kertas kerja inovasi1.doc
Post on 15-Jan-2016
43 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2014
Kertas Kerja
PROJEK INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
“ MINda warni ”
SEKOLAH KEBANGSAAN (F) PADANG PIOL27040 JERANTUT,
PAHANG DARUL MAKMUR
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
Kertas Cadangan Projek Inovasi “MINDA WARNI”.
1. Tajuk
Projek inovasi yang telah dipilih oleh Saya ialah bertajuk “MINDA WARNI”.
MINDA WARNI ini adalah hasil inovasi dalam cara peta minda dan warna. Projek ini
dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan saya dan mentor saya Ustazah
Habibah bt Md Yusof dan juga Ketua panatia Sains sekolah saya iaitu Puan nor Amalia
Bt Wahib
2. Pengenalan
Konsep asas yang saya gunakan adalah peta minda namum begitu saya gabungkan
dengan warna agar menjadi lebih menarik dan seronok .Saya menggunakan warna baju
rumah sukan di sekolah mereka iaitu warna biru, merah, hijau dan kuning agar mereka
lebih tertarik pada warna yang akan digunakan pada kaedah yang akan dijalankan. Ini
kerana mereka dapat mengingati nama rumah sukan walaupun nama yang sukar
contohnya rumah biru bagi Tahan, rumah merah bagi Kinabalu, rumah hijau bagi Jerai
dan rumah kuning bagi Ledang
3. Objektif
Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.
Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan.
Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.
4 Rasional projek
Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran
di dalam kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat pelajar
terhadap peta minda dan warna , seterusnya memberi pengetahuan tentang
sesuatu subjek. Murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dengan menggunakan
peta minda yang berwarna warni. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik P
dan P yang boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas.
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
Saya tidak mahu murid-murid lupa ciri-ciri biji/buah yang disebarkan oleh setiap
cara penyebaran. Saya telah menggunakan empat warna iaitu warna merah
untuk mekanisme letupan, biru untuk air, Hijau untuk haiwan, dan Kuning untuk
angin . Warna-warna ini amat sinonim dengan mereka kerana merupakan warna
rumah sukan yang terdapat di sekolah. Oleh yang demikian, maka terbentuklah
“Peta Minda Warni” ini
5. Anggaran Kos Projek
a. Tinj
6. Tinjauan / Kajian literature
Saya mula menjalankan kaedah MINDA WARNI . saya menggunakan kaedah ini
kerana saya tertarik dengan penyataan dari Tony Buzan (2006),
“semua kanak-kanak suka benda-benda berwarna warni dan suka melukis. Jadi,
saya ingin menggunakan pembelajaran peta minda (What’s on my mind) untuk
meningkatkan kefahaman murid. Saya berpendapat melukis peta minda
merupakan suatu aktiviti yang seronok bagi kanak-kanak. Dengan peta minda
yang diperkenalkan, saya berharap dapat meningkatkan kefahaman dan daya
ingatan murid, di samping dapat mengembangkan kreativiti dan minat belajar
murid”
BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
1. Kertasn A4 1 10.50 10.50
2. Marker Pen 3 2.50 7.50
3. Dakwat printer 1 30.00 30.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 48.00
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
Menurut Lowefeld (1947 ) bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-
kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta , gambar-gambar
dan peralatan –peralatan sains.ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual
bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani.
7. Kumpulan Sasaran
i. Murid Kelas 5 Cerdik – kelas kedua daripada 3 kelas
ii. 25 orang ( 11 lelaki dan 14 Perempuan )
8. Jawatankuasa
Sila Rujuk Lampiran A
9. Cadangan Perlaksanaan Peta Minda Warni
Langkah yang perlu dijalankan semasa menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut.
Terdapat tujuh langkah yang akan saya gunakan untuk melaksanakan strategi “Minda Warni ”
ini.
1. Murid-murid akan diberikan sehelai seorang peta minda seperti pada Rajah 4a dan
dikehendaki untuk mengingat cara pencaran tumbuhan berdasarkan warnanya. Mereka juga
diberikan masa untuk menghafal ciri biji yang terdapat dalam setiap petak berwarna tersebut. Di
samping itu guru akan sentiasa membantu mereka menghafal dengan cara menyebut berulang
kali bersama-sama. Respoden juga diberi sehelai peta minda untuk untuk mengingati buah atau
biji benih berdasarkan warna anak panahnya. Lihat Rajah 4b
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
Rajah 4a . Peta Minda berwarna yang lengkap
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
Rajah 4b . Peta Minda biji benih
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
2. Langkah kedua pula ialah murid-murid akan diberikan sehelai seorang peta minda seperti
pada Rajah 4c. Mereka telah disuruh untuk mengisi ruangan kosong pada bahagian ciri biji atau
buah tumbuhan yang disebarkan. Setelah siap mereka mengembalikan semula peta konsep
tersebut.
Rajah 4c . Peta Minda berwarna tanpa ciri biji/buah yang disebarkan
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
3. Manakala bagi langkah ke-3 murid-murid pula diberikan Peta Minda seperti dalam Rajah 4d.
Mereka diminta untuk mengisi ruangan kosong dengan jawapan yang betul. Sekali lagi, selepas
siap Peta Minda itu dikutip oleh guru.
Rajah 4d . Peta Minda berwarna hanya cara pencaran biji benih sahaja ditulis dan ciri-ciri biji benih dikosongkan
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
4. Peta Minda seperti dalam Rajah 4e akan diedarkan kepada murid-murid. Mereka sekali lagi
dikehendaki untuk mengisi ruangan kosong pada peta konsep tersebut. Setelah siap Peta
Minda itu dikutip semula.
Rajah 4e. Peta Minda berwarna dikosong kesemuanya
5. Langkah diteruskan dengan memberi Peta Minda seperti dalam Rajah 4f kepada murid-
murid. Mereka akan mengisi ruangan kosong dan setelah siap helaian itu dikutip oleh guru.
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
Rajah 4f. Peta Minda berwarna yang kosong dan bahagian ciri biji atau buah yang disebarkan tidak diwarna
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
6. Langkah keenam pun hampir serupa kerana murid-murid diminta untuk mengisi ruangan
kosong yang terdapat pada Peta Minda seperti dalam Rajah 4g. Setalah siap helaian tersebut
dikutip semula. Namun begitu murid-murid dikehendaki memasukan contoh biji benih ke dalam
peta minda berpandukan peta minda yang telah diberi awal tadi Rajah 4b.
Rajah 4g . Peta Minda yang tidak diwarnakan langsung
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
10. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, projek inovasi “Minda Warna” ini memerlukan ketelitian
yang tinggi. Saya perlu berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk
menjayakan projek ini. Perbincangan dengan saya, ketua panatia dan mentor
memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak
akan menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk
menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha yang
gigih.
Disediakan Oleh :
MOHD ZUHAIRI BIN MAT YASIM
PELAJAR UNIT SAINS 1,
PPG AMBILAN JUN 2011
Disemak Oleh:
HABIBAH BINTI MD YUSOF
MENTOR PROGRAM INTERNSHIP
PELAJAR UNIT SAINS 1,
PPG AMBILAN JUN 2011
Disahkan Oleh
ABDUL HALIM BIN ISMAIL
GURU BESAR,
SK (F) PADANG PIOL
27040 JERANTUT
12
Kertas Kerja Projek Inovasi
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PROJEK INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
PROGRAM INTERNSHIP BAGI PELAJAR PPG AMBILAN JUN 2011
Penasihat
Encik Abdul Halim bin Ismail ( Guru Besar SK Padang Piol )
Pengerusi
Puan Habibah bt Md Yusof ( Mentor Program )
Naib Pengerusi
Puan Wan Kuntum bt Abdullah ( GPK 1 )
Puan Azizah bt Abd Rahman ( GPK HEM )
Setiausaha
Mohd Zuhairi bin Mat Yasim ( Pelajar PPG )
Bendahari
Puan Amalia bt Wahib ( Ketua Panatia Sains )
Ahli Jawatan Kecil
1. Encik Rashdan bin Salleh ( Pelajar PPG )
2. Encik Amiruddin bin Mansor ( Pelajar PPG )
3. Semua Guru Sains SK (F) Padang Piol
top related