jenis ayat menengah 2

Post on 26-May-2015

862 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Ayat Perintah - 4 pecahan ayat perintah berserta aktiviti berkumpulan. Untuk Pelajar Menengah 2 Ekspres

TRANSCRIPT

Perhatikan tanda-tanda berikut.

Apakah yang ingin disampaikan oleh tanda-

tanda itu?

Unit 9 : Di Sebalik Ciptaan

Jenis-jenis Ayat

Ayat Tungga1

Ayat Majmuk

Ayat Komplemen

Ayat Perintah

Ayat Seruan

Ayat Seruan

Ayat Komplemen Ayat Tanya

Ayat Songsang

Pelbagai jenis ayat

Ayat Perintah

Pada akhir pelajaran ini, anda akan berupaya untuk …

1. mengenal pasti ciri-ciri ayat suruhan,ayat permintaan, ayat silaan dan ayat larangan.

2. membina ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan dan ayat larangan.

Objektif

Jangan panjat pokok itu!

Selesaikan tugasan kamu

segera.

Perhatikan….

PERBEZAAN???

Rally Robin

• Definisi: Ayat yang digunakan untuk memerintah atau menyuruh seseorang melakukan sesuatu.

AYAT PERINTAH

AYAT PERINTAH

Ayat suruhan

Ayat larangan Ayat Silaan Ayat

permintaan

• Definisi: Ayat yang digunakan untuk melarang seseorang daripada melakukan sesuatu

AYAT LARANGAN

Jangan Usah Tak usah

digunakan untuk melarang seseorang agar tidak melakukan sesuatu.

Contoh:

Usahlah kamu kenangkan kisah lama.

Jangan bermain di longkang itu! ( bernada keras , tanda seru)

• Definisi: Ayat yang digunakan untuk memberikan arahan atau perintah

• Penggunaan kata menyuruh atau memerintah • Kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu dan engkau biasanya digugurkan

• Boleh gunakan partikel “lah” untuk melembutkan arahan.

AYAT SURUHAN

AYAT SURUHAN

Pujuklah adik kamu yang menangis ini.

Jagalah barang-barang ini dengan baik.

Keluar dari bilik ini!

Berdermalah kepada anak-anak yatim

• Definisi: Ayat yang digunakan untuk menjemput, mengundang atau mempelawa seseorang

AYAT SILAAN

Sila Jemput

digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.

Contoh:

Jemputlah minum.

Silalah datang ke rumah jika ada masa.

Definisi: Digunakan untuk memohon bantuan

atau permintaan.

• Penggunaan kata tolong atau minta

• Tidak membawa pengertian negatif.

AYAT PERMINTAAN

Sila jangan merokok.Tolong jangan bisingMinta jangan berludah.

Jangan merokok.Jangan bisingJangan berludah.

Contoh:

Tolong hulurkan buku itu.

Minta kamu semua bersabar.

Arahan:- Lihat buku teks halaman 18.- Secara berpasangan atau bertiga, pilih watak yang

terdapat dalam gambar itu. - Hasilkan dialog perbualan antara watak-watak itu

menggunakan sekurang-kurangnya 1 ayat suruhan,1 ayat larangan & ayat permintaan.

- Tuliskan dialog anda di kertas sebak.- Anda akan melakonkan skit anda selepas selesai.

KERJA BERKUMPULAN

Kuiz Siapa Cepat Dia Dapat

suruhanlarangan

silaanpermintaan

Silaan

SuruhanPerminta

anSuruhanLaranganSuruhan

Permintaan

(1) Silalah duduk dahulu. ( )

(2) Bahagikan kertas-kertas ini. ( )

(3) Tolong jawabkan panggilan itu. ( )

(4) Bantulah orang yang susah. ( )

(5) Jangan bergerak! ( )

(6) Patuhilah nasihat ibu dan ayah. ( )

(7) Minta dengar dahulu penjelasan

saya. ( )

(1) ________________ panjat pagar itu!

(2) ________________ dimanjakan sangat budak itu.

(3) ________________ maju ke hadapan.

(4) ________________ dahulu bersama teman-teman kamu.

(5) ________________ awal agar tidak terlewat.

(6) ________________ kipas angin itu.

(7) ________________ perbaiki radio ini.

Hidupkan

Sila Harap

UsahlahBincanglah

Tolong

Jangan

Bangunlah

Jangan

Usahlah

Sila

Bincanglah

Bangunlah

Hidupkan

Tolong

Refleksi Arahan :

Lengkapkan borang refleksi yang diberi.

1) Apakah ciri-ciri yang terdapat di dalam ayat perintah?

2) Apakah kata perintah yang terdapat di dalam ayat permintaan?

3) Berikan contoh sepotong ayat perintah, ayat silaan dan ayat suruhan.

Tugasan :1) Lengkapkan

latihan di dalam Buku Aktiviti Hal

21,22, & 44

top related