kertas kerja petanque 2010
Post on 11-Jan-2016
568 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PETANQUE TERTUTUPANJURAN KOPERASI, KELAB PETANQUE DAN UNIT SUKAN
SMK PEKAN NANAS 2010
1. Tajuk
Pertandingan Petanque Tertutup Antara Rumah Sukan SMKPN 2010 (Sempena Hari Kokurikulum SMKPN 2010)
2. Latar Belakang
Pétanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola - bola besi yang disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yang digelar jack. Petanque adalah satu permainan yang dipertandingkan diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysia oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989. Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk semua".
3. Rasional
3.1 Sukan sebagai wadah perpaduan.
3.2 Memperkenalkan kepada guru dan pelajar mengenai sukan petanque.
3.3 Melalui pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli.
3.4 Sebagai satu aktiviti sambutan Hari Kokurikulum SMKPN.
4. Objektif
4.1 Memberi peluang kepada pelajar dan guru dalam penglibatan sukan untuk mencapai matlamat “Satu Pelajar Satu Sukan”.
4.2 Membolehkan semua ahli kelab mengaplikasikan teori-teori pengurusan dalam petandinan petanque.
4.3 Meningkatkan pengetahuan dan mendedahkan pengalaman kepada semua guru dan ahli kelab.
4.4 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara guru dan pelajar.
5. Pelaksanaan Aktiviti
5.1 Tarikh : 13 – 25 September 2010
5.2 Tempat : Gelangang Petanque SMKPN
5.2 Senarai Ahli Jawatankuasa
Penasihat : Pn. Hjh. Zainab binti JohariPengerusi : En. Mohidin bin Suyot
Setiausaha : En. Suhizulhisam bin Keliwon Naib Setiausaha : En. Mohd Darwis Chin bin Abdullah Bendahari : Pn Norkhairani binti Othman
AJK
Cenderamata & Hadiah : En. Suhizulhisam bin Keliwon Dokumentasi : En. Nazarali bin Ali Persediaan Tempat : Pn. Norizah binti Abd Rahman
Persatuan Petanque Peralatan : En. Ahmad Faizal bin Aliasa Publisiti : En. Suhizulhisam bin Keliwon Pendaftaran& Pertandingan : En. Nasrul Fadhli bin Jamil Kepegawaian : En. Suhizulhisam bin Keliwon
En. Mohd Darwi Chin bin AbdullahPersatuan Petanque
5.3 Penyertaan adalah dari guru Rumah Sukan SMKPN 2010.
6. Implikasi Kewangan
6.1 Sumber
Sumbangan Koperasi SMKPN
Unit Sukan dan Kokurikulum SMKPN (Sekolah)
6.2 Anggaran Perbelanjaan
Bil Aktiviti Jumlah Sumber1.
2.
3.
4 .
5.
6.
7.
Hadiah Hamper 3 x RM 20.00
Hadiah Hamper 3 x RM 15.00
Hadiah Hamper 3 x RM 10.00
Hadiah Hamper 3 x RM 8.00
Hadiah Hamper 3 x RM 5.00
Boules Petanque
RM 60.00
RM 45.00
RM 30.00
RM 24.00
RM 15.00
RM 450.00
KoperasiRM 312.00
SekolahRM 312.00
JUMLAH RM 624.00
7. Penutup
Adalah diharapkan agar pertandingan sempena Hari Kokurikulum ini akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN NANAS2010
PERTANDINGAN PETANQUE TERTUTUP
ANJURAN:
KOPERASI, KELAB PETANQUE DAN UNIT SUKANSMK PEKAN NANAS 2010
top related