jurnal 5
Post on 18-Dec-2015
220 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
JURNALBilangan Jurnal: Ke- __5_____
Minggu Praktikum: _____5______
Tarikh Peristiwa / Kejadian:_18 OGOS 2014 HINGGA __22 OGOS 2014
Tajuk Jurnal: MINGGU UJIAN BULANAN 2 BULAN OGOS
Minggu kelima merupakan minggu ujian bulanan bulan Ogos untuk murid tahap 1 dan murid tahap 2. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan seperti biasa iaitu untuk hari selasa hingga hari khamis. Ujian tersebut berlangsung selama 3 hari. Saya telah ditugaskan untuk menjaga murid semasa mereka menjawab peperiksaan. Ini merupakan pengalaman yang buat saya kerana sebelum ini saya tidak pernah menjaga murid yang sedang menduduki peperiksaan. Oleh itu saya telah menimba pengalaman yang sebaik mungkin tentang cara-cara mengawal murid semasa mereka sedang menduduki peperiksaan.
Di samping itu, minggu ini juga amat sibuk bagi pihak sekolah memandangkan Sekolah Jalan Panglima Bukit Gantang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan Bicara Irama yang berlansung pada 23 Ogos 2014. Saya dan rakan praktikum Hazirah binti Mursdid telah ditugaskan untuk menjadi AJK Persiapan Tempat. Kami bersama beberapa lagi orang guru berkerjasama menghias dewan terbuka dengan hiasan yang menarik dan cantik. Antara guru yang terlibat ialah Puan Rahimah bt Abd. Aziz, Puan Roslina bt Yaakub dan Puan Nor Salina bt Jalaludin
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................
Nama :.............................................. Nama :..............................................
Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................
JURNALBilangan Jurnal: Ke- __5___
Minggu Praktikum: ____5_______
Tarikh Peristiwa / Kejadian:___ 18 OGOS 2014 HINGGA __22 OGOS 2014_______
Tajuk Jurnal: MASALAH MURID TIDAK MENUNJUKKAN KERJASAMA DALAM KUMPULAN
1. Masalah /Peristiwa:
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik.
2.AnalisisMasalah ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Guru Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah. Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah agar jurang yang ada dapat dirapatkan.c.) Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengambil kira taraf kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses pembelajaran serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................
Nama :.............................................. Nama :..............................................
Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................
top related