kajian keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui lawatan sambil belajar keatas guru...
Post on 09-Feb-2016
269 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEM1403
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
JANUARI/2012
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
1.0 Pendahuluan
Inovasi dalam pengajaran yang sering dibincangkan adalah kaedah perlaksanaannya dalam dunia
pendidikan. Terdapat dua kategori pembelajaran iaitu pembelajaran dalam bilik darjah dan
pembelajaran di luar bilik darjah. Pembelajaran di luar bilik darjah boleh diperolehi melalui
latihan dalam makmal, bengkel dan termasuk lawatan sambil belajar. Kebanyakkan penyelidik
dan pendidik mengakui pengajaran melalui kaedah luar bilik darjah lebih memberi kesan dan
murid-murid lebih mudah mencerna pengetahuan berbanding pembelajaran di dalam bilik darjah.
(Barron,2001)
Setiap murid tidak mungkin memperolehi pengalaman secara menyeluruh dengan semata-mata
mengikuti pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti luar bilik darjah yang terancang dengan
sempurna dapat memberikan pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping
mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, semangat bekerjasama dalam
kumpulan, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah
kecemerlangan murid-murid.
Menurut Azizan (1990), penggunaan persekitaran sebagai ”makmal hidup” membolehkan pelajar
menjalani proses-proses seperti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang berkaitan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Penyediaan aktiviti yang terancang membolehkan
penyertaan aktif pelajar melalui kaedah pemerhatian, penyiasatan, penyelidikan, kerjasama,
kesepaduan, meditasi dan kreativiti.
Menurut Ramlah & Mahani (2002), proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran
dan pembelajaran semata-mata. Guru-guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui
aktiviti-aktiviti diluar bilik darjah untuk mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru
dan merasai sendiri suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka
lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
Tugasan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
lawatan sambil belajar keatas guru dan murid-murid di sebuah Sekolah rendah di Sandakan,
Sabah. Lawatan sambil belajar ke Penjara Sandakan ini yang dianjurkan oleh Kelab Pencegahan
Jenayah diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran sivik
kepada murid-murid mengenai kehidupan penghuni di penjara disamping menimba pengalaman
baru. Murid-murid memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia
merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para murid.
2.0 Teknik Temubual
Dalam tugasan ini, responden yang terpilih terdiri daripada seorang guru panitia Kelab
Pencegahan Jenayah dan seorang pelajar yang merupakan setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah.
Guru panitia akan dinamakan sebagai responden A sementara pelajar akan dinamakan sebagai
responden B. Kedua-dua responden telah terlibat dan bersama-sama menyertai lawatan sambil
belajar ke Penjara Sandakan yang telah diadakan baru-baru ini.
Dua set borang soal jawab telah disediakan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu A dan B.
Kedua-dua responden diminta menjawab semua soalan yang dikemukakan secara lisan
berdasarkan pandangan dan pendapat masing-masing.
Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada responden A.
Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada responden B.
3.0 Perancangan dan perlaksanaan
Responden A mengatakan sekiranya berhasrat untuk merancang lawatan sambil belajar ke luar
bilik darjah, guru perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh
kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan semasa
mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum,
semasa dan selepas lawatan dijalankan. Sebelum lawatan guru perlu mengadakan mesyuarat
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
pembentukan Ajk, menyediakan kertas kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan,
kebenaran PPD, kebenaran JPS, kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu
memastikan keselamatan murid, dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta
permit bas. Selepas lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.
3.1 Perancangan awal adalah seperti berikut:-
Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran
Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah
Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawati
Menguruskan pengangkutan murid-murid untuk lawatan
Memberi taklimat kepada murid-murid mengenai
o tujuan lawatan
o keselamatan diri
o dislplin
o makan dan minum
o peralatan
Menyediakan peralatan yang diperlukan
Membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil mengikut topik
Memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti yang dirancang
Memberi bimbingan kepada murid yang kurang faham
Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan
3.2 Garis panduan lawatan merujuk kepada Pekeliling SPI Bil 5/2002 yang
menggariskan:-
Sekolah tidak dibenarkan mengadakan lawatan luar bilik darjah melebihi dua kali
dalam setahun
Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari
perjalanan
Bagi sekolah yang kurang peserta digalakkan bergabung dengan sekolah lain
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
Aktiviti murid-murid sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang
terlebih dahulu.
Laporan lawatan yang dibuat oleh murid-murid perlu dikaitkan dengan pembelajaran
di dalam bilik darjah.
Pada 7 November 2011, seramai 40 orang murid Tahap 2 diantara darjah empat hingga darjah
enam telah mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh Kelab Pencegahan Jenayah ke Penjara
Sandakan. Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan memberikan
kesedaran sivik kepada para peserta mengenai kehidupan penghuni di penjara. Rombongan yang
dipimpin oleh 5 orang guru ini bertolak meninggalkan sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi.
3.3 Sasaran
Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.
3.4 Bilangan peserta / guru
Seramai 40 orang murid telah mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga.
Seramai 5 orang guru ditugaskan untuk mengawasi pelajar sepanjang program ini
berjalan.
3.5 Cadangan Program
Tarikh : 7 November 2011(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat Lawatan : Sekitar kawasan Penjara Sandakan
Bayaran : RM 20.00 seorang
3.6 Perlaksanaan Aktiviti
Aktiviti lawatan ini diadakan pada hari Sabtu (7 November 2011). Peserta-peserta lawatan
berkumpul di dataran sekolah pada pukul 7.30 pagi.. Pada pukul 8.00 pagi, bas mula bergerak
meninggalkan sekolah dalam sepanjang perjalanan ke Penjara, Sandakan.
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
Masa Aktiviti
7.30 pagi
8.00 pagi
8.40 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
1.00 petang
2.00 petang
3.30 petang
4.00 petang
4.45 petang
- Berkumpul di sekolah / pendaftaran
- Bersedia untuk bertolak ke Penjara Sandakan
- Tiba di Penjara Sandakan
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
- Menonton Tayangan Video
- Rehat
- Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat
dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )
- Makan tengah hari / solat
- Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
dikenakan
- Penyampaian cenderahati
- Bertolak balik ke Sekolah
- Tiba di Sekolah
3.7 Penyata Perbelanjaan dan Pendapatan
3.7.1 Penyata Perbelanjaan Bagi Setiap Murid :
a. Makanan/Minuman RM 8.00
(sarapan pagi, makan tengah hari
minum petang, makan malam)
b. Tambang Bas RM 12.00
Jumlah RM 20.00
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
3.7.2 Punca Pendapatan
a. Peruntukan Unit Kokurikulum. RM 520.00
b. Kutipan Murid (RM 20.00 X 40 orang ) RM 800.00
Jumlah RM 1320.00
3.7.3 PERBELANJAAN
a. Bayaran Pengangkutan RM 350.00
b. Makanan (RM12 X 40 orang) RM 480.00
c. Cenderahati Penjara RM 50.00
d. Topi dan T.shirt RM 400.00
e. Edaran RM 40.00
Jumlah RM 1320.00
3.8 Cadangan Aktiviti
Setiap murid akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan yang
berkaitan dengan lawatan dan tempat yang akan dilawati.
Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk disemak dan
dinilai oleh guru pengiring.
Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih
untuk menerima cenderahati yang disediakan.
3.9 Keterangan Aturcara Lawatan
i) Pendaftaran
Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan. Tidak lupa guru
memberi peringatan beberapa perkara penting semasa lawatan seperti menjaga
tingkahlaku, membuat catatan, mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa
menjaga barangan peribadi supaya tidak tertinggal.
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
ii) Menonton Tayangan
Aktiviti menonton tayangan murid diingatkan supaya tidak membuat bising,
menghayati dan membuat catatan perkara-perkara penting. Mereka akan
ditayangkan sejarah penubuhan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di penjara.
iii) Melawat Sekitar Kawasan Penjara
Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan penjara. Seperti
bilik tahanan, tempat hukuman gantung dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang
dijalani oleh pelatih penjara yang bakal keluar.
iv) Sesi Motivasi
Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa penghuni penjara
sepanjang mereka menjalani tahanan. Keperitan mereka menghadapi hukuman,
dapat memberi pengajaran kepada murid-murid.
4.0 Ulasan oleh Guru Panitia
Menurut responden A, program lawatan sambil belajar adalah aktiviti terancang dan berfokus
yang melibatkan lawatan murid ke Penjara Sandakan yang bertujuan untuk mendapatkan
pengetahuan dan pengalaman sebenar. Program ini juga merupakan aktiviti pengukuhan konsep
dan ingatan serta pengkayaan sesuatu pengalaman baru yang melibatkan aktiviti pemerhatian,
pendedahan, perbincangan dan pelaporan. Disamping itu program ini dapat mengeratkan
interaksi sosial dan sifat kerjasama di kalangan murid-murid.
Responden A mengadu sekolah menghadapi masalah kekurangan guru-guru berkelayakan yang
berminat dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar bilik darjah. Beliau
mengatakan terdapat ramai guru wanita di sekolah berbanding guru lelaki dan mereka ini tidak
berminat dengan aktiviti luar bilik darjah tetapi terpaksa juga mengendalikan aktiviti tersebut.
Tanpa minat sudah tentu tiada usaha akan dilakukan untuk menjalankan sesuatu kegiatan yang di
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
luar naluri diri. Murid-murid seharusnya lebih kerap didedahkan dengan program luar sekolah
untuk membiasakan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
Responden A berpendapat semua pihak perlu komited dalam mengatasi cabaran kekurangan
guru-guru berkelayakan dan berminat dalam mengendalikan aktiviti luar bilik darjah. Guru-guru
harus diberi latihan dalam aktiviti luar sekolah agar guru-guru mempunyai kemahiran yang
relevan untuk memimpin dan memberi khidmat nasihat berkaitan aktiviti luar sekolah.
Kemahiran yang dimiliki akan menambah keberkesanan pelaksanaan dalam perjalanan aktiviti
luar bilik darjah secara langsung.
Program ini yang melibatkan ibu bapa murid telah memberi sedikit masalah dimana terdapat
sebilangan ibu bapa yang kurang memberi kerjasama kerana aktiviti luar sekolah dianggap
membazirkan masa dan berasa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka sepanjang program
ini. Walaubagaimanapun, segala masalah dapat dihadapi dan diselesaikan dengan baik. Tiada
masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Murid-murid telah diberi perhatian
sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya.
Responden A mengakui program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif
yang ditetapkan. Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan
pemantauan berterusan banyak membantu kelancaran program tersebut. Responden A juga
memberi cadangan supaya tahap pengurusan yang lebih cemerlang dapat ditingkatkan dalam
program akan datang seperti tugasan guru perlu diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. Beliau berharap semua peserta
lawatan akan memberi kerjasama yang lebih baik di masa akan datang dengan mematuhi setiap
arahan untuk mengelakkan sebarang masalah.
Responden A juga mengatakan murid-murid dapat mengenal dunia luar dan dapat menimba
pengetahuan baru melalui program ini. Murid-murid berpeluang berkomunikasi dengan banduan
dan memahami keperitan hidup mereka. Responden B juga berpendapat, lawatan ini dapat
memberi kesedaran kepada murid-murid dan pengalaman baru kepada mereka mengenai
kehidupan sebenar seorang yang bergelar banduan. Objektif lawatan ini adalah memberi peluang
kepada murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar penghuni
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
penjara. Memberi kesedaran dan pendedahan kepada murid mengenai kesan dan akibat sekiranya
terlibat dalam kegiatan jenayah. Murid-murid juga didedahkan kepada jenis-jenis hukuman
apabila melakukan kesalahan dan jenayah. Ini dapat membina keyakinan diri murid-murid untuk
menjadi insan yang berguna selepas pulang dari lawatan tersebut Kerjasama antara murid-murid
juga terserlah apabila saling bantu-membantu semasa dalam program lawatan tersebut.
Responden A meluahkan rasa amat bertuah kerana pertama kali dapat berpeluang menjejaki kaki
ke penjara. Responden A menambahkan bahawa sebagai guru perlu mengadakan lawatan
sebegini memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat membimbang
semua pihak. Beliau mencadangkan supaya pihak Penjara Sandakan boleh mengadakan ceramah
atau pameran ke sekolah-sekolah untuk memberi kesedaran di kalangan murid-murid.
Secara keseluruhan lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid melihat sendiri
kehidupan sebenar seorang yang bergelar banduan semasa tahanan. Secara tidak langsung
memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang
kerana akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pengalaman
sehari berada di penjara banyak memberi pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat
pada hari itu mungkin berguna pada masa akan datang untuk menjadi insan yang lebih
menghargai usia muda dengan aktiviti yang berfaedah dan bermoral.
5.0 Ulasan oleh pelajar.
Responden B mengatakan keberkesanan lawatan ini adalah membolehkan murid-murid
mendapat pengalaman sebenar dan dapat mengeratkan hubungan murid-murid dengan
masyarakat luar. Mereka telah diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa dan keperitan hidup
banduan sepanjang mereka menjalani hukuman penjara. Murid-murid juga berpeluang
mendengar motivasi yang diberikan oleh banduan yang bakal keluar penjara setelah hampir
tamat tempoh tahanan yang dikenakan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dinasihatkan supaya
menjauhi sebarang jenayah dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Pengajaran ini
dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya mengamalkan nilai-nilai murni dalam
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
kehidupan harian dan tidak sekali-kali terjebak dalam kegiatan jenayah.Contohnya memiliki
dadah akan membawa hukuman mati mandatori.
Responden B juga mengatakan melalui lawatan ini murid-murid dapat membandingkan situasi
sebenar dengan perkara yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah. Murid-murid dibawa
melawat tempat-tempat khas seperti bilik kurungan dan tempat hukuman gantung dan tidak
ketinggalan tali gantung. Menurut responden B, pegawai penjara telah member satu kejutan
dengan menambahkan satu aktiviti yang sangat menarik minat murid-murid iaitu berkenaan tali
gantung. Menurut pegawai penjara tali gantung diperbuat daripada jut dan dibalut dengan kulit
lembu yang diimport khas dan setiap satunya berharga diantara RM4,000-RM5,000. Setiap tali
gantung ini mempunyai nombor siri dan diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam
peti besi. Menurut responden B kebanyakan murid-murid berasa sungguh gerun apabila melihat
sendiri tempat dijatuhkan hukuman dan bilik-bilik kurungan. Bilik-bilik ini tak ubah seperti
sangkar sempit dan amat tidak selesa. Tidur tidak beralas, malam bertemankan nyamuk dan
berselimutkan kesejukan malam yang menggigit tulang penghuni.
Murid-murid juga diberikan taklimat oleh pegawai penjara dan telah memahami bahawa konsep
Penjara merupakan tempat terakhir dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia. Dalam konteks
ini, Penjara diamanahkan untuk :-
Melaksanakan perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten
ke atas penghuni sehingga penghuni dibebaskan;
Memberi kawalan ke atas penghuni semasa mereka menjalani hukuman atau penahanan
Melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui berbagai pendekatan supaya
dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang berguna dan produktif.
Responden B berpendapat pihak sekolah harus banyak mengadakan aktiviti luar sekolah bagi
memberi peluang kepada murid-murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa
yang mereka lihat dan pelajari. Katanya, lawatan ke penjara, dapat memberi peluang kepadanya
untuk memahami lebih mendalami lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral.
Menurut responden B, selepas balik dari lawatan, dia telah mencari kamus definisi moral dan
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
mendapati moral itu sendiri bermaksud “perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul
atau salah, benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan”.
Menurut responden B, terdapat juga murid yang sangat berminat untuk menyertai kegiatan luar
sekolah tetapi mereka tidak mampu membayar yuran yang dikenakan. Masalah ini biasanya
wujud kerana terdapat ibubapa yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan
yang masih bersekolah dan tidak berkemampuan untuk membayar yuran penyertaaan. Kelab
Pencegahan Jenayah juga mengalami masalah kewangan dan tidak dapat menampung lawatan
secara percuma. Oleh itu, responden B menyarankan agar pihak Kementerian Pelajaran perlu
menyalurkan peruntukan yang mencukupi kepada pihak sekolah supaya dapat disalurkan kepada
kelab atau persatuan yang memerlukanya supaya tidak mempengaruhi penglibatan murid-murid
dalam aktiviti luar sekolah. Justeru, cabaran-cabaran penglibatan murid-murid dalam aktiviti luar
sekolah perlu diatasi untuk membentuk generasi muda yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Menurut responden B, lawatan sambil belajar ini, amat berfaedah walaupun lawatan ini cuma
sehari. Murid-murid berasa puas dan yakin pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan
dalam kehidupan harian dan apabila meningkat dewasa. Murid-murid juga dapat berkongsi
pengalaman yang berguna ini dengan rakan-rakan lain yang tidak berpeluang mengikuti lawatan.
Responden B juga berharap supaya pada tahun yang akan datang, bilangan penghuni di penjara
akan semakin berkurangan sejajar dengan harapan Perdana Menteri Malaysia yang ingin
melahiran generasi yang berakhlak, bertamadun dan berilmu.
6.0 Kesimpulan
Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada responden A dan B telah menunjukkan kedua-
dua responden bersetuju aktiviti lawatan sambil belajar mempunyai banyak kelebihan yang boleh
dikaitkan dengan kehidupan seharian setiap murid. Dengan menyertai aktiviti pendidikan luar,
murid-murid akan memperolehi pelbagai ilmu dan pengalaman baru apabila mereka ditempatkan
di masyarakat kelak. Selain itu jelas menunjukkan murid-murid sangat gembira kerana dapat
meluangkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat melalui lawatan tersebut.
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
Disamping itu, murid-murid telah dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman baru
seperti memahami bahawa Penjara Sandakan berfungsi melaksanakan perintah penahanan oleh
mahkamah ke atas banduan sehingga banduan dibebaskan dan melindungi masyarakat dengan
menyediakan penahanan yang selamat dan program pemulihan banduan yang efektif. Apabila
murid-murid dapat menggabung-jalinkan keupayaan mental, pengetahuan dan kemahiran dengan
baik maka tahap kesedaran kognitif dan moral mereka akan dapat ditingkatkan.
Lawatan ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang tingginya komitmen dan
inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah
sosial. Disamping itu, murid-murid juga tahu komitmen penjara yang dipertanggungjawabkan
untuk menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri banduan untuk berkelakuan baik
dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta dapat menikmati kehidupan yang normal
selepas menjalani tempoh tahanan.
6.10 Cadangan
Berdasarkan penyataan-penyataan yang telah dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
lawatan sambil belajar merupakan satu kaedah gabung-jalin antara pendidikan tradisional dan
pendidikan moden untuk mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi
domain kognitif, psikomotor dan afektif yang berkesan. Untuk tujuan ini persekitaran luar bilik
darjah dijadikan sebagai makmal hidup bagi mendedahkan murid-murid kepada situasi sebenar.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pembelajaran tidak hanya berlaku dalam bilik darjah. Justeru
itu program lawatan sambil belajar harus dirancang oleh setiap sekolah untuk memenuhi aspirasi
pendidikan yang menuntut warga pendidik melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah.
Pada pendapat saya program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan
antara guru dan murid-murid serta hubungan sesama masyarakat sekeliling. Selain itu, program
ini juga memupuk semangat murid-murid untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama
lain, dan menimba ilmu baru serta dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Harapan saya selaku warga pendidik
agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan murid-murid.
Selain daripada pendidikan formal di sekolah, ibu bapa dinasihatkan supaya memupuk nilai-nilai
murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.Segala-
galanya bermula dari keluarga. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih,
satu keluarga akan terjejas dan menurut keterangan daripada pegawai penjara kebanyakan kes
hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Diharap dengan menyertai lawatan ini, murid-murid dapat membuka minda disamping memberi
peluang kepada mereka untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan insan-insan yang
kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka sendiri ataupun kesalahan yang tidak
disengajakan dan meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang fungsi Penjara Sandakan.
(Jumlah perkataan : 2,918)
HBEM1403/TUGASAN JAN 2012
RUJUKAN
Azizah Nordin (1990). Masalah Dalam Pelaksanaan Aktiviti Kurikulum, Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Barron (2001). ”Achievement Goal and Optimal Motivation : Testing Multiple Goal Models”.
New York
Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2002. Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontemporori.
McGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
top related