istiadat dalam persatuan bulan sabit merah

Post on 03-Jul-2015

4.442 Views

Category:

Documents

32 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Ini merupakan satu persembahan bagi subjek ko-kurikulum bulan sabit merah malaysia

TRANSCRIPT

ISTIADATOLEH : MOHAMAD SYAFIE B. SAMSIRMOHD NOOR ASYRAF B. CHE BASIR

NASRUL MUHAIMIN B. JURDIAHAMAD FAIZ B. SHAHIDIN

ASRUL HAFIZ B.ALI @YUSOF

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

ISTIADAT PERHIMPUNAN

• Masuk dalam barisan• Melapor kekuatan pasukan• Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit

Merah dan Negeri• Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM• Bacaan doa• Ucapan pemimpin• Bacaan ikrar• Keluar baris

Istiadat Penyampaian Lencana

• Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin.

1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu

2. Pemeriksa bergerak ke bulatan di hadapan bendera

3. Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan)

• 4. Taklimat Pemeriksa tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima

5. Pemeriksa maju ke arah Ahli PBSM dan Ahli PBSM tabik hormat

6. Pemeriksa menyematkan lencana6.1 Lencana Kecekapan di kiri lengan baju

•7. Pemeriksa bersalam dan ucapan “Syabas”.

8. Ahli PBSM tabik hormat

9. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana

10. Ahli PBSM balik ke sekawan masing-masing

• Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong pemimpin.

• Lencana mesti disampaikan oleh pihak PBSM

Senarai Penyampaian Lencana

KATEGORI1

AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP (Honorary Life Membership)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada orang-orang yang terhormat yang telah mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai sejajar dengan Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak lebih daripada empat (4) anugerah dalam setiap tahun.

KATEGORI II

PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (Distinguished Service Medal)

Dianugerah oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah memberikan perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh (10) tahun.

KATEGORI III

PINGAT KEBAKTIAN TERPILIH(Excellent Service Medal)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan terpilih sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) tahun perkhidmatan selepas melepasihad umur 18 tahun.

KATEGORI IV

PINGAT JASA TERPUJI (Meritorious Service Medal)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama (5) tahun selepas melepasihad umur 18 tahun.

KATEGORI V

SIJIL KEPUJIAN (Certificate of Merit)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM kepada ahli-ahli yang telah melengkapi perkhidmatan khusus kepada Persatuan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun selepas melepasihad umur 18 tahun.

KATEGORI KHAS

PINGAT KEBERANIAN (Gallantry Award)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada mana-mana ahli diatas keberaniannya.

PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (Long Service Medal)

Melengkapi perkhidmatan yang berterusan selama sepuluh (10) tahun – setelah melepasi had umur LAPAN BELAS (18) tahun dan satu ‘BAR’ dianugerah bagi setiap (5) tahun selepasnya. (diluluskan pada 4.4.71).

ANUGERAH KHAS DERMAWAN (Special Award for Benefactors)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma persendirian atau orang perseorangan yang bermurah hati memberikan sokongan mereka kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa mereka berhak menerima anugerah.

ANUGERAH KHAS KHIDMAT ISTIMEWA

Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang telah memberi khidmat istimewa khusus untuk sesuatu tugas yang menaikkan imej Persatuan dan juga menepati sepenuhnya keperluan tujuh prinsip-prinsip PBSMM.

KATEGORI I

PINGAT JASA TERPUJI (BELIA) (Meritorious Service Medal – Youth)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM / Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah melengkapi perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun.

BELIA

KATEGORI II

SIJIL KEPUJIAN BELIA(Certificate of Merit – Youth)

Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan perkhidmatan khusus kepada Persatuan.

SENARAI LENCANA KEGUNAAN AHLI-AHLI PBSM

LENCANA AHLI SEUMUR HIDUP (Diluluskan pada 19.11.94)

Atas pembayaran RM1,000.00 atau lebih SIJIL KEAHLIAN SEUMUR HIDUP akan dikeluarkan. Bayaran bagi kos lencana akan ditanggung oleh Cawangan.

LENCANA KEAHLIAN(Diluluskan pada 22.1.1967)

Lencana keahlian akan diberikan kepada semua kategori keahlian PBSMM atas pembayaran yuran keahlian.

LENCANA TOPI (CAP) Lencana topi akan

diberikan kepada semua ahli PBSMM yang berpakaian seragam atas pembayaran yuran keahlian.

ISTIADAT MENINGKAT NAIK

Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan, satu peristiwa yang gembira bagi ahli atau para Pegawai Kanak-kanak yang meningkat naik.

Ia adalah untuk menunjukkan rasa berharganya ahli yang berjaya melepasi ujian untuk meningkat naik.

Malah ia adalah untuk memberi semangat kepada ahli lain untuk berusaha lebih gigih lagi.

Ia juga dilakukan bagi memberikan sijil penghargaan kepada ahli yang berjaya menduduki peperiksaan atau amali. Antaranya ialah;

Sijil Kursus & Ujian untuk ahliSijil untuk Sekolah

1. Pendidikan di Palang Merah dan Bulan Sabit Merah 2. Pertolongan Pertama di Masyarakat

Dasar Sijil 1. Dasar Pertolongan Pertama 2. Pendidikan di Bulan Sabit Merah Palang Merah & undang-undang kemanusiaan antarabangsa 3. Penanggulangan Bencana dan Operasi Menyelamat 4. Penjagaan rumah atau Pendidikan Kesihatan (pilih salah satu)

• Advanced Sijil

1. Advance First Aid - 24 ch 2. Pentadbiran dan Pengurusan - 8 ch

• MRC bersersijil Instruktur

1. Lulus semua Pemeriksaan Sijil Basic dan Advanced 2. Metodologi Pengajaran (Guru dikecualikan) - 12 ch

• MRC bersijil Instruktur Senior

1. Telah dilakukan sekurang-kurangnya 30 jam pengalaman mengajar dalam kursus Dasar dan membantu Instruktur Senior dalam melakukan kursus Advanced. 2. Minimum 3 tahun pengalaman sebagai MRC Instruktur bersertifikat. 3. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL) - 8ch 4. Basic Life Support (BLS) - 14 ch 5. Telah melakukan tugas latihan untuk melayani masyarakat dan disyorkan oleh Ketua Cawangan.

Kedudukan : Pek dan Troop berdiri dalam bentuk satu barisan berhadapan antara satu dengan lain

Prosedur:-1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Ketua Komanden mara ke garisan pemisah

2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan - “Kumpulan Sedia” dan terangkan tujuan istiadat

3. Penerima meningkat naik, bergerak satu langkah ke hadapan -kanan pusing - bersalam dengan Pek - terus maju ke Ketua Komanden di garisan pemisah(tali)

•4. Ketua Komanden - Pesanan terakhir kepada Penerima Pangkat

5. Penerima Pangkat memberi hormat, salam dengan Ketua Komanden dengan menggunakan tangan kiri memimpin Penerima Pangkat melangkah tali pemisah

6. Penerima Pangkat memberi hormat kepada pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan bersalam

7. Pemimpin menyerah Penerima Pangkat kepada Ketua Patrol

8. Ketua Patrol membawa Penerima Pangkat ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan

9. Selesai semua sekali -Troop memberi sorakan “SELAMAT DATANG”

10. Laung Agung bagi PEK yang tinggal

Istiadat Bendera BSMM

Bendera BSMM

Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagaimana mengikut Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975

Ukuran Piawai Bagi Bulan Sabit Merah Malaysia

Istiadat Bendera BSMM

Adat Sebelum Menaikkan Bendera

• Sebelum menaikkan bendera BSMM ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.

• Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

• Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas lengkap dengan Uniform BSMM.

• Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.

• Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

Adat Selepas Menaikkan Bendera

• Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan.

• Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang.

• Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.

• Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.

• Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu.

• Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

SekianBULAN SABIT MERAH MALAYSIA

top related