kesan pegambilan alkohol.pptx

Post on 23-Dec-2015

227 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ALKOHOL

KESAN PENGAMBILAN

Alkohol

XAdakah anda tahu apa itu alkohol?

• Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras• Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum• Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuktermasuk bir, wain, brandi dan wiski

Arak / Minuman Keras / Alkohol

Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.

Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis arakRumWineScotch, Wiskey, Khamar DANSamsu

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?• Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat• Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?• Faktor persekitaran contohnya :o Mudah didapatio Tidak mahalo Pengiklanan yang menarik di media• Faktor Sosial :o Pengaruh rakan sebayao Latarbelakang keluargao Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenalo Budaya• Faktor Biologi :o Keturunano Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?• Faktor persekitaran contohnya :o Mudah didapatio Tidak mahalo Pengiklanan yang menarik di media• Faktor Sosial :o Pengaruh rakan sebayao Latarbelakang keluargao Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenalo Budaya• Faktor Biologi :o Keturunano Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?

Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasisosial termasuk :

• Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran

• Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik

• Kelakuan Delinkuen/salah laku

• Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:• Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betulatau jelas, bingung dan bercelaru).• Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukarbernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:• Kerosakan otak yang kekal• Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)• Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)• Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)• Kanser usus• Penurunan naluri seks dan mati pucuk• Keguguran spontan• Bayi yang tidak normal• Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :

• Perubahan personaliti• Kemurungan• Bunuh diri• Kelakuan agresif

HARAM

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?Anda sepatutnya :• Mengamalkan gaya hidup sihat• Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi• Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol• Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah sepertiPROSTAR dan Rakan Muda• Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja• Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.• Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yangtertera di atas

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :• Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).• Menunjukkan perilaku yang ganas.• Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

Apakah itu ketagihan alkohol?Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjangmasa.Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?• Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol• Gagal untuk berhenti dari terus minum• Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)• Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum• Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkanoleh alkohol

Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?

• Dapatkan pertolongan secepat mungkin

• Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

THANK YOUEVERYBODY

top related