kaunseling d’puncak - ucs.uitm.edu.my · yang menyatakan kaunseling hanya untuk pelajar-pelajar...
Post on 31-Oct-2019
14 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Jom Jumpa Kaunselor Sebagai Unit yang berfungsi dalam mem-berikan perkhidmatan kepada pelajar, promosi meluas perlu dibuat agar perkhidmatan yang sedia ada di-manfaatkan oleh semua pelajar. Tanggapan sesetengah pelajar yang menyatakan Kaunseling hanya untuk pelajar-pelajar yang bermasalah sahaja, perlu diperbetulkan kerana Unit ini turut menyediakan beberapa imformasi dan bimbingan untuk pen-ingkatan kerjaya.
Justeru itu, dalam usaha memperkenalkan Unit Kerjaya & Kaun-seling kepada pelajar, satu program yang dikenali sebagai JOM JUMPA KAUNSELOR ataupun Counseling Outreach telah diada-kan. Setiap aktiviti yang dikendalikan mempunyai imput terutama sekali dalam mengenalpasti potensi diri. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi pencerahan kepada peserta berkaitan perkhidmatan dan fungsi Unit.
Sambutan amat menggalakkan terutama daripada kalangan pelajar-pelajar Asasi. Lokasi yang strategik turut mempengaruhi
kehadiran para peserta.
Keluaran 1: Ogos 2014
KAUNSELING D’PUNCAK
Tarikh : 13 Ogos 2014
Tempat : Plaza Satelit B
Bilangan: 250 orang
HUBUNGI KAMI:
UNIT KERJAYA & KAUNSELING Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana
03-32584084/4094/79622326
Sudut illusi bagi merangsang minda pengunjung
Ujian inventori oleh peserta
Alat permainan Psikologi turut disediakan
Penerangan aktiviti kepada pengunjung oleh Kaunselor
top related