kertas kerjas bengkel penulisan khat 2015
Post on 14-Dec-2015
1.061 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAKONG/TERUS
KERTAS KERJA
BENGKEL PENULISAN KHAT
( KHAT PENCETUS PENULISAN JAWI )
ANJURAN:
SK KAMPUNG BAKONG/TERUS
(UNIT PENDIDIKAN AGAMA ISLAM)
DAN
SK KAMPUNG SENAU
(UNIT PENDIDIKAN AGAMA ISLAM)
1. NAMA PROGRAM
Bengkel Penulisan Khat SK Kpg Bakong/Terus bertema “Khat Pencetus Penulisan Jawi”.
2. PENDAHULUAN
Bengkel Penulisan Khat ini adalah merupakan satu usaha dan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat serta jawi untuk murid-murid supaya mereka lebih minat dan cenderung untuk menulis jawi dengan lebih baik. Bengkel ini juga adalah sebagai satu landasan untuk mereka dapat meningkatkan kemahiran,teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat mereka dalam penulisan jawi. Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat keredhaan dan diberkati oleh Allah S.W.T..
3. MATLAMAT Matlamat utama melahirkan generasi penulisan khat yang cemerlang dan cerdik jawi.
4. OBJEKTIF 4.1 Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan jawi.
4.2 Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat. 4.3 Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat. 4.4 Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi. 4.5 Mencapai ketenangan jiwa melalui seni khat.
5. TARIKH DAN HARI
Tarikh : 11 September 2015 Hari : Jumaat Masa : 10.20 Pagi
6. TEMPAT
Kelas Tahun Enam SK Kampung Bakong/Terus.
7. KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dan guru-guru SK Kampung Bakong/Terus.
8. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Waktu Aktiviti Pengisian Tempoh
10.20 Pagi
Slot 1:
Slideshow:Pengenalan Seni Khat
- Sejarah ringkas- Asas-asas am penulisan khat- Peralatan menulis khat- Teknik memegang pen khat
½Jam
10.50 Pagi
Slot 2:
Pengenalan Teknik Penulisan serta
Huruf-huruf Khat Gaya Nasakh dan Riq’ah
- Menulis huruf tunggal berpandukan slide
- Peserta membuat latih tubi
½Jam
11.20 Pagi
Slot 3:
Latihan Amali (LDK)
- Menulis huruf bersambung berpandukan slide
Tugasan:- menulis huruf yang terpilih
½Jam
11.50 Pagi Penyampaian Cenderamata serta Majlis Bersurai
9. JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Encik Hambali Bin Haji Ramli Guru Besar SK Kampung Bakong/Terus
Timbalan Pengerusi : Puan Zarinah Binti Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran
: Puan Julaiha Binti Junaidi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
: Encik Salahuddin Bin Jamhari Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Encik ‘Ammar Bin Razali (Ketua Bengkel Penulisan Khat)
Ahli Jawatan Kuasa
Pengacara Majlis : Encik Isa Kamil Bin Ali
Siaraya : Encik Mohd Hairoul Akhbar Bin Haron Encik Isa Kamil Bin Ali Disiplin dan Keselamatan pelajar : Encik Salahuddin Bin Jamhari Puan Norshahida Binti Mohd Asrhad
Jurugambar : Cik Casandra Bedlia Anak Cotrell
Buku Program : Cik Zunadia Binti Zulkifli Puan Omrah Binti Pandi
Pelaporan & Dokumentasi : Cik Siti Sabariah Binti Mat Isa
Persiapan Tempat & Peralatan : Encik Wan Muhd Hafiz Bin Wan Abdullah
Perhubungan dan Jemputan : Encik ‘Ammar Bin Razali
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah Catatan
1. Cenderamata (Penceramah) Seorang X RM 30.00 RM 30.002. Batang X RM RM3. Bekas X RM RM4. RM RM5. RM RM
JUMLAH RM
11. SUMBER KEWANGAN
Bil Perkara Jumlah
1. Wang peruntukan Panitia Pendidikan Agama Islam RM
JUMLAH RM
12. PENUTUP Bengkel Penulisan Khat ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat pengetahuan jenis tulisan dan gaya khat serta meningkatkan kemahiran,teknik yang betul.
Disediakan oleh: Diluluskan oleh:
............................................. ..................................... Setiausaha Bengkel Penulisan Khat Guru Besar
Encik ‘Ammar Bin Razali Encik Hambali Bin Ramli
SK Kampung Bakong/Terus SK Kampung Bakong/Terus Tarikh: Tarikh:
top related