kemoralan sosial 1.2 part 3

Post on 30-Jul-2015

118 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Topik 4 Keluargaku Syurgaku

Pendidikan Moral 1

Diakhir pelajaran ini, pelajar dapat mengetahui:

• Maksud Perkahwinan• Panduan membentuk keluarga bahagia• Memahami peranan setiap ahli keluarga• Menerapkan ciri-ciri keluarga bahagia

PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Pengenalan Kegagalan memainkan peranan di tengah

masyarakat yang lebih besar menyebabkan masyarakat itu berhadapan dengan pelbagai isu yang menggugat keamanan dan kestabilan. Adalah menjadi tugas setiap anggota masyarakat untuk memahami peranan masing-masing agar terbentuk keluarga bahagia. Institusi keluarga adalah agen prima atau teras kepada pembentukan sebuah masyarakat yang unggul dan cemerlang

• Takrifan• Perkahwinan adalah satu proses penyatuan antara seorang lelaki

dan seorang perempuan. Penyatuan ini adalah secara sah mengikut perundangan agama dan sivil. Ia juga merupakanpenyatuan dua keluarga yang biasanya tiada pertalian kekeluargaan.

• Perkahwinan bertujuan untuk menjaga nama baik agama dan moral kehidupan serta menjaga maruah keluarga dan masyarakat. Setiap perkahwinan akan melahirkan satu institusi kekeluargaan yang baru. Institusi ini akan menjadi sebahagian daripada komponen komuniti. Ia akan secara langsung atau tidak langsung bertanggungjawab ke atas keluarganya sendiri dan masyarakat

• Keluarga ialah sekelompok kecil manusia yang dijalinkan oleh keturunan yang sama yang terbentuk hasil daripada perkahwinan. Keluarga biasa dianggotai oleh suami, isteri dan anak-anak.Terdapat anggota keluarga terjalin melalui pertalian darah dan ada yang tidak atau saudara angkat.

• Bahagia ditakrifkan sebagai satu suasana atau situasi yang aman, sentosa, selesa dan kondusif. Ia meliputi dalaman diri individu atau kelompok dan juga persekitaran dalaman dan persekitaran luaran.Ia digambar secara aplikasi tingkahlaku atau pernyataan secara lisan atau secara melihat natijahnya.

• Pembentukan keluarga bahagia ialah satu proses membina secara terancang sebuah keluarga yang kondusif, aman, makmur dan sejahtera melalui pelbagai metodologi termasuk pendekatan agama, budaya, etika, pendidikan tidak formal dan pendidikan formal.

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

Keluarga Yang Berilmu• Ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya

bagi mempastikan seluruh anggota keluarga menerima ilmu keduniaan dan keakhiratan yang cukup. Ia akan membantu keluarga bahagia kerana orang yang berilmu sentiasa berada dalam keadaan rasional walaupun dalam tertekan.

Keluarga Berkasih Sayang• Kasih sayang mampu dilahirkan melalui

tingkahlaku, perhatian,pengorbanan dan persefahaman di kalangan ahli keluarga dan ini membantu menjadikan keluarga tersebut ceria dan saling memahami

Pengurusan Keluarga Secara Kolektif• Apabila semua ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan

anak-anak bersama menguruskan keluarga ia akan menjadi sesuatu yangindah dan menyeronokkan. Antara petua yang perlu difikirkan ialah:

• a) Bahagikan tugas mengikut minat masing-masing• b) Lakukan bersama-sama kerja-kerja di rumah• c) Elakkan mengkritik antara satu sama lain.• d) Elakkan paksaan dalam menyempurnakan tugas.• e) Menganggap kerja rumah bukan satu bebanan.

Bijak Menangani Masalah• Masalah akan jadi halangan, cabaran dan dugaan

untuk membina keluarga bahagia. Kebijaksanaan menangani masalah akan membantu pembinaan keluarga bahagia. Banyak pendekatan atau kaedah boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga antaranya kaedah sumbangsaran (brainstorming), diskusi terpimpin dan menggunakan sistem syura

Keluarga Bertanggungjawab• Bertanggungjawab di sini bermaksud

bertanggungjawab kepada diri sendiri selaku ahli keluarga, bertanggungjawab kepada ibu dan bapa bagi anak-anak, bertanggungjawab kepada anak-anak bagi ibu bapa dan bertanggungjawab kepada keluarga dan kepadaTuhan bagi semua ahli keluarga.

Penghijrahan• Dalam konteks ini penghijrahan bermaksud

berubah dari satu keadaan yang tidak bahagia kepada keadaan yang lebih bahagia.Keadaan yang tidak aman, tenteram dan kondusif kepada yang lebih aman, tenteram dan kondusif melalui perancangan yang rapi dan muhasabah diri.

Tolak Ansur Dalam Kepimpinan• Bapa dan ibu selaku pemimpin keluarga perlu

ada tolak ansur dalam apa jua arahan dan usaha yang dilakukan dalam rumahtangga. Pendekatan demokrasi dalam keluarga adalah yang terbaik disamping pendekatan keagamaan. Perlulah ada sekali-sekala ‘budibicara’ atau ‘empowerment’ digunakan

Persekitaran Kondusif• Suasana persekitaran yang kondusif perlu

diwujudkan supaya anak-anak terutamanya berminat untuk sentiasa berada di rumah.Ini termasuklah dalam rumah yang cantik, kemas dan selesa serta luaran rumah yang menarik dan menenangkan fikiran dengan lanskap yang terancang

• Fleksibiliti Dalam Peranan• Sering timbul masalah apabila seorang

menganggap dia sahaja yang betul kerana dia adalah bapa. Adakalanya bapa perlu menurunkan egonya ke tahap sama dengan anak-anak. Adakalanya pula anak boleh melakukan apa yang ibu, bapa atau abang dan kakaknya lakukan seperti membenarkan memberi pandangan.

• Komunikasi Berkesan• Semua ahli keluarga perlu ada kemahiran

komunikasi yang tinggi agar tidak timbul benteng pemisah antara ibubapa dan anak-anak. Komunikasi asertif adalah yang terbaik bukan komunikasi agresif atau pasif.

Kebaikan Keluarga Bahagia• Apabila seorang perempuan yang akan bergelar isteri

menerima lamaranperkahwinan daripada seorang lelaki yang bakal bergelar suami dihadapan seorang jurunikah dan disahkan oleh saksi-saksi di hadapanseluruh sanak saudara dan rakan taulan, apa sebenarnya yang terbayangdi dalam minda semua yang hadir? Semua pasti memberikan jawapan yang sama iaitu mengharapkan kebahagiaan, kerukunan dan zuriat yang ramai. Apabila ciri-ciri keluarga bahagia di atas tercapai banyak kebaikanakan diperolehi oleh seluruh ahli keluarga dan sanak saudara.Kebaikannya ialah:

Keluarga Yang Dinamik• Keluarga bahagia terdapat ciri-ciri dinamik di

dalamnya seperti ahli keluarga berpendidikan tinggi, berbudi mulia, berwawasan dan boleh membimbing keluarga lain ke arah kecemerlangan.Biasanya dari keluarga sebeginilah lahir seorang ibu yang dianugerahkan sebagai ibu mithali

• Keluarga Yang Proaktif• Ahli keluarga bahagia dihormati oleh masyarakat

sekeliling kerana keperihatinannya terhadap pembangunan masyarakat.Biasanya keluarga ini akan mendahului keluarga di sekitarnyadalam berbagai aspek termasuk mendidik anak-anak ke menara gading, menjadi pelopor kepada kegiatan-kegiatan ekonomi tertentu, dan mengeluarkan idea-idea kreatif untuk pembangunankampungnya.

Tidak Membosankan• Dalam keluarga bahagia ini ibu, bapa dan

anak-anak hidup dalam ceria dan gembira selalu. Rumah yang cantik luar dan dalamnya walaupun kecil. Terdapat ruang atau bilik yang sangat sesuai untuk mentelaah pelajaran. Terdapat unsur-unsur hiburan yang ringan dalam rumah. Sering bersama ahli keluarga berehat dan bersantai

• Keutuhan Pertalian Keluarga Pertalian antara ahli keluarga bahagia sangat

rapat. Sentiasa berhubung walaupun tinggal berjauhan. Jika anak-anak sudah mempunyai keluarga sendiri, hubungan mereka adik beradik dan ibubapa masih seperti mereka kecil

• Interaksi Dan Transaksi Menarik• Interaksi antara ahli keluarga dan transaksi

hubungan suami isteri sungguh menarik dan menyeronokkan dalam sebuah keluarga bahagia. Komunikasi lisan yang digunakan penuh kesopanan yang diselang-selikan oleh jenaka. Suami isteri mampu mewujudkan transaksi menarik sehingga boleh dicontohi anak-anak.

top related