isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca

Post on 03-Jul-2015

401 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BMM 3104

TRANSCRIPT

Norsiah SalengAsihwiniy A/P Francisco

BMM3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Objektif Rancangan Pelajaran

Kemahiran Membaca

• Ketika menyediakan objektif, guru perlumerujuk kepada objektif yag dinyatakandalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah.

Objektif dalam Huraian Sukatan

Bahasa Melayu sekolah rendah

5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengansebutan dan intonasi yang betul danmemahami perkara yang dibaca.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisidengan sebutan dan intonasi yang betuldan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.

6.1 Merujuk pelbagai sumber untukmendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripadainternet.

6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama danisi sampingan daripada teks.

6.4 Membaca pantas secara luncuran untukmendapatkan maklumat yang menyeluruh.

6.5 Membaca pantas secara imbasan untukmendapatkan maklumat khusus.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatucerita atau maklumat yang diberi dalambahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul dan menghayatikandungan tels yang dibaca

7.1 Membaca dan menerangkan maksudkandungan teks yang tersurat dan tersirat.

7.2 Membaca dan mengenal pastiperkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasadaripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepadapembaca.

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahansastera dan bukan sastera yang berkualiti untukmeningkatkan dan memperkukuhkan minatmembaca.

Objektif Huraian Sukatan Bahasa

Melayu sekolah menengah

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagaisumber yang didengar, dibaca dan ditonton.

7.1 Mengenal pasti dan menyatakangambaran keseluruhan, idea utama, isipenting dan isi relevan tentang bahanyang didengar, dibaca dan ditonton.

7.2 Memahami dan menyatakan maksudperkataan sukar berdasarkan konteks.

7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkanpenjelasan lanjut.

7.4 Membaca pantas secara imbasan danluncuran untuk membuat rujukan pelbagaibahan bercetak dan bahan elektronik.

7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dantersirat daripada sesuatu bahan.

7.6 Membezakan fakta dengan pandangan dalambahan yang dirujuk.

7.7 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahanuntuk memperoleh maklumat.

8.0 Memproses maklumat untuk keperluantertentu

8.1 Menyaring maklumat mengikut klasifikasi.

8.2 Menyusun maklumat mengikut keutamaan.

8.3 Membuat pertimbangan secara telititerhadap maklumat yang telah disusun.

8.4 Mengolah maklumat secara koheran untuktujuan tertentu.

8.5 Mentafsirkan maklumat yang telah dipilihsecara rasional untuk membuat inferens.

8.6 Menyemak semula maklumat danmemutuskan sama ada hendakmenerima, menambah atau menolak pilihan.

8.7 Menilai secara keseluruhan sesuatumaklumat dengan memberikan alasan yang kukuh.

8.8 Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah.

Langkah-langkah Sebelum, Semasa

dan Selepas

Meliputi empat peringkat :

Peringkat Kesediaan Membaca

Peringkat Mendirikan Asas

Peringkat Melatih Kemahiran Membaca

Peringkat Penggunaan Kemahiran Membaca.

Peringkat Kesediaan Membaca

• Peringkat penguasaan membaca pada tahap I sekolah rendah.

• PdP kemahiran membaca pada tahap ini perludijalankan dengan teratur(sebelum, semasa, selepas).

• Peringkat Sebelum : Mengenal pasti murid-murid bersedia menguasai kemahiranmembaca berdasarkan enam ciri.

(i) Keadaan jasmani atau fizikal –Penglihatan, pendengaran, pertuturan, umur,jantina, kemampuan urat saraf danperkembangan fizikal murid sesuai untukmenerima PdP kemahiran membaca.

(ii) Pengalaman dan Persekitaran – Pastikanmurid mendapat pendedahan dengan bahanbacaan di rumah sebelum ke sekolah.

(iii) Emosi, motivasi dan sahsiah – Memastikanmurid tidak mengalami masalah emosi(menganggu tumpuan)

(iv) Kecerdasan dan perkembangan kognitif –Mengenal pasti tahap kecerdasan (IQ) murid

(v) Daya diskriminasi – Memastikan muridmempunyai kebolehan untuk membezakan(diskriminasi) pendengaran dan diskriminasipenglihatan.

(vi) Penguasaan bahasa – Memastikan muridmenguasai kemahiran bertutur dengan baikdan menguasai perbendaharaan katanya.

• Semasa Menjalankan PdP: Mengesan tahapkesediaan murid dengan menggunakan rekodinventori.

• Rekod Inventori :Inventori sikap dan minat

:Inventori kesediaan membaca

• Inventori kesediaan membaca mencatatkanbeberapa faktor – keupayaanpenglihata, pendengaran, pertuturan, keadaanpersekitaran, faktor emosi, motivasi, intelek dll)

• Melakukan pemerhatian sbg langkah semasa.

• Memerhati perkembangan dan keadaan muridsecara menyeluruh (kemampuanpertuturan, tingkah laku dan penglibatan)

• Langkah Selepas : Menjalankan ujiankesediaan (menguji daya diskriminasipenglihatan dan pendengaran murid).

• Ujian untuk pendengaran – mengandungisoalan tentang unsur-unsur bunyi yang berbeza.

• Ujian untuk penglihatan – aktiviti menyusunobjek, gambar, rajah dll mengikut urutan.

Peringkat Mendirikan Asas

• Menyediakan murid dengan pengetahuantentang bentuk, huruf, bunyi dan sebutanhuruf-huruf, suku kata, perkataan danayat.

• Peringkat Sebelum : Memilih kaedahpengajaran dan pembelajaran serta BBM yang sesuai.

• Langkah Semasa : memilih pendekatanpengajaran yang sesuai ketika menjalankanaktiviti. (pendekatanbinaan, cerakinan, eklektik/ pendekatan A,B,C atau D)

• Langkah Selepas Aktiviti : Menjalankanaktiviti pengukuhan unutk meningkatkantahap pemahaman murid.

Peringkat Melatih Kemahiran

Membaca

• Latihan yang diberikan kepada murid untukmembaca dengan kuat, mempunyaisebutan, intonasi dan gaya yang betul.

• Melatih murid (khususnya di sekolahmenengah) untuk memahami dan menelitibahan bacaan dengan mendalam.

• Mengutamakan peranan guru dalam menguasaiilmu tentang bacaan intensif dan ekstensif.

• Peringkat Sebelum : Guru perlu mengetahuikonsep bacaan intensif dan ekstensif.

• Bacaan Intensif – Memperkembangkankebolehan untuk meneliti, memahami danmentafsirkan kandungan bahan bacaan dengantepat di samping mengkaji ciri-ciri tatabahasaseperti struktur ayat, frasa, kausa serta maksudperkataan berdasarkan konteks berlainan.

• Bacaan Ekstensif/meluas – Aktiviti bacaan di luar bilik darjah yang melibatkan bahan-bahanlain selain buku teks.

• Langkah Semasa : Guru menjalankan aktiviti danmenggunakan bahan yang sesuai sama ada untukaktiviti bacaan intensif/ekstensif.

• Aktiviti bacaan intensif :o Mengenal pasti maksud perkataan berdasarkan konteks

yang berlawanan dengan tepat

o Memahami maksud dengan tepat yang terkandung dalamsesuatu bahan yang dibaca.

o Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajar

o Memahami kebolehan menghuraikan unsur tatabahasa(morfoflogi dan sintaksis) yang terkandung dalam bahanyang dibaca.

o Memahami bahasa kiasan dan simpulan bahasa yang terdapat dalam bahan bacaan

o Mengenal pasti isi-isi penting dalam petikan

o Menilai atau mengulas isi-isi yang terdapat dalambahan bacaan

o Membuat rumusan terhadap bahan yang dibaca

o Mengesan dan memahami isi tersirat

o Mengesan dan menetukan nada dalan bahan yang dibaca

o Memahami dan menggunakan kandungan bahanbacaan

o Meneka maksud keseluruhan konteks secaraseimbas lalu.

o Mengenal pasti laras bahasa berlainan berdasarkankepelbagaian bidang ilmu dalam bahan yang dibaca.

• Melakukan aktiviti bacaan ekstensif untuk :o Membina keyakinan diri murid untuk membaca

tanpa bantuan orang lain

o Membantu murid memahami keseluruhankandungan bahan bacaan unuk menambah ilmupengetahuan

o Mambantu murid menambah kepantasan membaca

o Meningkatkan penguasaan bahasa murid

o Memperluas perbendaharaan kata murid

o Membimbing murid menikmati kehalusan dankeindahan bahasa

o Mendedahkan murid dengan laras bahasa yang berlainan

o Memperkembang daya kreatif murid dalampenggunaan bahasa.

• Langkah Selepas: Menjalankan pengukuhanketika bacaan intensif dan bacaan ekstensifdijalankan.

Peringkat Penggunaan Kemahiran

Membaca.

• Peringkat kemahiran tertinggi yang dicapaikhususnya oleh murid-murid menengahatas.

• Langkah Sebelum: Memastikan muridmenguasai kemahiran membaca dengankadar kepantasan yang tinggi danmemahami dengan cepat bahan yang dibaca.

• Langkah Semasa: Menjalankan beberapa aktivitiyang sesuai untuk meningkatkan penggunaankemahiran membaca murid-murid.

o Soal jawab dengan murid untuk menerapkanpengetahuan tentang kosa kata, istilah dan larasbahasa dalam pelbagai bidang

o Menggalakkan murid menggunakan kamus untukmemahami maksud singkatan perkataan, mengenalpasti makna perkataan dengan tepat berdasarkankonteks serta memahami aspek tatabahasa yang terdapat dalam kamus

o Membimbing murid mencari isi-isi penting dalambahan bacaan berdasarkan senaraikandungan, indeks, lampiran dll

o Manggalakkan murid manggunakan perpustakaanuntuk membuat rujukan dan membimbing merekauntuk mencari buku dengan sistem katalog

o Menggalakkan murid menggunakan sumber rujukanlain spt muzium, arkib utk bahan rujukan yang tidakdicetak, dibukukan atau diterbitkan.

• Langkah Selepas: Guru menilai murid melalui 2 kaedah.o Penilaian – Menjalankan ujian lisan dan tulisan utk

menilai tahap pembacaan dan rujukan yang telahdilakukan.

o Pemerhatian – menjalankan kajian kes melaluikaedah pemerhatian untuk menilai kekerapan muridmenggunakan kamus, membuat rujukan, berkunjungke perpustakaan, muzium, arkib/ institusi lain.

Bahan Bantu Mengajar

• Bahan bantu mengajar (BBM) adalah bahan yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran.

• Dua golongan utama BBM :-

Bahan cetak – bahan edaran

Bahan bukan cetak – CD rom

• Dua kategori BBM :-

i. Sumber manusia

- murid-murid dan guru

ii. Sumber bukan manusia

- buku teks, buku ruukan, maalah, akhbar, rakaman video, slaid, bahan grafik, papan tulis

dan sebagainnya.

• Guru perlu membina dan menggunakan BBM berdasarkan empat peringkat kemahiranmembaca :-

i. Peringkat kesediaan membaca

ii. Peringkat mendirikan asas

iii. Peringkat melatih kemahiran membaca

iv. Peringkat penggunaan kemahiran membaca

BBM Peringkat Kesediaan Membaca

• Memerlukan guru menyediakan murid-muriddaripada segi persekitaran, mental dan fizikal.

• Guru perlu menyediakan BBM yang dapatmenguji kesediaan membaca murid-murid

• Guru boleh mengesan tahap kesediaanmembaca murid-murid dengan rekodinventori.

• Tiga jenis rekod inventori :-1. Rekod inventori sikap

2. Rekod inventori minat

3. Rekod inventori kesediaan membaca

Rekod inventori sikap dan minat

o Guru harus mengemukakan beberapa soalankepada murid dan mencatatnya.

o Jawapan untuk rekod inventori sikap adalahberbeza daripada rekod inventori minat keranarekod inventori sikap memerlukan awapan “yaatau tidak”, manakala rekod inventori minatmemerlukan jawapan secara subjektif.

Rekod inventori kesediaan membacao Mengemukakan soalan tentang faktor-faktor yang

mempengaruhi kesediaan membaca murid-muridseperti keupayaanpenglihatan, pendengaran, pertuturan, emosi, intelek dan sebagainya.

o Jawapan : memerlukan guru mencatatkanjawapan murid dalam dua bentuk, iaitu ya atautidak dan subektif.

• Peringkat kesediaan membaca memerlukan guru menggunakan BBM untuk mengesan kekuatandan kelemahan murid-murid.

• Guru perlu menjalankan ujian kesediaan untukmenguji daya diskriminasi penglihatan danpendengaran murid-murid.

• BBM untuk menguji diskriminasi pendengaranmurid-murid perlu mengandungi bunyi-bunyialam semulajadi, binatang, buatan manusia, alatmuzik dan sebagainya.

• BBM seperti rakaman audio, radio dan CD sebagai ujian diskriminasi pendengaran.

• Penglihatan murid perlu diuji dengan objek yang berbeza bentuk, warna, corak dan saiznya.

• BBM yang sesuai digunakan seperti alatpermainan yang menyerupai bayi (anakpatung), bentuk berbeza iaitu segi tiga atau segiempat, gambar dan rajah yang sesuai.

BBM Peringkat Mendirikan Asas

• Memerlukan murid-murid mengenalibentuk, huruf, bunyi dan sebutan huruf, sukukata, perkataan serta ayat.

• Guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah danBBM yang sesuai serta dapat menarik minat muriduntuk belajar membaca.

• BBM pada peringkat ini, menjurus pada kaedah danpendekatan seperti kaedah abjad, kaedah seluruhperkataan, kaedah fonik, pendekatan yang dicadangkan dalam KBSR serta kaedah didik hibur.

Kaedah abjad :-o Dikenali sebagai kaedah huruf dan kaedah

mengeja.

o Guru menyediakan BBM seperti kad huruf, kadsuku kat, kad perkataan dan perisian (software) dalam bentuk cakera padat yang memaparkanhuruf-huruf, suku kata dan perkataan BM.

o Guru perlu memperkenalkan huruf-hurufkonsonan terlebih dahulu sebelum huruf vokal.

o Guru boleh menggunakan kaedah didik hiburdengan mencipta lirik berdasarkan huruf, sukukata dan perkataan yang diajar sertamembunyikannya bersama-sama murid.

Kaedah seluruh perkataan :-

o Guru perlu membina dan menggunakan BBM seperti gambar sama ada gambar yang dilekatkan kad atau gambar yang terdapat di internet atau perisian.

o Guru juga memerlukan kad-kad perkataan atauperkataan yang dipaparkan dalam perisian yang sama dengan gambar yang ditunjukkan kepadamurid-murid.

Kaedah fonik :-

o Memberi penekanan kepada bunyihuruf, contohnya : “beh untuk b”, “uuu untuku”, “keh untuk k” dan “aaa untuk a” – (buka) .

o Guru boleh memperdengarkan bunyi-bunyihuruf dengan menggunakan pita rakaman.

o Guru boleh menggunakan kad gambar ataumenayangkan gambar yang sama dengan

perkataan menggunakan program powerpoint.

BBM Peringkat Melatih Kemahiran Membaca

• Murid-murid telah mempunyai asas yang kukuh dalamkemahiran membaca.

• Guru perlu melatih murid membaca secara mendalamdan meluas melalui bacaan intensif dan bacaanekstensif.

• Bacaan intensif – petikan daripada bahan bacaan yang menarik dan meliputi pelbagai bidang ilmupengetahuan seperti buku teks dan buku-bukuakademik.

• Bacaan ekstensif – aktiviti bacaan yang dilakukan diluar bilik darjah.

• Guru perlu menyedikan BBM seperti petikan daripadasurat khabar, jurnal, majalah, buletin dan sebagainya.

BBM Peringkat Penggunaan Kemahiran

Membaca

• Merupakan peringkat kemahiran membacatertinggi yang dikuasai oleh murid.

• Pada peringkat ini, murid-murid bukan sahajaboleh membaca dengan pantas malah bolehmemahami sesuatu bahan bacaan dengan cepatdan tepat.

• Guru perlu menyediakan BBM seperti bukuilmiah yang tinggi tahapnya dari segi isikandungan atau penggunaan bahasanya.

• Guru perlu menyediakan bahan edaran tentangteknik mencari bahan yang diperlukan daripadasesebuah buku berdasarkan senaraikandungan, indeks dan lampiran.

• Guru juga boleh membimbing murid mencaridan membaca buku-buku ilmiah di perpustakaanmenggunakan internet.

Norsiah Saleng ~ Asihwiniy A/P Francisco

top related