kemahiran hidup tahun 5

Post on 19-Jun-2015

4.719 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

Disediakan oleh,Cikgu Hanis ‘Aqilah Binti Hamdan

JUMAAT 15 APRIL 2011

JENIS KEMASAN

• Kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya.

• Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya.

lekar

varnis

Kertas pasir

Syelek

Cat

Tepung Penyumbat

Lilin

Kertas Pasir

• Kertas las adalah pengemas yang juga dikenali sebagaikertas pasir atau kertas kaca.

• Kegunaannya:

Menghilangkan dab pada kayu

Menggosok kayu sehingga menjadi

licin

Saiz kertas las ditentukan mengikut nombor gred, iaitu:

00 - halus sekali0 - halus1 - sederhana2 - kasar3 - kasar sekali

Tepung Penyumbat

• Sesetengah permukaan kayu mungkin mengalami kecacatan seperti mempunyai lubang-lubang kecil ataupun lubang terjadi akibat ketidaksamaan semasa menghasilkan projek.

• Fungsi utama penyumbat adalah mengisi rongga-rongga dengan baik dan kekal.

• Penyumbat pada asasnya adalah serbuk mineral yang dicampur.

• Ia boleh menjadi pasir, silika, serbuk atau campuran daripada ‘carrier’-minyak, alkohol atau air, ‘binder’-gam, varnis atau syelek.

• Pada masa kini, penyumbat datang dalam pelbagai warna yang mana boleh disesuaikan mengikut kesesuaian kayu yang digunakan. (untuk memilih penyumbat yang sesuai, pilih warna yang paling hampir dengan kayu)

Cat

• Cat minyak adalah jenis cat yang digunakan bagi tujuan kemasan kayu

• Dalam proses mengecat, biasanya 3 lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan

• Cat lapisan kemasan mengandungi minyak varnis, perwarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin

• Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur

Lilin (WAX)

• Biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu lilin keras (carnauba dan ceresine), sederhana (lilin lebah) dan lembut (parafin)

• Kemasan lilin dilakukan dengan cara mencairkan lilin dalam turpentin dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu

• Kemudian, permukaannya dikilatkan dengan menggunakan kain lembut

• Jika warna diperlukan, perwarna dilarutkan di dalam turpentin sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk perwarna dalam cairan lilin

• Kerja-kerja hendaklahdibuat jauh daripada api kerana turpentin tang digunakan sebagai pelkarut itu sangat mudah terbakar

Syelek

• Syelek merupakan resin asli yang dihasilkan dari serangga bernama lac bugs yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara

• Cara mengilat kayu dengan syelek juga dipanggil French Polishing

• Ia boleh dilakukan dengan cara semburan atau sapuan dengan menggunakan berus

• Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli secarabancuh-siap

• Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika ia disimpan di dalam tin, warnanya akan menjadi gelap

Varnis

• Varnis minyak mengandungi resin asli (Congo, Manila, Kauri) dan dicairkan dengan pelarut seperti turpentin dan spirit supaya mudah digunakan secara sapuan atau semburan

• Varnis khas digunakan pada kayu. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu, ia sangat sesuai digunakan pada kayu yang akan diletakkan di luar

• Biasanya, proses pengeringannya mengambil masa sehingga 12 jam, tetapi terdapat juga varnis yang boleh kering dalam masa kurang dari 4 jam

Lekar

• Lekar mengandungi resin yang akan mengeras melalui tindakbalas kimia.

• Ada beberapa jenis lekar yang berupa lutsinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar

• Apabila telah disapu atau disembur, ia akan mengering dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang bahan kimia, pelarut, api dan sebagainya

• Lekar boleh dilarutkan dengan thinner

Berus Syelek

Alaaaa…Dah habis ke??

DEMONSTRASI

LATIHAN PENGUKUHAN

SOALAN 1

Apakah yang dimaksudkan dengan proses KEMASAN???

SOALAN 2

Nyatakan jenis-jenis kemasan yang biasa digunakan didalam sesuatu projek??

SOALAN 3

Berikan kegunaan kertas pasir ?1. 2.

SOALAN 4

Saiz kertas las ditentukan mengikut nombor gred, iaitu:00 - _________________________0 - _________________________1 - _________________________2 - _________________________3 - _________________________

SOALAN 5

Berikan kegunaan tepung penyumbat?

1. _________________________________2. _________________________________

SOALAN 6

Berikan nama-nama lapisan cat?1. ________________________2. ________________________3. ________________________

SOALAN 7

Bagaimanakah cara menvanis bahan projek?

1. ________________________2. ________________________3. ________________________

SEKIAN….

top related