jun 2013 amanat ketua pengarah … filedimenangi oleh puan adilah hani yusuf dari bahagian ......
Post on 08-May-2019
224 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat
meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan
sejahtera.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kita kini telah pun
berada di pertengahan tahun 2013 dan sepatutnya kita telah
menyelesaikan separuh daripada Sasaran Kerja Tahunan
(SKT). Sehubungan itu, marilah sama-sama kita menilai sama
ada kita telah mencapai sasaran atau sebaliknya, atau pun
perlu pada pengubahsuaian. Jika tidak mencapai sasaran,
maka amatlah perlu bagi setiap daripada kita untuk melipat
gandakan usaha ke arah melaksanakan apa yang telah
dirancang.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Untuk makluman, saya telah melancarkan kempen untuk
mengadakan Amalan 5S di peringkat Ibu Pejabat Perikanan
pada 19 Julai 2012. Nampaknya, semua warga Ibu Pejabat
Perikanan telah melakukan sebaik mungkin bagi memastikan
Bahagian masing-masing yang dizonkan mengikut nama-nama
ikan, beroleh kejayaan. Tujuan diadakan program Amalan 5S
yang merangkumi aktiviti Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan
Sentiasa Amal, bukan hanya untuk memastikan zon kerja kita
tersusun rapi, berlabel, berekod, bersih, tetapi apa yang
penting ia juga boleh mewujudkan suasana kerja yang teratur
dan sistematik serta “sejuk” mata memandang.
Pihak audit dalaman Amalan 5S Jabatan Perikanan telah
melakukan audit pada 29 April 2013. Keputusannya, Bahagian
Biosekuriti Perikanan yang menggunakan nama Zon Senangin
telah mendapat tempat pertama dengan markah 79.3. Tempat
kedua ialah Bahagian Perancangan dan Pembangunan (Zon
Bayan) dengan markah 78.6 dan tempat ketiga ialah
Cawangan Perundangan (Zon Mersuji 1) dengan markah 74.7.
Bahagian Biosekuriti Perikanan turut memenangi kategori Stor
Terbaik. Bagi kategori Ruang Pejabat Pegawai Terbaik
dimenangi oleh Puan Adilah Hani Yusuf dari Bahagian
Pengurusan Maklumat Perikanan, kategori Ruang Pejabat
Kakitangan Terbaik dimenangi oleh Encik Firdaus Hashim dari
Bahagian Perlindungan Sumber dan kategori Bilik Fail Terbaik
dimenangi oleh Bahagian Pengembangan Perikanan.
Tahniah kepada yang berjaya, manakala Bahagian-bahagian
lain hendaklah berusaha untuk meningkatkan keceriaan zon
masing-masing kerana pihak audit dalaman Jabatan Perikanan
akan menjalankan pengauditan sekali lagi pada 3 dan 4 Julai
2013. Saya juga ingin memohon pihak Urus Setia Amalan 5S
Jabatan Perikanan mengambil tindakan proaktif bagi
memastikan sasaran untuk mendapat pensijilan Amalan 5S
akan berjaya dalam masa terdekat.
Pembaca yang dihormati sekalian,
Sepertimana yang kita sedia maklum, YB Dato’ Seri Ismail
Sabri Bin Yaakub telah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia yang baharu pada Mei 2013.
Semoga dengan kepimpinan baharu ini, Jabatan Perikanan
Malaysia akan lebih mendapat perhatian, terkehadapan dan
terus relevan supaya kita dapat mempertingkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan kumpulan
sasaran kita yang terdiri daripada penternak, nelayan dan
usahawan asas tani.
Semasa mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perikanan
Malaysia pada 3 Jun 2013, YB Menteri Pertanian dan Industri
Jun 2013 http://www.dof.gov.my
(ber
sam
bung
ke
muk
a su
rat 3
)
AMANAT
Ketua Pengarah Perikanan
1
24 Mei 2013Acara menangkap dan memindahkan belut dianjurkan oleh
Jabatan Perikanan Malaysia sempena MAHA Youth 2013 yang
diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara di perkarangan
Wisma Tani, Putrajaya.
25 Mei 2013YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia diiringi YBrs. Encik Shaupi Bin
Derahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan
Perikanan Malaysia, melawat gerai pameran sempena Majlis
Perasmin MAHA Youth 2013 yang diadakan sempena
sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya.
25 Mei 2013YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia diiringi YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul
Rahman,Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia, menyampaikan hamper kepada belia sempena Majlis
Perasmin MAHA Youth 2013 yang diadakan sempena
sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya.
2
3 Jun 2013YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia menerima cendera hati daripada YH
Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan
Malaysia semasa membuat kunjungan sulung ke Ibu Pejabat
Perikanan Malaysia bersama YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul
Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia di Putrajaya
6 Jun 2013Ceramah Sempena Israk dan Mikraj yang bertajuk “Meredah
Perubahan Mencari Kesejahteraan” telah disampaikan oleh
penceramah terkenal, YBhg. Ustaz Che Amran Bin Yusoff di
Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.
(bersambung ke muka surat 7)
3
Asas Tani telah mengajak kita supaya memberi fokus kepada
agenda untuk meningkatkan pengeluaran ikan dan pendapatan
kumpulan sasar supaya mereka terkeluar dari garis kemiskinan.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan perlu memberi fokus
kepada aktiviti akuakultur. Pada masa ini, pengeluaran
dari aktiviti akuakultur hanya merangkumi 20 peratus dari
jumlah keseluruhan pendaratan ikan negara. Kita harus
melipatgandakan usaha untuk memastikan komposisi
sumbangan pendaratan ikan dari aktiviti akuakultur dengan
perikanan tangkapan pada nisbah 50:50.
Sebenarnya, kita telah pun meletakkan bidang akuakultur yang
merangkumi aktiviti pemeliharaan ikan hiasan dan pengkulturan
rumpai laut dalam High Impact Project. Justeru, kita perlu
mempergiatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelabur untuk
menceburi dalam bidang berkenaan. Dalam hal ini, kita telah
menubuhkan sebuah bahagian baharu iaitu Bahagian
Transformasi Ekonomi Perikanan (TEP).
YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga turut
menyentuh mengenai isu pemasaran yang menjadi masalah
kepada kumpulan sasar bila mana orang tengah mengaut
keuntungan yang berlebihan. Walaupun pihak Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertanggungjawab kepada
pemasaran ikan dan produk perikanan, namun ia tidak
melibatkan pemasaran ikan hidup seperti hasilan akuakultur
hidup, ikan hiasan, tumbuhan akuatik dan rumpai laut. Justeru,
beliau menyarankan supaya Bahagian Perdagangan Perikanan
diwujudkan dan menyarankan supaya aktiviti akuakultur
diusahakan secara berkelompok bagi meningkatkan produktiviti
dan memudahkan pemasaran hasil.
Pembaca yang dihormati sekalian,
YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga prihatin
terhadap isu keselamatan dan kebajikan nelayan terutama
nelayan pantai (Zon A) yang selalu diceroboh. Walaupun
terdapat Akta Perikanan 1985, namun dari segi penguatkuasaan,
ia dijalankan oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM). Justeru, penguatkuasaan akta ini di perairan
Zon A (0 – 5 batu nautika dari pantai) perlu dikembalikan kepada
Jabatan Perikanan Malaysia yang lebih pakar dari segi
perundangan dan juga tindakan. Manakala APMM boleh
memberi fokus kepada penguatkuasaan Akta Perikanan di
perairan laut dalam dan pencerobohan Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI) ke kawasan perairan negara.
Sekian, wassalam.
(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
AMANAT Ketua Pengarah Perikanan(sambungan dari muka surat 1)
DARI JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2013
Tajuk : Pemberian Pemindahan Gaji KepadaPegawai Perkhidmatan Awam PersekutuanDi Bawah Sistem Saraan Malaysia
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmelaksanakan keputusan Kerajaanmengenai pemberian pemindahan gajidengan amaun bersamaan satu KenaikanGaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawaiPerkhidmatan Awam Persekutuan di bawahSistem Saraan Malaysia (SSM).
Tarikh : 13 Jun 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
ii) Surat Edaran JPA
Tajuk : Kelayakan Cuti Tanpa Rekod PerayaanVaisakhi
Tujuan: Selaras dengan pengumuman YAB PerdanaMenteri pada 7 Mei 2012, Kerajaan telahbersetuju supaya kelulusan khas Cuti TanpaRekod Perayaan Vaisakhi bagi tahun iniyang jatuh pada hari kelepasan mingguan,boleh dibawa kepada hari berikutnya.
Tarikh : 10 April 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
iii) Surat Edaran JPA
Tajuk : Pembekuan Cuti Rehat Kepada PegawaiPerkhidmatan Awam Yang Bertugas SemasaPilihanraya Umum Ke-13
Tujuan: Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahanCuti Rehat bagi pegawai-pegawaiPerkhidmatan Awam yang telah dilantik olehSuruhanjaya Pilihanraya sebagai petugaspilihanraya dibekukan mulai 24 April 2013hingga selesai urusan pilihanraya bagimemastikan kelancaran perjalananPilihanraya Umum Ke-13 yang akandiadakan pada 5 Mei 2013.
Tarikh : 22 April 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my
i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013
Tajuk : Pengurusan Kenderaan Kerajaan
Tujuan : Tujuan pekeliling ini adalah untuk memberi panduan
mengenai peraturan berhubung Pengurusan
Kenderaan Kerajaan yang sebelum ini terkandung
dalam beberapa Pekeliling Perbendaharaan dan
Surat Arahan Perbendaharaan. Kini ia digabungkan
di dalam satu pekeliling untuk memudahkan rujukan
untuk kenderaan darat sahaja.
Tarikh : 5 April 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil.7 Tahun 2013
Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Kasut
Kulit, But Kulit Dan Barang Lain Yang Diperbuat
Daripada Kulit Kepada Semua Agensi Kerajaan Di
Semenanjung Malaysia
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini
bertujuan untuk memaklumkan mengenai Kontrak
Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan
item kasut kulit, but kulit dan barang lain yang
diperbuat daripada kulit kepada semua Agensi
Kerjaaan di Semenanjung Malaysia.
Tarikh : 18 April 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2013
Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Item Makanan
Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung
Malaysia
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini
bertujuan untuk memaklumkan mengenai Kontrak
Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan
item makanan kepada semua Agensi Kerajaan di
Semenanjung Malaysia.
Tarikh : 23 April 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
iv) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2013
Tajuk : Kontrak Pusat Pembekalan Alat ProprietaryElektronik Dan Alat Ganti Yang Berkaitan
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) inibertujuan memaklumkan kepada semua AgensiKerajaan mengenai pelanjutan kontrak pusat bagiPembekalan Alat Proprietary Elektronik dan AlatGanti Yang Berkaitan kepada semua Kementerian,Jabatan Kerajaan termasuk Jabatan KerajaanNegeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruhSemenanjung Malaysia untuk tempoh lapan bulan,berkuatkuasa mulai 1 Mei 2013 hingga 31Disember 2013.
Tarikh : 3 Mei 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.treasury.gov.my
v) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 2013
Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan
Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber
Terbuka
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini
bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Pusat
Sistem Panel (Kontrak Panel) Bagi Perolehan
Perkhidmatan Produk Pusat Kompetensi Sumber
Terbuka (Open Source Competency Center,OSCC), Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Tarikh : 3 Mei 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
vi) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2013
Tajuk : Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan
Information Telecommunication Technology (ICT)Kerajaan
Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini
bertujuan memaklumkan semua Kementerian,
Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai
Garis Panduan Pengurusan Perolehan ICTKerajaan.
Tarikh : 13 Mei 2013
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:
http//www.treasury.gov.my
DARI PERBENDAHARAAN
4
Tahukah anda, ikan badut boleh bertukar jantina dari betina ke jantan atau
sebaliknya. Kebiasaannya, ikan badut hanya mempunyai seekor betina dalam
kumpulannya.
Hidupan laut merupakan ciptaan Alllah yang begitu indah dan besar nilainya. Khazanah alam inimenyimpan seribu satu misteri serta keunikan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh manusia.Terlalu banyak manfaat yang dapat kita peroleh daripadanya jika kita mencari dan mendalami tentang
ilmu alam yang tiada batasan. Berbalik kepada hidupan laut, sifat hidupan laut sendiri adalah sesuatu yangajaib. Bukan sahaja menarik di mata, tetapi hidupan laut juga mempunyai ciri-ciri yang sukar diterima logik akal.
Ikan Badut - Clown Fish(Amphiprioninae)
Menurut pengkaji hidupan laut, penyu hijau mempunyai kelebihan yang cukup
hebat. Reptilia ini mampu berenang sejauh 1,400 batu atau 2,592 kilometer
hanya untuk mencari tempat yang sesuai untuk bertelur.
Penyu Hijau - Green SeaTurtle (Chelonia mydas)
Batu Karang - Coral (Phylum cnidaria)
Ikan Lumba-lumba, Paus -Dolphin, Porpoise & Whales(Delphinidae, Phocoenidaeand Cetacea)
Empat Keajaiban Hidupan Laut
Keunikan ikan lumba-lumba dan paus ialah mereka hanya menelan sekali gus
makanan yang dimakan tanpa mengunyah.
Tahukah anda bahawa batu karang boleh menggantikan cantuman tulang
manusia. Ia juga boleh mengubati keretakan tulang dan juga masalah tulang
yang tidak boleh pulih semula.
5
Arang Kayu Perapi RambutPercayakah anda bahawa kayu arang dari batang getah boleh
menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang
itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu,
campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada
rambut dan cuci dengan air bersih. Amalkan setiap hari.
Kunyit Penawar Bisul/KudisAmbil segenggam daun
sengkuri dan keringkan
sebentar. Kemudian giling
dengan tujuh biji mata
kunyit dan sedikit melukut
(beras hancur). Kemudian
campurkan sedikit kapur
sirih dan sapukan pada
bisul atau kudis. Untuk
menghilangkan bengkak
bisul dan bisanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh
menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus
antara 30 helai pucuk daun jambu batu dengan dua
gelas air. Campurkan sesudu garam dan masak sehingga
mendidih. Kemudian cucilah kudis atau gatal-gatal setelah air
menjadi suam.
Cara Menghilangkan GrisMinyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pada
pakaian. Untuk menghilangkannya, titiskan minyak tanah ke atas
kotoran dan sapukan sedikit sabun serbuk atau buku dengan
rata. Biarkan seketika sebelum menyentalnya sengan kuat.
Ulang beberapa kali sehingga kesannya hilang.
Serbuk Kopi SuburkanPokok BungaTaburkan sedikit serbuk
kopi di sekeliling pangkal
pokok bunga. Hasilnya,
pokok bunga akan subur
menghijau.
Putih Telur Penghilang ParutJika pada tubuh anda terdapat bekas-bekas luka ataupun parut
yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam
kampung. Setiap kali sebelum tidur, sapukan putih telur tersebut
pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus, nescaya
parut luka akan hilang.
Bila Nasi Berbau HangitKadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh
menjadi hangus dan berbau hangit. Untuk mengatasinya,
masukkan pucuk daun pisang ke dalam nasi tersebut dan tutup
periuk rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
Daun Betik Ubat Demam MalariaDaun betik boleh digunakan untuk
mengubati demam malaria dengan
cara menumbuk daunnya yang masih
muda hingga halus dan tapis untuk
mengambil airnya. Minum air ini
sebagai ubat demam malaria dan juga
boleh diminum bagi melancar dan
membersihkan sisa-sisa darah kotor
selepas haid.
Menghilangkan Gatal-gatalPeluh boleh menyebabkan kegatalan di badan kita. Untuk
menghilangkannya, ambil sesudu makan tepung sagu dan
campurkan dengan sedikit air dan empat titis cuka. Setelah
dikacau rata, sapukan pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap
hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang.
Menghilangkan Wap Pedas (Cili Tumis)Sering kali mata dan hidung kita akan pedih dan berair ketika
memasak sambal tumis atau asam pedas. Untuk
menghindarkannya, masukkan gula pasir ke dalam minyak yang
telah panas sebelum menumis. Kemudian, masukkan bahan-
bahan untuk menumis. Insya-Allah, wap pedas tidak akan
merebak ke merata ruang dapur dan rumah.
Bintik-bintik Merah Sengatan SeranggaKadang-kadang tanpa disedari, terdapat bintik-bintik merah di
tubuh kita akibat sengatan serangga kecil yang menyebabkan
kegatalan. Untuk mengubatinya, parut sepotong kunyit dan
campur dengan sedikit kapur sirih dan air. Didihkannya sebentar.
Setelah sejuk, sapukan ramuan tersebut di bahagian yang gatal.
Elak Dari MelecurApabila bahagian tubuh anda tersiram air panas atau mendidih,
dapatkan sabun sama ada berbentuk buku, serbuk atau sabun
mandi. Gosokkan bahagian badan yang terkena air mendidih tadi
dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi berterusan
sehingga tidak berasa panas lagi. Dengan cara ini, bahagian
yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan sembuh
dengan segera.
Bedak Lancarkan Zip RosakZip beg, kasut atau seluar yang rosak boleh dibaiki. Cara yang
paling mudah untuk membaikinya ialah dengan menaburkan
bedak di atasnya. Kemudian gerak-gerakkan beberapa kali
sehingga zip itu lancar semula.
6
Perahan Limau Segarkan TaugeTauge akan segar lebih
lama di dalam peti ais
dengan cara memerahkan
sedikit air limau ke dalam
air rendamannya. Namun,
pastikan air rendamannya
ditukar setiap hari.
Hilangkan Habuk Pada BungaBiasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi
habuk dan debu. Untuk mencucinya, semburkan bunga-bunga
itu dengan mesin pengering rambut. Mudah-mudahan semua
habuk dan debu akan diterbangkan.
Keju Tahan LamaJika anda tidak mempunyai peti ais, cara untuk menyimpan keju
ialah dengan membungkusnya rapi-rapi dengan sehelai kain
bersih yang telah dibasahkan dengan air garam terlebih dahulu.
Gula Ubat LukaUntuk mengubati bibir yang
luka dan berdarah kerana
terhantuk pada sesuatu
benda keras, ambil sedikit
gula dan sapukan pada
bibir yang berdarah. Anda
akan dapati darah itu akan
berhenti dengan segera.
Panas Terkena CiliUntuk menghilangkan rasa panas dan pijar pada tangan akibat
terkena cili, anda boleh mengatasinya dengan mengacau
setengah gelas air bersama dua sudu makan garam. Gosokkan
tangan yang pijar bersama air bancuhan berkenaan dan
hangatkan dengan api. Kemudian bersihkan tangan dengan air
bersama sabun.
Bawang Putih Hilangkan BisulUntuk mengubati bisul,
gosokkan bawang putih
pada bisul. Air bawang
putih yang berbau tengik itu
akan menghalang bisul
menjadi besar dan akhirnya
ia akan mengempis tanpa
meninggalkan kesan parut.
Terkena Bisa Ikan KeliIkan keli dan ikan sembilang mempunyai sengat di sirip kiri dan
kanannya. Ia sungguh berbisa jika terkena pada manusia
terutama ketika hendak memegangnya. Jika terkena sengat ikan
keli atau ikan sembilang, campurkan dua hingga tiga sudu makan
serbuk kopi bersama sedikit air setengah mendidih dan kacau
sehingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu.
Insya-Allah bengkak dan sakitnya akan hilang.
Bawang Putih Hilangkan Sakit KepalaJika kepala anda berasa sakit, cubalah petua ini untuk
mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan belah kepada dua
bahagian. Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan kanan kepala
seperti menampal koyok. Lakukan berulang kali sehingga
sembuh.
10 Jun 2013Bengkel Pelaksanaan Projek Azam Tani Siri 2 Tahun 2013
telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj. Ismail Bin Abu Hassan,
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan
Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia,
Putrajaya.
7 Jun 2013Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara
Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Tuan Hj.
Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia dengan
Syarikat Organic Aquaculture Sdn. Bhd.yang diwakili oleh
Encik Mohamad Nasir Padzil Bin Muda, Pengarah Urusan
(dua dari kanan) untuk menjalankan projek EPP# 4 – Sistem
Sangkar Bersepadu yang melibatkan pembinaan pusat
hatceri dan pembenihan di Kota Tinggi, Johor. Perjanjian
dimeterai di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.
7
(sambungan dari muka surat 2)
top related