FPI terdiri daripada;i. Keimanan kepada Allah, meninggikan

kalimahNya dan daie.ii.Manhaj rabbani.iii.Kesedaran dan penerokaan terhadap realiti

alam dan diri sendiri.• FPI memerlukan prasarana yang mestidigembleng bersama.

HAKIKAT FPI

1. Hakikat ketuhanan.2. Hakikat alam.3. Hakikat manusia.

ALLAH

MANUSIA ALAM

Hubungan FPI Dengan Konsep Pendidikan Islam

CIRI/SYARAT FPI

1. Sesuai dengan roh Islam, akidah dan undang-undang Islam.

2. Berkaitan dengan realiti masyarakat.3. Pembinaannya berkaitan dengan

kehidupan manusia.4. Bersifat universal didasari faktor sosial,

budaya, spiritual, ekonomi dll.5. Bebas daripada sebarang percanggahan.6. Dinamik dan mempunyai contoh-contoh

yang jelas

PERANAN GURU DALAM ISLAM

Penyampai Ilmu Pengetahuan

• Perlu menyampaikan secara berkesan melalui kemahiran, teknik dan kaedah mengajar yang sesuai.

• Mewujudkan suasana p & p yang berkesan – interaksi 2/3 hala.

• Penyampaian ilmu mengikut silibus, meluaskan maklumat yang ada, menggalak murid cari maklumat baru, dll.

• Guru perlu mengajar murid bijak belajar. –kesan tabiat membaca, minat, budaya dll.

Perancang & Pengurus Pembelajaran

• Perlu merancang p & p dalam dan luar bilik darjah, perlu ada rancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian.

• Aktiviti luar perlu perancangan rapi. – alat, BBM, kemudahan asas dll.

• Guru bertindak sebagai fasilitator – bimbing murid.

• Guru bantu murid kembang bakat sedia ada. Kesan kekuatan dan kelemahan yang wujud pada murid.

Pengembang & Pengukuh Kemahiran

• Guru perlu latih murid menguasai kemahiran berfikir, penggunaan minda yang baik dan membina budaya berfikir. –how & why.

• Guru galak murid terus guna kemahiran yang dikuasai untuk menguasai kemahiran lain. –rentasan matapelajaran.

• Bimbingan hendaklah secara berterusan.

Samb.

• Pembentuk akhlak.• Pembimbing dan kaunselor.• Contoh teladan atau model.• Pelajar dan pembina budaya ilmu.• Penghubung dalam masayarakat.• Penyelidik dan penilai.

KONSEP 6M

• Bukan suatu yang asing. – persidangan dunia pendidikan Islam 1977.

• Telah digunakan keseluruhannya oleh Rasulullah saw.

• 6M –- mudarris.- muaddib.- murabbi.- mursyid.- muallim.- muballigh.

MUDARRIS

• Konsep yang diasaskan kepada guru cemerlang yang berkesan. Umumnya dinilai daripada lima aspek utama –- ciri-ciri peribadi yang dimiliki.- kaedah-kaedah pengajaran yang

digunakan.- kejayaan mewujudkan iklim dan

personaliti yang baik.- mempunyai kepakaran, kecekapan

dan kemampuan membuat keputusan secara profesional.

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Ali –Imran : 79

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: "Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) ", dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Al- An,am : 105

MUADDIB

• Merujuk kepada peranan guru untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkahlaku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar/murid.

• Proses ta’dib ini bersumberkan wahyu Allah SWT.

• Nilai ta’dib adalah bersifat mutlak serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh

MURABBI

• Merujuk kepada peranan guru yang seiring dengan dasar pendemokrasian pendidikan untuk membina akal budi, membangun jatidiri dan intergriti, memacu minda, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitnah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar.

• Guru berperanan merealisasikan pembentukan dan pembangunan para pelajar dari pelbagai aspek (jasmani, rohani, emosi dan intelek) agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia menurut perspektif Islam.

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.

Al-Rum : 39

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.“

Al-Isra’ : 24

MU’ALLIM

• Merujuk kepada peranan guru untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui syarahan, latihan, amali, latihtubi, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.

• Proses ta’lim merangkumi adab berilmu yang akan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri pelajar sebagai insan soleh.

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Al-Baqarah : 239

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Al-Baqarah :31

MURSYID

• Merujuk kepada aspek kepimpinan guru untuk menjaga, menasihati, mangarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri (JERI) sebagai insan soleh.

• Konsep irshad lebih menfokuskan konsep kepimpinan Rasulullah saw dalam proses mendidik dan membimbing para sahabat.

`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

Al-Jin : 2

MUBALLIGH

• Merujuk kepada kualiti guru yang berperanan sebagai da’i dengan memberi tumpuan kepada aspek keterbukaan, keluwesan (murunah), kesederhanaan, kesempurnaan, kesejagatan dan keseimbangan semasa menjalankan amanah dan tanggungjawabnya.

• Konsep tabligh mengutamakan ketegasan dalam kelembutan serta bijaksana ketika berhujjah dan memberi tunjuk ajar.

HAK DAN KEWAJIPAN GURU DALAM ISLAM

1. Guru sebagai pengajar, pembimbing, penilai, pemudahcara.

2. Guru sebagai agen perubahan.3. Guru sebagai pemimpin masyarakat.4. Guru sebagai kaunselor.5. Guru sebagai agen sosialisasi

1. Menyayangi pelajar.2. Meneladani Rasulullah saw.3. Sentiasa menasihati murid.4. Menjaga disiplin murid.5. Memahami teknik dan kaedah

pengajaran.6. Suka subjek yang diajar.7. Mengamalkan ilmu yang diajar.8. Menerapkan didikan agama.9. Mampu memberi kesan kepada

perubahan tingkahlaku baik.10.Memberi semangat dan perangsang

kepada murid.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

DALAM ISLAM

1. Peranan guru agama terhadap murid-murid.

2. Peranan guru agama dalam sesi p & p.3. Peranan guru menanamkan keagamaan.4. Peranan guru dalam meningkatkan mutu

pendidikan.

1. Tanggungjawab terhadap pelajar.2. Tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.3. Tanggungjawab terhadap masyarakat

dan negara.4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat

dan profesion perguruan.

RUMUSAN

SESI PERBINCANGAN

LEMBARAN KERJA

Bincangkan bersama rakan anda perkara-perkara berikut:

1.Jelaskan perbezaan antara falsafah pendidikan tradisional dan moden Barat. Sertakan grafik2.Bincangkan perbandingan antara falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat. Ulasan dalam bentuk grafik.

top related