isqat al-tadbir dalam kitab tanwir al qulub fi isqat ... · kamus dewan edisi ketiga ianya...
Post on 01-Jul-2019
383 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
108
ISQAT AL-TADBIR DALAM KITAB TANWIR AL QULUB FI
ISQAT TADBIR AL-`UYUB TERJEMAHAN `UTHMAN
SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI
*Nor Shakirah Azizan
**Che Zarrina Sa`ari
*Sarjana Usuluddin Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
**Profesor Madya Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Emel: *norshakirahazizan89@yahoo.com
Abstrak
Makalah ini merupakan kajian mengenai konsep isqat al-Tadbir berlandaskan pemikiran ulama Melayu Nusantara iaitu `Uthman Shihab
al-Din al-Funtiani. Kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif ini
bertujuan mengkaji pemikiran `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani
mengenai konsep isqat al-Tadbir menerusi karya Jawi terjemahannya
Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub daripada kitab asal berbahasa
Arab oleh `Ibn `Ata’ Allah al-Sakandari iaitu al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir.
Makalah ini adalah penting bagi menyediakan wacana mengenai konsep
isqat al-Tadbir. Bagi mencapai objektif, kajian ini menggunakan metode
perpustakaan sebagai metode utama pengumpulan data. Kajian telah
mendapati konsep isqat al-Tadbir yang dikemukakan oleh `Uthman
Shihab al-Din al-Funtiani tidak berbeza dengan pemikiran penulis asal
kitab ini dan ia didapati bersandarkan pemikiran Ahli Sunnah wal Jama’ah.
Kata kunci: Isqat al-Tadbir, Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub,
`Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, `Ibn `Ata’ Allah.
ISQAT AL-TADBIR IN THE BOOK OF TANWIR AL-QULUB FI
ISQAT TADBIR AL-`UYUB TRANSLATED BY `UTHMAN
SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI Abstract
The article discusses the concept of isqat al-Tadbir which is based on the
idea of well-known Malay archipelago’s scholar, `Uthman Shihab al-Din
al-Funtiani. This descriptive qualitative analysis study aims at
investigating the thought of `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani
concerning the concept of isqat al-Tadbir through his translated Jawi
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
109
work Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub from the original work in
Arabic by Ibn Ata’ Allah al-Sakandari, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir. This
study is important for providing the discourse on the concept of isqat al-
Tadbir. To achieve these objectives, this study used the library research as
the main method of data collection. The study found that the concept of
isqat al-Tadbir put forward by `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani has no
different with the thought of the original author of this work, and it is found
that their thought on this concept is based on Ahl al-Sunnah wa al-
Jama`ah’s view.
Keywords: Isqat al-Tadbir, Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub,
`Uthman Shihab al-Din al-Funtiani, `Ibn `Ata’ Allah.
Pendahuluan
Para ulamak terdahulu termasuklah `Uthman Shihab al-Din al-
Funtiani menggunakan kitab Jawi sebagai medium perantaraan
penyebaran maklumat Islam dan mengembangkan pemikiran atau
ilmu yang ada dalam kitab Jawi tersebut kepada masyarakat.
Mereka berperanan sebagai seseorang yang berkepentingan di
dalam masyarakat, berilmu pengetahuan yang tinggi dan
bertanggungjawab dalam semua bidang seperti bidang
kemasyarakatan, politik, pentadbiran, dan sebagainya serta tidak
hanya berfokuskan kepada bidang penyebaran dakwah atau
keagamaan semata-mata untuk mendidik masyarakat ke arah jalan
yang benar mengikut acuan Islam.1 Justeru itu, kitab Tanwir al-
Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub hasil karya Ibn `Ata' Allah yang
telah diterjemahkan oleh `Uthman Shihab al-Din Funtiani dilihat
penting untuk dikaji kerana pemikiran yang terdapat dalam kitab
tersebut merupakan satu khazanah ilmu yang perlu diterokai,
dipelajari dan difahami oleh masyarakat semasa.
Takrif Isqat Al-Tadbir
Dari sudut bahasa makna isqat bermaksud menggugurkan,2
meninggalkan,3 menjatuhkan dan membuangkan.4 Perkataan tadbir
pula berasal daripada perkataan Arab dan telah juga digunakan
1Farid Mat Zain, Islam Di Tanah Melayu Melayu Abad Ke-19 (Shah alam: Karisma
Publication Sdn. Bhd., 2007), 100. 2`Uthman bin Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-`Uyub (Kaherah:
Matba`ah `Isa al-Babi al-Halabi wa Shurakah, 1925), 1. 3`Uthman bin Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925), 3. 4Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi `Arabi-
Malayuwi, J.1. (Kuala Lumpur: Darul Fikir, 1990), 293.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
110
dalam bahasa Melayu sebagai “tadbir”. Oleh yang demikian, isqat al-Tadbir dari sudut bahasa boleh didefinisikan sebagai
mengugurkan tadbir. Namun begitu isqat al-Tadbir yang
dimaksudkan dalam kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub adalah meninggalkan tadbir yang tercela dan bukanlah
meninggalkan tadbir yang terpuji.5 Bagi pemahaman lanjut
mengenai isqat al-Tadbir, penulis membawa definisi perkataan
isqat, al-Tadbir dan perkataan yang ada kaitan dengan al-Tadbir
iaitu khalq dan ikhtiyar. Perkataan ikhtiyar ini turut dibincangkan
kerana Ibn `Ata’ Allah dan `Uthman Shihab al-Din ada menyebut
perkataan ini seiringan dengan perkataan al-Tadbir.
i)Isqat Perkataan isqat merupakan masdar kepada asqat6 dan asqat
bermaksud akhta’ 7 serta membawa maksud zalla.8Akhta’ memberi
maksud “salah”,9 manakala zalla pula bermaksud “menjatuhkan di
dalam salah” dan “menempuh dengan segera” atau “lalu dengan
cepat”.10 Contohnya “dia berbicara dengan menggugurkan sesuatu
perkataan”. Apa yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu perkataan
telah jatuh dan menyebabkan ada kesalahan pada kalimah tersebut11
atau berbicara dengan perkataan yang tidak betul.12 Ibn al-Sukayt
dalam membahaskan makna isqat menyebut ia seperti bercakap
dengan perkataan yang tercicir atau terjatuh atau tergugur hurufnya.
Sebagai contoh yang lain, “dia membaca dengan menggugurkan
5Penjelasan secara detail boleh dilihat dalam Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-tadbir
dalam kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-'Uyub terjemahan 'Uthman
Shihab al-Din al-Funtiani”, (Disertasi, Universiti Malaya, 2015), 24-49. 6Ahmad Mukhtar `Umar et al., Mu`jam al-Lughah al-`Arabiyyah al-Mu`asirah,
(Kaherah: `Alam al-Kutub, 2008), 1078. 7Ibn Manzur. Lisan al-`Arab, J. 30, (Beirut: Dar Sadir, 1956), 317. 8Shawqi Dayif et al., Mu`jam al-Wasit (Kaherah: Dar al-Shuruq al-Dawliyyah,
2004), 435. 9Muhamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi `Arabi-
Malayuwi, J. 1, 177. 10Muhamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi `Arabi-
Malayuwi, J.1, 267. 11Ibn Manzur. Lisan al-`Arab, J. 30, 317. 12Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al., Qamus Besar Arab-Melayu Dewan al-
Mu`jam al-`Arabi al-Malayuwi al-Kabir (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006), 1149.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
111
perkataan”.13 Selain itu, perkataan isqat digunakan di dalam ayat
yang menunjukkan “keguguran iaitu orang yang mengandung
mengalami keguguran janin”.14 Isqat juga bermaksud “keguguran
yang memberi gambaran dari sudut psikologi iaitu ideologi
seseorang tidak disedari kerana menyandarkan kepada orang yang
lain”.15 Namun begitu terdapat perkataan yang digunakan adalah
asqat bukannya isqat tetapi membawa maksud gugur atau jatuh.16
Al-Qur`an juga ada menyebut perkataan asqit yang membawa
maksud yang sama iaitu “jatuhkanlah” atau “gugurkanlah”.17
نفأسقط ماءعليناكسفام دقإنكنتمنٱلس ينٱلص
Al-Shu`ara’ 26: 187
Terjemahan: Maka jatuhkanlah kepada
kami gumpalan dari langit, jika engkau
termasuk orang-orang yang benar.
ii)Tadbir
Tadbir pula bermakna tugasan menguruskan sesuatu.18 Di dalam
Kamus Dewan Edisi Ketiga ianya bermaksud urusan menjalankan
sesuatu atau mengelola.19 Tadbir di dalam bahasa Inggeris ialah
governance iaitu merangkumi semua aspek cara negara, perbadanan
korporat dan entiti diuruskan20 manakala perkataan tadbir mengikut
tema bahasa Arab adalah masdar bagi perkataan dabbar mengikut
13Ibn Manzur. Lisan al-`Arab, J. 30, 317. 14Shawqi Dayif et al., Mu`jam al-Wasit, 435. 15Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al., Qamus Besar Arab-Melayu, 1149. 16Abd. Rauf Hassan dan Abdul Rahim Salleh dan Khairul Amin Mohd Zain,
Kamus Bahasa Melayu Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Melayu (Selangor:
Oxford Fajar Sdn Bhd, 2005), 184. 17 Muhammad Fu’ad `Abd al-Baqi, al-Mu`jam al-Mufahras Li Alfaz al-Qur`an al-
Karim (Kaherah: Dar al-Kutub al Misriyyah, 1945), 352. 18Kamus Dewan Edisi Keempat. (cet. Ke-2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2007), 1565. 19Kamus Dewan Edisi Ketiga. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998),
1340; Mashitah binti Taharin et al., Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baru
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 951. 20Mohd Zaidi Ismail, Good Governance Adab-Oriented Tadbir in Islam (Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2011), 5.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
112
wazan fa`ala21 dan menjadi yudabbir.22 Berdasarkan terjemahan al-
Qur`an perkataan yudabbir di bawah ini memberi makna
“mentadbir dan mengatur”. ٱربكمإن تٱخلقلذيٱلل و م فيستةلرضٱولس
مامنشفيع لمر ٱيدبرلعرش ٱعلىستوىٱأيامثم
منبعدإذنه لكمۦ إل ٱذ رونكأفلتذعبدوه ٱربكمفلل
Yunus 10: 3
Terjemahan: Sesungguhnya Tuhan kamu
ialah Allah yang menjadikan langit dan
bumi dalam enam masa. Kemudian Ia
bersemayam di atas Arasy mentadbirkan
segala urusan. Tidak ada sesiapa pun
yang dapat memberi syafaat melainkan
sesudah diizinkanNya. Yang bersifat
demikian itulah Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan keadaan
kamu maka tunduklah dan taatlah kamu
kepada perintahNya, patutkah kamu
setelah mengetahui keadaan tersebut
tidak mahu mengingatiNya?
لمرٱيدبر ل تٱيفص ربكملي بلقاء لعلكم
توقنون
Al-Ra`du 13: 2
Terjemahan: Allah mengatur urusan
makhluk menjelaskan tanda-tanda
kebesarannya, agar kamu yakin akan
pertemuan dengan Tuhanmu.
Ia juga boleh dikatakan sebagai “pengurusan”23 atau juga
bermaksud “memerdekakan hamba dan menghormatinya.”24
Manakala menurut Armstrong, tadbir adalah “memerintah atau
21Ibid., 82. 22Ahmad Mukhtar `Umar et al., Mu`jam al-Lughah al-`Arabiyyah al-Mu`asirah,
720; Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al., Qamus Besar Arab-Melayu, 703. 23Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al., Qamus Besar Arab-Melayu, 703. 24Muhamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Qamus Idris al-Marbawi, J. 1, 196.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
113
mengurus”. Bagi beliau jiwa (ruh) memerintah jasad melalui dua
cara. Pertamanya, melalui cara intrinsik (asas semula jadi) dan
daripada asas yang sangat penting iaitu intipati. Keduanya, melalui
cara yang mesti diperolehi melalui kematangan jiwa (ruh) dan
mampu sedar. Jiwa (ruh) mentadbir jasad dengan memberi arahan
dalam jalan ke arah kesempurnaan kendiri. Bagi mencapai ma`rifah
Allah, hamba perlu meninggalkan dalam mentadbir dan mengurus
sesuatu perkara untuk dirinya sendiri.25
Selain itu, makna tadbir juga boleh difahami sebagai “meneliti
pada akibat dengan mengetahui kebaikan”. Ia bermaksud tadbir
adalah melakukan urusan kerana mengetahui akibatnya secara
hakikat bagi Allah dan bagi hamba sebagai majaz.26 Pandangan ini
didapati sama dengan penjelasan yang ada di dalam Mu`jam
Mustalahat al-Sufiyyah27.
Perkataan al-Tadabur juga membawa makna yang seerti
dengan tadbir iaitu berkaitan “penelitian pada akibat urusan sesuatu
perkara”. Al-Tadabur juga mempunyai makna yang hampir sama
dengan al-Tafakur kecuali apabila al-Tafakur diertikan sebagai
“kelakuan akal dengan melihat pada bukti-bukti yang ada” atau
“kelakuannya dengan melihat atau meneliti pada akibat”.28 Namun,
apabila diteliti maksud perkataan tadbir menurut Lisan al `Arab ia
lebih berkaitan dengan “melihat kepada pengakhiran segala suatu
yang terjadi”,29 dan “hanya Allah sahajalah yang mengetahui
pengakhiran dan akibat sesuatu perkara”30 kerana Allah mengetahui
kesemua perkara.31 Al-Tadbir juga membawa maksud seerti dengan
khalaq (cipta) sebagaimana yang boleh dilihat di dalam surah
25Amatullah Amrstrong, Sufi Terminology (al-Qamus al-Sufi) The Mystical
Language of Islam (Kuala Lumpur, A.s. Noordeen, 1995), 227. 26 `Ali Fikri, al-Mu`amalat al-Maddiyah wa al-Adabiyyah, 47. 27`Abd al-Mun`im al-Hifni, Mu`jam Mustalahat al-Sufiyyah, 43. 28` Ali Fikri, al-Mu`amalat al-Maddiyah wa al-Adabiyyah, 47. 29Ibn Manzur, Lisan al-`Arab, J. 5,273. 30Ahmad Mukhtar `Umar et al., Mu`jam al-Lughah al-`Arabiyyah al-Mu`asirah,
1052. 31Ahmad Bahjat, Mengenal Allah Risalah Baru Tentang Tauhid (Bandung:
Pustaka Hidayah, 1998), 130.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
114
Yunus ayat 3. Ibn `Ata’ Allah juga mengatakan bahawa sesiapa
yang tidak mencipta sesuatu maka dia tidak mentadbir.32
Perkataan ikhtiyar yang sering dikaitkan oleh Ibn `Ata’ Allah
dengan al-Tadbir juga boleh dilihat sebagai membawa maksud
hamba yang benar dan telah nyata baginya kebenaran. Perkataan
ikhtiyar juga sering dikaitkan dengan tadbir yang dikatakan
membawa maksud seseorang itu akan terpelihara daripada kebatilan
pada perbuatannya, ucapannya dan ahwalnya. Ia mampu melihat
kebenaran pada setiap sesuatu33 dengan membuat pilihannya
ataupun dengan kata lain, Allah telah memilih untuknya dan
pemilihannya itu dengan `inayah Allah sehingga dia memilih
berdasarkan pilihan Allah dan bukanlah berdasarkan pilihannya
sendiri.34 Makna ikhtiyar ini boleh dikiaskan dengan makna tadbir
bagi mendapat kefahaman yang sebenar. Berkaitan hal ini,
Muhammad `Abduh berpendapat ikhtiyar ini bermakna pelepasan
kesan qudrah atas syarat ilmu dan hukum kehendak, maka ia adalah
pelaku yang dipilih.35
Isqat al-Tadbir ini juga boleh difahami melalui maksud kata-
kata Abu al-Hasan al-Shadhili, “bahawasanya adalah tidak dapat
tidak daripada tadbir maka mereka mentadbir, sesungguhnya
mereka tidak mentadbir”.36 Pada pandangan penulis kata-kata Abu
al-Hasan al-Shadhili bermaksud manusia diberi kuasa oleh Allah
untuk mentadbir di atas muka bumi samaada mentadbir diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara. Namun begitu, segala tadbir yang
dilakukan adalah ditadbir oleh Allah, mengikut kehendakNya, dan
mengikut takdir yang ditentukan oleh Allah. Dan beliau juga
berkata: “Kamu tidak memilih sesuatu daripada urusan kamu dan
pilihlah untuk tidak memilih dan lari (mengelak) daripada memilih
dan daripada kamu yang lari (mengelak daripada kena pilih) dan
daripada segala sesuatu itu kembali kepada Allah”.37 Pada
pandangan penulis kata-kata ini menyarankan supaya mengikuti
32Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir (Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah,
1997), 11. 33`Abd al-Razzaq al-Kashani, Mu`jam Istilahat al-Sufiyyah, 136. 34 `Abd al-Mun`im al-Hifni, Mu`jam Mustalahat al-Sufiyyah, 16. 35Muhammad `Abduh, Risalah al-Tawhid, (ed.) Muhammad Rashid Rida, Bassam
`Abd al-Wahhab al-Jabi (Cyprus: al-Jaffan & al-Jabi, 2001), 101. 36Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 5. 37Ibid., 5.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
115
pilihan Allah dan tidak memilih untuk mengikuti pilihan nafsu. Ini
kerana Allah mengetahui segala sesuatu dan segala yang diberikan
oleh Allah kepada hambaNya adalah yang terbaik. Selain itu,
keterbatasan manusia dalam mengetahui semua perkara dan
berkemungkinan sesuatu yang dibenci oleh manusia adalah baik
dan sesuatu yang disukai adalah buruk. Justeru, boleh disimpulkan
bahawa isqat al-tadbir dalam konteks ini ialah penerimaan takdir
dan tadbir daripada Allah Taala dan manusia tiada daya lagi dalam
melawan takdir dan tadbir Allah. 38 Ini menunjukkan bahawa isqat al-tadbir ini merujuk kembali kepada perbuatan hamba yang ada
padanya perbuatan Allah kerana hanya Allah sahajalah yang
mentadbir sekelian alam sesuai dengan namaNya al-Mudabbir
yang bermaksud Maha Mentadbir.39
Hubungan Isqat Al-Tadbir Dalam Tanwir Al-Qulub Fi Isqat Tadbir Al-`Uyub Dengan Mazhab Akidah Yang Lain Perbandingan pandangan terhadap isqat al-Tadbir ini dibahagikan
kepada tiga pemikiran. Bagi mengelakkan kekeliruan dan
memahami kebenaran dengan terang penulis membawa
permasalahan af`al Allah dan af`al al-`ibad kerana penulis melihat
permasalahan ini sering kali dikaitkan dengan ahli tasawuf yang
menyelewang serta mengikuti pandangan dan amalan golongan
Jabariah.
Jabariah
Jabariah pula merupakan golongan yang yakin dan percaya manusia
tidak mempunyai kuasa dalam melakukan sesuatu kerana kehendak
Allah dan Allah yang melakukan tadbir sejak azali lagi.40 Mereka
juga berpandangan bahawa orang kafir dan fasiq telah dianggap
patuh kepada Allah kerana telah mengikut kehendak Allah
walaupun mereka melanggar suruhanNya.41 Mereka mendakwa
38Ibid., 38. 39Mohd Zaidi Ismail, Pentadbiran Beradab: Faham dan Rencana Dasar, 484 & 485.
Dicapai pada 10 Jun 2013 http://www.utm.my/casis/wp-
content/uploads/2013/06/6CASIS_ZI.Pentadbiran-Beradab1.pdf 40Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah fi al-Siyasah wa
al`Aqaid wa Tarikh al Mazahib al Fiqhiyyah (t.tP, Dar al-Fikr al- `Arabi, t.t),
104. 41Yusuf al-Qardawi, al-Iman bi al-Qadar 44. Lihat juga Abduh Zulfidar akaha,
Takdir, 92.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
116
bahawa ilmu Allah adalah azali dan meliputi semua perbuatan
manusia. Bagi mereka manusia tidak melakukan apa yang ia
lakukan kerana Allah lebih mengetahui dan Allahlah yang
melakukannya berdasarkan pilihanNya sendiri.42 Pendapat mereka
tepat dalam mengkaitkan Allah yang mencipta dan melakukan
segala sesuatu akan tetapi salah kerana menafikan hamba sebagai
pelaku.43 Mereka ini tergolong dalam golongan yang sesat kerana
mendakwa manusia tidak mempunyai kehendak dalam melakukan
perbuatannya.44
Qadariah
Qadariah merupakan salah satu golongan daripada Muktazilah45
yang yakin dan percaya manusia punyai kuasa atau kebebasan atau
tadbir sendiri tanpa qada’ dan qadar Allah serta kehendak Allah
(dalam erti kata yang lain iaitu af`al Allah). Segala tadbir yang
berlaku sama ada baik dan buruk adalah datang daripada diri hamba
itu sendiri.46 Mereka adalah kumpulan yang tidak menyakini takdir
Allah serta menafikannya.47 Mereka menentukan dengan pasti
qadar bagi diri mereka tanpa dikaitkan dengan Penciptanya, atau
dengan perkataan lain mereka mentakdirkan perbuatan mereka
tanpa Pencipta.48 Mereka menafikan paksaan Allah ke atas manusia
42Mustafa Subri, Tahta Sultan al-Qadar (Kaherah: Matba`ah al-Salafiyah wa
Maktabatuha, 1352 H), 59. 43Seminar Pemurnian Aqidah Islam Harmonisasi Dalam Mazhab Aqidah 2014,
(Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2 Mac
2014), 27. 44`Umar Sulayman al-Ashqar, Al-Qada’ wa al-Qadar (Jordan: Dar al-Nifais,
1999), 80. 45Ali `Abd al Fatah al Maghribi, al-Firq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah, (Kaherah:
Maktabah Wahbah 1986), 206-207. Lihat juga Wan Zailan Kamaruddin bin
Wan Ali, Aliran al-Qadariyyah:Perkembangan pengaruh dan kesannya di alam
melayu dan khususnya di Malaysia. 4. Dicapai pada 10 Jun 2013.
http://eprints.um.edu.my/3669/1/Al-
Qadariyyah_dan_Perkembangannya_Dalam_Dunia_Islam.pdf. 46Abi al-Fatah Muhammad `Abd al-Karim ibn Abi Bakr Ahmad al-Shahrastani,
dan `Abd al-`Aziz Muhammad al-Wakil ed., Al-Milal wa al-Nihal (Kaherah:
Muasasah al-Halabi wa Shurkahu linashri wa al-Tawzi`t.t), 45. 47Yusuf al-Qardawi, Al-Iman bi al-Qadar, Terj. Abduh Zulfidar Akaha, Takdir
(Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar, 2002), 33. 48Abi Hasan al-Ash`ari, al-Ibanah `An Usul al-Diyanah (Kaherah: Dar al-Ansar,
1977), 197.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
117
bagi amalan buruk untuk menyucikan Allah daripada perbuatan
manusia yang jahat bagi melarang manusia melakukan
kemungkaran dan kekufuran kerana mereka mendakwa segala
kebaikan daripada Allah dan semua keburukan adalah daripada diri
mereka sendiri dan mereka tidak mengaitkan Allah di dalam segala
kemaksiatan.49Justeru, dapat difahami bahawa mereka berpegang
kepada pandangan bahawa manusia berkuasa terhadap apa yang
dilakukannya dan bertanggungjawab terhadap segala tindak
tanduknya.50
Ashairah
Ashairah iaitu mazhab akidah yang bersifat wasatiyyah dalam
perbezaan pandangan dengan mazhab lain. Sebagai contoh, isu
perbuatan tadbir hamba tidak dikatakan sebagai Jabariah iaitu tidak
berkuasa ataupun Qadariah iaitu berkuasa sepenuhnya. Mazhab
Ahli Sunnah wal Jama’ah ini mengambil jalan wasatiyyah dengan
menyatakan tadbir perbuatan hamba adalah bersifat usaha yang
mana ia tidak berkuasa sepenuhnya melainkan Allah yang berkuasa
tanpa mengenepikan usaha atau kuasa yang dimiliki oleh hamba.51
Golongan Ahli Sunnah wal Jama`ah ini menegaskan pandangan
mereka bagi menolak pandangan Qadariah dengan mengatakan
Allah menjadikan semua perbuatan hamba dan `arad. Ini bermakna
Allah Taala mencipta perbuatan hambaNya dan bermakna juga
Allah Taala menjadikan sesuatu dan `arad. Manusia dilihat sebagai
tidak mampu untuk berkuasa secara bersendirian dengan
perbuatannya.52 Mereka juga berpendirian bahawa manusia dapat
melakukan sesuatu yang dilarang dan disuruh oleh Allah melalui
49Isma`il Muhammad al-Qarni, al-Qada’ wa al-Qadar `Inda al-Muslimin Darasah
wa Tahlil (Beirut: Dar al-Kutub al- `Ilmiyah, 2006), 193. 50Seminar Pemurnian Aqidah Islam Harmonisasi Dalam Mazhab Aqidah 2014,
(Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2 Mac
2014), 27. 51Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah fi al-Siyasah wa
al`Aqaid wa Tarikh al Mazahib al Fiqhiyyah, 166. Lihat juga Muhammad al-
Zuhaili, Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mazhab al-Asy `ariah Prinsip dan
sejarahnya (Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2011), 12 dan 13. 52Abi Mansur `Abd al-Qahar bin al-Thahir al-Tamimi al-Baghdadi, Kitab Usul al-
Din (Istanbul: Matba`ah al-Dawlah,1928), 133.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
118
kasb yang diberi oleh Allah.53 Kaedah wasatiyah ini dapat menjauhi
kesyirikan dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan Qadariah
dan Jabariah.54
Pendirian Ibn `Ata’ Allah55 dan `Uthman Shihab al-Din56
adalah tidak sama sebagaimana pandangan Jabariah yang
berpegangan bahawa manusia tidak mempunyai kuasa dalam
melakukan sesuatu sehingga boleh melanggar perintah Tuhan.57
Pendirian kedua-dua tokoh ini juga tidak sama dengan golongan
Qadariah yang angkuh mempercayai bahawa dirinya sahaja yang
benar-benar berkuasa.58 Pegangan Ibn `Ata’ Allah dan `Uthman
adalah bertepatan dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jama`ah kerana
mereka berpendirian mengatakan manusia mempunyai kuasa yang
diberikan oleh Allah untuk melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta memperakui bahawa Allah yang paling
berkuasa.59 Isqat al-Tadbir yang dimaksudkan oleh kedua-dua
tokoh ini adalah meninggalkan tadbir yang tercela iaitu yang
dimurkai oleh Allah dan bukanlah meninggalkan tadbir yang dipuji
oleh Allah seperti melakukan suruhan Allah. Isqat al-Tadbir ini
bukanlah bermaksud meninggalkan apa yang disuruh Allah dan
meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Isqat al-Tadbir juga
bukanlah mengikut apa yang dilarang oleh Allah dan meninggalkan
apa yang disuruhNya. Kemudian, ianya bukan mengikut apa yang
disuruh dan mengikut apa yang dilarangNya. Isqat al-tadbir ini
adalah dalam lingkungan menepati hukum shara` dengan mengikut
53Ibn al-Qayyim al-Jawziyah, Shifa’ al-`Alil Fi Masail al-Qada’ wa al-Qadar wa
al-Hikmah wa al-Ta`lil (Beirut: Dar al-Ma`rifah, 1978), 124. Lihat juga Ibn
Qayyim al-Jauziyah, Shifa’ al-`Alil Fi Masail al-Qada’ wa al-Qadar wa al-
Hikmah wa al-Ta`lil, terj. Abdul Ghaffar, Qadha’ dan Qadar Ulasan Tuntas
Masalah Takdir (Jakarta: Pustaka Azzam, 2000), 312. 54Seminar Pemurnian Aqidah Islam Harmonisasi Dalam Mazhab Aqidah
2014,(Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2
Mac 2014), 28. 55Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 36. 56`Uthman Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925),15. 57`Umar Sulayman al-Ashqar, Al-Qada’ wa al-Qadar (Jordan: Dar al-Nafa’is,
1999), 80. 58Abi al-Fatah Muhamad `Abd al-Karim ibn Abi Bakr Ahmad al-Shahrastani, Al-
Milal wa al-Nihal, (e.d), al-Wakil dan `Abd al-`Aziz Muhamad (Kaherah:
Muasasah al-Halabi wa Shurkah Li Nashri wa al-Tawzi`t.t) 45. 59Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 36; `Uthman bin Shihab al-Din,
Tanwir al-Qulub, (1925), 15.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
119
apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang
olehNya.60 Ini menunjukkan bahawa isqat al-Tadbir ini menepati
aqidah Ahli Sunnah wal Jama`ah kerana tidak bercanggah dengan
al-Qur’an dan Sunnah serta berlandaskan ajaran Nabi Muhammad
SAW.
Hubungan Isqat Al-Tadbir Dalam Ilmu Shari`ah Dan Tasawuf
Perhubungan antara kedua-dua ini iaitu ilmu shari`ah dan tasawuf
mestilah tidak boleh dipisahkan dan saling terikat antara satu sama
lain diibaratkan seperti ruh dan jasad.61 Begitulah juga hubungan
isqat al-Tadbir dalam ilmu shariah dan tasawuf.62 Kata Imam Malik
“siapa belajar dan beramal dengan feqah sahaja ia jadi fasik dan
siapa yang belajar dan beramal tasawuf sahaja ia jadi zindik. Siapa
yang mengabung kedua-duanya ia akan sampai kepada hakikat.” 63
Persoalan isqat al-Tadbir ini boleh dilihat dari sudut tasawuf iaitu
tentang tadbir Illahi manakala dari sudut shari`ah pula tadbir
insani.64 Pengabungan fahaman antara tadbir Illahi dan tadbir
insani ini adalah untuk mengetahui hakikat sebenar. Ianya adalah
untuk menyakini dengan sepenuh hati dengan ingatan yang kuat
yang dikurniakan oleh Allah mengenai tadbir Illahi atas segala
sesuatu tanpa mengenepikan soal tadbir insani mengikut kekuatan
atau kuasa hamba yang diberikan Allah dalam lingkungan tadbir
Illahi jua.65 Menurut `Uthman66 dan begitu juga Ibn `Ata’ Allah67
( Shahadan) hendaklah kamu itu bersungguhnya ada pada kamu itu
da `ilm.
1) Satunya tawhid.
60Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 36; `Uthman bin Shihab al-Din,
Tanwir al-Qulub, (1925), 15. 61Jahid bin Sidek, “Uswah Hasanah ; Cabaran dalam Ta`Alim,Tarbiyah dan
Tarqiyyah”, Makalah Ijtimak Maulidur Rasul Majlis Sambutan Maulidur Rasul
1433. Anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, di Madrasah As
Sa`iddiyyah, Kg. Pondok Rasah, Seremban, 5 februari 2012. 62Menurut penulis. 63`Abd al-Qadir `Isa, Haqa’iq `an al-Tasawuf, Cet. 4, (Jordan: al-Matba`ah al-
Wataniyyah, 1981), 476. 64Menurut penulis. 65Menurut penulis. 66`Uthman Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925), 39. 67Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 99.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
120
2) Keduanya shara` kerana orang yang semata-mata padanya
`ilm tawhid melihat ia memilik makhluq itu dan tiada
melihat ia pada zahir shara` jatuh ia kedalam laut zandaqah
jadilah binasa halnya dan orang yang semata-mata padanya
`ilm shara` itu melihat ia pada zahir tiada melihat kepada
haqiqah jadilah binasa halnya. Dan yang sempurna itu
bahawa adalah dengan `ilm haqiqah muaidan dan `ilm
shari`ah muqqayyidan dan adalah ia antara keduanya
bersama-sama diambil setengah haqiqah dan setengahnya
shari`ah. Maka orang berdiri kepada zahir shara` sahaja
tiada padanya haqiqah ditakut jatuh shirik dan menduakan
Allah Ta`ala. Dan orang semata bersama-sama haqiqah
dengan tiada `ilm shara` itu tiadalah boleh sampai
pekerjaannya.68
Hubungan Isqat Al-Tadbir Dalam Maqam Ahl Asbab Dan Tajrid
Definisi perkataan asbab bererti disibukan diri dengan asbab69 iaitu
perlu berusaha atau bekerja untuk memenuhi keperluan hidup atau
keperluan duniawi tanpa lalai kepada kewajipan-kewajipan
agama.70 Manakala perkataan tajrid pula membawa erti tidak
disibukkan dengan asbab71 iaitu tidak perlu berusaha dalam
memenuhi keperluan hidup kerana rezeki telah datang dan
memenuhi keperluan hidupnya seperti memiliki harta warisan.72
Perbahasan isqat al-Tadbir dalam maqam ahl asbab dan tajrid boleh
juga difahami melalui penerangan dalam kitab Hikam sebagai
contohnya hikmah yang kedua membicarakan tentang ahl asbab
dan ahl tajrid. Ibn `Ata Allah menerangkan di dalam hikmah yang
kedua73 dan juga al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir74 sebagai: “Anda
68`Uthman Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925), 39. 69Khalil `Imran al-Mansur, Ghayth al-Mawahib al-`Aliyyah Fi Sharh al-Hikam al-
`Ata’iyyah (Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 1998), 7. 70Ibn `Ata’ Allah, Matan al-Hikam, terj. Abu Mazaya al-Hafiz, Syarah al-Hikam
Bimbingan Menjadi Wali Allah, J.1, (Selangor: Al-Hidayah Publications, 2013),
85. 71Khalil `Imran al-Mansur, Ghayth al-Mawahib, 7. 72Ibn `Ata’ Allah, Matan al-Hikam, terj. Abu Mazaya al-Hafiz, J.1, 85. 73Athaillah As Sakandari, Al Hikam Induk Hikmah (Selangor: Thinker’s Library
Sdn. Bhd., 1994), 2; Ibn `Ata’ Allah, Matan al-Hikam, terj. Abu Mazaya al-
Hafiz, J.1, 85. 74Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 86.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
121
berkeinginan untuk bertajrid, sedangkan Allah menempatkan anda
pada segala sebab adalah termasuk ke dalam syahwat yang
tersembunyi. Sebaliknya anda berkeinginan kepada asbab,
sedangkan Allah menempatkan anda pada tajrid bererti gugur dari
himmah yang tinggi.”
Begitu juga dengan Uthman yang turut menjelaskan mengenai
situasi yang dialami oleh ahl asbab dan tajrid iaitu: “(Shahadan)
apabila sudah tetap engkau daripada salah suatu pekerjaan `ibadah.
Maka janganlah engkau keluar daripadanya dan masuk engkau
kepada pekerjaan dunya yang bagusnya keluar engkau daripadanya
masuk engkau kepada berbuat`ibadah semata-mata itupun jika
sudah quwwah yaqin engkau dapat tawakkal. Dan meninggalkan
usaha itu kerana banyak engkau punya seteru dan bersangat-sangat
quwwah itu shaytan maka datang ia pada ketika engkau sudah tetap.
Dan sanya Allah Ta`ala quwwah daripada engkau pada pekerjaan
itu kehendak shaytan supaya berubah engkau daripada suatu yang
Allah Ta`ala tetap-tetap itu jadilah binasa engkau dan susah engkau
punya hati. Dan yang demikian itu, bahawasanya datang shaytan
kepada orang yang berusaha. Katanya jika engkau tinggalkan usaha
itu dan duduk engkau seorang diri berbuat`ibadah nescaya dapat
terang dan nur bersih hati engkau daripada gelap usaha dunya itu.”75
Merujuk kedua-dua kenyataan di atas, boleh difahami bahawa
kefahaman kedua-dua pengarang ini adalah saling lengkap
melengkapi. Walaupun penggunaan lafaz perkataan mereka tidak
sama, namun ia masih membawa pengertian yang sama iaitu
pesanan untuk kekal berada pada maqam yang telah ditentukan oleh
Allah sama ada pada maqam asbab ataupun pada maqam tajrid. Ibn
`Ata’ Allah telah menjelaskan mengenai ahl asbab sebagai seorang
yang berusaha, manakala ahl tajrid sebagai seorang yang
berkhalwah.76 Boleh dilihat bahawa `Uthman telah menjelaskan
lebih lanjut mengenai maqam ahl tajrid yang memerlukan tumpuan
perhatian beribadah kepada Allah, yang sedikit berbeza berbanding
maqam ahl asbab di mana mereka perlu bekerja mencari nafkah
75`Uthman Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925), 31. 76Athaillah As Sakandari, Al Hikam Induk Hikmah, 2; Ibn `Ata’ Allah, Matan al-
Hikam, terj. Abu Mazaya al-Hafiz, J.1, 85; Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 86.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
122
kehidupan untuk keperluan duniawi di samping tidak leka dalam
menunaikan kewajipan perintah shara`.77
Justeru dapat dilihat kedua-dua kenyataan di atas dapat
menjelaskan pemahaman isqat al-Tadbir pada maqam ahl asbab
atau ahl tajrid. Dalam konteks ini isqat al-Tadbir adalah
meninggalkan tadbir yang dicela yang membawa maksud
meninggalkan peralihan daripada maqam ahl asbab ke maqam ahl
tajrid atau sebaliknya daripada maqam ahl tajrid ke maqam ahl
asbab kerana sekiranya berlaku peralihan maqam ia boleh
menunjukkan kekurangan adab dengan Allah.78 Kedua-dua ahl ini
akan mengalami gangguan spiritual dan mental yang mendorong
mereka untuk beralih ke maqam yang pada pandangan kedua-dua
pengarang ini adalah untuk menguji kesabaran mereka untuk terus
berada di maqam masing-masing. Ibarat yang dikeluarkan oleh Ibn
`Ata’ Allah iaitu “syahwat yang tersembunyi” dan “gugur himmah
yang tinggi kerana hasutan syaitan” adalah bertujuan untuk
mendorong dan menipudaya ahli-ahli maqam tersebut supaya tidak
mendapat keredhaan Allah kerana lebih cenderung mengikut
mengikut pilihan mereka sendiri yang didorongi oleh nafsu.79
Antara contoh gangguan yang dialami oleh ahl asbab untuk beralih
ke maqam ahl tajrid ialah dengan alasan kemalasan, ingin
bersenang-lenang80 dan tidak ikhlas kepada akhirat.81 Selain itu,
orang yang berada di maqam asbab juga apabila beralih ke maqam
tajrid dikhuatiri akan dikaitkan dengan pelbagai alasan lain
antaranya ialah dia telah mengikut hawa nafsunya yang
menyebabkan imannya lemah, timbulnya perasaan riya’, takabur,
`ujub, serta lebih mengharapkan makhluk dalam mendapatkan
rezekinya berbanding pengharapannya kepada Allah.82 Manakala
bagi ahl tajrid yang beralih ke maqam ahl asbab pula akan
77`Uthman Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925), 31. 78Ibn `Ata’ Allah, Al-Hikam, terj. H. Salim Bahreisy, Terjemahan Al-Hikam
Pendekatan Pengabdian Pada Khaliq (Kuala Lumpur: Victory Agencie, 2001),
12; Athaillah As Sakandari, Al Hikam Induk Hikmah, 3. 79Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 86-87; Ibn `Ata’ Allah, Al-Hikam,
terj. Ini lah Terjemah Dan Sharah Kitab Hikam Yang Bahasa Arab Karangan
Imam Taj Al-Din Bin Ata' Allah Al-Iskandari, To’ Pulau Manis (Pulau Pinang:
Sulaiman mar`i, 1900), 3. 80Athaillah As Sakandari, Al Hikam Induk Hikmah, 3. 81`Uthman Shihab al-Din, Tanwir al-Qulub, (1925), 31. 82Ibid., 31.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
123
dikaitkan dengan alasan adanya halangan untuk melakukan ibadah,
tidak meyakini rezeki yang diperuntukkan Allah kepadanya, merasa
tamak pada keduniaan dan rezeki makhluk lain serta kurang
mengharapkan Allah.83
Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa para ahl maqam
ini hendaklah tetap berada di maqam masing-masing dan perlu
beradab dalam beramal serta bersabar menahan diri daripada beralih
ke maqam lain selagi belum dikehendaki oleh Allah sebagaimana
yang disarankan oleh Ibn `Ata’ Allah: “Ini kerana tuntutan yang
dikehendaki adalah kekal berada dalam maqam sehinggalah Allah
mengkehendaki keluar daripada maqam tersebut sepertimana Allah
memasukkan ke maqam tersebut.”84 Adab orang yang berada pada
maqam tajrid ialah terdapat kerehatan dalam berinteraksi sesama
makhluk, membersihkan hatinya dan mengekalkan matlamatnya
manakala adab bagi orang yang berada pada maqam asbab pula
ialah dia mampu menjalankan kewajipan agama serta memperolehi
keselamatan agama, tidak tamak terhadap harta orang lain,
mempunyai niat yang ikhlas dalam menghubungkan silatulrahim,
menolong orang yang memerlukan bantuan dan memberi
pertolongan dari segi harta demi agama.85
Dalam konteks yang lebih luas, ahl asbab perlukan
meningkatkan ketakwaannya di samping menambah ilmu
pengetahuan untuk mengetahui perkara halal dan haram seperti
hukum berkaitan muamalat misalnya jual beli dan pelbagai hukum
kewajipan dan kefardhuan yang ditetapkan oleh ajaran agama
Islam. Ibn Ata’ Allah dan `Uthman telah menjelaskan contoh ciri
ahl asbab dalam karya mereka tersebut cara orang yang berusaha
dalam perniagaan.86 Begitu juga, kedua-dua pengarang ini telah
menjelaskan keperluan ahl tajrid menambah ilmu pengetahuan
untuk mengetahui dan memahami tentang cara hasutan syaitan dan
bagaimana kaedah mengatasinya.87 Justeru dapat disimpulkan
83Ibid., 31. 84Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 87. 85Sa`id Hawa, al-Hikam, terj. Basri Bin Ibrahim, Ulasan Kata-Kata Hikmah Syeikh
Ibn Ata’illah Al-Sakandari (Johor:Perniagaan Jahabersa, 2013),12. 86Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 50; `Uthman Shihab al-Din,
Tanwir al-Qulub, (1925), 31-33. 87Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 50-52; `Uthman Shihab al-Din,
Tanwir al-Qulub, (1925), 31-33.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
124
bahawa isqat al-Tadbir pada maqam ahl asbab dan ahl tajrid boleh
difahami sebagai seseorang itu akan tetap berada pada maqam
masing-masing dengan meninggalkan tadbir yang didorong oleh
keinginan hawa nafsu yang boleh membawa mereka kepada tadbir
yang dicela.
Kepentingan Memahami Isqat Al-Tadbir
Isqat al-Tadbir adalah suatu yang menunjukkan kepada hamba
untuk buang tadbir bersama Allah dan serah tadbir Allah tanpa
mempertikaikan takdir. Namun begitu, isqat al-Tadbir tidaklah
mempertikaikan tadbir insani. Terdapat pelbagai kepentingan
dalam memahami isqat al-Tadbir. Diantaranya ialah menjadikan
manusia untuk menyakini bahawa Allah Ta`ala yang Maha Kuasa.
Apabila seseorang itu yakin dan percaya dengan kekuasaan Allah
maka tiadalah kerisauan baginya. Selain itu, seorang yang sentiasa
ingat akan kekuasaan Allah akan merasai perlindungan daripada
Allah. Seterusnya, manusia rasa redha dengan dapat menerima
segala hukum, tadbir dan takdir daripada Allah.88 Ibn `Ata’ Allah
mengatakan ini adalah bukti iman yang hakiki kerana menerima
segala-gala hukum daripada Allah dan Rasulullah SAW tanpa
menuruti hawa nafsunya.89 Kemudian, hadirnya perasaan rasa sabar
dalam hati ketika menghadapi takdir kerana mengetahui adanya
pertolongan dan rahmat dari Allah Ta`ala serta kebagusan tadbir
Allah. Selepas itu, seorang yang faham isqat al-Tadbir ini akan
dapat mengelak daripada terjatuh ke dalam lubang kesesatan. Selain
daripada itu, isqat al-Tadbir ini bukanlah untuk menyuruh manusia
tidak berusaha. Ini adalah kerana Ibn `Ata’ Allah juga meminta
manusia supaya mencari nafkah tanpa meminta sedekah.90 Oleh
yang demikian, ini mengalakkan manusia berusaha untuk
mendekati Allah dengan melakukan kebaikan dan tidak melakukan
maksiat terhadap Allah. Kemudian, seseorang itu tidak mudah
sombong dan terpedaya dengan tadbir dirinya sendiri kerana
mengetahui ada tadbir Illahi yang mengatasi segala kemampuan dan
kekuatannya.91 Akhir sekali peranan isqat al-Tadbir ini menjadi
sumber kekuatan kepada manusia kerana yakin tadbir Ilahi dalam
88Ibn `Ata’ Allah, al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir, 25. 89Ibid., 5. 90Ibid., 48. 91Ibid., 17.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
125
semua perkara yang telah berlaku sedang berlaku dan akan berlaku.
Ini dapat menghasil redha terhadap Allah dan Allah meredhai serta
dapat kemanisan iman.92
Penutup
Berasaskan kepada perbincangan mengenai konsep isqat al-Tadbir
dapatlah disimpulkan bahawa konsep isqat al-Tadbir ini
membekalkan pengetahuan kepada manusia bahawa Allah Taala
bersifat Esa di dalam pentadbiranNya dan hanya Allah yang
memiliki segala sesuatu dan bersifat dengan al-Mulk dan al-
Qahhar sepertimana yang sepatutnya diketahui dalam skop konsep
ketuhanan. Konsep isqat al-Tadbir ini menunjukkan bahawa
sebagai hamba perlu untuk menerima penuh keredhaan hukum-
hakam dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah Taala. Konsep ini
juga menyuruh manusia untuk berjiwa dengan nafs mutma’innah
supaya mampu mencapai keredhaan terhadap Allah di dunia dan
beroleh keredhaan Allah di akhirat. isqat al-Tadbir yang berada di
dalam kitab ini merupakan ilmu aqidah dan tasawuf yang
berfokuskan kepada kepercayaan terhadap Allah yang berkuasa dan
menjadikan serta mentadbirkan atas tiap-tiap sesuatu. Ini adalah
sebuah kitab yang boleh merawat hati bagi orang yang ada syak
prasangka buruk terhadap Allah. Kitab ini memerincikan tentang
cara pemikiran dan kepercayaan manusia terutamanya para salik
mengikut secara hakikat sebenar tentang isqat al-Tadbir.
Berdasarkan analisis maklumat ini membenarkan bahawa
pemikiran Ibn `Ata’ Allah dan `Uthman mengenai isqat al-Tadbir
tidak bercanggahan dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jama`ah dan
adalah tidak sama dengan mazhab Jabariah. Isqat al-Tadbir adalah
dalam lingkungan ilmu syariat dengan melakukan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah serta ilmu tasawuf
yang mendidik hati untuk meninggalkan tadbir tercela seperti
melawani takdir. Akhir sekali, kitab ini sangat bernilai sebagai
rujukan bagi pengamalan tasawuf kerana ia membahaskan ilmu
tasawuf dan kaedah untuk taqarrub kepada Allah dengan melalui
konsep isqat al-Tadbir terhadap nafsu dan perbuatan yang dikeji.
Rujukan
92Ibid., 58.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
126
Al-Ashqar, `Umar Sulayman. Al-Qada’ wa al-Qadar. Jordan:
Dar al-Nafa’is, 1999.
Al-Ashqar, `Umar Sulayman. Al-Qada’ wa al-Qadar. al-
Urdun: Dar al-Nifais, 1999.
`Uthman bin Shihab al-Din. Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir
al-`Uyub. Kaherah: Matba`ah `Isa al-Babi al-Halabi
wa Shurakah, 1925.
Abd. Rauf Hassan dan Abdul Rahim Salleh dan Khairul Amin
Mohd Zain. Kamus Bahasa Melayu Bahasa Arab
Bahasa Arab Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar
Sdn Bhd, 2005.
Al-Ash`ari, Abi Hasan. al-Ibanah `An Usul al-Diyanah.
Kaherah: Dar al-Ansar, 1977.
Abi Mansur `Abd al-Qahar bin al-Thahir al-Tamimi al-
Baghdadi, Kitab Uslu al-Din. Istanbul: Matba`ah al-
Dawlah, 1928.
Ahmad Bahjat. Mengenal Allah Risalah Baru Tentang
Tauhid. Bandung: Pustaka Hidayah, 1998.
Ahmad Mukhtar `Umar et al.. Mu`jam al-Lughah al-
`Arabiyyah al-Mu`asirah. Kaherah: `Alam al-Kutub,
2008.
Amatullah Amrstrong. Sufi Terminology (al-Qamus al-Sufi)
The Mystical Language of Islam. Kuala Lumpur, A.s.
Noordeen, 1995.
Al-Maghribi, Ali `Abd al Fatah. al-Firq al-Kalamiyyah al-
Islamiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah 1986.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
127
Athaillah As Sakandari. Al Hikam Induk Hikmah. Selangor:
Thinker’s Library Sdn. Bhd., 1994.
Farid Mat Zain. Islam Di Tanah Melayu Melayu Abad Ke-19.
Shah alam: Karisma Publication Sdn. Bhd., 2007.
Ibn `Ata’ Allah. Al-Hikam. terj. H. Salim Bahreisy.
Terjemahan Al-Hikam Pendekatan Pengabdian Pada
Khaliq. Kuala Lumpur: Victory Agencie, 2001.
Ibn `Ata’ Allah. Al-Hikam. terj. Ini lah Terjemah Dan Sharah
Kitab Hikam Yang Bahasa Arab Karangan Imam Taj
Al-Din Bin Ata' Allah Al-Iskandari. To’ Pulau Manis.
Pulau Pinang: Sulaiman mar`i, 1900.
Ibn `Ata’ Allah.al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir. Beirut: Dar al-
Kutub al-`Ilmiyyah, 1997.
Ibn Ata’ Allah. Matan al-Hikam. Terj. Abu Mazaya al-Hafiz.
Syarah al-Hikam Bimbingan Menjadi Wali Allah. J.1.
Selangor: Al-Hidayah Publications, 2013.
Ibn al-Qayyim al-Jawziyah. Shifa’ al-`Alil Fi Masail al-Qada’ wa al-Qadar wa al-Hikmah wa al-Ta`lil. Beirut: Dar
al-Ma`rifah, 1978.
Ibn al-Qayyim al-Jawziyah. Shifa’ al-`Alil Fi Masail al-Qada’ wa al-Qadar wa al-Hikmah wa al-Ta`lil. Terj. Abdul
Ghaffar, Qadha’ dan Qadar Ulasan Tuntas Masalah
Takdir. Jakarta: Pustaka Azzam, 2000.
Ibn Manzur. Lisan al-`Arab. J. 30. Beirut: Dar Sadir, 1956.
`Isa, `Abd al-Qadir. Haqa’iq `an al-Tasawuf. Cet. 4, Jordan :
al-Matba`ah al-Wataniyyah, 1981.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
128
Jahid bin Sidek, “Uswah Hasanah ; Cabaran dalam
Ta`Alim,Tarbiyah dan Tarqiyyah”, Makalah Ijtimak
Maulidur Rasul Majlis Sambutan Maulidur Rasul
1433. Anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri
Sembilan, di Madrasah As Sa`iddiyyah, Kg. Pondok
Rasah, Seremban, 5 februari 2012.
Kamus Dewan Edisi Keempat. cet. Ke-2. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1998.
al-Mansur, Khalil `Imran. Ghayth al-Mawahib al-`Aliyyah Fi
Sharh al-Hikam al-`Ata’iyyah. Beirut: Dar al-Kutub
al-`Ilmiyyah, 1998.
Mashitah binti Taharin et al.. Tesaurus Bahasa Melayu
Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005.
Mohd Zaidi Ismail, Pentadbiran Beradab: Faham dan
Rencana Dasar. Dicapai pada 10 Jun 2013
http://www.utm.my/casis/wp-
content/uploads/2013/06/6CASIS_ZI.Pentadbiran-
Beradab1.pdf
Mohd Zaidi Ismail. Good Governance Adab-Oriented Tadbir
in Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam
Malaysia, 2011.
Muhammad `Abduh. Risalah al-Tawhid. (ed.) Muhammad
Rashid Rida, Bassam `Abd al-Wahhab al-Jabi.
Cyprus: al-Jaffan & al-Jabi, 2001.
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
129
Muhammad Abu Zahrah. Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah fi
al-Siyasah wa al`Aqaid wa Tarikh al Mazahib al
Fiqhiyyah. t.tP, Dar al-Fikr al- `Arabi, t.t.
Muhammad al-Zuhaili, Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.
Mazhab al-Asy`ariah Prinsip dan sejarahnya.
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2011.
Muhammad Fu’ad `Abd al-Baqi. al-Mu`jam al-Mufahras Li
Alfaz al-Qur`an al-Karim. Kaherah: Dar al-Kutub al
Misriyyah, 1945.
Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi. Qamus Idris al-
Marbawi `Arabi-Malayuwi. J.1. Kuala Lumpur: Darul
Fikir, 1990.
Mustafa Subri. Tahta Sultan al-Qadar. Kaherah: Matba`ah al-
Salafiyah wa Maktabatuha, 1352 H.
Nor Shakirah Azizan. “Isqat al-tadbir dalam kitab Tanwir al-
Qulub Fi Isqat Tadbir al-'Uyub terjemahan 'Uthman
Shihab al-Din al-Funtiani”. Disertasi, Universiti
Malaya, 2015.
Sa`id Hawa. al-Hikam. Terj. Basri Bin Ibrahim. Ulasan Kata-
Kata Hikmah Syeikh Ibn Ata’illah Al-Sakandari.
Johor:Perniagaan Jahabersa, 2013.
Al-Shahrastani, Abi al-Fatah Muhamad `Abd al-Karim ibn
Abi Bakr Ahmad. Al-Milal wa al-Nihal. (e.d), al-
Wakil dan `Abd al-`Aziz Muhamad. Kaherah:
Muasasah al-Halabi wa Shurkah Li Nashri wa al-
Tawzi`t.t.
Al-Shahrastani, Abi al-Fatah Muhammad `Abd al-Karim ibn
Abi Bakr Ahmad, dan `Abd al-`Aziz Muhammad al-
Nor Shakirah Azizan, “Isqat al-Tadbir dalam Kitab Tanwir al-Qulub Fi Isqat Tadbir al-
`Uyub Terjemahan `Uthman Shihab al-Din al-Funtiani”, Jurnal Qalbu 4.5 (Dis 2017):
108-130
130
Wakil ed., Al-Milal wa al-Nihal. Kaherah: Muasasah
al-Halabi wa Shurkahu linashri wa al-Tawzi`t.t.
Seminar Pemurnian Aqidah Islam Harmonisasi Dalam
Mazhab Aqidah 2014, (Dewan Kuliah Utama
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2 Mac
2014), 27.
Shawqi Dayif et al.. Mu`jam al-Wasit. Kaherah: Dar al-
Shuruq al-Dawliyyah, 2004.
al-Qarni, Isma`il Muhammad. al-Qada’ wa al-Qadar Inda al-
Muslimin Darasah wa Tahlil. Beirut: Dar al-Kutub al-
`Ilmiyah, 2006.
Wan Abdul Hamid bin Wan Teh et al.. Qamus Besar Arab-
Melayu Dewan al-Mu`jam al-`Arabi al-Malayuwi al-
Kabir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2006.
Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali, Aliran al-
Qadariyyah:Perkembangan pengaruh dan kesannya di
alam melayu dan khususnya di Malaysia. 4. Dicapai
pada 10 Jun 2013.
http://eprints.um.edu.my/3669/1/Al-
Qadariyyah_dan_Perkembangannya_Dalam_Dunia_I
slam.pdf.
Yusuf al-Qardawi. Al-Iman bi al-Qadar. Terj. Abduh Zulfidar
Akaha. Takdir. Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar,
2002.
top related