komunikasi dan interaksi sosial kemahiran mendengar dalam komunikasi interpersonal

Post on 15-Jul-2015

242 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM KOMUNIKASI INTEPERSONAL

MINGGU 7

Contoh situasi: Kawan anda mahu berjumpa dengan

anda pada pukul 8 malam di perpustakaan hari ini. Anda ingat tentang tempat pertemuan yang telah dijanjikan, tetapi anda tidak pasti pukul berapakah perjumpaan tersebut sepatutnya berlaku

Respon kepada situasi: Berlaku “misunderstanding” (salah

faham) apabila anda tidak mendengar dengan teliti bagi mendapatkan maksud keseluruhan maklumat yang diterima.

Kemahiran mendengar dalam komunikasi interpersonal Kemahiran mendengar yang lemah sering

merosakkan komunikasi interpersonal Terdapat 4 jenis pendengaran dalam

komunikasi interpersonal: Pendengaran bermaklumat Pendengaran empati Pendengaran kritikal Pendengaran diologik

Beza antara mendengar dan pendengaran Mendengar – beri tumpuan yang teliti

kepada apa yang didengar Pendengaran – proses fisiologi iaitu

bagaimana bunyi diserap masuk melalui gelombang ke telinga tengah, dan gelombang disalurkan ke bahagian tertentu dalam otak melalui saraf.

Manusia mendengar, tetapi sejauhmana manusia memberi tumpuan terhadap apa yang didengar?

Kajian Rankin (1992) dan Barker et al. (1981) menunjukkan bahawa manusia lebih banyak mendengar daripada bercakap ketika dalam perbualan

MENDENGAR SECARA BERMAKLUMAT

Mendengar secara bermaklumat Mendengar, kemudian memahami apa yang

didengar – pendengaran bermaklumat Pendegaran aktif – individu berusaha untuk

memahami isi kandungan maklumat yang didengar

Pendengaran pasif – anda mungkin mendengar perkataan yang diucapkan, dan memahami serba sedikit berkenaan maklumat yang disampaikan, tetapi anda lebih banyak hilang tumpuan, apa yang didengar ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Halangan dalam pendengaran bermaklumat Pseudo-Listening – seolah-olah

memberi tumpuan (dari aspek eye contact, ekspresi muka dan postur) tetapi sebenarnya pemikiran ke arah yang lain.

Hilang tumpuan / fokus kerana topik yang didengar membosankan

Perbezaan antara kelajuan berfikir dan kelajuan percakapan Kelajuan berfikir adalah 4 kali ganda berbanding

kelajuan bercakap Secara purata, manusia bercakap 100 – 150 patah

perkataan seminit, tetapi boleh berfikir sekitara 400 patah perkataan seminit.

Apabila berfikir lebih banyak daripada bercakap, maka tumpuan untuk mendengar akan kurang kerana apabila seseorang bercakap dengan kita, kita akan berfikir banyak perkara yang berkaitan dengan hal tersebut sejak dari dahulu, kini dan apa yang akan jadi akan datang.

Cara terbaik bagi mendengar maklumat Fokus terhadap kunci utama maklumat,

jangan sekadar menghafal fakta sahaja Kuasai perbezaan antara kelajuan

berfikir dan kelajuan bercakap – fikir tentang isi percakapan, gaya percakapan pasangan

Menggunakan kaedah efektif untuk mengingat

Kaedah efektif mengingat Teknik association Teknik imaginasi Teknik repetition

MENDENGAR SECARA EMPATI

Mendengar secara empati Kemahiran yang sangat bernilai dalam

kemahiran interpersonal Apabila mendengar secara empati

bermakna anda cuba untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pasanagn anda, dan anda cuba merasakan apa yang dia rasa.

Mendengar secara empati yang lemah Kegagalan individu mendengar secara

empati kerana tidak mahu melihat sesuatu perkara daripada perspektif pasangannya – menyempitkan pemikiran sendiri

Mendengar tanpa ada sokongan (rasional) terutama jika didapati apa yang didengar adalah tidak betul – dalam empati perlu juga ada bangkangan tapi mesti disokong dengan rasional yang membina

Menjadi terlalu empati – bolah merasai kesedihan yang diluahkan pasangan tetapi janganlah sehingga ianya mengganggu emosi anda.

Bagaimana meningkatkan pendengaran empati Paraphrasing

Anda mendengar dengan teliti percakapan yang diluahkan oleh pasanangan, kemudia cuba ulangi apa yang diperkatakan dengan penekanan di beri terhadap intipati percakapan yang paling utama

Kekalkan objektiviti Walaupun perlu bercakap dan mendengar

secara empati tetapi sentiasalah kekalkan objektiviti, iaitu sentiasa dapat mengenalpasti mana realiti atau fantasi.

MENDENGAR SECARA KRITIKAL

Mendengar secara kritikal Sentiasa memberi perhatian terhadap

apa yang dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak sama ada ianya masuk akal atau tidak.

Mendengar bukan sahaja untuk mengenalpasti kelogikan dalam perbualan, tetapi apa yang tersurat dan tersirat

Halangan mendengar secara kritikal Manusia gemar fokus terhadap status,

bukannya isi kandungan maklumat / idea yang ingin disampaikan.

Gagal mengenalpasti ‘doublespeaking’ yang biasa dituturkan dalam bahasa yang lembut tetapi sinis.

Adakala manusia juga terlalu kritikal (keterlaluan dalam menilai perbualan) menyebabkan ketidakselesaan pasangan – gemar mencari silap dalam percakapan

Adakala manusia tersalah dalam membuat kesimpulan (inferens) daripada pemerhatian yang dibuat terhadap sesuatu situasi.

Bagaimana meningkatkan pendengaran kritikal Kenalpasti bukti yang boleh menyokong

penilaian yang dibuat secara kritikal Memastikan bahawa penilaian kritikal

yang dibuat adalah sah

MENDENGAR SECARA DIALOGIC

Mendengar secara dialogic Mendengar bersasakan perbualan –

“sculpting mutual meaning” Bukan setakat perkongsian dan

pertukaran maklumat berlaku ketika berbual, tetapi masing-masing berperanan dalam mebina maksud perbualan.

4 ciri mendengar secara dialogic “ours’ instead of “mine”

Memulakan perbualandengan mendengar perasaan pasanangan jika perbualan adalah berkenaan dengan mereka berdua.

Open ended and playful Setiap individu yang telah memulakan hubungan

komunikasi interpersonal tidak tahu bilakah hubungan akan berakhir kerana masing-masing berusaha ke arah membina hubungan yang lebih bermakna.

Pada masa yang sama bersifat “playful” terutama jika membincangkan perkara yang serius, tetapi masing-masing berbual dalam keadaan yang tidak serius supaya perkara serius tidak diperbesar-besarkan

In front of rather than behind Tidak menilai percakapan non verbal,

tetapi mementingkan percakapan verbal sahaja.

Presentness Setiap pasanagn hendaklah fokus

terhadap apa yang sedang berlaku dalam perbualan mereka pada masa sekarang

AKTIVITI 1 3 orang dalam setiap kumpulan Seorang adalah penjaga masa dan penulis

laporan 2 orang lagi akan berbual mengenai isu

hangat sama ada mengenai isu pengguguran anak, larangan merokok, gejala buli adalah disebabkan salah guru, dan mahasiswi lebih ramai daripada mahasiswa di universiti.

top related