kit perniagaan bdc
Post on 18-Mar-2016
244 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Perniagaan jaringan atau pelbagai tingkat adalah salah satu perniagaan yang telah banyak
menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. Oleh sebab itu, Dunia Herbs Sales &
Marketing Sdn Bhd dengan penuh bersemangat waja telah menyalurkan sejumlah modal
melalui syarikat jualan langsungnya Bumidotcom Sdn Bhd (BDCTM) untuk memban-
gunkan infrastruktur lengkap bagi membolehkan para usahawan berkecimpung dalam
industri yang tiada had dan sempadan ini.
Syarikat milik penuh bumiputera ini telah pun melangkaui era MLM dengan penciptaan
satu konsep Pelan Pemasaran baru yang mengadaptasikan pendapatan yang berterusan
yang lebih lumayan dari pelan binari. Justeru, dengan hasrat Pengasasnya yang ingin
melihat generasi penerus menjadi generasi berinspirasi bakal menjadi kenyataan dengan
penganjuran pelbagai program. Dengan berpandukan slogan “Generasi Berinspirasi”,
pastinya segala kemungkinan dan rancangan akan menjadi kenyataan.
Menyahut seruan kerajaan menjadikan perniagaan MLM sebagai satu punca bagi memas-
tikan setiap isi keluarga di Malaysia mendapat pendapatan tinggi, BDCTM telah membina
satu sistem pemasaran yang berinovasi dengan memberikan peluang pendapatan
mingguan. Ini adalah kerana, kami tahu ramai usahawan menjalankan perniagaan ini
secara sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Dengan jumlah pungutan
bonus pada setiap minggu, pastinya setiap dari usahawan akan berpeluang mengaut
seberapa jumlah bonus yang mereka inginkan.
Tepuk dada tanya selera, jika ada kemahuan di situ ada jalan dan jalan pasti ada, mesti ada
cara – kata-kata hikmat yang tidak lekang dari ungkapan dalam sesebuah institusi keusa-
hawanan. Yang pasti, anda harus tanya kepada diri sendiri, sejauh mana langkah yang ingin
anda bawa dan kemana hala tujunya.
Anggaplah ahli keluarga besar BDCTM sebagai salah satu anggota keluarga anda. Jadikan
BDC sebagai satu platform untuk mencapai segala impian hidup anda. Anda pasti hebat
dengan BDCTM.
KANDUNGAN
3
4
Jumlah PV terkumpul = RM400PV, maka U sudah mencapai pangkat Bronze dengan peratusan bonus sebanyak 10%.
5
6
7
8
9
10
a) Pembayaran Maksima adalah 5% dari Jumlah PV syarikat.
Ketika anda di pangkat Gold atau keatas dan telah melahirkan Gold pada jaringan terus maka andaadalah Gold Trader dan layak menerima 5% dari jumlah jualan semasa Kumpulan Gold yang andalahirkan pada bulan tersebut, Bonus Gold Trader ini dibayar setiap kali berlakunya Gold Trader yang mencukupi syarat.
b) Pembayaran Bulanan.
c) Pangkat Emas akan dibayar jika berjaya menghasilkan satu lagi downline berpangkat Emas.
d) Pangkat Emas layak untuk mendapat 5% dari PGPV bulan semasa daripada downline Emas yang baru dilantik.
e) Akan dibayar kepada Emas yang layak dari setiap downline Emas yang mencukupi syarat.
f) Tiada had pembayaran bagi jaringan (kaki) downline Emas. Upline Emas berkelayakan untuk mendapat Bonus Usahawan Emas (Gold Trader Bonus) pada bila-bila masa jika berjaya menghasilkan satu lagi downline Emas yang baru.
Pangkat Executive
Pangkat Gold
Pangkat Executive
Pangkat Gold
)%5(
sunoBredarTdlo
G
B
B2B1 B3
U
BA C
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
(1) Stokis Utama:- Hanya pangkat Gold dan Keatas layak untuk dipertimbangkan- Memerlukan permulaan stok min. RM30 ,000/- - Perlu mempunyai premis perniagaan- Boleh melantik Stokis Bergerak- Komisyen 15%, berdasarkan pada PV- Membeli produk ulangan minima sebanyak RM10,000 / bil.
(2) Stokis Mobil :- Hanya pangkat Executive dan Keatas layak untuk
dipertimbangkan- Memerlukan permulaan stok min 500 pv atau >RM 1,000 - Tidak perlu mempunyai premis perniagaan dan bebas
bergerak- Komisyen 5%, berdasarkan pada PV- Membeli produk ulangan minima sebanyak RM 500 / bil
23
2424
25
26
R
(A) KELAYAKAN PERMOHONAN
A.1 Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan syarikat dan polisi-polisi tertentu yang ditetapkan oleh
BUMIDOTCOM (BDC) dari semasa ke semasa, setiap individu yang berumur 18 tahun ke atas, tidak
mengira jantina, bangsa, kepercayaan politik atau agama boleh memohon untuk berdaftar sebagai
pengedar/ Pengedar (Ahli) BUMIDOTCOM (BDC) dengan syarat permohonan individu tersebut ditaja oleh
seseorang Pengedar (Ahli) lain yang telah berdaftar dengan sah.
A.2 Telah membaca dengan teliti dan memahami segala isi kandungan di dalam surat kontrak serta terma dan
syarat perlantikan; serta BERSETUJU dengan segala bentuk ganjaran dan hukuman yang terkandung di
dalam risalah peraturan dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.
A.3 Pemohon mestilah WARAS dan tidak mempunyai rekod KETIDAKWARASAN
A.4 Pemohon mestilah TIDAK mempunyai rekod jenayah berat
A.5 Permohonan bersilang (suami dan isteri) adalah DILARANG
A.5.1 Pasangan suami-isteri yang berpangkat eksekutif dan telah memperolehi keahlian masing-masing
sebelum berkahwin dibenarkan meneruskan keahlian mereka yang belum luput atau
ditamatkan.pengedar eksekutif
A.5.2 Sekiranya hanya salah seorang atau tidak seorang pun daripada pasangan suami-isteri yang
mencapai pangkat eksekutif sewaktu dikahwinkan, mereka perlu memilih keahlian salah satu
darinya untuk meneruskan perniagaan. Keahlian pengedar dibawah Pengedar (Ahli) yang
dipindahkan itu tidak layak dibawa bersama, akan tetapi akan dipindahkan terus kepada penaja
Pengedar (Ahli) tersebut. Tiada sebarang tuntutan berkenaan dengan perihal tersebut akan
dilayan. Sekiranya didapati tiada berlaku penamatan berikutan isu tersebut, pihak syarikat
BERHAK membuat keputusan sendiri bagi menamatkan keahlian salah seorang dari mereka.
A.5.3 Peraturan 5.1. & 5.2. akan juga digunapakai sekiranya berlaku isu poligami yang sah kecuali atau
jika pengedar berkenaan berkahwin dengan individu yang mempunyai lebih dari satu (1) isteri
yang sah maka;
A.5.4 Jika pengedar yang didaftarkan adalah si suami, maka isteri atau isteri-isteri yang lain boleh
memohon keahlian pengedar yang berasingan dengan syarat permohonan tersebut perlu ditaja
oleh pengedar yang berdaftar (si suami)
A.5.5 Jika Pengedar yang didaftarkan adalah si isteri, isteri atau isteri-isteri yang lain kepada si suami itu
boleh memohon keahlian pengedar secara berasingan dengan syarat permohonan tersebut perlu
ditaja oleh pengedar yang berdaftar (si isteri)
A.5.6 Sekiranya isteri kedua dan isteri-isteri lain telahpun menjadi Pengedar (Ahli) BUMIDOTCOM
(BDC) sebelum berkahwin, mereka boleh meneruskan keahlian keusahawanan mereka secara
berasingan.
(B) TATACARA KELAKUAN AHLI/ PENGEDAR
B.1 AMALAN YANG DILARANG
Pengedar (Ahli) tidak boleh menggunakan amalan-amalan jualan yang mengelirukan, memperdayakan
atau tidak adil.
Sebagai contoh, mereka tidak boleh membuat jualan produk secara edaran runcit di mana-mana pasaraya
dan WAJIB mematuhi harga yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
Mereka juga dilarang untuk meminda sebarang bentuk label atau tanda-tanda atau tanda sumber asal
yang terdapat di kotak atau pembungkus produk tersebut bagi tujuan mengelirukan.
B.2 PENGENALAN DIRI
Sejak dari awal penyampaian jualan, tanpa diminta lagi, Pengedar (Ahli) hendaklah secara jujur
memperkenalkan diri mereka kepada bakal pembeli, dan juga memperkenalkan syarikat, produk serta
tujuan mereka berbuat demikian. Dalam jualan parti, Pengedar (Ahli) hendaklah menjelaskan tujuan parti
itu kepada tuan rumah dan para peserta.
B.3 PENERANGAN DAN TUNJUKCARA
Penerangan dan tunjukajar produk yang ditawarkan hendaklah tepat dan lengkap, terutamanya mengenai
harga dan sekiranya berkaitan, harga kredit, syarat pembayaran, tempoh bertenang dan atau hak
pengembalian, syarat-syarat jaminan dan perkhidmatan selepas jualan serta penghantaran.
B.4 JAWAPAN KEPADA SOALAN
Pengedar hendaklah memberikan jawapan yang tepat dan mudah difahami terhadap semua soalan dari
para pengguna mengenai produk dan tawarannya.
B.5 BORANG PESANAN
Borang pesanan bertulis hendaklah dihantar kepada pelanggan pada masa jualan, yang mana ia
memperkenalkan syarikat serta Pengedar (Ahli) itu, dan semua syarat-syarat material jualan tersebut.
Semua syarat hendaklah jelas.
B.6 PERJANJIAN LISAN
Pengedar hanya boleh membuat perjanjian lisan berkaitan dengan produk yang diperakui oleh Syarikat.
B.7 TEMPOH BERTENANG DAN PENGEMBALIAN BARANGAN
Samada hanya keperluan undang-undang atau tidak, syarikat dan Pengedar (Ahli) hendaklah memastikan
setiap borang pesanan mengandungi fasal tempoh bertenang yang membolehkan pelanggan menarik
balik pesanannya dalam tempoh khusus dan mendapatkan ganti sebarang bayaran atau barangan yang
dijual. Syarikat dan Pengedar (Ahli) yang menawarkan hak pengembalian tanpa syarat hendaklah
menyediakan secara bertulis.
B.8 JAMINAN DAN PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
Syarat-syarat jaminan atau waranti, butir-butir dan pembatasan perkhidmatan selepas jualan, nama dan
alamat penjamin, tempoh jaminan serta tindakan pembetulan yang dibuka kepada pembeli hendaklah
dibentangkan dengan jelas didalam borang pesanan atau lain-lain bahan bertulis yang mengiringi atau
dibekalkan bersama-sama produk itu.
B.9 BAHAN BERCETAK
Bahan-bahan bercetak untuk promosi, iklan atau pengeposan tidak boleh mengandungi keterangan
mengenai sebarang produk, dakwaan atau illustrasi yang memperdayakan atau mengelirukan, dan mesti
mengandungi nama dan alamat atau nombor telefon syarikat atau Penjualan Langsung.
B.10 SURAT AKUAN
Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh merujuk mana-mana surat akuan atau pembenaran yang tidak
diberikuasa, tidak benar, lapuk atau tidak lagi boleh diguna pakai, yang tidak berkaitan dengan tawaran
mereka atau digunakan dalam mana-mana cara yang mungkin mengelirukan pengguna.
B.11 PERBANDINGAN DAN PEMFITNAHAN
Syarikat dan Pengedar (Ahli) hendaklah menahan diri dari menggunakan perbandingan yang mungkin
mengelirukan dan yang tidak sepadan dengan prinsip-prinsip persaingan yang saksama. Contoh
perbandingan tidak boleh dipilih secara tidak saksama dan hendaklah diasaskan kepada fakta-fakta yang
boleh membuktikan. Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh memfitnah secara tidak adil mana-mana
firma atau produk secara langsung atau secara sindirian. Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh
mengambil kesempatan tidak saksama terhadap hubungan mesra yang ada pada nama niaga dan simbol
sebuah firma atau produk lain.
B.12 MENGHORMATI HAK PERIBADI
Hubungan peribadi atau telefon hendaklah dibuat dalam cara yang munasabah dan dalam masa yang
munasabah untuk menggelakkan gangguan. Penjualan Langsung hendaklah menamatkan tunjukcara
atau persembahan jualan selepas diminta oleh pengguna.
B.13 KESAKSAMAAN
Pengedar (Ahli) tidak boleh menyalahkan kepercayaan pengguna individu, hendaklah menghormati
kekurangan pengalaman perdagangan pengguna dan tidak mempergunakan usia, kesakitan, kekurangan
kefahaman atau kekurangan pengetahuan mengenai bahasa seseorang pengguna.
B.14 PENJUAL RUJUKAN
Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh mempengaruhi seseorang pelanggan untuk membeli barangan
atau perkhidmatan yang diasaskan kepada gambaran bahawa pelanggan boleh mengurangkan atau
mendapatkan semula harga beliannya dengan merujukkan bakal-bakal pelanggan kepada penjual untuk
pembelian diluar jangkaan terhadap kejadian masa hadapan yang belum pasti.
B.15 PENGHANTARAN
Syarikat dan Penjualan Langsung hendaklah memenuhi pesanan pelanggan dalam cara yang menepati
masa.
(C) HAK-HAK DAN KELAKUAN PENGEDAR (AHLI)
C.1 PEMATUHAN PENGEDAR (AHLI)
Sebagai satu syarat keahlian di dalam sistem pengedaran, syarikat memerlukan Pengedar (Ahli) mereka
mematuhi Tatacara atau peraturan kelakuan yang memenuhi “standard”nya.
C.2 PEREKRUTAN
Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh menggunakan amalan perekrutan yang mengelirukan,
memperdaya atau tidak adil.
C.3 MAKLUMAT PERNIAGAAN
Maklumat yang dibekalkan oleh Syarikat kepada Pengedar (Ahli)nya dan juga kepada bakal Pengedar
(Ahli) mengenai peluang dan hak serta kewajipan yang berkaitan hendaklah tepat dan lengkap. Syarikat
tidak boleh membuat sebarang janji yang tidak boleh ditunaikan. Syarikat tidak boleh menyatakan faedah
peluang penjualan kepada mana-mana bakal ahli dalam cara palsu atau memperdaya.
C.4 DAKWAAN PENDAPATAN
Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh memberi gambaran salah terhadap jualan atau pendapatan
sebenar atau yang bakal diterima oleh Pengedar (Ahli) mereka. Sebarang angka pendapatan atau jualan
yang dibuat hendaklah berasaskan kepada fakta yang telah didokumenkan.
C.5 HUBUNGAN
Syarikat hendaklah memberi kepada Pengedar (Ahli) mereka sama ada perjanjian bertulis untuk
ditandatangan oleh kedua-dua syarikat dan Pengedar (Ahli) atau penyata bertulis yang mengandungi
semua butir-butir hubungan di antara Pengedar (Ahli) mereka mengenai kewajipan perundangan mereka
termasuk sebarang lesen, pendaftaran dan cukai yang berkenaan.
C.6 YURAN
Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh meminta Pengedar (Ahli) lain untuk mengandaikan yuran
kemasukan, yuran latihan, yuran francais, yuran untuk bahan-bahan promosi atau lain-lain yuran yang
berkaitan dengan hak untuk menyertai perniagaan itu yang tingginya tidak munasabah.
C.7 PENAMATAN
Syarikat berhak untuk memberhentikan keahlian pengedar jika didapati melanggar undang-undang
dan peraturan Akta Jualan Langsung 1993 atau merosakkan imej syarikat dengan apa cara sekali pun.
Pada masa penamatan hubungan Pengedar (Ahli) dengan syarikat, syarikat hendaklah membeli balik
sebarang inventori produk yang TIDAK terjual tetapi boleh dijual termasuk bahan promosi, alat bantuan
jualan dan kit jualan, dan menkreditkan kos bersih asal Pengedar (Ahli) ditolak sebarang faedah yang
diterima oleh Penjual Langsung berasaskan belian asal barangan yang dikembalikan
C.8 INVENTORI
Syarikat TIDAK menggalakkan atau memerlukan Pengedar (Ahli) membeli inventori produk dalam jumlah
yang besar yang tidak munasabah. Yang berikut ini hendaklah diambilkira semasa menentukan jumlah
inventori produk yang munasabah, hubungan inventori dengan kemungkinan jualan yang realistik, bentuk
dayasaing produk itu dan persekitaran pasaran serta polisi pengembalian produk dan pemulangan wang
oleh syarikat.
C.9 SARAAN DAN AKAUN
Syarikat hendaklah memberi Pengedar (Ahli) akaun berkala, dimana yang berkaitan, mengenai jualan,
belian butir-butir pendapatan, komisyen, bonus, diskaun, penghantaran, pembatalan dan lain-lain data
yang bersangkut paut menurut peraturan syarikat dengan Pengedar (Ahli).
C.10 PENDIDIKAN DAN LATIHAN
Syarikat hendaklah memberikan pendidikan dan latihan yang cukup untuk membolehkan Pengedar (Ahli)
beroperasi secara beretika. Ini boleh dilaksanakan menerusi sesi latihan atau melalui manual atau
panduan bertulis yang teliti, atau bahan-bahan audio-video.
(D) HAK-HAK DAN KELAKUAN SYARIKAT
D.1 PRINSIP
Syarikat diminta bersikap secara saksama terhadap ahli-ahli yang lain.
D.2 PEMUJUKAN
Syarikat dan Pengedar (Ahli) tidak boleh memujuk atau menarik keluar mana-mana Pengedar (Ahli) secara
pemujukan bersistem terhadap Pengedar (Ahli) syarikat lain.
D.3 PEMFITNAHAN
Syarikat tidak boleh memfitnah atau membiarkan Pengedar (Ahli) mereka memfitnah produk, rancangan
jualan dan pemasaran atau sebarang ciri syarikat Jualan Langsung yang lain.
(E) POLISI BELI BALIK
Syarikat akan membuat belian balik terhadap produk yang telah terjual kepada Pengedar (Ahli) sekiranya:
E.1 Pengedar (Ahli) tersebut menarik diri dari penyertaan
(a) Barangan yang telah terjual kepada Pengedar (Ahli) dimana ianya masih belum digunakan dan
masih boleh dijual akan dibeli balik oleh pihak syarikat dengan pengurangan sehingga 30% dari
nilaian sewaktu pembelian bagi mengurangkan risiko pihak syarikat bagi setiap tanggungan yang
perlu ditanggung.
(b) Antara perkara yang akan diterima untuk belian balik adalah;
(i) Produk yang masih belum digunakan (belum dibuka)
(ii) Alat bantu jualan yang masih elok dan masih boleh dijual
E.2 Pengedar (Ahli) melaporkan kerosakan terhadap barangan
(a) Barangan yang terjual telah luput tempoh penggunaannya
(b) Kerosakan kepada kotak/botol/tin (yang boleh memudaratkan)
E.3 Produk yang tidak berkesan kepada pengguna
(a) Pemilihan produk yang terbaik bakal menjamin kemajuan terhebat dalam industri ini. Oleh itu
kesan dari penggunaan produk perlu berlaku selaras dengan jumlah pengambilan. Ia perlu
berkesan dalam tempoh yang ditentukan. Jika produk yang telah terjual tidak memberi kesan
kepada pengguna, ia akan dibeli balik pada jumlah yang masih belum digunakan; namun jika ianya
dalam bentuk cecair dari botol atau bekas, pihak syarikat akan menerima kembali produk tersebut
sekiranya ia kurang dari ½ bekas. Jumlah belian balik adalah sebanyak 50% dari harga jualan
setelah menolak jumlah faedah dan keuntungan yang diberikan kepada Pengedar (Ahli).
(F) PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN
F.1 Setiap pembelian produk haruslah berlaku diantara Syarikat dan Stokis, Stokis dan pengguna/ Pengedar
(Ahli)
F.2 Setiap pembelian stok diboleh melebihi dari jumlah tertentu bagi mengawal dari berlakunya lambakan
produk selain dari stokis.
F.3 Bagi Jualan melalui laman web, kos penghantaran perlu ditanggung oleh pelanggan/ Pengedar (Ahli)
F.4 Bayaran bagi setiap pembelian secara stokis perlu dibuat terus kepada Pengedar (Ahli).
F.5 Jika pengguna membeli dari talian, pembayaran hanya diterima melalui pemindahan dana (Maybank2u/
VISA Kad Kredit/ PayPal/iPAY88) terus kepada Syarikat.
(G) KOMISYEN DAN BONUS
Komisyen dan bonus akan dibayar dalam tempoh 30 hari. Ianya akan dibayar pada setiap 15hb bagi
memberi ruangan kepada Pengedar (Ahli) menikmati bonus pada setiap tengah bulan. Kebiasaannya
Pengedar (Ahli) adalah dikalangan orang yang bekerja.
(H) OPERASI STOKIS
Stokis hanya dibenarkan untuk dibuka kepada mereka yang mencapai tahap kepimpinan yang munasabah
mengikut pangkat. Ianya bermula dari Pangkat EKSEKUTIF ke atas.
Jadual perniagaan stokis adalah tertakluk kepada waktu bekerja syarikat. Tetapi boleh dilonggarkan
kepada stokis-stokis yang ingin mengendalikannya pada waktu cuti umum dan hari kelepasan am (perlu
menghantar surat rasmi kepada pihak syarikat DUA (2) minggu sebelum tarkh tersebut).
Syarikat berhak untuk meminta bayaran pendahuluan sebagai bayaran komitmen bagi permohonan
sebagai stokis sebagai cagaran bayaran kepada stok yang bakal dihantar.
(I) KONTRAK JUALAN DAN KEAHLIAN
Sebagai ahli atau pengedar kepada Syarikat Pelbagai Tingkat BUMIDOTCOM (BDC), setiap peserta perlu
membaca dan memahami semua prasa di dalam kontrak jualan dan keahlian sebelum membuat
permohonan menjadi ahli.
Setiap pembelian yang berjumlah RM300 ke atas akan mematuhi tempoh bertenang selama 10 hari
bekerja.
(J) PERJANJIAN DAN KONTRAK KEAHLIAN
1. Seseorang Pengedar BUMIDOTCOM (BDC) mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
2. Mengisi dan melengkapkan borang yang sah dan yuran keahlian seumur hidup seperti yang telah
ditetapkan. BUMIDOTCOM (BDC) mempunyai hak sepenuhnya untuk menerima atau menolak
sesuatu permohonan.
3. Pengedar dijangkakan telah membaca dan memahami buku panduan mengenai Bisnes Pengedaran
BUMIDOTCOM (BDC) dan bersetuju untuk tertakluk dengan undang-undang dan peraturan serta
prosedur operasi. Seseorang Pengedar perlu menerima hakikat bahawa sebarang pelanggaran
Perjanjian Pengedar, kod etika, undang-undang dan peraturan atau sebarang tanggungjawab yang
telah dikenakan oleh BUMIDOTCOM (BDC) dari semasa ke semasa, boleh menyebabkan penamatan
keahlian, dan/atau tindakan disiplin yang setara.
4. Pengedar dilarang dari;
(a) menjual produk yang diedarkan oleh BUMIDOTCOM (BDC) dengan harga selain dari harga yang
telah ditetapkan oleh syarikat.
(b) mengeluarkan atau merosakkan produk atau tanda-tanda atau label atau tanda sumber asal,
kecuali dengan persetujuan dari BUMIDOTCOM (BDC).
5. Pengedar perlu memberitahu BUMIDOTCOM (BDC) dengan segera sekiranya ada aduan atau komen
yang diterima tentang produk atau kerosakan produk.
6. Pengedar adalah layak menerima bonus ke atas penjualan produk seperti yang diberitahu oleh
BUMIDOTCOM (BDC) dari semasa ke semasa melalui laman web Syarikat (www.bumidotcom.my).
7. BUMIDOTCOM (BDC) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti akibat dari tertinggal fakta,
kesilapan, kecuaian dan atau salah tafsiran dan Pengedar dinasihatkan untuk menghubungi
BUMIDOTCOM (BDC) dan secara berterusan mematuhi undang-undang dan peraturan yang
BUMIDOTCOM (BDC) sediakan untuk para Pengedar.
8. Pengedar bersetuju untuk meneliti dan terikat dengan perubahan dan perkara yang dikemaskini.
9. Pengedar perlu memastikan yang tindakan atau perlakuan mereka tidak merosakkan kepentingan dan
imej BUMIDOTCOM (BDC) pada bila-bila masa.
10. Pengedar adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi/mematuhi segala syarat-syarat
percukaian yang terpakai.
11. BUMIDOTCOM (BDC) mempunyai hak untuk menambah atau mengubah Perjanjian Pengedar dan
buku panduan Bisnes dari semasa ke semasa tanpa notis.
(K) IKRAR PENGEDAR :-
Bahawasanya saya, selaku pengedar BUMIDOTCOM (BDC) yang berdaftar, sedia mematuhi prinsip-
prinsip berikut;
1. Saya sedia menyokong dan mematuhi peraturan-peraturan perniagaan BUMIDOTCOM (BDC) serta Akta
Jualan Langsung.
2. Saya akan mengambil sikap yang ikhlas dan jujur untuk memperkenalkan Syarikat, produk dan rancangan
perniagaan BUMIDOTCOM (BDC)
3. Saya akan bersikap sopan dan cekap untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
4. Saya akan sentiasa melindungi imej dan kewibawaan sendiri, Syarikat atau pengedar-pengedar lain.
5. Saya akan mengikut peraturan dan jejak langkah Syarikat untuk mengembangkan perniagaan diri sendiri
dan menjalankan tugas sebagai seorang pengedar atau penaja dengan sepenuhnya.
6. Saya bersetuju bahawa Syarikat berhak meminda isi kandungan peraturan-peraturan perniagaan
pengedar BUMIDOTCOM (BDC) ini dari semasa ke semasa untuk melicinkan proses perniagaan.
7. Jika saya melanggar peraturan-peraturan perniagaan atau Akta Jualan Langsung, saya akan
bertanggungjawab untuk menerima TINDAKAN dari pihak Syarikat dan kerajaan.
w w w. b u m i d o t c o m . m y
w w w. b u m i d o t c o m . m y
w w w. b u m i d o t c o m . m y
top related