kerja kursus pmr geografi 2009
Post on 10-Jun-2015
12.473 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2009
Petempatan dan Perkembangan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara Singapura
Nama Murid : Tim Brandon SawingNombor Kad Pengenalan : 940330-13-6171
Tingkatan : 3 AnggerikNama Guru :Puan Sopi Sahah
1
2
Senarai Kandungan
TAJUK MUKA SURAT
PenghargaanPendahuluanObjektif KajianKawasan KajianKaedah KajianHasil KajianRumusanRujukanLampiran
3
Penghargaan
Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik
Ang Siew Jin, Pengetua SMK Merbau Miri kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk
menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Sopi Sahah,
guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang
telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dijalankan.
Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Mohd Azmi, Asrul
Haniff dan Roystance Ling kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Encik Tan Chen Chin dan Encik
Chua Ah Loi, kakitangan Syarikat Perumahan Naim Cendera Sdn. Bhd., Miri, kerana memberi
maklumat dan sebagainya. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden
yang sudi menjawab soalan-soalan kami.
4
Pendahuluan
Saya dan rakan-rakan sekelas telah diwajibkan untuk memilih tajuk Petempatan dan
Perkembangan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara
Singapura sebagai tugasan PMR kami bagi tahun 2009.
Kami diwajibkan memilih kawasan ini kerana kawasan ini kerana kawasan ini dekat
dengan sekolah dan tempat tinggal kami. Kawasan ini merupakan salah sebuah petempatan bagi
Bandar Baru Permyjaya.
Saya beranggapan bahawa kawasan perumahan ini memainkan peranan penting sebagai
keperluan asas kehidupan manusia. Tanpa kawasan perumahan ini, banyak masalah yang akan
berlaku kepada manusia yang sukar dibendung.
Saya menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya menulis laporan kajian ini
secara individu berdasarkan maklumat lapangan yang dikumpulkan secara individu juga.
Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan bermula dari bulan Febuari hingga
bulan Mei 2009.
5
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta
membandingkannya dengan negara Singapura.
b) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kawasan Desa Indah 1 dan Desa
Indah 2.
c) Mengenal pasti fungsi petempatan di kedua-dua kawasan tersebut serta negara Singapura yang
dijadikan bandingannya.
d) Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.
e) Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di petempatan
tersebut.
6
f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya
sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.
Kawasan Kajian
Kawasan yang saya kaji ialah Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Petempatan ini
dimajukanoleh Syarikat Perumahan Naim Cendera pada tahun 1998.
Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat kawasan
hutan-hutan di sekeliling kawasan petempatan ini. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang
berlaku di petempatan ini.
Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 terletak di Bandar Baru Permyjaya, Miri. Jarak petempatan
ini dengan bandar terdekat iaitu Bandaraya Miri kira-kira 20 kilometer. Kawasan ini terletak di
arah timur negeri Sarawak.
7
Peta Kajian
1) Peta daerah : Bandaraya Miri
8
2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Singapura
9
3) Peta kawasan kajian : Desa Pujut 1 dan Desa Pujut 2
10
Kaedah Kajian
Kami telah menggunakan kaedah pemerhatian. Kami menggunakan kaedah ini untuk
mengenal pasti cirri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber semula jadi, dan kegiatan ekonomi
penduduk di kawasan kajian. Selain itu, kami juga memerhatikan kesan penerokaan sumber yang
terdapat di situ.Selain itu juga, kami menggunakan kaedah temubual. Kami mengumpulkan
maklumat tentang jenis pola petempatan penduduk dengan menemu bual pegawai yang bertugas
di Syarikat Naim Cendera tersebut. Kami juga menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah
lain yang kami gunakan. Kami telah membuat temu bual dengan 20 orang penduduk yang
tinggal di kawasan tersebut tentang perkembangan yang telah berlaku di Desa Indah 1 dan Desa
Indah 2.
11
Hasil Kajian
8.1 Jenis dan pola petempatan
1) Desa Pujut 1 dan Desa Pujut 2
Jenis dan pola petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 ialah berjajar. Kawasan
perumahan ini disusun secara berjajar. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah yang boleh didapati
di kawasan tersebut.
2) Negara Bandingan : Singapura
Jenis pola petempatan di negara Singapura ialah berpusat. Kawasan petempatan di negara
Singapura lebih padat berbanding kawasan Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Kawasan perumahan
penduduk di negara Singapura tertumpu ke kawasan pusat bandar.
3) Nilai dan unsur patriotisme
12
Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya
bersyukur kepada negara Malaysia kerana negara kita mempunya tanah yang mencukupi untuk
dijadikan tempat tinggal kita.
8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan
1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2
Sejarah
Petempatan Desa Indah 1 dan 2 dibuka pada tahun 1998. Kawasan ini dibangunkan
Syarikat Perumahan Naim Cendera. Bilangan penduduk di sini telah meningkat setiap tahun.
Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana kawasan yang strategik.
Bentuk muka bumi
Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata. Kawasan ini dahulunya
hutan tanah paya sebelum dibangunkan. Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di Desa
Indah 1 dan Desa Indah 2.
Kegiatan Ekonomi
13
Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Antara kegiatan
ekonomi tersebut ialah perniagaan, perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Kegiatan ekonomi
ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada penduduk kawasan ini.
Dasar kerajaan
Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajan di sini. Contoh kemudahan yang
disediakan ialah sekolah rendah dan sekolah menengah.
2) Negara Bandingan : Singapura
Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi negara Singapura ialah tanah pamah yang rata. Kedudukannya ialah
di bahagian selatan negara Malaysia.
Kegiatan ekonomi
Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di negara Singapura. Contoh kegiatan ekonomi di
Singapura ialah perniagaan, perkilangan, perkhidmatan, perikanan serta kegiatan pelancongan
yang menguntungkan ekonomi Singapura.
14
Dasar kerajaan
Oleh kerana saiz negara Singapura kecil, kawasan petempatan sangat padat. Kerajaan
mereka terpaksa menghadkan bilangan rumah-rumah yang dibina dan kawasan tanah tidak
mencukupi untuk membina lebih banyak rumah untuk penduduk-penduduk Singapura.
Nilai dan unsur patriotisme
Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara kawasan petempatan
kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga kepada negara kita kerana mempunyai dasar
kerajaan yang baik dan terancang demi masa depan kita.
15
8.3 Fungsi petempatan
1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2
Fungsi di kawasan petempatan ini ialah sebagai pusat perniagaan. Terdapat banyak
tempat berniaga yang telah disediakan oleh Syarikat Perumahan Naim Cendera untuk penduduk
menjalankan kegiatan perniagaan sendiri.
2) Negara Bandingan : Singapura
16
Negara Singapura berfungsi sebagai pusat pelabuhan antarabangsa. Kedudukan negara ini
yang strategik menjadikan negara Singapura negara pelabuhan yang terkenal di rantau ini. Selain
itu, negara Singapura juga mengimport banyak barangan ke luar negara untuk kepentingan
ekonomi sendiri.
Nilai dan unsur patriotisme
Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang
berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara
satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.
8.4 Masalah petempatan
1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2
Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan ini. Antara masalah petempatan
tersebut ialah kekurangan infrastruktur, kesesakan lalulintas serta pencemaran. Masalah
kekurangan infrastruktur berlaku kerana hanya segelintir tempat sahaja yang mempunyai
17
kemudahan ini. Contoh kemudahan infrastruktur yang kurang ialah telefon awam. Masalah
kesesakan lalulintas pula sentiasa berlaku semasa awal pagi apabila semua orang sibuk hendak
ke tempat kerja dan menghantar murid ke sekolah. Masalah ini telah berlaku sejak beberapa
tahun. Masalah pencemaran pula terjadi akibat dari asap-asap kenderaan dan kilang-kilang yang
terdapat di sekitar kawasan petempatan ini.
2) Negara Bandingan : Singapura
Singapura juga mempunyai masalah petempatannya yang tersendiri. Antara masalah-
masalah yang tersenarai ialah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat tinggal. Nampaknya
negara Singapura mempunyai masalah petempatan yang hampir sama dengan Desa Indah 1 dan
Desa Indah 2. Kesesakan lalulintas berlaku akibat saiz jalan yang kecil. Kekurangan tempat
tinggal berlaku akibat kekurangan tapak tanah untuk membina bangunan yang baru. Keadaan ini
juga berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.
8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan
1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2
18
Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di Desa Indah 1 dan Desa
Indah 2 adalah seperti berikut. Bagi masalah kekurangan kemudahan infrastruktur, pihak syarikat
sepatutnya menambahkan lagi kemudahan ini. Mereka harus membina kemudahan ini di
kawasan perumahan yang belum mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur ini. Bagi masalah
kesesakan lalulintas pula, jalan raya yang disediakan harus dilebarkan atau ditambah jaraknya
lagi. Dan masalah pencemaran pula, pihak tempatan seharusnya menguatkuasakan undang-
undang supaya keadaan pencemaran dapat dikurangkan secara berperingkat.
2) Negara Bandingan : Singapura
Bagi negara Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu
menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi
kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Seperti keadaan Desa Indah 1 dan
Desa Indah 2, melebarkan jalan raya harus digunakan sebagai alternatif utama dalam membantu
menyelesaikan perkara ini. Bagi masalah kekurangan tempat tinggal pula, kita tidak dapat
membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal tersebut. Jadi sebagai
langkah menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajan seharusnya membina rumah kos
rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium.
19
Bahan Grafik
Jenis kaum responden yang disoal-selidik
Kaum/Kawasan Desa Indah 1 Desa Indah 2
Melayu 3 1
Cina 4 2
India 1 -
Iban 2 4
Lain-lain 2 1
20
Bahan Grafik Kedua
21
Langkah-langkah menyelesaikan masalah
petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2
Menambahkan jumlah kemudahan infrastruktur di kawasan perumahan.
Rumusan
Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola
petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta masalah
petempatan sentiasa menjadi elemen sesebuah petempatan. Penduduk di kawasan ini seharusnya
bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk
yang sentiasa menjaga tepi kain para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk dapat
hidup aman dan damai serta sejahtera.
22
Melebarkan jalan raya di kawasan yang
mengalami kesesakan lalulintas.
Menguatkuasakan undang-undang untuk sektor perkilangan di
kawasan ini.
LAMPIRAN
23
LAMPIRAN
24
LAMPIRAN
25
LAMPIRAN
26
LAMPIRAN
27
1) Negara Singapura
2) Bandar Baru Permyjaya yang merangkumi Desa Indah 1 dan Desa Indah 2
28
Rujukan
•Internet
- http://www.naimcendera.com/
- http://www.malaysia-maps.com/malaysia-states-map.htm
• Orang sumber
- Puan Sopi Sahah (Guru Matapelajaran Geografi)
• Buku teks
- Geografi Tingkatan 3
29
top related