karangan fakta

Post on 14-Apr-2016

232 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

karangan fakta

TRANSCRIPT

Khamis 28.1.2016

Kebaikan Membaca Akhbar

Terdapat pelbagai jenis akhbar di pasaran seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro dan lain-lain lagi. Membaca akhbar sangat penting kepada kita sebagai seorang pelajar. Terdapat banyak kebaikan membaca akhbar.

Antara faedah membaca akhbar ialah kita akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Apabila membaca akhbar, kita akan mendapat pelbagai ilmu yang berguna kepada kita. Contohnya ilmu sejarah, ilmu sains, politik dan geografi.

Selain itu, membaca akhbar juga dapat menambahkan maklumat yang berguna kepada kita. Dengan membaca akhbar, kita akan dapat memperoleh berita-berita terkini dari dalam dan luar negara. Antaranya ialah berita tentang peperangan, ekonomi, politik dan sukan.

Seterusnya, faedah membaca akhbar juga dapat memenuhi masa lapang yang terluang. Masa terluang yang berguna ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya melepak dan bermain permainan video.

Di samping itu, kebaikan membaca akhbar ialah dapat memberi hiburan dan kegembiraan. Hal ini akan memberi ketenangan kepada kita melalui bahan-bahan yang berbentuk hiburan dan menyeronokkan. Contohnya ruangan hiburan, ruangan cerita dan ruangan sukan.

Akhirnya, marilah sama-sama kita membaca akhbar. Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan membaca akhbar.

top related