item ppt sejarah thn 4 2016 (1)
Post on 29-Jan-2018
5.065 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016
SEJARAH
TAHUN 4
MASA : 1 JAM
NAMA MURID : ………………………………………………………………………………..
TAHUN : …………………………………………
BAHAGIAN MARKAHMURID
MARKAHPENUH
SOALAN OBJEKTIF 40
BAHAGIAN A 20
BAHAGIAN B 20
BAHAGIAN C 20
MARKAH KESELURUHAN 100
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
___________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak termasuk muka hadapan
SOALAN OBJEKTIF
Pilih jawapan yang betul.
1 Apakah maksud sejarah menurut Kamus Dewan?
A Peristiwa yang akan berlaku
B Cerita yang menarik untuk dibaca
C Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
D Kisah-kisah dongeng yang telah berlaku pada waktu lampau
2 Menurut Ibn Khaldun, sejarah menceritakan hal tentang
A manusia dan alam sekitar
B manusia, haiwan dan tumbuhan
C manusia dan Tuhan yang menciptakan alam
D manusia dan perbuatan yang berlaku dalam masyarakat tersebut
3 Antara berikut, manakah merupakan sumber pertama?
A Fosil
B Buku
C Akhbar
2
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
D Majalah
4 Naskhah tulisan tangan dipanggil sebagai
A fosil
B artifak
C akhbar
D manuskrip
5 Apakah yang kamu faham mengenai kaedah arkeologi?
A Kaedah temubual
B Kaedah bahan bercetak
C Kaedah gali cari harta karun
D Kaedah gali cari artifak dan fosil
6 Sekiranya kamu menemu bual guru untuk memperoleh maklumat sejarah,
kamu telah melaksanakan
A kaedah lisan
B kaedah bertulis
C kaedah arkeologi
D kaedah pandang dengar
7 Apakah maksud Sebelum Masihi (SM)?
A Zaman purba
B Zaman dahulu kala
C Zaman selepas kelahiran Nabi Isa
D Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
8 Berapakah tempoh masa bagi alaf?
A 1 tahun
B 10 tahun
C 100 tahun
D 1000 tahun
3
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
9 Apakah nama tempat yang berfungsi menyimpan dan mempamerkan
bahan tinggalan sejarah yang berharga?
A Arkib
B Muzium
C Sekolah
D Hospital
10 Berikut merupakan tapak arkeologi yang terdapat di Malaysia KECUALI
A Gua Niah, Sarawak
B Bukit Tengkorak, Sabah
C Arkib Negara, Kuala Lumpur
D Candi Lembah Bujang, Kedah
11 Antara berikut, yang manakah BUKAN ahli keluarga asas?
A Ibu
B Ayah
C Datuk
D Kakak
12 Apakah nama panggilan bagi ibu dan bapa orang India berketurunan
Tamil?
A Ayah dan ibu
B Apai dan indai
C Apak dan amih
D Appa dan amma
13 Antara berikut, manakah amalan yang sesuai ketika makan?
A Berdoa sebelum makan
B Makan dengan gelojoh
C Bercakap ketika makan
D Bermain-main ketika makan
4
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
14 Apakah dokumen yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir
kelahiran?
A Sijil kelahiran
B Sijil kematian
C Sijil perceraian
D Sijil perkahwinan
15 Antara berikut, amalan manakah yang perlu anda lakukan apabila ingin
keluar dari rumah?
A Keluar secara senyap-senyap dengan rakan anda
B Meminta izin daripada bapa dan ibu terlebih dahulu
C Keluar begitu sahaja tanpa meminta kebenaran bapa dan ibu
D Menggunakan pintu belakang tanpa pengetahuan bapa dan ibu
16 Siapakah yang bertanggungjawab menyelaras semua program akademik di
sekolah?
A Guru Besar
B Guru Penolong Kanan Kokurikulum
C Guru Penolong Kanan Pentadbiran
D Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
17 Apakah maksud nombor lima angka pada alamat rumah anda?
A Poskod
B Poskad
C Nama jalan
D Nama negeri
18 Kawasan daratan yang dikelilingi laut dikenali sebagai
A pulau
B tanah tinggi
C tanah pamah
D pinggir sungai
5
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
19 Timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau
merebak ke permukaan laut dikenali sebagai
A salji
B hujan
C awan
D glasier
20 Tanah daratan luas yang telah ditenggelami air laut dipanggil sebagai
A. benua
B. lautan
C. jurang laut
D. pentas sunda
(40 markah)
BAHAGIAN A
(i) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
nama baik tanah tinggi sungai penanaman teh Guru besarperdagangan Tanah pamah lencana Peraturan Lokasi
1 Setiap murid wajib memakai _______________ sekolah.
2 _________________ sekolah diwujudkan bagi menjamin keselamatan dan
disiplin murid.
3 _________________ adalah ketua kepada semua guru di sekolah.
4 Semua murid perlu sentiasa menjaga __________________ sekolah.
5 _________________ sekolah adalah tempat di mana sesebuah sekolah itu
berada.
6
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
6 Cameron Highlands, Pahang merupakan salah satu contoh tempat
pelancongan di kawasan ________________.
7 Kawasan tanah tinggi sesuai dengan aktiviti _______________________.
8 _________________ merupakan kawasan yang rata dan rendah.
9 Penduduk di kawasan pinggir laut menjalankan aktiviti ___________________
dan penangkapan ikan.
10 Pada zaman dahulu, ______________ merupakan jalan perhubungan dan
pengangkutan.
(20 markah)
BAHAGIAN B
(i) Tuliskan alamat lengkap rumah kamu pada sampul surat berikut.
(6 markah)
(ii) Namakan tujuh benua yang terdapat di dunia ini pada peta berikut.
7
1
2
3
4
6
5
7
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
(14 markah)
BAHAGIAN C
(i) Pada pendapat kamu, apakah keistimewaan yang terdapat di sekolah
kamu?
_________________________________________________________________

(10 markah)
(ii) Bumi kita semakin tercemar. Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk
memelihara alam sekitar.
8
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
________________________________________________________________

- KERTAS SOALAN TAMAT -
JAWAPAN
Soalan Objektif
1. C 6. A 11. C 16. C
2. D 7. D 12. D 17. A
3. A 8. D 13. A 18. A
4. D 9. B 14. A 19. D
5. D 10. C 15. B 20. D
(1 jawapan yang betul = 2 markah)
Bahagian A
1. lencana 6. tanah tinggi
2. Peraturan 7. penanaman teh
3. Guru Besar 8. Tanah pamah
4. nama baik 9. perdagangan
5. Lokasi 10. sungai
(1 jawapan yang betul = 2 markah)
Bahagian B
(i) Perkara yang perlu ada dalam alamat:
9
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Sejarah | Tahun 4
- Nombor rumah
- Nama jalan/lorong
- Nama taman/kampung
- Poskod
- Nama daerah
- Nama negeri
(1 perkara yang ada pada alamat = 1 markah)
(ii) 1. Asia 5. Amerika Selatan
2. Afrika 6. Australia
3. Eropah 7. Antartika
4. Amerika Utara
(1 jawapan yang betul = 2 markah)
Bahagian C
(i) Mesti ada sekurang-kurangnya 5 jawapan:
- Kawasan sekolah yang bersih
- Kemudahan yang mencukupi
- Guru-guru yang berpengalaman
- Kawasan yang strategik
- Banyak mendapat anugerah
* Apa-apa jawapan yang munasabah boleh diterima
(1 jawapan yang betul = 2 markah)
(ii) Mesti ada sekurang-kurangnya 5 jawapan:
- Mengamalkan kitar semula
- Mengurangkan penggunaan beg plastik
- Menjimatkan penggunaan elektrik
- Mengamalkan guna semula
- Menjaga kebersihan
* Apa-apa jawapan yang munasabah boleh diterima
(1 jawapan yang betul = 2 markah)
10
Contoh:
No. 8, Jalan Lestari Putra 6,Taman Lestari Putra,43300 Seri Kembangan,Selangor
top related