jurnal 10

Post on 12-Jul-2016

222 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PRAKTIKUM 3

TRANSCRIPT

Bilangan jurnal : Ke-10

Minggu Praktikum : Kesepuluh

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 27-31 Mac 2016

Tajuk Jurnal : Kelas RBT

1. Masalah / Peristiwa

          Hari   ini     saya sekali   lagi  memasuki   kelas   ini.bagi   pembelajaran   pada   hari   ini,   saya  mula melakukan tugasan amali di dalam kelas. Kelas ini perlu melalukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong.   Walaupun secara keseluruhannya proses pembelajaran dan pengajaran saya berjalan dengan lancar, tetap murid yang berkenaan masih juga dengan keadaan yang sama di mana dia tidak fokus dengan arahan yang diberikan oleh guru.   

2. Analisi Masalah

        Berdasarkan apa yang saya lihat, pelajar berkenaan seakan-akan mahukan perhatian yang lebih daripada gurunya. Dia tidak mempunyai ramai kawan lelaki dan lebih gemar bergaul dengan pelajar perempuan.   Oleh   sebab   yang   demikian,   pelajar   tersebut   sengaja  membuat   sesuatu   itu   untuk menarik perhatian guru.

       Dalam kelas  amali   yang  dijalankan,  pada mulanya  pelajar  berkenaan masih  boleh mengikuti arahan guru dengan betul  dan masih bergaul  dengan rakan-rakannya yang  lain.  Namun,  apabila masuk ke penghujung langkah iaitu mengikis kasar menggunakan kikir parut, dia mula mengasingkan diri  dari   kawan  yang   lain  dan  melakukan  aktiviti   tersebut  bersendiri.  Walaupun  murid   tersebut membuat aktiviti yang diarahkan,  murid tersebut  lebih gemar membuat  kikir  parut  seorang diri. Aktiviti yang dilakukan adalah kurang tepat dan dalam keadaan yang agak membahayakan. Apabila ditegur,   dia   akan  membetulkan   kedudukannya   tetapi   setelah   beberapa  minit   kemudian,  murid tersebut mula berada dalam dunianya semula.

3. Penyelesaian Masalah

        Oleh kerana pada pendapat saya dia mungkin seorang pelajar yang lembut dan memerlukan perhatian yang lebih dari  guru, jadi saya bercadang untuk meletakkan dia bersama kawan-kawan lelaki kelasnya supaya dia tidak berada dalam dunianya sendiri dan dapat berubah menjadi seorang kanak-kanak   lelaki   yang   biasa. Setelah   berbincang   dengan   pensyarah,  mungkin   jalan   ini   boleh mengubah pelajar berkenaan supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap p&p guru. Saya berharap agar pelajar yang berkenaan dapat berubah pada kelas yang akan datang apabila dimasukkan dengan kumpulan lelaki yang lain di dalam kelasnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

top related