jenayah ragut

Post on 21-Jun-2015

3.115 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

JENAYAH RAGUT

DISEDIAKAN OLEH:NURUL ASHIKIN

• Saban hari, isu sebegini yang menjadi halwa telinga kita.. Jika mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati terdapat banyak punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut.

Memang tidak dinafikan, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-cara meragut, dan sebagainya. Ini telah mendorong masyarakat untuk melakukan jenayah .

Secara tidak langsung, keselamatan seluruh masyarakat kini semakin teruk. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.

Selain itu, bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri.

Didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan.

• Media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah .

• Desakan hidup seperti keluarga yang miskin yang tidak dapat memenuhi semua kehendak dan keperluan menyebabkan seseorang pelajar terjebak dengan gejala yang tidak bermoral seperti ini. Hal ini menyebabkan mereka beranggapan jenayah ragut merupakan kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata sahaja.

PUNCA-PUNCA LAIN

1. Kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata saja. 2. Untuk mendapatkan wang untuk memberi dadah yang mereka mahukan.3. Untuk mendapatkan wang untuk memberi barangan berharga dan bernilai.4. Kesedaran sivik yang rendah.

5. Tidak mempunyai pekerjaan 6.Selain itu,undang-undang yang longgar juga salah satu faktor

menyebabkan peninkatan berlaku jenayah ragut.Undang-undang yang sedia ada tidak dapat mengerunkan peragut,malah mendorong peragut untuk terus mengugat ketenteraman masyarakat

1. IDA FATMAWATI GHAZALI,27 bekas pljr UiTM -kjdian b’laku pada 28 April 2008 -kerugian sebanyak RM30002. DOROTHY MISIR,31 p’syarah universiti

tempatn -tarikh 3 Mac 2005 -diragut semasa m’gunakan telefon bimbit

• Pengaruh media massa juga haruslah dibendung. Melalui media massa juga dapat membentuk sahsiah dalam peribadi seseorang. Media massa seharusnya mengurangkan genre2 yang berunsur ganas dan memp’bykkn cerita2 yang dapat m’beri kesedaran.

• Pihak sekolah perlu memantapkan lagi disiplin bg m’jamin salah laku pelajar dapat dikurangkan .

• Kuatkasa undang2 hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yg melakukan jenayah berat seperti membunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandotori bagi memberi pengajan kpd remaja2 lain.

• Dalam usaha mengatasi jenayah ragut, Polis Kuala Lumpur bertindak mewujudkan operasi berkonsepkan 'kepolisan agresif' dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara.

Bagi pihak polis pula, diharapkan pendekatan agresif itu dilakukan betul-betul agresif supaya ia dapat menutup peluang untuk semua penjenayah ragut bermaharajalela.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam komennya terhadap pendedahan peningkatan kes ragut itu memberi jaminan untuk tidak berkompromi dalam soal ketenteraman dan keselamatan awam.

• Oleh itu, usaha menambah sejumlah 60,000 anggota baru polis diharap mampu memperkukuhkan usaha pasukan itu memerangi jenayah, bukan sahaja jenayah indeks di ibu negara, malah semua kategori jenayah di dalam negara.Pemantauan dan operasi polis menangani ragut ini perlu berterusan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan bagi membendung masalah tersebut daripada berleluasa, PDRM perlu meningkatkan bilangan anggota berpakaian preman untuk melakukan rondaan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Polis boleh menugaskan lebih ramai anggota yang tidak beruniform bagi memantau kawasan berisiko terutamanya di kompleks beli-belah kerana di situ terdapat ramai pelancong.

Teks ini dipetik dari Utusan,April.

• # Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.

# Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.

# Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lau lintas.

# Hendaklah berwaspada selalu, jika anda berasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.

# Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.

# Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.

# Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, kereta api, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.

# Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

1. Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan b’penutup pada motosikal.

2. Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.3. B’jalan b’tentangan arus kenderaan supaya boleh lihat

keadaan mencurigakan.4. B’waspada mengeluarkan duit drpd atm @ keluar masuk

bank.5. Jgn letak beg tangan di dlm bakul t’buka di dpn motosikal.6. Jgn tumjukkan @ pamerkan kandungan dompet

terutamanya wang tunai dan barang berharga.7. Jgn tgglkan dompet @ beg tangan atas meja semasa makan.

• Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

top related