islam dari sudut aqidah

Post on 21-Jun-2015

928 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Islam Dari Sudut Aqidah

Aisyah N. BahrumM11U

Pengertian Aqidah

• Perkataan aqidah berasal daripada perkataan ’aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan biasanya pada benda seperti tali.

• Dari segi istilah, aqidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai.

Aqidah Kunci Penerimaan Ibadah

“Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang

betul) maka merekalah yangakan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak

akan dizalimi walaupun sedikit”.

(An-Nisa’ ayat 24)

Panduan Penjagaan Aqidah: Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

"Daripada Auf bin Malik ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggamannya,

sesungguhnya akan berpecah umatku di atas tujuh puluh tiga golongan maka yang satu masuk

syurga dan tujuh puluh dua golongan masuk neraka. Bertanya para sahabat: Siapakah

golongan yang tidak masuk Neraka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Ahli Sunnah Wal

Jamaah."

Aqidah Yang Betul Mestilah Mengimani

Bahawa….

1. Pencipta Alam Sejagat Ialah Allah.

“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah

pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan

menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka

sifatkan.”

(Al-Anbiyaa’ ayat 22)

2. Allah Mengutuskan Para Rasul Untuk Mengajar Manusia Mengenal Allah.

“ Dan sesungguhnya kami telah mengutus seorang Rasul untuk setiap umat(untuk menyerukan): sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Taghut itu. Maka di kalangan umat

itu ada orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan

perhatikanlah bagaimana kesudahan bagi orang yang mendustakan (rasul-rasul).”

(An-Nahl ayat 36)

3. Matlamat Hidup Manusia Ialah Mengenal Allah.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia

melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat

kepadaKu.”

(Az-Zariyat ayat 56)

4. Manusia Dapat Mencapai Kebaikan Dan Kejahatan Melalui Usaha.

“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya). Maka Dia mengilhamkan

kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntung

orang yang menyucikan (jiwa)nya.”

(As-Syams ayat 7-9)

5. Pensyariatan Undang-Undang Hak Mutlak Allah.

“Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka keputusannya (terserah)

kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nya lah aku bertawakal dan kepada-Nya

lah aku kembali..”

(As-Syura ayat 10)

Aqidah Yang Betul Juga Mestilah….

6. Berusaha Mempelajari Nama-Nama Allah.

“Daripada Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah

mempunyai 99 nama, seratus kurang satu tidak seorang pun yang

menghafaznya kecuali beliau akan masuk syurga. Allah itu ganjil (yakni tidak genap dan Allah tidak menyukai perkara yang

ganjil tidak genap).”

7. Menyintai Allah Sehingga Hati Sentiasa Merindui-Nya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-

suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan

rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah

sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang

yang fasik (derhaka).”

(At-Taubah ayat 24)

7. Menyintai Allah Sehingga Hati Sentiasa Merindui-Nya.

• Dr. Brail: “Seseorang yang berpegang teguh dengan agama tidak akan menghidap

penyakit jiwa.”• Caringi: “Doktor-doktor ilmu jiwa mengetahui

bahawa iman yang kuat dan pegangan yang teguh, kepada agama sudah cukupuntuk

menghilangkan perasaan keluh kesah, ketegangan saraf dan dapat menyembuhkan penyakit.”

8. Berkorban Pada Jalan Allah Bagi Mendapat Kemanisan Iman.

“Rasulullah SAW bersabda: tiga perkara sesiapa yang terdapat ketiga-tiga itu dalam

dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman iaitu: bahawa Allah dan rasulnya lebih ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah,

bahawa beliau benci kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke

dalam neraka.”

9. Bertawakal Kepada Allah Dalam Semua Urusan.

“Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti

makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga

kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?”

(An-Nahl ayat 17)

10. Meminta Ampun Daripada Allah.

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan

melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya

ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(An-Nisa’ ayat 110)

Golongan Yang Rosak Aqidah

Golongan Yang Rosak AqidahGolongan Maksud

Kafir Orang yang mengingkari prinsip aqidah yang ada diterangkan dalam Al-Quran atau As-Sunnah.

Musyrik Orang yang menyekutukan Allah dengan menganggap ada sesuatu yang dapat menyamai zat, sifat atau perbuatan-Nya.

Munafik Orang yang menzahirkan keimanan namun menyembunyikan kekufuran dalam hatinya.

Fasik Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.

Murtad Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad.

Mulhid Orang yang tidak beragama (atheis).

Sekian….

top related