kesenian dan kebudayaan

Post on 24-Feb-2016

115 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN. CIKGU FAZA. Disediakan oleh SUN AH dan RAISA (MYP 10G). OBJEKTIF KAJIAN. Menghargai bukan sahaja seni warisan Malaysia tetapi juga budaya asing - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

KESENIAN DAN KEBUDAYAANDisediakan oleh SUN AH dan RAISA

(MYP 10G)CIKGU FAZA

OBJEKTIF KAJIAN

Menghargai bukan sahaja seni warisan Malaysia tetapi juga budaya asing

Dengan menjalani kajian ini, kita akan dapat mengetahui sama ada asal usul persembahan yang dikaji, alat muzik yang digunakan dalam persembaham, serta pakaian dan aksesori yang dipilih.

Mengetahui teknik persembahan dan tujuan dipersembahkan dan membuat perbandingan antara seni persembahan tempatan sama ada yang asing.

PERSEMBAHAN YANG DIPILIH

WAYANG KULIT DARI MALAYSIA

PANSORI ( 판소리 ) DARI KOREA SELATAN

WAYANG KULIT Wayang kulit merupakan sejenis hiburan

pembentangan bayang yang menggunakan patung.

Patung-patung ini diperbuat oleh kulit lembu, kerbau atau kambing dan dipahat pada alat-alat halus yang disokong oleh kayu buluh atau tanduk kerbau.

Patung-patung ini akan dikawal oleh rod kawalan.

JENIS WAYANG KULIT Wayang Kulit Melayu

Wayang Kulit Gedek

Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa)

Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam)

TUJUAN PERSEMBAHAN WAYANG KULIT

Sebagai acara menyembah guru Mengubat orang sakit  Upacara memuja semangat Semasa Pesta Menuai atau Pesta Kampung  Kepada perayaan Harijadi Raja-raja  Sebagai hiburan semata-mata  Menceritakan kisah-kisah epic Wira-Wira

yang terdapat dalam mitos Hindu.

ISI CERITA DAN WATAK-WATAK Isi cerita dalam wayang kulit melayu

dipengaruhi oleh cerita-cerita panji dan juga bersandarkan epik mahabrata seperti cerita hikayat Ramayana, Mahabharata, Panji, Pendewa Lima atau Serat Menak. Watak-watak yang paling terkenal temasuklah Hanuman, SriRama, Sita Dewi, Maharaja Rawana, Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati dan Laksamana.

RUPA DAN AKSESORI Bentuk patung wayang kulit melayu

mempunyai persamaan dengan wayang purwa yang mana persamaan itu boleh dilihat melalui pergerakan sendi patung. Sendi-sendi patung dalam wayang kulit melayu kedua-duanya boleh digerakkan.

Biasanya, watak baik berdongak kebawah dan berbadan kecil manakala watak jahat kelihatan sombong and kasar. Watk jahat berhidung besar dan mendongak ke atas.

TEKNIK PERSEMBAHAN Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi

narator dialog tokoh-tokoh wayang, dan akan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.

Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.

Pan-So-Ri [ 판소리 ] Pansori adalah suatu jenis genre muzik tradisional

Korea yang terkenal. Pelaku-pelaku persembahan ini dipanggil Sorikkun

[ 소리꾼 ] Kebanyakkan persembahan ini menceritakan dan

menyaynikan kisah-kisah tentang percintaan, kebajukan, kesetiaan dan nilai-nilai moral yang lain.

UNESCO telah mendaftarkan Pansori sebagai satu Masterpiece of the Oral dan Intangible Heritage of Humanity pada 7 November 2003.

ASAL USUL Pan-So-Ri Pan-So-Ri telah dikenalkan dalam kalangan

rakyat dari kelas bawahan pada zaman Dinasti Joseon pada akhir abad ke-17.

Pan-So-Ri merupakan sejenis seni persembahan yang dilahirkan di Korea (tidak dipengaruh oleh budaya-budaya lain).

Banyak dipersembahkan dalam pesta-pesta di istana

Pada awal abad ke-19, para Sorikkun banyak dikenali dan disukai bukan sahaja dalam kalangan rakyat, tetapi juga dalam kalangan bangsawan dan raja-raja.

Walaubagaimanapun, seni persembahan ini telah menghadapi krisis pada zaman penjajahan Jepun di Korea,persembahan Pan-So-Ri telah menjadi satu larangan dan telah mula dilupakan oleh rakyat.

TUJUAN PERSEMBAHAN Pan-So-Ri Seni persembahan ini telah dikenalkan sebagai

suatu jenis hiburan bagi rakyat dan selalu dipersembahkan di tempat-tempat terbuka yang dikenali Nori-Pan [ 놀이판 ].

Satu persembahan Pan-So-Ri yang lengkap dikenali sebagai Ma-Dang [ 마당 ] dan sebuah persembahan yang lengkap boleh mengambil masa yang sangat lama.

Contohnya, seni persembahan Chunhyang-ga [춘 향 가 ] yang lengkap boleh mengambil selama lapan jam tanpa hentian.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN Sori-Book [ 소리북 ]

Sori-Book merupakan sejenis alat muzik yang khas dibuat untuk persembahan Pan-So-Ri.

Sori-Book adalah antara alat muzik tradisional yang paling dihargai oleh rakyat Korea.

Jang-Gu [ 장구 ] Janggu (atau janggo) juga disebut seyogo

dan merupakan sejenis gendang tradisional Korea.

Janggu juga dikenali sebagai gendang jam pasir kerana bentuknya yang ramping dan menyerupai jam pasir.

Janggu ditabuh menggunakan kedua buah tongkat kecil.

PAKAIAN DAN AKSESORI Han-Bok [ 한복 ]

Pakaian tradisional Korea

Kipas tangan

TEKNIK PERSEMBAHAN Dalam sebuah persembahan Pan-So-Ri, penyanyi yang

dipanggil Kwang-Dae [ 광대 ], akan memegang satu kipas tangan untuk malambaikannya untuk menekankan emosinya.

Dia juga akan menunjukkan beberapa gerakan dan aksi yang ringkas sambil menyanyi.

Selain itu, terdapat seorang Gosu [ 고수 ] yang menambahkan irama dalam nyaniyan dengan menggunakan alat muzik serta melontarkan beberapa ungkapan kesetujuan, Chuimsae [추임새 ] seperti "geureotchi! [ 그렇지 !]" ("betul!"), "jalhanda [잘한다 !]" ("bagus"), "jota [ 좋다 !]" ("hebat") dan sebagainya.

CONTOH PERSEMBAHAN Wayang Kulit

http://www.youtube.com/watch?v=_1-zubHMW4k

Pan-So-Ri

http://www.youtube.com/watch?v=hP4jxw9HDqk

REFLEKSI Adakah elemen seni dan budaya penting dalam

mewakili masyarakat setempat? Mengapa?

Seni merupakan sesuatu yang halus, elok, cantik, dapat memuaskan pancaindera dan menyentuhi jiwa. Salah satu cara setiap bangsa yang bertamadun diiktirafkan adalah melalui paparan kesenian dalam pelbagai cara seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan sebagainya. Kami berasa bahawa seni dan budaya sangat penting dalam mewakili masyarakat setempat. Hal ini demikian kerana seni dan budaya sesuatu masyarakat bukan sahaja akan memaparkan karya genius kreatif dan kebijaksanaan masyarakat tersebut tetapi juga nilai-nilai penting dalam kehidupan diri. Perkembangan dalam seni bina dan teknologi juga akan turut membantu dalam perancangan bandar dan juga akan dapat mempamerkan perubahan dalam sejarah budaya tempatan.

Adakah pengaruh budaya seni mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat daripada segi ekonomi dan sosial? Huraikan dan beri contoh.

Kami rasa bahawa pengaruh budaya seni akan sangat mempengaruh cara hidup sesuatu masyarakat dalam segi ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, pengaruh budaya boleh membantu kita untuk menarik perhatian pelancong asing untuk datang ke negara kita. Negara kita juga boleh menaikkan pendapatan ekonomi negara denhan kemajuan sektor pelancongan. Apabila kedatangan pelangong asing meningkat, pelbagai jenis industri dapat dibangunkan seperti industri perhotelan, industri pengangkutan dan seumpamanya. Dari segi sosial pula, pengaruh budaya seni juga boleh mempengaruhi cara hidup sesuatu masyarakat kerana seni dan budaya akan menjadi lebih bersatu padu. Ramai orang daripada kaum-kaum yang berlainan boleh bersatu dan bekerjasama untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tradisional.

Adakah seni tradisi patut dikekalkan pada zaman moden ini? Mengapa?

Ya, kita patutlah mengekalkan seni tradisi kita supaya kita tidak akan kehilangan identiti, budaya, akar dan warisan masing-masing.

RUJUKAN

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Web. <http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/wayang_kulit.pdf >.

"Wayang Kulit Siam." - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. N.p., n.d. Web. 27 Nov. 2012. <http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit_Kelantan>.

"WAYANG KULIT Warisan Kita: Wayang Kulit Melayu." WAYANG KULIT Warisan Kita. Web. <http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/wayang-kulit-melayu.html >.

"네이버 지식백과 ." 네이버 지식백과 . Web. <http://terms.naver.com/entry.nhn?cid=200000000&docId=1157187&mobile&categoryId=200000840 >.

"네이버 지식백과 ." 네이버 지식백과 . Web. <http://terms.naver.com/entry.nhn?cid=1635&docId=531120&mobile&categoryId=1635 >.

top related