kesan kadar bunga dan kadar pulangan (profit- loss...
Post on 24-Feb-2018
249 Views
Preview:
TRANSCRIPT
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
1
Kesan Kadar Bunga Dan Kadar Pulangan (Profit- Loss Sharing) Ke atas Konsep
Tabungan Di Perbankan Malaysia - Indonesia
Ahmad Furqan
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail :ukist011@gmail.com
Abstrak
Lemahnya pengetahuan masyarakat awam ke atas konsep yang digunakan perbankan
syariah mengakibatkan ketakutan masyarakat dalam berhubungan dengan bank
syariah. Sistem bunga yang diyakini riba dan diharamkan oleh agama Islam masih
lagi menjadi alasan utama masyarakat enggan dalam bermuamalat di perbankan,
khususnya masyarakat Malaysia - Indonesia yang majoriti penduduknya adalah
muslim. Oleh sebab itu diperlukan konsep alternatif dalam perbankan yang dapat
memenuhi tuntutan dan keperluan masyarakat. Konsep perkongsian untung-rugi
(profit-Loss Sharing), yang mengutamakan prinsip keadilan dan kebersamaan dalam
berusaha baik untuk memperolehi keuntungan ataupun menghadapi risiko adalah
suatu konsep alternatif yang perlu diperhatikan dan perlu dikaji lebih dalam
keberkesanannya ke atas perkembangan perbankan. Kajian ini dijalankan untuk
melihat kesan kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) ke atas konsep tabungan
perbankan di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, sebagai perbandingan juga akan
dianalisa pengaruh kedua-dua pemboleh ubah tersebut terhadap jumlah tabungan
bank konvensional dan bank syariah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif. Metode kuantitatif digunakan untuk menganalisis kesan kadar bunga dan
kadar pulangan (PLS) ke atas konsep (tabungan Mudharabah) di perbankan syariah
dan konvensional di kedua-dua negara menggunakan kaedah regresi kuasa dua
terkecil (OLS). Dengan menggunakan data dari tahun 2009-2013, hubungan jangka
masa panjang antara kadar bunga dan kadar pulangan ke atas konsep tabungan
perbankan di Malaysia dan Indonesia dianalisis dengan menggunakan teknik
Koentegrasi Johansen. Manakala hubungan jangka masa pendek dianalisis dengan
menggunakan model penyebab granger ataupun granger casuality test. Dapatan
kajian ini menunjukkan pada jangka masa pendek kadar bunga dan kadar pulangan
kurang berkesan disebabkan perilaku masyarakat yang dipengaruhi faktor agama-
emosional (halal-haramnya bunga), manakala pada jangka masa panjang kadar
bunga berhubungan positif dengan tabungan. Dimana, yang akan mempengaruhi
perilaku menabung masyarakat adalah faktor bukan agama iaitu rasional dan emosi.
Kata kunci: kadar bunga, kadar pulangan, profit-loss sharing, tabungan Mudhrabah
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
2
1.0 Pengenalan
Malaysia – Indonesia telah memberikan sumbangan terbesar dalam bidang perbankan Islam iaitu
memperkenalkan kepada dunia satu sistem perbankan Islam yang unik dan biasa disebut sebagai
“dual system of banking”, di mana sistem perbankan Islam yang beroperasi di samping sistem
perbankan konvensional. Perbankan Islam merupakan salah satu komponen dalam pasaran
kewangan Islam di Malaysia – Indonesia. Sistem kewangan Islam ini merupakan fenomena yang
sedang berkembang dengan pesat dan sedang bergerak pantas kearah sistem kewangan yang
kukuh. Di Malaysia perbankan syariah bermula pada tahun 1983 dengan penubuhan sesebuah bank
Islam. Perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia semakin ketara apabila bank-bank
konvensional juga bermula menubuhkan Islamic window demi mengikuti trend semasa. Pada akhir
tahun 2000, sektor kewangan merangkumi dua bank Islam, 47 institusi perbankan konvensional,
17 bank perdagangan domestik, empat bank asing, 14 syarikat kewangan, lima bank saudagar dan
tujuh syarikat diskaun yang menyertai Skim Perbankan Islam (SPI), pasaran wang secara Islam,
dua syarikat takaful dan pelbagai produk kewangan. Melalui proses penggabungan institusi
perbankan domestik, bilangan institusi perbankan konvensional yang menyertai SPI telah menurun
kepada 33 buah yang terdiri daripada sembilan bank perdagangan domestik, empat bank asing,
lapan syarikat kewangan dan lima bank saudagar serta syarikat diskaun. Dari sudut kepentingan,
perbankan Islam telah meningkat dengan begitu mendadak dan mencatatkan pertumbuhan purata
aset sebanyak 49% dari tahun 1995 hingga 1999. Pada tahun 2000 sektor ini terus mencatatkan
pertumbuhan aset yang kukuh sebanyak 30% meningkat kepada RM 47.1 bilion manakala deposit
meningkat kepada RM 35.9 bilion dan pembiayaan meningkat kepada RM 20.9 bilion. Prestasi
secara relatif berbanding sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan konvensional pada
akhir tahun 2000 bagi peratusan aset telah meningkat kepada 8.9% deposit pula 7.4% dan
pembiyaan 5.3%
Manakala pada tahun 1992 merupakan tahun bersejarah bagi perkembangan industri perbankan
Indonesia. Pada tahun itu, PT. Bank Muamalat Indonesia, bank syariah pertama di Indonesia rasmi
beroperasi secara berdampingan dengan bank-bank konvensional. Pada tahun itu Undang-Undang
Nomor 7 tahun 1992 tentang perbankan juga disahkan. Berdasarkan undang-undang ini, wujudnya
perbankan berdasarkan prinsip bagi hasil atau bank syariah telah diakui sebagai sebahagian
daripada sistem perbankan nasional. Ertinya, sejak tahun 1992 Indonesia secara tidak langsung
telah mengakui keberadaan dwi sistem perbankan. Perkembangan sistem ekonomi syariah di
Indonesia sendiri belum seberapa pantas seperti di negara-negara lain. Secara ringkas,
perkembangan ini dibahagikan menjadi perkembangan ekonomi kewangan syariah dan
perkembangan ekonomi syariah bukan kewangan. Industri kewangan syariah biasanya bersifat
relatif iaitu boleh dilihat dan diukur perkembangannya melalui data-data kewangan yang sedia
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
3
ada, manakala industri yang bukan kewangan memerlukan lebih banyak penyelidikan yang lebih
dalam untuk mengetahuinya.
Dalam sektor perbankan, sehingga kini terdapat tiga bank syariah, 21 unit perniagaan Islam pada
bank-bank konvensional (Islamic window), 528 cawangan (termasuk pejabat pembantu
cawangan), unit perkhidmatan syariah dan pejabat khas kewangan, dan 105 buah bank kredit untuk
rakyat syariah. Aset perbankan Islam pada bulan Mac tahun 2007 lebih daripada Rp 28 bilion
dengan beberapa dana pihak ketiga hampir mencapai Rp 22 bilion. Walaupun aset perbankan Islam
yang baru mencapai 1.63 peratus dan dana pihak ketiga yang dibangkitkan mencapai 1.64 peratus
daripada jumlah aset perbankan negara (pada Februari 2007), tetapi pertumbuhannya agak pesat
dan menjanjikan. Ia dijangka bahawa pada tahun 2008, bahagian industri perbankan Islam
dijangka mencapai 5% daripada total industri perbankan nasional. Pada sektor pasaran modal pula,
produk syariah dari segi kewangan seperti Musyarakah dan sukuk juga terus meningkat. Dana
Musyarakah mencapai Rp 638 bilion manakala, sukuk mencapai 17 buah dan menguruskan dana
sebanyak Rp 2,209 bilion. Pada sektor saham juga mengalami perkembangan yang cukup baik.
Pada 3 julai 2000 Bursa Saham Jakarta (BEJ) melancarkan indeks Islam Jakarta (JII). JII yang
merupakan indeks harga yang berlandaskan syariah terdiri daripada 30 syarikat saham yang
dianggap telah memenuhi prinsip-prinsip syariah. Data pada akhir bulan jun 2005 mencatatkan
permodalan pasaran sebanyak Rp 325,90 bilion atau 43 peratus daripada permodalan pasaran di
BEJ. Sementara itu, jumlah perdagangan saham JII sebanyak 348,9 juta lembar saham atau 39
peratus dari total perdagangan saham JII iaitu sebesar Rp 322,3 bilion, atau 42 peratus daipada
total keseluruhan nilai perdagangan saham. Dalam kes ini peranan kerajaan telahpun ditunggu-
tunggu oleh pelaku kewangan Islam di Indonesia dan dibuktikan dengan wujudnya akta perbankan
Islam dan akta sekuriti Islam. Di sektor takaful, hingga ogos 2006 ini sudah lebih 30 syarikat yang
menawarkan produk insurans dan takaful. Walau bagaimanapun, bahagian pasaran hanya
berkembang 1 peratus dari pasaran insurans nasional. Dalam bidang kewangan juga terjadi
peningkatan ini dapat dilihat dengan meningkatnya minat daripada beberapa syarikat kewangan
dengan produk pembiayaan syariah. Angka ini dijangka akan terus meningkat dengan permintaan
yang semakin ramai dan kadar pulangan yang semakin stabil. Dalam sektor mikro juga terjadi
kemajuan, perkembangan mikro yang menggalakkan berkembangnya institusi kewangan mikro
Islam seperti Baitul Mal wa Tamwil (BMT) yang bertujuan menguruskan aset dan menyalurkannya
secara adil. Kini sedang dikembangkan produk-produk kewangan mikro lain seperti mikro
insurans dan mungkin mikro-mutual-fund (dana koperasi mikro), dilihat dari segi bukan
kewangan.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
4
Rajah 1. Pertumbuhan kadar pulangan di perbankan syariah dan konvensional
bagi negara Malaysia dan Indonesia
Dengan melihat pertumbuhan ini, ia boleh dikatakan bahawa kepentingan masyarakat awam di
kedua-dua negara ini masih lagi dipengaruhi oleh produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
perbankan Islam. fakta ini juga membuktikan bahawa kadar bunga dan kadar PLS bukan lagi
menjadi faktor penentu utama dalam mempengaruhi keinginan masyarakat untuk meletakkan dana
di suatu perbankan. Berdasarkan penerangan di atas, menarik untuk dikaji lebih dalam terhadap
bagaimana pengaruh kadar bunga dan kadar PLS untuk menentukan keputusan pelanggan dalam
meletakkan dananya, terutamanya dalam bentuk tabungan di perbankan syariah ataupun
konvensional.
Dengan pencapaian yang sangat membanggakan ini, maka kajian analisis terhadap tabungan yang
berkonsepkan profit-loss sharing ke atas perbankan Islam adalah wajar dilakukan. Tujuan kajian
ini adalah untuk melihat kesan kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) ke atas konsep tabungan
perbankan di Malaysia dan Indonesia. Pengkaji juga akan lebih fokus kepada menganalisis
perbandingan ke atas pengaruh kedua-dua pemboleh ubah tersebut terhadap jumlah tabungan bank
Islam dan konvensional di Malaysia – Indonesia. Dengan merujuk kepada hasil kajian ini, maka
perbankan Islam tidak cukup hanya mengandalkan pada pendekatan religious-emosional (halal-
haram) untuk meningkatkan minat masyarakat dalam menabung. Pendekatan yang lebih efisien
0
0.2
0.4
0.6
0.8
1
1.2
1.4
01
/01
/09
01
/11
/09
01
/09
/10
01
/07
/11
01
/05
/12
01
/03
/13
MALMUDHARABAH (PLS)RATE
MAL CON.BANKSAVINGDEPOSITINTERESTRATE
0
1
2
3
4
5
6
7
30
/01
/09
30
/01
/10
30
/01
/11
30
/01
/12
30
/01
/13
IDNMUDHARABAH (PLS)RATE
IDN CON.BANKSAVINGDEPOSITINTERESTRATE
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
5
sangat diperlukan, seperti aspek profesionalisme perlu lebih diutamakan tanpa mengabaikan aspek
patuh syariah.
2.0 Kajian Lepas
Perbankan Islam adalah suatu sistem perbankan yang konsisten dengan prinsip-prinsip hukum
Islam atau syariah dan melarang pembayaran atau penerimaan bayaran bunga (Riba’) ke atas
pinjaman wang untuk istilah tertentu, serta melabur dalam perniagaan yang menyediakan barang
atau perkhidmatan yang dinilai bertentangan dengan prinsip-prinsipnya (Haram). Perbezaan
paling ketara di antara perbankan Islam berdasarkan kepada prinsip perdagangan pembelian dan
penjualan aset. Misalnya, dalam pembiayaan pembelian rumah, harga jual (termasuk peratus
keuntungan bank) adalah tetap dari awal. Perbankan Islam juga mempunyai berbagai kelebihan
dan keunikanya tersendiri. Justeru, secara teori tidak dapat dipastikan wujud hubungan antara
kadar bunga deposit dengan untung perbankan. Sebaliknya adalah dijangkakan kadar bunga
deposit lebih dipengaruhi oleh perlaksanaan dasar makroekonomi yang mengubah kadar bunga
jangka pendek, misalnya kadar antara bank dan kadar bunga pinjaman. Justeru, berdasarkan faktor-
faktor sebelah penawaran, tidak dapat dipastikan secara apriori bentuk perkaitan antara kadar
pulangan deposit perbankan Islam dengan kadar bunga.
Sudin dan Shanmugam (1995) mengkaji tentang hubungkait kadar bunga kepada jumlah deposit
perbankan Islam di Malaysia. Hasil kajian mereka menemui wujudnya hubungan negatif antara
kadar bunga dengan deposit dalam perbankan Islam. Ini bererti pendeposit perbankan Islam
memberi respon dengan mengurangkan deposit apabila berlaku peningkatan dalam kadar bunga.
Sudin dan Norafifah (2000), mengkaji hubungan antara jumlah deposit perbankan Islam dengan
kadar pulangan yang ditawarkan perbankan Islam dan skim perbankan Islam di bank konvensional
Malaysia. Dapatan mereka menunjukkan antara kadar bunga dengan jumlah deposit perbankan
Islam mempunyai hubungan negatif.
Bashir (1999) dan Bashir (2001) melaksanakan analisis regresi data untuk menentukan penentu
dasar tahap prestasi perbankan Islam di timur tengah. Keputusannya menunjukkan bahawa prestasi
bank, dari segi keuntungan, kebanyakannya dijana daripada overhead, pelanggan, pembiayaan
jangka pendek dan aset pendapatan bukan faedah. Tambahan pula, Bashir (2001) menyatakan
bahawa sejak deposit dalam bank-bank Islam dianggap sebagai saham, rizab yang dipegang oleh
bank menunjukkan kesan-kesan negatif seperti mengurangkan jumlah dana yang ada untuk
pelaburan.
Selain itu, kajian oleh Mansor Jusoh, Antoni & Norain Mod Asri (2010) mengkaji perkaitan antara
kadar bunga deposit perbankan konvensional dengan kadar pulangan deposit perbankan Islam di
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
6
Malaysia dengan menggunakan kaedah sebab-menyebab Granger. Kajian ini mendapati wujud
hubungan kointegrasi antara kadar bunga dengan kadar pulangan bagi deposit yang sama tempoh
matang. Walaupun kadar bunga lebih mempengaruhi kadar pulangan dalam jangka panjang,
namun perubahan kadar bunga bukanlah semata-mata faktor yang menjelaskan perubahan jangka
pendek kadar pulangan deposit perbankan Islam. selain itu, deposit perbankan Islam lebih anjal
kekayaan berbanding deposit perbankan konvensional.
Selain itu kajian oleh Zubair Hasan (2010) telah menjalankan kajian berkaitan dengan nisbah
perkongsian keuntungan pada kontrak Mudharabah dengan metode kuantatif. Hasil penemuan
kajian mendapati skim perkongsian untung secara amnya menekankan kepada kategori deposit
yang berbeza-beza dengan merujuk kepada jumlah dan masa yang perlu diperhatikan dan di
pantau.
Abdou Diaw dan Abdoulaye Mbow (2011) telah menjalankan kajian penyelidikan analisis regresi
data untuk perbandingan ke atas pulangan deposit Mudharabah (ROMD) dan pulangan ekuiti
(ROE) pada perbankan Islam. Penemuan mereka menunjukkan bahawa ROE > 2x ROMD, iaitu
pulangan ekuiti lebih besar berbanding dua kali ganda pulangan deposit Mudharabah. Tambahan
pula Abdoulaye Mbow (2011) menyatakan bahawa adanya pengaruh pulangan aset (ROA) ke atas
pulangan deposit Mudharabah (ROMD) pada Kuwait Finance House.
3.0 Metodologi Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kuantatif iaitu merujuk kepada
data laporan perbankan syariah dan konvensional di kedua-dua negara bagi tahun 2009-2013.
Pembolehubah terdiri daripada jumlah tabungan deposit perbankan konvensional (Scon), jumlah
tabungan deposit perbankan syariah (Ssy), kadar pulangan deposit bank syariah (PLS) dan juga
kadar bunga bank konvensional (R) yang kesemuanya merupakan jumlah keseluruhan bagi kedua-
dua negara pada tempoh berkenaan. Seterusnya perbandingan juga akan dianalisa ke atas dua
pemboleh ubah iaitu kadar bunga dan kadar pulangan (PLS) terhadap jumlah tabungan
Mudharabah di bank syariah dan tabungan konvensional di kedua-dua negara menggunakan
kaedah regresi kuasa dua terkecil (OLS). Hubungan jangka masa panjang antara kadar bunga dan
kadar pulangan ke atas konsep tabungan perbankan di Malaysia dan Indonesia dianalisis dengan
menggunakan teknik koentegrasi johansen. Manakala hubungan jangka masa pendek dianalisis
dengan mengguanakan model sebab-menyebab Granger ataupun Granger Causality
Penyelidik juga menggunakan kaedah data sekunder iaitu kajian perpustakaan dengan membuat
rujukan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dilakukan. Kaedah kuantatif
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
7
menggunakan model sederhana yang diharapkan dapat menyokong fakta yang berlaku. model
kuantatif dibina berdasarkan fungsi tabungan berikut :
S = f (R) (1.1)
Merujuk kepada persamaan (1.1), S adalah tabungan dan R adalah kadar bunga. Berdasarkan
fungsi tabungan tersebut dapat dikatakan bahawa tabungan ditentukan oleh kadar bunga.
seterusnya dengan menggunakan fungsi tersebut hubungan kuantatif antara tabungan dengan
pemboleh ubah yang mempengaruhi dapat dituliskan dalam persamaan berikut
ln S𝑡 = 𝑎o + 𝑎1 R 𝑡+ U𝑡 (1.2)
Dalam kajian ini, model dalam persamaan (1.2) untuk membezakan antara model tabungan di
perbankan syariah dan perbankan konvensional, untuk membandingkan kesan kadar bunga bank
konvensional dan kadar pulangan PLS bank syariah terhadap gelagat menabung masyarakat pada
kedua-dua sistem perbankan. Pemisahan ini dilakukan kerana berdasarkan kepada prinsip-prinsip
syariah, prinsip sistem kewangan Islam, dan prinsip perbankan Islam yang tidak diperbolehkan
menggunakan instrumen-instrumen yang berasaskan bunga (Riba).
Berdasarkan pemisahan tersebut maka dibangunkan persamaan baharu untuk model tabungan
perbankan syariah dan perbankan konvensional, seperti di bawah ;
lnSSyt = 𝑎o + 𝑎1 Plst + 𝑎2 Rt + ut (1.3)
lnSCont = 𝐵o +𝐵1Rt + 𝐵2 Plst + ut (1.4)
dimana SSy = jumlah tabungan mudharabah bank syariah, SCon = jumlah tabungan bank
konvensional, Pr = kadar pulangan (rate of returns) tabungan mudharabah bank syariah, manakala
R = kadar bunga tabungan bank konvensional; 𝑎 dan 𝐵 = koefisien yang akan dijangka kan, u
adalah disturbance term, dan ln menunjukkan logaritma natural. Model yang ditunjukkan pada
persamaan (1.3) dan (1.4) akan diuji dengan menggunakan kaedah kuasa dua terkecil (ordinary
least square, OLS).
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
8
4.0 Keputusan Empirikal
4.1 Fungsi Tabungan Bank Syariah
Berdasarkan hasil ujian kuasa dua terkecil (OLS) untuk menentukan pengaruh kadar pulangan
(PLS) dan kadar bunga terhadap tabungan mudharabah pada bank syariah, sebagaimana
diekspresikan pada persamaan (1.3), diperoleh fungsi tabungan sebagai berikut :
logSSy = 1156.318 + 0,075835Pls – 215.5333R (Indonesia)
(47.496) (5.663) (14.157)
R2 = 0,803549; F-stat = 116.5741; D-W stat = 0,988449
logSSy = 32889.09 - 55146.70Pls + 41774.81R (Malaysia)
(6571.103) (8360.392) (5698.965)
R2 = 0,520856; F-stat = 30.98102; D-W stat = 0,610752
Fungsi tabungan di atas menunjukkan bahawa kadar pulangan (PLS) dan kadar bunga tabungan
bank konvensional (R) memiliki pengaruh yang kuat dan signifikan terhadap jumlah tabungan
mudharabah bank syariah pada kedua-dua negara. Kedua-dua pemboleh ubah tersebut
memberikan pengaruh sekitar 80.3% (Indonesia) dan 52.08% (Malaysia) terhadap perubahan
jumlah tabungan pada bank syariah dengan tingkat signifikan yang cukup tinggi (α = 5%),
sebagaimana ditunjukkan oleh nilai statistik F (F-stat > Fvalue). Demikian pula pengaruh masing-
masing pemboleh ubah secara berasingan juga signifikan, sebagaimana terlihat pada nilai t-stat >
t-value.
Yang menarik dari hasil kajian ini adalah kesan kadar pulangan (PLS) yang berlawanan arah
(bersifat negatif) dengan perubahan jumlah tabungan. Maknanya, apabila kadar pulangan bank
syariah naik (turun) 1%, maka jumlah tabungan mudharabah bank syariah berkurang (bertambah)
sebanyak Rp0,07 (Indonesia) dan RM55.146 (Malaysia). Hasil kajian ini tidak sejalan dengan teori
tabungan yang menyatakan bahawa kadar pulangan (atau kadar bunga) memiliki hubungan positif
dengan jumlah tabungan.
Walau bagaimanapun, hasil yang didapati sejalan dengan hasil sebelumnya yang didasarkan pada
fakta historis (historical data). Manakala kadar bunga tabungan bank konvensional memberikan
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
9
kesan negatif ke atas jumlah tabungan bank syariah. Oleh sebab itu, turun (naiknya) kadar bunga
tabungan bank konvensional sekitar 1% menyebabkan jumlah tabungan bank syariah bertambah
atau berkurang sebanyak Rp215 (Indonesia) dan RM41.774 (Malaysia). Hubung kait kadar bunga
dan jumlah tabungan bank syariah yang negatif ini dapat difahami kerana tabungan bank
konvensional merupakan substitusi bagi pelanggan bank syariah. Berdasarkan fungsi tabungan
tersebut dapat dikatakan bahawa kadar pulangan (PLS) yang ditawarkan bank syariah bukan
merupakan faktor penentu yang menjadi alasan utama bagi pelanggan untuk menempatkan dana
pada perbankan syariah. Pilihan masyarakat untuk meletakkan dana tabungan pada bank syariah,
utamanya pelanggan yang religious, alasan utama disebabkan oleh ketaatan agama bahawa bunga
bank adalah riba yang hukumnya haram bagi umat Islam. Sebaliknya, bagi pelanggan yang
rasional (non-religious), faktor ekonomi nampaknya masih lebih utama. Oleh sebab itu, bagi
pelanggan ini pergerakan kadar bunga tabungan bank konvensional masih menjadi pertimbangan
untuk menjadikan tabungan bank syariah hanya sebagai substitusi tabungan bank konvensional.
4.2 Fungsi Tabungan Bank Konvensional
Regresi yang dilakukan untuk fungsi tabungan bank konvensional menunjukkan hasil sebagai
berikut :
logSCon =1550990 – 303784.3R – 4351.853Pls (Indonesia)
(61896.56) (18449.67) (7381.15)
R2 = 0,826514; F-stat = 135.7785; D-W stat = 1.158394
logSCon = -480411.7 – 798693.7R + 1657364Pls (Malaysia)
(230953.4) (200300.5) (293841.2)
R2 = 0,363629; F-stat = 16.28517; D-W stat = 0.714853
Fungsi tabungan bank konvensional di atas menunjukkan bahawa kadar bunga tabungan
konvensional (R) dan kadar pulangan (Pls) tabungan mudharabah berpengaruh negatif terhadap
jumlah tabungan bank konvensional di Indonesia. Kesan kedua-dua pemboleh ubah ke atas
perubahan jumlah tabungan pada bank konvensional diperkirakan mencapai 82.6%, dengan level
signifikansi yang cukup tinggi (α = 5%), sebagaimana ditunjukkan oleh nilai statistik F (F-stat >
F-value). Demikian pula pengaruh masing-masing pemboleh ubah secara berasingan juga
signifikan, sebagaimana terlihat pada nilai t-stat >t-value. Perilaku menabung masyarakat
(pelanggan) pada bank konvensional juga hampir sama dengan yang terjadi pada bank syariah.
Ertinya, naik (turunnya) kadar bunga akan menyebabkan jumlah tabungan bank konvensional
berkurang (bertambah). Selain itu, kadar pulangan yang ditawarkan bank syariah juga menjadi
salah satu faktor penentu bagi pelanggan untuk beralih ke tabungan bank syariah kepada bank
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
10
konvensional. Hal ini didasarkan pada pertimbangan secara rasional pelanggan yang cenderung
memilih tabungan yang menawarkan keuntungan ekonomi yang lebih menarik. Pertimbangan lain
adalah untuk pemenuhan keperluan berurus niaga dan berjaga-jaga (precautionarymotive).
4.3 Keputusan Ujian Sebab-Menyebab Granger
4.3.1 Fungsi Tabungan Syariah
Hubungan sebab-menyebab Granger akan menunjukkan hasil terhadap kumpulan koefisien yang
berkenaan dalam jangka masa pendek melalui ujian wald (statistic F). Pada persamaan 1.3 didapati
berhubungan signifikan yang bermakna penolakan H0 terhadap R melawan Ssy bermaksud R
merupakan penyebab Granger terhadap pemboleh ubah Ssy, manakala Ssy bukan penyebab
Granger terhadap pemboleh ubah R. Di bawah ini merupakan hubungan hasil daripada ujian sebab-
menyebab Granger untuk fungsi tabungan syariah di Indonesia;
Dari persamaan (1.3)
H1 = R penyebab Granger terhadap Ssy , F-stat 3.2532 > 2
H0 = Ssy bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 1.05426 < 2
H1 = Pls penyebab Granger terhadap Ssy , F-stat 3.99650 > 2
H0 = Ssy bukan penyebab Granger terhadap Pls, F-stat 1.59992 < 2
H0 = Pls bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 0.12557 < 2
H0 = R bukan penyebab Granger terhadap Pls, F-stat 0.28474 < 2
Manakala hasil ujian sebab-menyebab Granger pada tabungan syariah di Malaysia tidak
menunjukkan kesan yang saling berhubungan, bermakna dalam masa jangka pendek semua
pemboleh ubah bukan penyebab Granger terhadap pemboleh ubah lainnya dan tidak signifikan
pada aras 5%. Dapatan ini menunjukkan bahawa kadar pulangan bagi deposit perbankan Islam
bukan sepenuhnya mengikuti atau ditentukan semata-mata berdasarkan kadar bunga. Dapatan ini
didapati berbeza dengan dapatan Kaleem & Mansor (2002) yang mengkaji hubungan penyebab di
antara perbankan Islam dan konvensional di Malaysia. Hasil kajian mereka mendapati ada
hubungan sebab-menyebab sehala daripada kadar bunga kepada kadar pulangan bagi deposit.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
11
4.3.2 Fungsi Tabungan Konvensional
Berdasarkan keputusan kajian didapati fungsi tabungan konvensional di Malaysia sebagai berikut:
Dari persamaan (1.4)
H1 = R penyebab Granger terhadap Scon , F-stat 3.15446 > 2
H0 = Scon bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 0.02969 < 2
H1 = Pls penyebab Granger terhadap Scon , F-stat 3.19173 > 2
H1 = Scon penyebab Granger terhadap Pls , F-stat 5.30983 > 2
H0 = Pls bukan penyebab Granger terhadap R, F-stat 0.87034 < 2
H0 = R bukan penyebab Granger terhadap Pls, F-stat 0.69277 < 2
Keputusan sebab-menyebab Granger di atas menunjukkan Pls dan Scon mempunyai hubungan dua
hala sebab-menyebab Granger dan signifikan pada aras keertian 5% menunjukkan H0 ditolak. ini
bermaksud pada jangka pendek Pls penyebab Granger terhadap Scon dan juga sebaliknya.
manakala hasil daripada pemboleh ubah Pls melawan R menunjukkan tiada hubungan dalam masa
jangka pendek dan keduanya tidak signifikan pada aras keertian 5%. Selanjutnya hasil daripada
fungsi tabungan konvensional di Indonesia menunjukkan hanya pemboleh ubah R melawan Scon
yang memiliki hubungan sebab-menyebab Granger sehala ini ditunjukkan oleh F-stat 2.86418 > 2
pada aras keertian 5%. ini bererti pemboleh ubah lain dalam masa jangka pendek pada tabungan
perbankan konvensional Indonesia tidak memiliki hubungan sebab-menyebab Granger dan tidak
signifikan, keadaan ini mungkin berlaku disebabkan masyarakat pada masa jangka pendek ini
kurang maklumat akan pentingnya menabung dan menyimpan wang sebagai keperluan berurus
niaga pada masa hadapan.
4.4 Keputusan Ujian Kointegrasi Johansen
Pada lampiran keputusan ujian kointegrasi terdapat ujian statistic Trace dan Maximum Eigenvalue.
nilai statistik Trace 47.34677 adalah lebih tinggi daripada nilai kritikal 29.79707 pada tahap
signifikan 5%. Ini bermaksud wujud hubungan jangka panjang antara kadar bunga dan kadar
pulangan (PLS). Keputusan ujan Maximum Eigenvalue pada lampiran menunjukkan nilai statistik
40.39554 lebih besar daripada nilai kritikal 21.13162. Ini bermaksud memang wujud hubungan
jangka panjang antara kadar bunga dan kadar pulangan bank Islam.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
12
Berdasarkan keputusan kointegrasi johansen seperti dalam lampiran, satu model kointegrasi dapat
dibentuk bagi menunjukkan hubungan jangka panjang antara kadar bunga dengan kadar pulangan
bagi perbankan Islam. Secara keseluruhan, Jumlah deposit tabungan perbankan konvensional
(Scon), jumlah deposit tabungan perbankan Islam (Ssy), kadar bunga (R) dan kadar pulangan (Pls)
di perbankan syariah saling mempengaruhi pada masa jangka panjang dan ini terjadi di dua sistem
perbankan yang berbeza dan juga di dua negara yang berbeza.
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan hasil perhitungan dan analisa seperti yang dijelaskan pada bahagian sebelumnya
dapat disimpulkan bahawa adanya kesan perubahan kadar bunga dan kadar pulangan di perbankan
syariah dan perbankan konvensional baik itu dalam jangka masa pendek ataupun jangka masa
panjang. Untuk mengelakkan agar tiadanya unsur riba dan gharar maka perbankan Islam perlu
mengambil inisiatif menggunakan alternatif lain dalam menentukan kadar pembiayaan dan kadar
pulangannya. Selain itu, kadar pulangan yang ditawarkan bank syariah bukan lagi merupakan
faktor utama yang mempengaruhi gelagat menabung masyarakat. Bagi sebahagian besar
pelanggan Muslim, penempatan dana tabungan pada bank syariah lebih banyak dipengaruhi oleh
faktor religious-emosional bahawa kadar bunga bank adalah riba yang hukumnya haram.
Seterusnya pelanggan bank syariah yang tidak mendasarkan keputusan menabung pada
pertimbangan religious-emosional (nonreligious-rasional) masih menjadikan tabungan bank
syariah sebagai substitusi bagi bank konvensional. Gelagat menabung seperti ini masih bersandar
pada perbandingan antara manfaat (keuntungan) dari kadar pulangan bank syariah dan kadar bunga
tabungan bank konvensional. Maka dari itu semua pihak perlu berupaya untuk memikirkan cara
agar meningkatkan minat masyarakat dalam menempatkan tabungan pada bank syariah, kalangan
perbankan syariah tidak cukup hanya mengandalkan pada pendekatan religious-emosional (halal-
haram). Pendekatan yang memperhatikan aspek profesionalisme harus lebih dikedepankan. Hal
ini dapat diupayakan dengan melakukan inovasi produk-produk yang akan ditawarkan dengan
tetap memperhatikan syariah compliance, melakukan strategi, perluasan cawangan dan
penambahbaikan perkhidmatan. Hal yang terpenting iaitu kalangan perbankan syariah tetap harus
mengupayakan kadar pulangan yang kompetitif, meskipun dari hasil kajian ini diperoleh
kesimpulan bahawa kadar pulangan berpengaruh negatif terhadap jumlah tabungan.
Pihak kerajaan pun diharapkan dapat memberikan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan
pembaikan sistem kerja perbankan syariah. Kerajaan diharapkan memberikan perlakuan yang
sama pada level of playing field dengan perbankan konvensional, misalnya kesamaan dalam
pengenaan cukai.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
13
Rujukan
Bank Negara Malaysia. (2012). Laporan Bulanan BNM 2010 – 2012. Kuala Lumpur : Bank
Negara Malaysia.
Bank Indonesia, (2001), ”Potensi, Preferensi dan Perilaku Masyarakat terhadap Bank Syariah di
Jawa Barat”, Jakarta.
Bank Indonesia, (2001), ”Potensi, Preferensi dan Perilaku Masyarakat terhadap Bank Syariah di
Sumatera Barat”, Jakarta.
Bank Indonesia, (2004), “Potensi, Preferensi dan Perilaku Masyarakat terhadap Bank Syariah di
Wilayah Kalimantan Selatan”, Hasil Penelitian KerjasamaDirektorat Perbankan Syariah -
Bank Indonesia dengan Institut Pertanian Bogor, Jakarta.
Iqbal, Munawar., Ahmad, Ausaf., and Khan, Tariqullah., (1998), “Challenges Facing Islamic
Banking”, Occasional Paper – No. 1, Islamic DevelopmentBank, Islamic Research and
Training Institute, Jeddah.
Rosamiza Meor Razak. Zulkefly Abdul Karim. Mohd Azlan Shah Zaidi.(2012). Dasar Kewangan
dalam dwi sistem perbankan : Suatu kajian VAR berstruktur di Malaysia. Prosiding
PERKEM VII, (1) : 111 – 125.
Samad. Abdul. (1999). Comparative efficiency of the Islamic bank Malaysia vice versa
conentional bank. Journal of Economics and Management 7(1) : 1 – 8.
Solé, Juan., (2007), “Introducing Islamic Banks into Conventional Banking Systems”, IMF
Working Paper, Number 07/175, July, Monetary andCapital Markets Department,
International Monetary Fund, WashingtonDC.
Snowdon, Brian. and Vane, Howard R., (2005), “Modern Macroeconomics : Its Origins,
Development and Current State”, Edward Elgar Publishing, Inc.,Massachusetts, USA.
top related