isu pertembungan budaya

Post on 30-Jun-2015

2.952 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Isu Pertembungan Budaya

Ahli Kumpulan:LIM JUN WEITEOH JEN CHING

Pengenalan

Pertembungan tidak akan berlaku sekiranya

budaya yang mempengaruhi tidak mendapat

tentangan dari budaya yang pengaruh.

CONTOH PERTEMBUNGAN BUDAYA

CONTOH PERTEMBUNGAN BUDAYA

Seorang pelajar Malaysia dan Jepun

sedang menaiki satu pesawat menuju ke

satu destinasi yang sama. Pramugari

menghidangkan makanan tengah hari

serta pisang sebagai pencuci mulut.

Pelajar Malaysia dengan selamba membuka

pisang tersebut dan terus menyuap ke dalam

mulutnya. Pelajar Jepun ternganga melihat

tingkah laku pelajar Malaysia tersebut.

Pelajar Malaysia kehairanan. Pada pendapatnya,

tidak ada sebarang kesalahan atau sesuatu yang

pelik telah dilakukannya. Beliau memberitahu

pelajar Jepun beginilah cara masyarakat

Malaysia makan pisang.

Pelajar Jepun menunjukkan bagaimana cara

masyarakat mereka menikmati pisang. Beliau

membuka sebiji pisang perlahan-lahan. Pisang itu

diletakkan di atas sebuah pinggan. Pelajar itu

memotong sedikit pisang itu menggunakan pisau.

Kemudian, beliau menggunakan garfu untuk

mengambilnya lalu makan.Pelajar Malaysia

terkejut. Kalau di Malaysia, sesiapa yang

berbuat demikian akan diketawakan.

ULASAN

Harga sebiji pisang amat mahal di Jepun dan

dianggap makanan mewah. Mereka hanya sekali

sekala sahaja akan makan pisang.Perbezaan

sebeginilah yang dipanggil pertembungan

budaya

CONTOH PERTEMBUNGAN BUDAYA ANTARA KAUM

Contoh Pertembungan budaya antara kaum

• CONTOH 1 Encik Hamid tidak puas hati dengan

pemeliharaan anjing oleh jirannya iaitu Encik Wong kerana dalam agama Encik Hamid iaitu agama Islam,penganutnya dilarang bergaul dengan anjing.

Dia berasa dirinya tidak dihormati kerana anjing En Wong sentiasa keluar dari rumah dan berlari berkeliaran serta tidak takut pada orang lain. Anjing tersebut juga sering kacau ahli keluarga Encik Hamid.

Encik Hamid selalu mengadu kepada En Wong tetapi dia yang sibuk bekerja tidak mengurung anjing dalam rumah dengan elok. Oleh itu, Encik Hamid mengadu kepada majlis perbandaran. Seterusnya, timbullah konflik antara En Hamid dan En Wong kerana seekor anjing.

CARA PENYELESAIAN Encik Hamid perlu sentiasa berkomunikasi dengan En

Wong untuk mencari cara penyelesaian yang baik.En Wong juga patutlah mengurungkan anjingnya dalam rumah sedangkan jirannya seorang muslim yang pantang kepada anjing. Konflik tidak akan wujud jikalau kedua-dua pihak sanggup meluang masa untuk menyelesaikan isu ini dengan damai.

CONTOH 2

• Sex blogger Alvin dan Vivian yang memuatnaik gambar mereka menikmati hidangan Bak Kut Teh dan diletakkan logo tanda Halal JAKIM sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam di Malaysia.

• Tindakan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati umat Islam. Mereka yang agresif, marah dan menyerang secara penulisan terhadap pasangan tersebut kerana bagi mereka, gambar ini merupakan suatu hina terhadap umat islam. Mereka yang sudah lama tinggal di Malaysia sepatutnya tahu umat islam pantang terhadap khinzir

• Walau bagaimanapun, terdapat juga bak kut teh daging ayam dan bak kut teh vegetarian. Gambar pasangan tersebut secara nyata sedang menghina umat islam tetapi jika rakan-rakan islam lain terserempak sesiapa yang makan bak kut teh, janganlah marah serta merta kerana mungkin itu bukanlah daging khinzir. Kaum lain juga tahu umat islam pantang terhadap daging khinzir.

Cara penyelesaian

• Pasangan ini yang sengaja menghina kaum orang lain patutlah didenda supaya mereka dan orang lain ingat pengajaran dan tidak mengulanginya. Sebagai penduduk di Negara bermasyarakat majmuk, kita perlu tahu pantang larang kaum lain dan menghormati orang lain.

• Kebanyakan orang tahu orang india tidak makan daging lembu sedangkan orang cina yang menyembah Guan Yin juga dilarang makan daging lembu. Banyak orang tidak tahu mengenai ini kerana bukan semua orang cina menyembah Guan Yin. Secara tuntasnya, kita perlu memahami budaya dan pantang-larang kaum lain supaya tidak menyinggung perasaan mereka.

CONTOH 3

• Jurulatih anjing, Maznah Mohd Yusof menjamu anjingnya makan kuih raya dengan menggunakan latar belakang suara al-Quran dengan membawa maksud semua orang boleh menyambut Hari Raya termasuk anjing.

Bagi Maznah, anjing seekor haiwan sahaja, tidak salah seseorang itu menjaga haiwan yang kesian berkeliaran dan kelaparan. Namun tindakannya tidak diterima oleh masyarakat kerana anjing memang diharam dalam konteks agama islam.

Sepupunya juga pernah tanya dia bahawa dia masih seorang penganut islam atau tidak.

Dia ditahan di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Cara Penyelesaian• Maznah sepatutnya merujuk kepada pihak

berkenaan sebelum menjadi jurulatih anjing kerana anjing merupakan binatang yang haram untuk penganut Islam untuk mengelakkan dirinya terbabit dengan isu sensitif.

Kesimpulan• Pertembungan budaya akan menimbulkan banyak isu

jika semua orang tidak memberi perhatian terhadap isu ini.

• Hal ini demikian kerana isu budaya dan agama merupakan isu sensitif yang mudah menyinggung perasaan orang lain.

• Lantaran itu, kita haruslah hormat-menghormati untuk mengelakkan timbulnya masalah krisis.

SEKIAN TERIMA KASIH !

top related