kesalahan ayat

Post on 02-Jun-2015

1.760 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

B. MELAYUKESALAHAN AYAT

Kami akan membincangkan lain-lain hal dalam mesyuarat akan datang.

hal-hal lain

Majlis itu akan berlangsung daripada pukul 8.30 malam hingga pukul 10.30 malam

dari

Para peserta-peserta sedang beratur di luar dewan.

Para peserta

Ibu membubuh ubat di kaki adik yang luka.

pada

Dia tidak anak Pak Mat walaupun mereka rapat.

bukan

Usahawan itu mengambil pelbagai langkah untuk memperluaskan perniagaannya yang semakin berkembang.

memperluas

Ahmad telah mendapat tempat yang ketiga-tiga dalam ujian yang lalu.

ketiga

Ramai pelancong berkunjung kepada Pantai Batu Feringgi kerana keindahan pantai.

ke

Terima kasih di atas sumbangan yang telah kamu hulurkan.

atas

Tolong jangan pijak rumput di taman itu.

Jangan

Kucing peliharaan Alia mati kerana dia dilanggar lori.

Ahmad menghadiahi sepasang baju kurung kepada ayahnya.

menghadiahkan

Siti sedang mengemas bilik namun adiknya mencuci kasut.

manakala

Siti rindu kepada neneknya di kampung.

akan

Ibu membeli sebatang rebung di pasar malam.

sepucuk

Khairul suka makan telur sesetengah masak.setengah

Siapakah nama kucing kamu?

Apakah

Berusahalah dengan gigih demi untuk masa depan.demi

Penduduk kampung bergotong-royong memperlebarkan jalan.memperlebar

Adik menangis bila digigit semut api ketika bermain di padang.

apabila

Kerajaan telah memanggil semua rakyat-rakyatnya yang berada di luar negara pulang ke Malaysia.

semua rakyatnya

Para peserta akan berehat pada waktu tengahari.tengah hari

Ahmad pergi ke pasaraya untuk membeli seluar dan baju.

pasar raya

Perlawanan badminton itu diadakan di mini stadium.stadium mini

Rendang ayam itu sungguh lazat sekali.sungguh lazat

Adik lebih tinggi dari abang.

daripada

“Sila jemput masuk ke dalam dewan,” kata juruacara itu.

Sila

Sukan di antara sekolah-sekolah akan diadakan pada minggu hadapan.

antara

Makanan tengah hari sudah disaji bila kami tiba di kem itu.

apabila

Encik Ahmad akan uji pandu kereta yang akan dibelinya.

pandu uji

Beberapa orang pramugari sedang memperagakan pakaian rekaan terbaru.

peragawati

Pelbagai-bagai kuih tradisional boleh didapati di pasar malam itu.

Pelbagai / Berbagai-bagai

Pulau yang terindah sekali di Terengganu ialah Pulau Redang.

terindah

Beliau merupakan salah seorang perompak yang telah ditangkap oleh polis.

Dia

Gulai asam pedas yang dimasak oleh ibu sangat sedap sekali.

sangat sedap

Semua murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan.

Semua murid

Pelbagai-bagai kuih tradisional boleh didapati di pasar malam itu.

Pelbagai

Saya menemani datuk menonton televisyen di masa lapang. pada

Para penonton-penonton memenuhi stadium itu.

Para penonton

Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak kekurangannya.

pedalaman

Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam.tiga jam setengah

Kedua saksi itu dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Kedua-dua

Tiap hari Encik Ahmad ke pejabat bersama isterinya.

Tiap-tiap

Setengah pegawai kerajaan terpaksa bertugas di luar negara.

Sesetengah

Ibu menghidangkan goreng pisang kepada tetamu yang hadir.

pisang goreng

Muhammad membeli dua setengah kilogram gula.

dua kilogram setengah

Oleh kerana hari hujan Ahmad tidak dapat pergi ke sekolah.

Oleh sebab

Pekerja yang suka curi tulang itu tidak rakan saya.

bukan

Ahmad merupakan murid yang terpandai sekali dalam kelasnya.

terpandai

Semua murid-murid diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.

Semua murid

Di hujung minggu kami selalu bergotong-royong mengemas rumah.

Pada

Ketiga anak Mak Siti lulusan Universiti Malaya.

Ketiga-tiga

Berbagai jenis lauk dijual di Restoran Nusantara.

Berbagai-bagai

Pertandingan bola sepak di antara rumah sukan akan diadakan pada hari Rabu.

antara

Aiman terlupa membeli cili sos yang dipesan oleh ibunya.

sos cili

Pertandingan mewarna akan diadakan di hari Khamis.

pada

Pelbagai-bagai kuih tradisional boleh didapati di pasar malam itu.

Pelbagai

Ayah menghadiahkan adik sebuah basikal.

menghadiahi

Para-para pelajar berkumpul di dataran kejat setiap hari Isnin.

Para

Rumahnya terletak antara kedai runcit dan surau.

di antara

top related